Anak Sungai Derhaka |
- VVIP mana pulak di tahan kerana seludup USD1.5 Juta di Buenos Aires ni?
- Wah!! Banyaknya duit UMNO Bahagian Tanah Merah ni..
- Nazri Aziz sahkan media perdana ditunggangi oleh UMNO/BN..
- Gempar!! Ceramah anjuran Perkasa dan Jati lebih banyak kerusi dari orang yang hadir.. Tengokle..
- Ali Rustam Menyanyi Lagu 'Undi BN' Di Majlis Penyampaian BR1M 2.0 (Video Inside)
VVIP mana pulak di tahan kerana seludup USD1.5 Juta di Buenos Aires ni? Posted: 06 Feb 2013 05:30 AM PST Seorang Peguam menulis dilaman Facebook miliknya.. VVIP Malaysia ditahan di Airport Buenos Aires kerana disyaki seludup keluar wang tunai USD 1.5 Juta . Mereka ditahan dan dilarang meninggal Negara itu untuk beberapa hari, lebih malang duit USD 1.5 Juta dirampas. Bila dapat berita ini ada 2 dua perasaan yang timbul 1)kesian dan 2)sedih. Kesian kerana kebodohan diri yang tidak menghormati undang-undang Negara Argentina... Mungkin di Malaysia VVIP ini adalah "Penjenayah Yang Dilindungi dan Dihormati" jadi sentiasa terlepas dari siasatan dan pendakwaan segala jenayah-jenayahnya walaupun terlalu banyak aduan dan laporan Polis dibuat. Ada sahaja "jalan penyelesaian" dan "bantuan ajaib" bagi menyelamatkannya. Sedih pula kenapa perlu seludup duit jika "duit itu halal" ??? Sedih juga kerana yang tukang bawa beg berisi duit itu adalah "Orang Yang Patut Menangkap Penyeludup Wang". Mana dia Integriti yang diagung-agungkan?. Kerajaan Berusaha Gigih Membenteras Masalah Ini dan Pasukan Polis Bukit Aman Bekerja Keras Mengembalikan Kepercayaan Rakyat Kepada Pasukan NAMUN sikap segelintir "makhluk" yang beranggapan bahawa mereka ADALAH "above the Law" TELAH menggagalkan berbagai usaha-usaha yang MURNI yang cuba dilaksanakan. Rakyat berharap Kerajaan dan Polis Sentiasa Adil Terhadap Isu-isu seperti ini. Amanah Rakyat kepada Kerajaan dan Polis adalah untuk Melindungi Rakyat . JIKA VVIP bersalah bawa mereka ke Pengadilan WITHOUT FEAR AND FAVOUR. Siapa VVIP yang dimaksudkannya agaknya??.. Kalau dah dianggap sebagai VVIP takkan lah pemimpin dari Pakatan Rakyat kot..... |
Wah!! Banyaknya duit UMNO Bahagian Tanah Merah ni.. Posted: 06 Feb 2013 02:40 AM PST Perkara yang dilaporkan oleh Harakahdaily didakwa telah dilakukan oleh Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah bagi membuktikan kepada penduduk bahawa UMNO mempunyai wang... Selain menunjukkan akan ketakburan beliau secara tidak langsung beliau membuktikan bahawa negeri Kelantan adalah sebuah negeri yang selamat.. kerana wang tunai yang begitu besar jumlahnya boleh dipamirkan tanpa sebarang rasa takut dirompak.. "Wang berkenaan adalah jaminan atau bukti kepada penduduk bahawa saya Ketua Umno Bahagian Tanah Merah mempunyai sumber kewangan bagi membantu penduduk di ladang itu. |
Nazri Aziz sahkan media perdana ditunggangi oleh UMNO/BN.. Posted: 06 Feb 2013 12:08 AM PST Jawatankuasa Penilaian Pilihan Raya Muslim Eropah mendedahkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengakui media arus perdana memang alat untuk kerajaan Umno BN. Wakil jawatankuasa itu, Drs Fadime Orgu menjelaskan, kenyataan tersebut dinyatakan Nazri ketika pertemuan mereka di Parlimen, tengah hari tadi. "Pimpinan pembangkang ketika kami temui hampir semua menyatakan tentang tidak ada kesamarataan media dan pembangkang tidak diberi ruang langsung untuk menjelas agenda mereka dalam media arus perdana terutama menjelang pilihan raya. "Kami bertanya kepada Nazri, mengapa tidak diberi sebarang liputan kepada pembangkang. "Beliau menjawab, Malaysia tidak sama dengan negara lain. Media awam arus perdana (TV3, Utusan) sememangnya alat untuk kerajaan," katanya pada sidang media di sebuah hotel di ibu negara, petang tadi, ditemani rakannya, Zoulhair Amri. Menurut Fadime, Nazri juga menyatakan kesudiannya untuk membuat penyelidikan berkenaan proses pilihan raya yang tidak telus. "Kami bertanya kepada beliau tentang pendedahan berhubung pilihan raya yang berjalan tidak bersih dan tidak adil. "Beliau menyatakan bahawa penyelidikan 'akan' diadakan mengenai permasalahan tersebut," kata bekas Ahli Parlimen Belanda itu. Tambahnya, perkembangan beberapa pergerakan di Malaysia semakin lebih baik. "Dalam siri pertemuan dengan beberapa pemimpin pembangkang dan NGO, kami dapati perkembangan demokrasi di sini semakin baik. "Beberapa pergerakan yang berlaku di Malaysia contohnya seperti Bersih, pergerakan memperjuangkan hak alam sekitar dan gerakan dari mahasiswa merupakan perkara yang positif untuk negara. "Kami akan menyiapkan laporan penuh pemerhatian selama tiga hari di Malaysia ini dalam masa beberapa minggu lagi," ujarnya. Turut hadir Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh dan Pengarah Hal Ehwal Parlimen Pejabat Ketua Umum KEADILAN, Abdul Malek Hussin. ~ Keadilandaily |
Gempar!! Ceramah anjuran Perkasa dan Jati lebih banyak kerusi dari orang yang hadir.. Tengokle.. Posted: 05 Feb 2013 09:17 PM PST Ceramah anjuran PERKASA dengan kerjasama JATI di Taman Cempaka Sari 3, Jalan Hj Sirat Klang malam tadi dengan pencaramah-penceramah "hebat" dari JATI Ustaz Hassan Basri dan Exco Pemuda UMNO merangkap Ketua Unit Pemidato Pemuda UMNO dan Ahli Pemikir JASA, Lokman Adam atas tajuk JOM TOLAK PAKATAN telah menjadi JOM TOLAK UMNO/BN. Kehadiran yang boleh dibilang dengan jari.. Turut hadir Omakkau nampak ialah Pengerusi GAPS dulu orang kuat PKR yang selalu buat bising menyalak berdemo depan bangunan SUK kononnya rakyat dah tolak kepimpinan TS Khalid Ibrahim isu rumah murah PKNS. Banyak kerusi kosong dari diisi dengan penghuni. Sampaikan Lokman Adam macam tidak bersemangat nak memberikan ucapan walaupun suasana sebegini sudah menjadi lumrah kepada beliau. Makin nak dekat PRU makin rakyat menyepi dan meminggirkan ceramah-ceramah UMNO/BN. Petanda jelas, rakyat sudah tolak UMNO secara total. ~ Omak Kau!! |
Ali Rustam Menyanyi Lagu 'Undi BN' Di Majlis Penyampaian BR1M 2.0 (Video Inside) Posted: 05 Feb 2013 04:53 PM PST Sebenarnya... bukan Ali Rostam saja yang mengambil kesempatan dalam pengagihan wang BR1M ini malah kebanyakkan atau hampir kesemua pemimpin UMNO diberika peluang oleh Najib untuk menyampaikan ceramah politik di Sekolah-sekolah ketika majlis penyerahannya.. Tanpa segan silu mereka berkempen kepada ibu bapa yang hadir ke majlis itu supaya menyokong UMNO/BN, sedangkan wang yang diagihkan oleh mereka itu adalah wang milik Kerajaan Malaysia yang dikutip melalui cukai yang dikenakan terhadap rakyat Malaysia tanpa mengira ideologi politik mereka. Bagi mereka kebanyakkan Ibu Bapa yang hadir masih boleh diperbodohkan kononnya wang yang diagihkan tersebut adalah wang milik UMNO/BN... Addin melaporkan... Gambar dan video ni di kirim oleh pembaca blog Addin, sungguh tak di sangka begini tahapnya keintelektualan seorang yang di gelar Ketua Menteri. Sanggup ambil kesempatan semasa penyerahan BR1M 2.0 baru-baru ini. Mengikut pengirim tersebut, kejadian ini berlaku semasa penyerahan BR1M 2.0 di kawasan DUN Bukit Baru, Melaka yang di wakili oleh Ali Rustam pada 5 Februari 2013. Menurut pengirim, sebelum penyerahan wang BR1M 2.0 Ali Rustam memulakan ucapan dengan membandingkan pencapaian Malaysia dengan Filipina. Ali Rustam juga berkata, Malaysia lebih baik dari segi kadar kemiskinan dengan Filipina. Malaysia telah memberi pelbagai subsidi kepada rakyat jesteru itu rakyat perlu kekalkan pemerintahan yang sedia ada. Akhir sekali, Ali Rustam menutup ucapannya dengan nyanyian lagu 'undi BN'.. Tak percaya? lihatlah video di bawah.. Sumber dari Addin |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan