Addin |
- Kerja Kotor SPR Terbongkar Lagi..
- Panas!! Selepas Di Pecat, Ustaz Nasha Dapat Slot Khas Di Berita Harian
- 4 Sekolah Rembat Bantuan Pelajar
- Billboard Sindir Rosmah Pasal Cincin Dan Gelang Di Jumpai Di Terengganu..
- Batang Bendera Sambut Kedatangan Najib.. Saksikanlah!!
- Tragedi Hitam Di Jasin Berulang Kembali..
- Samseng Umno BN Mengganas Lagi.. Maki Hamun Anwar Ibrahim
Kerja Kotor SPR Terbongkar Lagi.. Posted: 04 Feb 2013 08:03 AM PST KUALA LUMPUR 4 Feb: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua akan menemui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menuntut penjelasan dan bantahan mengenai tindakan badan itu mendaftar seorang individu sebagai pengundi tanpa pengetahuannya. Bercakap kepada Keadilan Daily, beliau berkata, individu tersebut tidak tahu menahu namanya didaftarkan sebelum menyedari ketika mahu mendaftarkan nama sebagai daftar pemilih baru-baru ini. "Beliau tidak tahu namanya sudah didaftarkan. Perkara ini disedari beliau apabila mahu daftar tetapi gagal kerana rekod namanya sudah ada dalam daftar pemilih. Umurnya sudah 35, pilihan raya tahun ini dia mahu mengundi," jelas Tian. "Hairannya, dia sudah lama menetap di Singapura dan tidak pernah mengundi. Persoalannya siapa yang mengundi untuknya setiap kali pilihan raya," kata Ahli Parlimen Batu itu. Kata beliau, pemilih yang didaftar tanpa pengetahuan empunya diri banyak dikesan, namun lepas tangan SPR menyebabkan perkara tersebut berlarutan. "Ini taktik Umno BN untuk menambahkan bilangan pengundi hantu. Sejauhmana SPR telus dalam kerjanya kerana daftar pemilih masih 'kotor'. "Untuk kes ini, kita akan jumpa SPR. Individu tersebut juga tidak mahu mengundi di Pulau Pinang kerana beliau kini sudah tinggal di Kuala Lumpur. Jauh untuknya mengundi di sana. "Kita tak mahu tangguh lagi. Kalau sempat sebelum Tahun Baru Cina kita jumpa SPR. Individu itu kecewa dengan SPR kerana mendapati namanya telah berdaftar," ujarnya melindungi nama individu tersebut untuk keselamatan. ~keadilandaily | ||
Panas!! Selepas Di Pecat, Ustaz Nasha Dapat Slot Khas Di Berita Harian Posted: 04 Feb 2013 06:12 AM PST Laman FB Berita Harian menguar-uarkan lintas langsung bersama-sama dengan Nasharuddin Mat Isa yang akan disiarkan secara langsung esok bermula pukul 3 petang. Wow! Rasa-rasanya, tidak pernah pemimpin pembangkang diberi slot yang seistimewa ini. Sewaktu Anwar Ibrahim dipecat dan difitnah dahulu, media perdana turut berkomplot dengan pemimpin UMNO untuk menjatuhkannya. Kalau disorot kembali, pemecatan Nasharuddin daripada Majlis Syura Pas mendapat pembelaan daripada pemimpin utama UMNO termasuk Najib dan Muhyiddin, media perdana, dan blog-blog pro-UMNO. Tidak cukup dengan pembelaan yang diterima, kali ini bekas Timbalan Presiden Pas ini diberi slot khas untuk membicarakan kemelut dalaman PAS. Benarkah Pas mengalami kemelut dalaman atau lintas langsung esok sebenarnya hanya untuk mencalar dan memburuk-burukkan Pas? Mungkin kenyataan Presiden Pas bahawa PAS ada sebab untuk kekal keahlian Nasha akan dibuktikan oleh Nasha esok? ~duniacacarmerba | ||
4 Sekolah Rembat Bantuan Pelajar Posted: 04 Feb 2013 05:10 AM PST KUALA LUMPUR 4 Feb: Ketika kerajaan berbangga dengan pelbagai bantuan disalurkan kepada rakyat menjelang pilihan raya, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi mendedahkan penyalahgunaan wang bantuan awal persekolahan oleh empat sekolah sekitar Semenanjung. Beliau beralasan semua sekolah terlibat berbuat demikian bagi menggunakan wang tersebut untuk yuran aktiviti di bawah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Bekas Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmud berkata, sekolah tersebut pecah amanah merembat RM100 duit bantuan khas pelajar dan ini sangat bertentangan tugas pendidik. "Menarik wang itu kepada tabung aktiviti PIBG adalah tindakan diktator yang seolah-olah menafikan hak pelajar dan ibu bapa untuk mengawal selia wang bantuan terutama di kalangan pelajar miskin bagi tujuan persediaan awal anak-anak ke sekolah," katanya ketika dihubungi. Vateran guru itu menegaskan, walaupun wang tersebut digunakan untuk kegunaan pelajar secara kolektif, pihak sekolah seharusnya lebih jelas pelajar mereka dari pelbagai latar ekonomi. Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa bertindak proaktif melapor dan mempertahankan hak mereka jika ada sekolah yang tidak menyerah atau memotong jumlah wang bantuan tersebut yang sepatutnya sampai kepada mereka."Kita takut penyelewengan seperti ini berulang. Sekolah terbabit patut dikenakan tindakan. Kita tak mahu pelajar dan ibu bapa menjadi mangsa penipuan," katanya.Sebelum ini, pelbagai isu turut dikait dengan penyerahan wang persediaan awal persekolahan 1Malaysia yang mula diagih sejak 15 Januari lalu termasuk isu unjuran agihan yang tidak diperbaharui, isu kepelbagaian yuran tambahan baru diperkenalkan dan dana kepada sekolah tidak mencukupi bagi tujuan aktiviti sekolah. ~keadilandaily | ||
Billboard Sindir Rosmah Pasal Cincin Dan Gelang Di Jumpai Di Terengganu.. Posted: 04 Feb 2013 03:05 AM PST | ||
Batang Bendera Sambut Kedatangan Najib.. Saksikanlah!! Posted: 04 Feb 2013 12:22 AM PST
Kesian tengok makcik2 yang pi sambut najib ni. depa di kerah julang bendera bn tinggi2. tgk ja la umoq depa mcm mana...nak berdiri pon x larat...time pagi tu 'org muda' mana ada. semua tua2 yg main jauh2 dari kola ketil, kulim, baling, sik....makan nasik bungkus atas bas masa program petang tu. Makcik tu kata depa tak bagi turun makan kat luaq kena makan dlm bas. kesian betoi.... puak2 negrito baling pon ada depa bawak....puak2 ni bukan penah kluaq pekan. dipergunakan la. Saya nak share gambaq sebab nak tunjuk kat org gambaq yg tak kluaq media....suasana sebenaq yg tak guna kamera trick. org ramai boleh tengok penerimaan masyarakat golong yang mana yang sokong najib. tu masej dia.. Bas dok angkut orang mai Depan saja Ramai belakang tak ada orang pun PM Mai..Baru ada orang..tu pun gambar depan je Program Umno BN ni diadakan di Std Suka Menanti 31.01.2013 ~kedahlanie | ||
Tragedi Hitam Di Jasin Berulang Kembali.. Posted: 03 Feb 2013 06:56 PM PST Umno terus menerus memalukan rakyat negeri Melaka dengan mengganggu ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kg Rim, Jasin malam tadi. Sejak dari awal lagi Umno membuat persediaan untuk mengganggu ceramah tersebut dengan memasang khemah tidak jauh dari tapak ceramah Anwar. "Mereka ganggu ceramah kita, mereka kata macam-macam kepada saya, tetapi itu tidak melemahkan semangat saya". "Kita hairan mengapa Polis Jasin membiarkan mereka ganggu ceramah kita, sedangkan kita sudah bertemu dengan Ketua Polis Negara minta dia kawal keselamatan, ini siapa nama OCPD Jasin, kita menang nanti kita tukar dia, tak tak kita gurau sahaja" sindir Anwar. Beliau berkata politik murahan dan tidak bertamadun sebegini sepatutnya sudah lama berkubur di bumi Malaysia kerana rakyat sudah cerdik dan celik maklumat. Sementara seorang penyokong PR yang ditemui berasa kesal dengan sikap biadap Umno yang terus mengganggu ceramah Anwar. "Ini bukan kali pertama mereka ganggu ceramah Pakatan Rakyat malah setiap kali Anwar datang ke Jasin ada sahaja gangguan yang mereka lakukan, sungguh memalukan orang Melaka yang terkenal dengan sifat menghormati tetamu dan majlis orang lain". "Dahulu mereka baling bas Jelajah Rakyat yang membawa Anwar, mereka simbah cat dan sebagainya, kini mereka terus melakukan perkara yang sedemikian bagi melemahkan semangat perjuangan penyokong PR" ujar Amat Alang dari Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal. Ceramah malam tadi mendapat sambutan yang cukup hebat walaupun cuaca mendung dan hujan renyai-renyai. Sebelum ke Rim, Anwar telah berceramah di Tg Kling, memberikan tazkirah di Ayer Molek dan program minum petang di Gangsa. Kesemua program tersebut mendapat sambutan yang hebat. ~mutaligat | ||
Samseng Umno BN Mengganas Lagi.. Maki Hamun Anwar Ibrahim Posted: 03 Feb 2013 04:56 PM PST MELAKA 4 FEBRUARI: Sekumpulan samseng Umno BN cuba menganggu sambutan Pesta Ponggal bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Melaka Perdana, Alor Gajah, petang semalam. Lebih 20 samseng berkumpul kira-kira 50 meter dari tapak program dan menaikkan sepanduk provokasi serta memaki hamun dengan kata-kata kesat. Tiada kejadian buruk berlaku berikutan penyokong Pakatan Rakyat tidak menghiraukan provokasi mereka, sebaliknya menumpu perhatian terhadap atur cara sambutan. Anwar menyifatkan gangguan berkenaan membuktikan Umno BN semakin terdesak berikutan kebangkitan rakyat yang menolak mereka. "Jadi, upah orang-orang ini untuk kacau supaya rakyat jangan dengar apa yang kita ingin sampaikan. "Kita datang untuk cerita apa yang akan kita lakukan bila perintah kelak. Apakah ia salah? "Nasib rakyat tidak boleh diubah dengan upah RM20 untuk ganggu dan buat kacau. Negeri ini bukan milik Umno BN tapi milik rakyat. "Kamu di seberang sana boleh kata macam-macam tapi saya tidak akan berganjak untuk menyampaikan agenda keperubahan pada rakyat," katanya. Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian depan lebih 1,000 rakyat tempatan yang menyertai program berkenaan. Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Najwan Halimi, Exco AMK, Ginie Lim dan pimpinan lain. Anwar kesal kerana Umno BN terus mengamal budaya politik maki hamun sedangkan Pakatan membawa amalan politik menjaga ehwal rakyat. "Tapi saya percaya – walaupun diganggu – kehadiran ramai rakyat membuktikan mereka mahukan perubahan," katanya. ~keadilandaily |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan