Anak Sungai Derhaka |
- Video Wanita UMNO goyang sakan dengan dengan Lufya tersebar!! Saksikan!!
- Ribut melanda bila Najib mula berucap melancarkan My Beautiful Malaysia di Teluk Chempedak (Video Inside)
- Ribuan peminat minta Superstar Korea Selatan, Psy agar tidak menjadi alat politik Barisan Nasional ..
- Rosmah Mansor pasti sakit hati bila melihat Billboard ini..
Video Wanita UMNO goyang sakan dengan dengan Lufya tersebar!! Saksikan!! Posted: 04 Feb 2013 07:30 AM PST Menurut individu yang telah memuat naik rakaman video ini ke dalam YouTube, rakaman ini telah dilakukan dalam satu majlis yang dianjurkan oleh UMNO.. Dakwaannya itu ada kebenarannya bilamana kita melihat warna pakaian yang dikenakan oleh kebanyakkan wanita-wanita di dalam video ini, iaitu warna merah.. warna kebanggaan wanita UMNO.. Yalah.. takkan Muslimat PAS nak pakai tudung warna merah kot... Wanita PKR pakai tudung warna biru muda... Saksikan!! Wanita UMNO bertaraf Makcik goyang sakan dengan Lufya.. Dalam perhimpunan mereka HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!! tapi kalau macam ni lah gayanya malu Melayu yang masih hidup.. |
Posted: 04 Feb 2013 04:26 AM PST Seorang kakitangan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Pahang (JPNINP) cedera selepas khemah yang diduduki terbalik dan terbang dalam kejadian hujan serta ribut di Teluk Chempedak, semalam. Wanita berkenaan yang juga Penolong Guru Tadika Perpaduan Balok Makmur 1, Norhashimah Sulaiman, 23, dikatakan berada di khemah berhadapan pantai bersama beberapa lagi rakan untuk menyediakan makanan kepada peserta dan pengunjung sempena program My Beautiful Malaysia. Norhashimah dikatakan cedera di beberapa bahagian badan, bagaimanapun tindakan cepat orang ramai dan pasukan keselamatan dapat membawa wanita itu dengan segera ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut. Pengarah JPNINP, Fairojibanu Zainal Abidin mengesahkan kejadian itu tetapi belum pasti kecederaan yang dialami kakitangannya. "Kita sudah maklum kejadian ini dan Norhashimah sudah dibawa ke HTAA untuk rawatan lanjut," katanya. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai kecederaan yang dialami kakitangannya sehingga doktor mengesahkannya. Pengunjung panik Pengunjung pantai Teluk Chempedak, dekat sini, panik dan lari bertempiaran menuju ke bawah bangunan berdekatan selepas ribut dan hujan lebat tiba-tiba melanda kawasan berkenaan, semalam. Akibat kejadian itu juga, dua pokok tumbang. Kejadian berlaku kira-kira jam 10.10 pagi ketika semua peserta siap mengadakan gotong-royong dan berkumpul di bawah khemah di dataran Teluk Chempedak untuk mendengar ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui skrin gergasi di situ. Seorang petugas, Hazlina Ismail, 43, berkata, dia bersama rakan lain terpaksa melarikan diri apabila tiba-tiba khemah mereka terangkat dan terbalik bersama dua pokok berdekatan khemah terbabit. "Saya dah nampak keadaan laut putih manakala angin sangat kencang dan kami yang berada di bawah khemah terasa seperti terbang," katanya yang bertugas di bahagian jamuan. Menurutnya, dia dan beberapa rakan lain cuba bertahan dan duduk di situ sehinggalah khemah terbalik akibat angin terlalu kencang. Berlari selamatkan diri Rakannya, Sy Zaharah Sy Abd Rahman mengakui kejadian itu pertama kali dialaminya dan tidak menyangka ribut kuat memusnahkan khemah yang menjadi tempat mereka menyajikan makanan kepada tetamu. Katanya, sebaik sahaja khemah 'terbang' dia berlari menyelamatkan diri ke bawah bangunan gerai makan berdekatan. "Saya tidak mendengar apa-apa pun kecuali angin kencang," katanya yang masih terkejut dengan kejadian rakannya cedera dalam kejadian itu. Ketika kejadian juga, polis dan anggota keselamatan turut membantu mengawal keadaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Sementara itu, semua pemimpin yang bersama meraikan My Beautiful Malaysia dan pengarah agensi kerajaan terus berada bersama ketika kejadian ribut dan meneruskan acara jamuan selepas itu ~ Sinar Harian |
Posted: 04 Feb 2013 12:02 AM PST Matlamat utamanya ialah menggunakan Superstar dari Korea, Psy sebagai sebagai tarikan untuk meramaikan rakyat Malaysia terutamanya dari Pulau Pinang sendiri agar hadir ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional. Secara mudahnya Psy akan digunakan sebagai alat politik oleh Barisan Nasional bagi menumpang popularity meskipun terpaksa mencari penaja untuk menaja sehingga RM2 Juta untu membawa masuk Superstar itu. Suatu masa dulu Red Carpet pernah membatalkan hasrat mereka untuk membawa masuk artis tersebut kerana tiada pihak yang sanggup untuk menaja kehadirannya itu.. sila baca di ( SINI ).. Tetapi kali ini entah siapa yang dijadikan mangsa .. Barisan Nasional Pulau Pinang telah berjaya mendapatkan penaja untuk membayar RM2 Juta bagi Psy mempersembahkan sebuah lagu.. Menyedari akan hakikat Psy akan dijadikan sebagai alat politik oleh UMNO/BN.. Sejurus selepas Superstar dari Korea Selatan Psy akan mengadakan persembahan dalam majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional Pulau Pinang, laman Facebook beliau dibanjiri dengan ribuan komen-komen dari peminatnya di Malaysia meminta beliau agar tidak menjadi alat kepada Barisan Nasional. Satu pesanan yang agak panjang dalam bahasa Inggeris telah di 'copied and pasted' di hampir kesemua Psy updates di laman Facebook beliau.. Nak tengok lagi ribuan komen yang meminta Psy agar tidak datang ke Malaysia.. silalah lihat di Psy Official Facebook di ( SINI ) Apalah malangnya nasib BN ni.. nak tumpang populariti Psy tapi keburukkan pentadbiran mereka pila didedahkan dalam Facebook Psy... Sekarang sudah puluh berapa juta rakyat negara luar yang meminati Psy tahu akan keburukkan pentadbiran Barisan Nasional itu agaknya?? Cybertrooper belaan UMNO mana? nak tengok saja ke? Ke tak faham bahasa Inggeris???.. kah..kah..kah.. |
Rosmah Mansor pasti sakit hati bila melihat Billboard ini.. Posted: 03 Feb 2013 09:48 PM PST Cukuplah tipu kami… itu adalah apa yang tertera pada sebuah billboard yang ditemui di Terengganu.. Siapa punya kerja ni entahlah.. Tetapi dari apa yang terpapar ianya jelas menunjukkan bahawa rakyat di Terengganu juga tidak dapat menerima penafian Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tentang cincin RM24 Juta itu. Dengan memetik kenyataan beliau yang disiarkan oleh TV3 dan juga Sinar Harian iaitu " Saya tidak mempunyai wang, jadi saya hanya melihat dan merasakan ianya benar-benar cantik, itu saja!!" Selain itu Rosmah Mansor juga telah bersumpah bahawa beliau tidak memiliki cincin yang telah mencetuskan kontroversi itu.. Kenyataan tersebut telah dinyatakan oleh Rosmah Mansor dalam satu majlis yang dipenuhi oleh pengundi dari saluran satu, iaitu golongan yang mudah ditipu oleh pemimpin UMNO/BN kerana mereka kurang terdedah kepada maklumat alternatif yang terdapat dalam internet. Sila lihat video mengenai kenyataan dan sumpah Rosmah itu di ( SINI ) Korang agak berapa hari billboard ini mampu bertahan? Sumber gambar dari Sharpshooter |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan