Selasa, 5 Februari 2013

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


PANAS - Blogger Umno Bantai Pengerusi Umno Kedah Sebagai Bebal Dan Bodoh

Posted: 04 Feb 2013 10:35 PM PST

KUIN- KERAJAAN PERSEKUTUAN MENGHUKUM RAKYAT KEDAH
Oleh: Mummy Rokiah

MR berkesempatan hadir di Majlis Konvoksyen Khas Kolej Universiti Insaniah yang disempurnakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 29 Januari 2013 yang lepas.

Kampus barunya tersergam indah di Kuala Ketil sebuah bandar kecil dan terpencil di negeri Kedah. Lokasinya terletak di dalam kawasan Parlimen Baling. Kampus yang berkeluasan 360 ekar itu mampu menempatkan seramai 7000 pelajar kelak pastinya bakal menjadi pemangkin pertumbuhan kawasan tersebut.


MR dimaklumkan bahawa harga rumah yang baru dibangunkan oleh anak Syarikat Kerajaan Negeri, Darulaman Realty juga telah melambong harganya.

Di dalam ucapan MB Ustaz Azizan Razak yang juga merupakan Pengerusi KUIN telah menyatakan KUIN dibina tanpa bantuan kerajaan pusat. Untuk mengesahkan kenyataan beliau supaya disimpang dari kenyataan politik, MR berkesempatan bertemu dengan Rektor KUIN dan beliau mengesahkan kenyataan tersebut.

Kos yang dibina sebanyak RM320 juta ternyata 'not even a single cent from Federal Govement'. Sumber dananya 20% dari Kerajaan Negeri dan 80% lagi dari 'self generated' atas usaha dan inititif sendiri melalui sumbangan dan pinjaman.

Apa yang menarik kenyataan Ustaz Azizan telah dicanggah oleh Pengerusi UMNO Kedah Datuk Ahmad Bashah dengan katanya bahawa pinjaman yang diberi oleh Bank Islam dan Affin Islamic Bank untuk pembinaan KUIN merupakan sokongan GLC Kerajaan Persekutuan sebagai sokongan modal. Ahmad Bashah juga menegaskan bahawa pinjaman PTPTN kepada pelajar-pelajar KUIN juga dikira sebagai bantuan daripada kerjaan pusat.

Hujah ini ternyata sungguh tidak cerdik datang dari seorang pemimpin yang sedang diwar-warkan bakal menjadi MB Kedah jika BN berjaya menawan kembali Negeri Kedah. Pemimpin seharusnya berhati-hati di dalam mengeluarkan apa-apa juga hujah khasnya yang melibatkan pendidikan dan pengajian tinggi kerana kenyataan mereka sedang dianalisa para cerdik pandai dan golongan intelektual.

Lojik akalnya mana sebuah bank yang akan memberi pinjaman jika sesebuah projek itu tidak berdaya maju. Khasnya kemampuan untuk membayar balik pinjaman. Tindakan bank meluluskan pinjaman bukan di atas dasar arahan Kerajaan Pusat tetapi ia berdasarkan pertimbangan komersial semata-mata.

Begitu juga pinjaman PTPTN, pinjaman tersebut adalah hak pelajar yang sememangnya wajib diberi Kerajaan kepada pelajar walaupun di mana juga mereka menuntut tanpa mengira di mana institusi pengajian tinggi tersebut. Jika pelajar-pelajar tersebut gagal melunaskan pinjaman mereka mereka juga akan dikejar oleh PTPTN sehingga ke lubang cacing.

Hakikatnya KUIN hari ini berdiri teguh tanpa bantuan Kerajaan Pusat. Waris dan pengundi di atas pagar akan terpahat diminda mereka bahawa Kerajaan Pusat telah menghukum rakyat kedah kerana memilih PAS.

Memetik kembali kata-kita hikmat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa "bidang pendidikan terlalu mahal harganya untuk dipolitikkan kerana ia merupakan bekalan kepada kejayaan anak bangsa yang mencorakkan masa depan negara pada masa depan. Nak jadi khalifah macam mana nak makmur kalau tidak berilmu, kalau beriman tanpa ilmu tak mungkin boleh selesaikan. Jadi inilah konsep yang diperjuangkan kerajaan dalam bidang pendidikan" ref Utusan Online.

Konklusinya di dalam hal ini tidak ada siapa yang betul dan tidak ada siapa yang salah. Hakikatnya hari ini demi kesejahteraan rakyat Melayu dan umat Islam semua pihak harus bersatu kerana semua pihak saling perlu memerlukan. Jika tidak padahnya lambat laun kita akan dihancurkan oleh Yahudi dan Nasrani.


Syarikat Milik Menteri Bolot Kerja Petronas?

Posted: 04 Feb 2013 06:14 PM PST

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendedahkan, syarikat pengangkutan, Shaziman Transport Sdn Bhd (STSB) memonopoli 'trip' pengangkutan dari Petronas Dagang Berhad (PDB).STSB yang disyaki milik seorang Menteri Kabinet dikatakan memonopoli lebih 90 peratus kontrak pengangkutan di sesetengah tempat menyebabkan beberapa syarikat bumiputra lain kerugian.


"Contohnya di Melaka, ada sebuah syarikat sebelum ini memiliki 12 lori, tetapi selepas STSB memonopoli 'trip', syarikat itu rugi dan memiliki tiga lori sahaja kerana bakinya dijual dan ditarik bank berikutan masalah kewangan. Malah ada syarikat menanggung kerugian RM50,000 ke RM60,000 pada Disember lalu untuk membayar gaji dan kos operasi.

"Di Johor pula, STSB memonopoli hampir 90 peratus 'trip' dan menyebabkan banyak syarikat bumiputera lain gulung tikar.

"SAMM juga mendapat maklumat STSB sedang mengembangkan monopoli ke Pulau Pinang dan Terengganu," dakwa Badrul Hisham pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor pagi tadi.

Ekoran itu, PDB katanya wajib menjelaskan berhubung perkara tersebut.

"Malangnya bila SAMM hubungi PDB minta penjelasan, panggilan kita dipindahkan oleh seorang pegawai kepada pegawai lain dan ini sangat mencurigakan," tambah Badrul Hisham.

Beliau berpendapat, kesan monopoli ini menjejaskan ratusan pekerja bumiputera yang terlibat dalam industri hiliran kerana bercanggah dengan polisi PDB sebelum ini yang mengagihkan kontrak kepada syarikat pengangkutan berasaskan negeri. Contohnya di Pantai Timur hanya syarikat di Pantai Timur diberi keutamaan.

"Monopoli ini ada risiko keselamatan kepada negara. Jika berterusan, syarikat lain mati dan urusan pengangkutan bergantung kepada STSB sahaja. Jika STSB dilanda krisis seperti 'mogok', berapa banyak stesen minyak tidak mendapat bekalan minyak dan menyebabkan sektor perusahaan lumpuh?" soalnya.

"Sebab itu SAMM mendesak PDB segera jelaskan perkara ini atau satu demonstrasi diadakan di hadapan bangunan PDB," jelasnya.



Utusan Kalah Lagi Di Mahkamah..

Posted: 04 Feb 2013 04:31 PM PST

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini semalam mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Utusan Melayu (M) Berhad membayar RM200,000 sebagai ganti rugi am dan teruk kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung satu artikel fitnah.

Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Zaharah Ibrahim sebulat suara menolak rayuan Utusan Melayu terhadap keputusan mahkamah tinggi.


Panel hakim yang juga terdiri daripada Datuk Anantham Kasinather dan Datuk Mah Weng Kwai, memerintahkan Utusan Melayu membayar kos guaman RM20,000 kepada Guan Eng.

"Kami juga telah membaca dan membaca semula rekod rayuan sama seperti hakim mahkamah tinggi yang membaca rayuan, keterangan, hujahan dan kuasa yang ada. Kami sebulat suara menolak rayuan itu dengan kos," kata Zaharah.

Utusan Melayu telah merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi George Town pada 14 Disember 2011 yang memerintahkan syarikat itu membayar RM200,000 sebagai ganti rugi selepas membenarkan saman fitnah Lim yang difailkan terhadap Utusan Melayu.

Guan Eng, yang juga Ahli Parlimen Bagan dan Anggota Dewan Undangan Negeri Air Putih, menyaman Utusan Melayu kerana memfitnahnya dalam satu artikel bertajuk "Kebiadaban Guan Eng" yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada 20 Disember 2011.

Dalam pernyataan tuntutannya, Guan Eng merujuk kepada perenggan ketujuh dalam artikel itu yang menurutnya perkataan yang digunakan antara lain memfitnahnya.

Dalam pernyataan pembelaannya, Utusan Melayu, menyatakan bahawa artikel itu disiarkan sebagai respons kepada serangan lisan Guan Eng ke atas akhbar itu semasa berucap pada konvensyen pakatan pembangkang di Kepala Batas pada 19 Disember 2011.

Dalam hujahnya hari ini, peguam Utusan Melayu, Mohana Kumar berkata, Guan Eng telah membangkitkan kemarahan terhadap akhbar itu dan Utusan Melayu mempunyai keistimewaan bersyarat bagi membela diri dengan membalas serangan itu.

- Bernama


PANAS & TERKINI - Mazlan Aliman Dihalang Samseng Umno Di Hulu Selangor

Posted: 04 Feb 2013 07:23 AM PST

TERKINI!! - Sdr.Mazlan Aliman pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) di ganggu oleh puak2 perkasa dan samseng2 india di ceramah beliau di Sg.Tengi Hulu Selangor! beliau tidak dibenarkan masuk ke kawasan ceramah oleh puak2 ini!

PANAS dari Sg Tengi Hulu Selangor.. Kelibat lembu lembu dan katak katak sedang menghalang jalan menyekat kehadiran Saudara Mazlan Aliman..


Provokasi sedang dilakukan

https://www.facebook.com/profile.php?id=100004615598754


Video - Ribut Kencang Ketika Najib Sedang Berucap

Posted: 04 Feb 2013 05:13 AM PST

KUANTAN - Seorang kakitangan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Pahang (JPNINP) cedera selepas khemah yang diduduki terbalik dan terbang dalam kejadian hujan serta ribut di Teluk Chempedak, semalam.

Wanita berkenaan yang juga Penolong Guru Tadika Perpaduan Balok Makmur 1, Norhashimah Sulaiman, 23, dikatakan berada di khemah berhadapan pantai bersama beberapa lagi rakan untuk menyediakan makanan kepada peserta dan pengunjung sempena program My Beautiful Malaysia.


Norhashimah dikatakan cedera di beberapa bahagian badan, bagaimanapun tindakan cepat orang ramai dan pasukan keselamatan dapat membawa wanita itu dengan segera ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut.

Pengarah JPNINP, Fairojibanu Zainal Abidin mengesahkan kejadian itu tetapi belum pasti kecederaan yang dialami kakitangannya. "Kita sudah maklum kejadian ini dan Norhashimah sudah dibawa ke HTAA untuk rawatan lanjut," katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai kecederaan yang dialami kakitangannya sehingga doktor mengesahkannya. Pengunjung pantai Teluk Chempedak, dekat sini, panik dan lari bertempiaran menuju ke bawah bangunan berdekatan selepas ribut dan hujan lebat tiba-tiba melanda kawasan berkenaan, semalam.

Akibat kejadian itu juga, dua pokok tumbang. Kejadian berlaku kira-kira jam 10.10 pagi ketika semua peserta siap mengadakan gotong-royong dan berkumpul di bawah khemah di dataran Teluk Chempedak untuk mendengar ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui skrin gergasi di situ.

Seorang petugas, Hazlina Ismail, 43, berkata, dia bersama rakan lain terpaksa melarikan diri apabila tiba-tiba khemah mereka terangkat dan terbalik bersama dua pokok berdekatan khemah terbabit.

"Saya dah nampak keadaan laut putih manakala angin sangat kencang dan kami yang berada di bawah khemah terasa seperti terbang," katanya yang bertugas di bahagian jamuan. Menurutnya, dia dan beberapa rakan lain cuba bertahan dan duduk di situ sehinggalah khemah terbalik akibat angin terlalu kencang.

Rakannya, Sy Zaharah Sy Abd Rahman mengakui kejadian itu pertama kali dialaminya dan tidak menyangka ribut kuat memusnahkan khemah yang menjadi tempat mereka menyajikan makanan kepada tetamu.

Katanya, sebaik sahaja khemah 'terbang' dia berlari menyelamatkan diri ke bawah bangunan gerai makan berdekatan. "Saya tidak mendengar apa-apa pun kecuali angin kencang," katanya yang masih terkejut dengan kejadian rakannya cedera dalam kejadian itu.

Ketika kejadian juga, polis dan anggota keselamatan turut membantu mengawal keadaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Sementara itu, semua pemimpin yang bersama meraikan My Beautiful Malaysia dan pengarah agensi kerajaan terus berada bersama ketika kejadian ribut dan meneruskan acara jamuan selepas itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan dilihat menyajikan makanan kepada pengunjung dan peserta My Beautiful Malaysia.



http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/kakitangan-jpninp-cedera-1.128031


Punca Gagal Bekal Air: Syabas Cuma Bayar 45 % Kepada Operator Loji

Posted: 04 Feb 2013 03:45 AM PST

SHAH ALAM, 4 FEB: Tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang hanya membayar sekitar 40 hingga 45 peratus kepada syarikat operator loji rawatan air menyebabkan syarikat terlibat tidak mampu mengeluarkan air dalam kapasiti yang optimum.

Syarikat operator rawatan air, Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash) terpaksa bertindak demikian bagi mengurangkan kos pengeluaran dan mengelakkan menanggung kerugian.


Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad keadaan ini hanya dapat diselesaikan apabila Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih operasi pengeluaran air di negeri itu.

"Bayaran Syabas kepada syarikat operator loji ini sangat menekan aliran tunai mereka," kata Dr Dzulkefly kepada TV Selangor hari ini.

Selain itu, Dr Dzulkefly turut mendedahkan bahawa Syabas juga tidak memberikan layanan yang adil dan saksama kepada syarikat-syarikat kontraktor mereka.

"Kontraktor Syabas ini ada banyak, tetapi saya dapat tahu cuma beberapa syarikat yang Tan Sri Rozali Ismail ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung dapat keistimewaan seperti anak emas oleh Syabas.

"Projek yang diberikan juga biasanya projek yang beri keuntungan lebih besar berbanding kerja yang diperolehi syarikat lain, ini tak adil kepada syarikat kontraktor lain walaupun mereka punyai keupayaan jalankan projek," ujarnya lagi.

Antara syarikat yang disebutkan sebagai anak emas Syabas oleh Dr Dzulkefly termasuklah Mewah Kota Sdn Bhd, Damini Sdn Bhd, Yakin Rantau Sdn Bhd, Kembara Sdn Bhd dan Semarak Niaga Sdn Bhd.

"Sekiranya Kerajaan Negeri ambil alih, kontrak dan bayaran akan dibuat dengan adil dan lebih baik sebab rekod yang ada saya percaya Kerajaan Negeri merupakan 'pay master' yang bagus," kata Dr Dzulkefly yang mengaku dibekalkan maklumat dari sumber dalaman salah sebuah syarikat anak emas terbabit.

http://www.selangorku.com/?p=22557



Tiada ulasan: