Blog-list Malaysia |
- Penahanan Nick Xenophon langgar protokol antarabangsa – Anwar
- BERITA PANAS - Senator Australia Ditahan Di LCCT Dan Akan Dihalau
- Dr. Harun Din - UMNO/BN Akan Tersungkur Dengan Izin Allah
- Pakatan Rakyat Selesaikan Isu Tanah Yang Umno Perap Selama 50 Tahun
- 4 Jeneral Tentera Sertai Pakatan Rakyat
- HARON DIN KELUAR DARI PAS!!!...Fitnah Terbaru Blogger UMNO
- Hahahaha...Nyawa PM dan Psy diancam?
- 100 samseng Umno kepung, sepak mahasiswa di Pekan
- Kumpulan Penceroboh Sabah disahkan Pewaris Raja Sulu.
Penahanan Nick Xenophon langgar protokol antarabangsa – Anwar Posted: 15 Feb 2013 10:11 PM PST KUALA LUMPUR 16 Feb: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam penahanan senator bebas Australia, Nick Xenophon pagi ini dan menegaskan ia melanggar protokol antarabangsa. "Saya mengecam dengan keras penahanan senator Australia Nick Xenophon di KLIA yang dikatakan mengancam keselamatan nasional dan dilabel sebagai 'musuh negara'. Tuduhan-tuduhan itu adalah tidak berasas," "Saya mengingatkan perdana menteri, Najib Razak bahawa beliau tiada hak untuk memperlaku tetamu sebagai musuh negara hanya kerana mereka kritikal kepada pentadbiran Umno. "Malaysia bukan dimiliki Umno. Ia kepunyaan rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik," tegas Anwar. Menurut Anwar, Xenophon yang melahirkan kebimbangan terhadap pilihan raya akan datang, tidak melanggar sebarang undang-undang mahupun mengancam keselamatan negara. "Tambahan pula, beliau disertai penggubal undang-undang Australia untuk bercakap kepada kami, serta pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihan raya. Ini bukan sebab untuk menyenaraihitamkan beliau," katanya. Menurut Anwar, tindakan menahan dan menghantar pulang Xenophon bermotifkan politik dan merupakan salahguna kuasa. "Ia juga jelas melanggar protokol antarabangsa dalam menerima kehadiran penggubal undang-undang daripada luar, khususnya ahli negara komanwel. "Senator Xenophon mesti dibebaskan serta merta dan dibenarkan masuk ke negara ini tanpa halangan selanjutnya," tegas Anwar. - keadilandaily.com/ |
BERITA PANAS - Senator Australia Ditahan Di LCCT Dan Akan Dihalau Posted: 15 Feb 2013 07:41 PM PST Senator Australia ditahan di LCCT, tunggu deportasi Senator Australia Nick Xenophon telah ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan sedang menunggu untuk deportasi kerana didakwa menjadi "musuh negara". Xenophon, yang tiba di KLIA awal pagi ini, ditahan pihak imigresen sejak beberapa jam yang lalu. Xenophon memberitahu akhbar Sunday Mail Australia bahawa beliau sedang ditahan di kawasan dengan semua sel tahanan penuh dengan wanita. Katanya, beliau dimaklumkan yang beliau merupakan "musuh negara" dan akan dihantar menaiki penerbangan berikutnya untuk pulang ke negaranya. Menurut senator itu, walaupun tidak dibenarkan membuat sebarang panggilan telefon, tetapi beliau sempat menghubungi akhbar Australia itu ketika ditinggalkan bersendirian dalam bilik soal siasat. Xenophon dijadualkan untuk bertemu dengan ahli-ahli parlimen, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mengenai isu-isu pilihan raya. Tiga lagi ahli politik Australia dijadual menyertai Xenophon dalam satu delegasi mencari fakta. Mereka ialah MP Mal Washer, Senator John Williams, dan MP Steve Georganas. Bagaimanapun, mereka belum berlepas ke Malaysia. Tidak pasti sama ada mereka akan menimbang semula rancangan ke negara ini ekoran perkembangan terbaru itu. Xenophon menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0 tahun lepas sebagai pemerhati antarabangsa dan turut menjadi sasaran gas pemedih oleh polis anti-rusuhan, yang menyuraikan peserta demonstrasi menuntut reformasi pilihan raya itu. 'Arahan dari atas' Xenophon memberitahu ABC News 24 Australia bahawa beliau tidak menjangka akan ditahan semasa ketibaannya di Kuala Lumpur. Katanya, pegawai imigresen berkenaan "sangat sopan" tetapi mereka memberitahunya bahawa mereka menerima "arahan dari atas" untuk menahannya. "Saya mendapatinya luar biasa. Saya pernan ke sini sebelum ini [dan] Saya telah membuat kenyataan mengenai keadaan demokrasi di Malaysia sebelum ini. "Tetapi pada kali ini jelas seseorang yang berkuasa dalam kerajaan Malaysia tidak mahu saya di sini," katanya. http://www.malaysiakini.com/news/221507 |
Dr. Harun Din - UMNO/BN Akan Tersungkur Dengan Izin Allah Posted: 15 Feb 2013 07:11 PM PST Laman Pro Kerajaan banyak membicarakan pasal Dr Harun Din akan keluar PAS. Dakyah yang dimainkan supaya orang merasakan PAS telah tergelincir daripada landasan asal. Gambar Dr Harun Din dengan Dr Hassan Ali dijadikan sandaran kononnya wujud pertemuan. Laman Mummy Rokiah dalam nada sama juga menulis agar Dr Harun kekal. Semuanya adalah mainan politik bagi mereka yang buntul idea dan isu. Semalam Dr Harun di Banggul Paradung, Terengganu dalam ceramah PGU 7.0 adalah PGU terakhur di Terengganu. Antara lain Dr Harun Din menyebut UMNO/BN akan jatuh tersungkur dengan izin Allah dalam PRU 13 nanti kerana 50 tahun UMNO/BN telah diberikan amanah tapi dia mengkhianati Islam dan amanah ALlah. Dr Harun Din ibaratkan UMNO ini buah yang sudah masak, kalau tak dijolok pun dia boleh jatuh sendiri. Insya ALlah PAS akan akan metadbir dengan baik, adil jika diberikan peluang untuk memerintah selepas PRU13 nanti kata Dr Harun Din. Walaupun hujan begitu lebat pada petang sebelum itu menyebabkan semua kawasan PGU 7.0 menjadi becak dan berselut/lumpur tapi kehadiran ceramah semalam cukup ramai. |
Pakatan Rakyat Selesaikan Isu Tanah Yang Umno Perap Selama 50 Tahun Posted: 15 Feb 2013 06:15 PM PST SEPANG, 16 FEB: Penduduk Kampung Datuk Abu Bakar Baginda akhirnya mampu menarik nafas lega apabila penantian selama lebih 50 tahun untuk memiliki tanah yang didiami selama ini tercapai. Usaha memiliki tanah yang menempatkan kediaman 15 keluarga di kampung tersebut mula diusahakan sejak 50 tahun lalu oleh generasi sebelum ini. Bagaimanapun menurut penduduk yang ditemui selepas majlis penyerahan Borang 5A hari ini, usaha mereka sebelum ini tidak dilayan Kerajaan Negeri yang diterajui Umno-BN. "Lama hingga dah tiga YB dari BN bertukar, sekarang lega, memang itu yang saya tunggu-tunggu. "Lebih 50 tahun cuba usahakan, tapi bila kita kemukakan tiada apa-apa jawapan," ujar Hussin Ahmad, 71 tahun dengan nada sebak kepada TV Selangor. Beliau yang mengaku sebelum ini merupakan ahli Umno turut berkata beliau akan memberikan sokongan kepada Kerajaan Negeri yang ada sekarang dalam pilihan raya akan datang. Latjiman Keman, 48 tahun pula memberitahu usaha untuk mendapatkan hak milik tanah yang didiami keluarganya sudah mula di usahakan oleh Allahyarham bapanya. "Perjuangan ini melebihi tempoh usia saya dan hampir menemui jalan buntu, tetapi kejayaan hari ini dapat menebus semula titik peluh arwah bapa saya. "Kegembiraan ini kami kongsikan bersama dari generasi pertama, generasi kedua dan ketiga. "Usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri ini merupakan satu usaha murni yang patut diteruskan untuk terus membantu rakyat yang menghadapi masalah yang sama," kata Latjiman. Sementara itu, Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari pula berkata penduduk Kampung Datuk Abu Bakar Baginda kini tidak lagi perlu bimbang kemungkinan tanah mereka di ambil oleh Kerajaan Pusat. "Tanah yang mereka diami ini berhampiran dengan Putrajaya, wilayah Kerajaan Pusat yang pesat membangun, jadi memang terdapat risiko ia akan diambil oleh Kerajaan Pusat. "Tetapi bila mereka dah dapat borang 5A ini, mereka tak perlu lagi bimbang, penduduk boleh hidup dengan tenang," kata beliau. Sebelum itu dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Kampung Datuk Abu Bakar Baginda seramai 15 penduduk kampung di sini menerima borang 5A yang disampaikan oleh Dr Yaakob yang mewakili Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Borang 5A adalah surat tawaran memiliki tanah dari Kerajaan Negeri kepada seseorang individu. Borang tersebut juga diangap sebagai pengesahan pemilikan tanah oleh seseorang individu itu dengan bayaran premium RM1,000 sahaja. Ketika di era Umno-BN mentadbir, penerima borang 5A dikehendaki membayar premium sekurang-kurangnya 20 peratus dari nilai tanah menyebabkan terdapat penerima tawaran dikalangan berpendapatan rendah terpaksa menolak kerana tidak mampu membayar premium yang tinggi. |
4 Jeneral Tentera Sertai Pakatan Rakyat Posted: 15 Feb 2013 05:16 PM PST Lt. Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Darat), Brig. Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab (Udara), Laksamana Pertama (B) Haji Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig. Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat) semuanya secara terbuka menyokong Pakatan Rakyat. Kesemua mereka akan berceramah bersama Dato Seri Anwar Ibrahim di Taman Rekreasi Jalan 1/56, AU 3, Keramat Wangsa, jam 8 malam hingga 12 tengah malam pada 16 Februari ini. Kalau Jeneral-jeneral sudah sokong PR takkan Prebet dan bekas-bekas tentera pangkat bawah masih menyokong BN. |
HARON DIN KELUAR DARI PAS!!!...Fitnah Terbaru Blogger UMNO Posted: 15 Feb 2013 08:27 AM PST Timbalan Mursyidul Am Pas iaitu Tuan Guru Dato' Dr Haron Din dikhabarkan telah keluar dari Pas. Baca FB Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din KANGAR – Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din disahkan akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang di negeri ini. Mengesahkan perkara itu, Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin berkata, pihaknya sudah mengemukakan tawaran bertanding kepada Haron dan mendapat maklum balas positif. "Kita beri tawaran ini sejak 2011 lagi dan terbaru, tahun lalu. Beliau jawab secara positif menyatakan kesediaan untuk bertanding kali ketiga walaupun sudah tewas dua kali sebelum ini," katanya. Dato Dr Haron Din Masih Bersama PAS Dan Akan Bertanding Di PRU 13 Nanti....InShaAllah.... Ini Sekligus Menolak Fitnah Yang Dilemparkan Oleh Media2 Lidah Biawak Tajaan UMNO/BN Yang Mengatakan Dato Dr Haron Din Akan Meninggalkan PAS... Baca lagi - harian-metro-online |
Hahahaha...Nyawa PM dan Psy diancam? Posted: 15 Feb 2013 05:30 AM PST PULAU PINANG- Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menuntut bukti daripada pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow yang mendakwa ada ancaman nyawa terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan terhadap penyanyi Korea Selatan, Psy ketika sambutan Tahun Baru Cina di negeri tersebut Isnin lalu. "Keselamatan Perdana Menteri adalah sangat penting. Siapa yang mengancam beliau? Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, saya tidak dimaklumkan mengenai perkara tersebut," kata Lim yang dipetik Malaysiakini. "Bahkan ketua polis Pulau Pinang Abdul Rahim Hanafi juga tidak memaklumkan perkara ini pada saya. Jelasnya, Teng cakap tak berakal, dan tidak berkata benar semasa berkata nyawa pemimpin BN dalam bahaya," tambahnya lagi. Dalam menghadapi dua malu besar terhadap Najib ketika sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang iaitu peristiwa 'No' dan dibiarkan menunggu Psy yang tidak muncul-muncul untuk menggaul 'Yee Sang', semalam Teng menggemparkan semua pihak apabila mendakwa terdapat ancaman nyawa terhadap Psy. "Terdapat ancaman terhadap nyawa Psy, jadi polis terpaksa bertindak untuk memastikan kawasan tersebut selamat kerana khemahnya jauh sedikit daripada pentas, itu sebabnya kita suruh Perdana Menteri untuk turun dari pentas," kata Teng yang dipetik The Malaysian Insider. Teng menjelaskan demikian selepas kemunculan klip video yang menunjukkan Najib dan para pembesar BN dibiarkan tunggu untuk kemunculan Psy untuk menggaul Yee Sang walaupun dijemput berkali-kali oleh pengacara majlis. Namun, Psy tidak muncul menyebabkan semua yang ada di pentas terkial-kial. Selepas itu, Najib pula menjadi pengacara majlis untuk menjemput Psy untuk melakukan persembahannya. Ketika itulah, Najib dimalukan sekali lagi apabila rakyat Pulau Pinang berkata 'No' kepada soalannya 'Are you ready for BN?' yang ditanya tiga kali berturut-turut. Jika betul ada ancaman nyawa terhadap Najib dan Psy, mengapa Teng tidak menjelaskan mengapa Psy dibenarkan untuk mempersembahkan dua kali lagu popularnya Oppa Gangnam Style selepas ancaman di terima dan Najib pula dibiarkan menjadi pengacara majlis selepas acara menggaul yee sang. Manakala jawapan polis pula berterabur. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah SAC Mazlan Kesah semalam berkata beliau tidak mendapat maklumat mengenai ancaman terhadap Psy atau sesiapa, manakala Ketua Polis Pulau Pinang Abdul Rahim mengesahkan ada ancaman terhadap Psy. Bagaimanapun, tiada yang menjelaskan bagaimana Psy boleh pergi makan malam di sebuah restoran Korea di Tanjung Bungah sebelum meninggalkan negara pada 2 pagi hari Selasa. "Dalam klip video tersebut, semua – termasuk Perdana Menteri tidak kelihatan seperti diancam. Juga tiada polis kelihatan sekitar pentas. Psy dibenarkan buat persembahan dan kemudian makan malam. Ini berita besar, nyawa Perdana Menteri dan Psy diancam. Mengapa tidak disebut sehingga sekarang?" tanya Lim Guan Eng. -Harakahdaily |
100 samseng Umno kepung, sepak mahasiswa di Pekan Posted: 15 Feb 2013 04:05 AM PST PEKAN 15 FEB: Lepas diserang ketika mengedar risalah Selasa lalu, diikuti serangan dengan parang pada Rabu, kumpulan Gerakan Mahasiwa PRU-13 di Pekan, Pahang petang ini dikepung pula kira-kira 100 samseng Umno untuk menghalau mereka pulang. Bercakap kepada Keadilan Daily, wakil mahasiswa terlibat, Ekhsan Bukhari berkata, serangan tersebut bermula semasa sekumpulan 30 mahasiswa mengedar risalah 'Harapan mahasiswa untuk rakyat Pekan' di sekitar kawasan itu. "Kami sedang edar risalah, tiba-tiba kumpulan 100 samseng di kalangan ahli-ahli Umno Bahagian Pekan mengepung kami. Ada yang kena sepak, tampar, terajang. Mahasiswi pula kena tarik tudung. Polis hanya tengok serangan berlaku. "Daripada situ, kami terus balik ke tempat penginapan, di Madrasah Husna yang tidak jauh dari lokasi kejadian," katanya dihubungi ketika beliau dalam madrasah berbincang untuk mencari jalan penyelesaian. Menurut Ekhsan, kumpulan samseng itu kemudian mengepung madrasah tersebut memberi amaran supaya mereka beredar. Jika ingkar, kumpulan itu mengugut untuk melakukan ancaman, kata Ekhsan lagi. "Samseng-samseng itu masih di luar madrasah. Mungkin mereka bimbang dengan kehadiran kami di sini kerana Datuk Seri Najib (Razak) akan ke pekan Chini esok," kata Ekhsan. Sebelum ini, pelajar Universiti Selangor (Unisel) itu dan dua lagi mahasiswa diserang samseng Umno di Kampung Datuk Keramat, Ganchong ketika mengedarkan risalah kepada pengundi di kampung berkenaan. Kumpulan siswa itu mendakwa ditumbuk dan disepak di kepala dan badan oleh lelaki tidak dikenali dalam kejadian pada kira-kira jam 1 petang itu. Manakala, kira-kira jam 11 pagi kelmarin, dua siswa dan dua siswi pula diserang dengan parang oleh samseng Umno di Felda Chini 4. Gerakan Mahasiwa PRU-13 menggerakkan anggotanya untuk mengedarkan risalah berkenaan selepas mengumumkan untuk meletakkan calon di kawasan yang diwakili Perdana Menteri itu. |
Kumpulan Penceroboh Sabah disahkan Pewaris Raja Sulu. Posted: 15 Feb 2013 01:20 AM PST KOTA KINABALU - Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di persisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal. "Kita telah hantar pasukan untuk berunding dengan mereka dan perbincangan berjalan baik dan kita beritahu mereka bahawa mereka kena tinggal (Sabah) secara baik dan kita tidak mahu apa-apa keadaan yang boleh menggugatkan keselamatan rakyat di negeri ini," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini hari ini. Ismail juga mengesahkan kumpulan itu yang kini berada di Kampung Tandau, Labian di Lahad Datu memberi jaminan akan meninggalkan tempat itu (Sabah) secepat mungkin dengan syarat tuntutan mereka dipenuhi. Katanya, pihak Malaysia berharap anggota kumpulan berkenaan akan meninggalkan negeri ini secepat mungkin dan menegaskan tuntutan seharusnya dibuat secara diplomatik, bukan secara mengejut seperti yang dilakukan itu. "Kita lihat perbincangan dalam keadaan terkawal dan pasukan keselamatan telah mengambil tindakan awal dengan mengepung kampung itu sejak semalam dan saya percaya perkara ini dapat diselesaikan secara baik dalam masa terdekat," katanya. Beliau turut menjelaskan, pihaknya mengganggarkan kumpulan itu melebihi 100 orang dan tidak menolak kemungkinan mereka bersenjata, namun demikian polis mengambil pendekatan 'berhati-hati' bagi menghadapi sebarang kemungkinan. "Setakat ini keadaan tidak tegang dan mereka kelihatan berkelakuan baik. Kita percaya kumpulan itu mempunyai sahabat di kampung itu tetapi tidak mempunyai rumah di situ. Mereka pergi duduk di surau dan menumpang rumah-rumah di kampung," katanya sambil menambah kumpulan itu tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana kumpulan militan di Filipina. Pada peringkat ini, katanya, rundingan sedang berjalan dan beliau menasihati penduduk di sekitar Lahad Datu supaya tidak percaya pada khabar angin. Beliau turut memberi jaminan bahawa keadaan adalah baik serta selamat dan polis Sabah akan melakukan yang terbaik untuk menangani kemelut itu segera. Setakat ini, kumpulan tersebut difahamkan menggunakan bot pancung dan pihaknya akan menyiasat bagaimana mereka berjaya memasuki negara ini. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan