. |
Posted: 18 Feb 2013 01:38 AM PST | ||
Saifuddin Abdullah Akan Digugurkan? Posted: 18 Feb 2013 01:38 AM PST BERITA SERKAP Seperti mana yang diduga awal-awal Ahli Parlimen Temerloh Saifuddin Abdullah diberitakan tidak akan diturunkan sebagai calon Umno dalam pilihan raya umum akan datang, tampaknya ada tanda-tanda akan menjadi kenyataan.
Katanya Adnan dan veteran Umno Pahang tidak begitu gemar dengan cara dan pengenalan pendekatan politik baru yang cuba diterapkan oleh Saifuddin. Saifuddin adalah antara tokoh muda dalam Umno yang cuba mempraktikan politik baru yang bersifat profesional dan matang tanpa bersikap tegar kepada ideologi Umno. Menerusi pendekatan ini beliau turut mengkritik dasar atau pun sikap parti yang bertindak keras kepada pihak yang mengkritiknya. Saifuddin juga telah membuka banyak ruang perbincangan dengan golongan muda dan tidak malu-malu mengakui kesilapan kerajaan dalam menangani kaum remaja. Layanan istimewa beliau kepada golongan mahasiswa sesuai dengan perubahan masa juga tidak disenangi dan ia dilihat seolah-olah tindakan itu memberi kemerdekaan kepada golongan mahasiswa. Mahasiswa pula menyenangi cara Saifuddin melayani mereka. Ekoran pengguguran itu kerusi Temerloh yang kini disandang oleh Saifuddin besar kemungkinan akan diserahkan kepada Ismail Sabri Yaacob yang dikatakan berdepan dengan masalah di kerusinya di Bera. Dalam pilihan raya lalu Ismail Sabri menang dengan majoriti 3,821. Beliau dikatakan menghadapi masalah dalam pilihan raya ini apabila peneroka Felda di kawasan itu tidak begitu menyenang dengan tindak tanduknya yang seolah-olah tidak membela para peneroka. Bagi menghalalkan penyingkiran Saifuddin isu peribadi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu disebar luaskan. Antaranya isu peribadi yang dimainkan mengenai hubungan beliau dengan keluarganya tidak begitu rapat dan mesra. Adalah sesuatu yang merugikan Umno sekiranya tokoh muda seperti Saifuddin itu dimatikan awal bukan kerana kelemahannya tetapi kerana perasaan cemburu kepada idea-idea yang dibangunkan dalam Umno untuk merubah parti berkenaan menjadi sebuah organisasi siasah yang progresif. Sebelum ini saya sudah melaporkan Saifuddin di antara enam Ahli Parlimen yang mungkin tidak akan dicalonkan ini termasuklah Khairy Jamaluddin. [wm.kl.5:25 pm 18/02/13] | ||
Mahathir Si Dr Umum dan Mr Spin Posted: 17 Feb 2013 05:01 PM PST SESUDAH SUBUH Dalam sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Colombo saya menjadikan buku biografi Mahathir Mohamad, Doktor Umum sebagai teman seiring jalan. Saya mengambil masa begitu lama daripada tarikh ia mula diterbitkan untuk memiliki dan membaca biografi berkenaan. Kira-kira setahun. Saya sedikit merasa cuak dengan isi biografi berkenaan seperti mana dipetik oleh beberapa pihak dalam membuat resensi 'membakulkan' Mahathir dengan buku itu.
Dengan ketebalan buku itu, 982 muka surat, dan pelbagai peristiwa suka duka politik Mahathir ianya cukup untuk membuang bosan dan sepi saya dalam perjalanan. Memang tidak sia-sia dan bukan menjadi kesalahan kalau saya membaca buku itu untuk mendapat pencerahan serta perbandingan mengenai diri Mahathir dengan apa yang saya dengar di luar dirinya dengan apa yang dituliskan. Gilalah kalau seseorang itu menulis secara berterus terang tanpa ada sensor dalam mana-mana buku mengenai dirinya sendiri. Tampaknya Mahathir juga berbuat begitu dan tidak boleh lari dengan usikan syaitan dikenalinya, mengangkat tinggi dirinya ada kalanya sampai ke langit biru. Versi kisah-kisah dan tragedi politik yang berlaku di negara ini yang ada sangkut paut dengan dirinya tidak sama, malahan ada yang kontras sama sekali dengan individu yang berada di luar diri Mahathir. Dalam buku itu Mahathir menyembunyikan banyak keburukan dirinya dan dalam masa sama meletakkan kesalahan dibuat kepada diri orang lain. Tindaknnya yang merugikan negara dan rakyat, diakui secara jujur "kunun" tetapi di hujungnya dia akan sangkutkan segala risiko hasil perbuatannya itu ke leher orang lain. Perangai suka meleset tahi ke tubuh orang lain terserlah di dalam biografi berkenaan yang disampai dengan penuh diplomasi dan membela diri. Saya boleh membayangkan alam kanak-kanaknya dulu yang dilukis sebagai sedarhana tidak sedikiptun dilukis sifat sejatinya, bahawa Mahathir seorang anak pediam yang jahat. Rasanya tidak perlu saya mencuplikan contoh-contoh atau segmen yang membuktikan akan kemunafikan Mahathir dalam hal ini. Rasanya semua mereka yang membaca buku ini dapat menghayatinya. Jadi setelah mengenali diri Mahathir dari catatan tangannya sendiri itu maka tidak kisahlah dengana apa yang beliau lakukan sampai ke hari ini khasnya dalam dunia politik apa lagi sewaktu berdepan dengan musuh dan pesaingnya. Memuji diri sendiri, meletakkan diri sebagai hebat dan menjatuh dan merendahkan orang lain adalah sifat dan sikap Mahathir bin Mohamad. Kelicitannya juga terserlah di dalam buku itu bagaimana dia boleh menghalal apa-apa yang haram yang menimpa ke atas dirinya menerusi penulisan yang lembut menggoda jiwa. Saya ingatkan mereka yang tidak berdikiran kritis bahaya membawa buku ini kerana akan 'terpolot' dengan najis Mahathir. Kerja dan spinner dilakukan Mahathir tidak berhenti setakat episod yang tercatat dalam biografi itu. Ia terus berlaku dan dilakukan hingga ke saat ini. Misalnya gesaan dan tanggapan terbarunya mengenai media alternatif yang dituduh merbahaya dan perlu dikawal kerana menyiarkan pembohongan dan fitnah adalah manifestasi yang menyerlahkan sikap dan sifatnya. Ego Mahathir belum berkurang dan masih syok sendiri menuduh media alternatif sebagai bahaya kerana melakukan pembohongan, pemanipulasian, fitnah dan sebagainya. Mahathir nampak akan keburukan dan kehuduhan media alternatif internet. Matanya menjadi cerah dan hatinya sensitif kepada fitnah ataupun pengsensasian media alternatif. Anihnya beliau tidak nampak dan matanya menjadi 'bole' dengan apa yang dilakukan oleh media PB yang hakikatnya jauh lebih teruk dan buruk dari media alternatif. Media PB sifat atau kerja pembohongannya lebih besar dan dahsyat daripada media alternatif. Mahathir memberi alasan media alternatif menggunakan bahasa kesat, bersifat rasis dan tidak dikawal kerana ia tidak ada editor atau penyunting. Dir... tidak ada guna kalau bahasa yang indah dan mengikut standard DBP tetapi ia berunsur fitnah. Dalam hal ini malang Mahathir tidak nampak kepada apa dilakukan oleh akhbar Utusan, Berita Harian, TV3 dan sebagainya, di mana penampilannya dan kecomotan moralnya lebih teruk lagi media alternatif. Ini bermakna penyunting dan editor atau pengawal tidak memberi aa-apa makna. Di sini sifat muanfik Mahathir dan double standard dalam membuat kritikan. Sepatutnya sebelum beliau menghentam media alternatif, beliau mencerminkan, melihat apa dilakukan oleh media-media PB itu. Apakah dia sedar yang Utusan Malaysia melakukan pembohongan, fitnah setiap hari lebih dahysat daripada media alternatif? Kekalahan akhbar milik Umno itu dalam menghadapi saman malu ahli politik pembangkang menjelas dan membuktikan akan apa yang berlaku. Mungkin Mahathir tidak pernah membaca laporan media alternatif mengenai kekalahan Utusan itu, atau sebagai ahli Umno nombor satu terlupa untuk semak akaun Utusan hari ini yang hampir kering. akhbar itu tidak laku disebabkan kredibilitinya sebagai media unggul sudah musnah. Adalah silap kalau seorang yang diiktiraf sebagai negarawan tidak membaca dan menghayati secara adil dan saksama ke atas apa yang berlaku dalam negaranya. Sekarang ini bukan masa lagi Mahathir untuk mempertahankan Umno kerana beliau tidak lagi bertanggungjawab ke atas parti berkenaan. Beliau harus melihat kepada semua sesuai dengan statusnya sebagai negarawan. Selagi beliau masih obses untuk mempertahankan Umno dengan kaedah Yahudinya lama kelamaan orang akan lupa bahawa Mahathir pernah menjadi PM selama 22 tahun di negara ini. Orang akan ingat beliau adalah Mahathir seperti di tahun 1969 yang mengkhinati Tunku Abdul Rahman dan seorang penderhaka. Bersama kecaman terhadap media alternatif itu juga beliau masih melakukan spin mengenai video yang mendedahkan tindakan orang Cina Pulau Pinang menolak Najib secara berdepanan. Katanya, pekerja media alternatif sengaja membawa kumpulan tertentu untuk mengkritik Najib kemudian mereka rakam disebarkan. Aduh begitu jauh dan berbelit sekali spin (pusingan dan politan lidah) Mahathir ini. Untuk pengetahuan beliau, masyarakat hari ini sudah celik maklumat dan mempunyai pengetahuan yang luas. Mereka tidak lagi berada di bawah tempurung dan sedia mendengar apa saja cerita dan bari disampaikan olehnya. Zaman orang hanya menjadi pandir mendengar cerita Mahathir kemudian akan jatuh berlebak ke bumi seperti Mat jenin sudah tidak ada lagi. Mahathir boleh terus bersandiwara dan membawa kisah-kisah indahnya kepada orang sejenis dan sewaktu dengan seorang individu di Pasir Mas. Orang ini bukan setakat mencium tangan cium punggung pun dia sanggup. Harapnya selepas ini Mahathir tidak lagi aktif dengan tugasnya sebagai Mr Spin kerana apa dilakukannya secara sukarelawan demi melihat anaknya menjadi perdana menteri itu sudah tidak berapa berkesan lagi. Mahathir tidak tahu kenapa Najib memberi ruang luas untuk beliau bercakap dan berceloteh dalam membela Umno, ia adalah disebabkan Najib sudah letih mencari idea bagaimana hendak selamatkan Umno. Sebenarnya Najib sudah surender dan kehabisan idea untuk memastikan Umno menang sebab itu dia serahkan kepada Mahathir. Mahathir tidak kabar keadaan ini, bahawa dia sekarang ini adalah tukang karang yang tidak ada awak-awak di belakang melainkan ianya di blow-up kan media PB saja. Mahathir tidak sedar dirinya hari ini adalah rekod klasik yang terpaksa diputar kerana ingin mengenangkan masa lampau yang sudah jauh meninggalkan realiti dirinya. Mahathir terus bermimpi dan mengigau dan beperasaan dia masih ada harga diri. [wm.kl. 7:56 am 18/02/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan