Isnin, 18 Februari 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Akhirnya Video Ustaz Haron Din umum keluar PAS tersebar!!.. Saksikanlahhhh...

Posted: 18 Feb 2013 07:06 AM PST


Semingu dua kebelakangan ini heboh Blog macai-macai UMNO memainkan isu yang entah dari mana datangnya kononnya Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Harun Din Al-Hafiz akan keluar dari PAS..

Kurang pasti pulak aku dari mana datangnya sumber berita tentang perkara tersebut yang diperoleh oleh macai-macai UMNO itu..

Kat bawah ni adalah antara beberapa blog yang menyiarkan  isu tersebut..


Ini pula sebahagian dari cerita rekaan mereka..

Menurut sumber, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Harun Din Al-Hafiz dan Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Harun Taib, kini dikatakan sedang berada di dalam tertekan dan rungsing sehingga mereka enggan bercakap dengan ramai pemimpin PAS seperti biasa.

Katanya, setelah dirisik-risik beberapa temannya yang rapat, maka pecahlah rahsia tentang perlakuan dua tokoh golongan ulama PAS itu yang sebenarnya sangat marah, kecewa dan geram terhadap keputusan PAS yang sekali lagi "tunduk" kepada kehendak DAP.

Malah lebih meningkatkan tahap kemarahan mereka, isu kali ini melibatkan kepentingan Islam yang dicabar dan soal aqidah umat Islam yang dipandang remeh oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Khabarnya, Harun Din sudah renggang dengan majoriti pemimpin PAS. Dan apa yang mengejutkan, beliau dikatakan sedang berura-ura untuk meninggalkan PAS buat selamanya dan menumpukan diri pada aktiviti-aktiviti dakwah serta perubatan Islam.

Mungkin terlalu kecewa dengan PAS yang sudah berubah 360 darjah dari perjuangan asal, Harun Din yang mendokong parti itu sejak 1974 itu dikatakan bakal mengambil tindakan keluar parti sebagai tanda protes dan menggunakan alasan "dakwah" kepada pihak umum.

Benarkah apa yang dilaporkan oleh macai-macai UMNO itu atau sekadar satu lagi fitnah oleh mereka bagi menghasilkan persepsi negatif terhadap PAS?

Video yang telah dirakam pada hari Jumaat 15 febuari 2013, di Masjid Kg Banggol Peradung Kuala Terengganu ini memberikan jawapannya...

Saksikan!!.. volume sila adjust to maximum.. macai-macai UMNO sila dengar betul-betul apa kata Ustaz Haron Din pada minit ke 14:50



Macai-macai UMNO tolong amin kan doa Ustaz Haron Din itu ya...

Sumber video : Terengganukini

Baca juga Sultan Brunei sindir Najib dan UMNO tentang perlaksanaan hukum hudud di ( SINI )

Zul Noordin terpaksa sediakan cabutan bertuah untuk ramaikan orang ke ceramahnya..

Posted: 18 Feb 2013 03:56 AM PST

Meskipun menampilkan pemidato-pemidato yang handal dalam memburukkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.. ceramah anjuran UMNO seringkali menemui kegagalan.

Biasanya lebih banyak kerusi dari orang yang mendengar ceramah anjuran UMNO itu, hingga memperlihatkan kepada awam seolah-olah pemidato jemputan mereka sedang bercakap dengan kerusi.

Namun begitu dalam ceramah atau debat rakyat yang menyaksikan Ezam Md Nor berdebat dengan dirinya sendiri baru-baru ini.. sila lihat di ( SINI )

Pendekatan baru telah digunapakai oleh macai yang menganjurkan debat rakyat tersebut, dimana kerusi disimpan di dalam lori dan hanya diberikan kepada yang hadir menyaksikan debat tersebut..

Oleh kerana semakin terdesak untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa UMNO/BN masih dipercayai dan disokong ramai rakyat, ini telah menjadikan macai-macai UMNO semakin kreatif.

Jika dulu hadiah cabutan bertuah biasanya diadakan di majlis makan malam tetapi kini untuk meramaikan hadirin UMNO terpaksa mengadakan cabutan bertuah dalam ceramah anjurannya.

Berbagai hadiah disediakan dalam ceramah isu semasa yang menampilkan Zulkifli Noordin ini..


Kesian kat dia....

Najib letak jawatan?.. siapa punya kerja pulakdah nie..

Posted: 17 Feb 2013 10:45 PM PST


Dalam beberapa laman FaceBook hari ini telah tersebar image di atas, Ianya memaparkan satu kenyataan kononnya 'PM Secara rasminya meletak jawatan' yang tersiar di portal Kementerian Penerangan.

Angkara siapa entahlah.. antara isi berita yang disiarkan ialah 'Dato Seri Najib secara rasminya meletak jawatan selaku Perdana Menteri di atas desakan rakyat Malaysia.

Selain dari Najib dibuli lagi ianya juga mendedahkan kepada kita semua bahawa selain lembab portal Kementerian Penerangan itu boleh ditembusi oleh penggodam dengan mudah..

Bagaimanapun Kementerian Penerangan telah mengambil tindakan awal dengan memadam kenyataan palsu itu..

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata sistem penerbitan dalam taliannya yang menyiarkan "kenyataan palsu" berhubung dakwaan peletakan jawatan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin telah digodam.

Katanya, jabatannya juga telah memadamkan kenyataan berkenaan daripada Sistem e-Akhbar dan Sistem e-Press tersebut.

"Tindakan awal ini adalah bagi mengelakkan sebarang penyebaran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan seterusnya menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

"Satu siasatan dalam mengenai perkara ini sedang dibuat oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

Dan kenyataan akhbar berikut telah dikeluarkan..


Kesian kat Najib.. apalah suwey dia ni.. Bulan Februari ini bermacam-macam perkara memalukan dah terjadi terhadapnya...

Bermula dari sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang lihat di ( SINI ), di malukan oleh Psy lihat di ( SINI ).. dan semalam dimalukan lagi di ( SINI )

Polis kata Kumpulan bersenjata setuju berundur.. tapi.. cuba baca apa StraitsTimes.Com laporkan ini..

Posted: 17 Feb 2013 08:13 PM PST


Media tunggangan UMNO @ Utasan Malaysia melaporkan.. Kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu yang menceroboh masuk Kampung Tanduo berhampiran Felda Sahabat 17 di sini bersetuju untuk berundur dari negara ini.

Bagaimanapun kumpulan berkenaan meminta untuk berjumpa dengan personaliti tertentu sebelum pulang ke negara asal mereka.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib (gambar) berkata, pihaknya sedang berusaha membawa individu berkenaan untuk membolehkan proses pengusiran dijalankan secepat mungkin.

Beliau enggan mendedahkan personaliti berkenaan tetapi mengesahkan Sultan Sulu, Datu Esmail Datu Kiram akan ke negeri ini yang tidak diketahui tarikhnya.

"Tidak perlu saya kata lagi kerana sebahagian daripada usaha untuk mengusir kumpulan ini balik. Kita tidak buat rundingan dengan mereka lagi kerana apa yang dituntut di luar jangkauan kita," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat tertutup di Kem Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Felda Sahabat 16 di sini hari ini ~ Utusan Malaysia

Tetapi StraitsTimes.Com pula melaporkan sebaliknya..


MANILA (AFP) - Followers of a Philippine sultan who crossed to the Malaysian state of Sabah this month will not leave and are reclaiming the area as their ancestral territory, the sultan said Sunday amid a tense standoff.

Sultan Jamalul Kiram said his followers some 400 people including 20 gunmen were resolute in staying despite being cornered by security forces, with the Kuala Lumpur government insisting the group return to the Philippines.

"Why should we leave our own home? In fact they (the Malaysians) are paying rent (to us)," he told reporters in Manila.

"Our followers will stay in (the Sabah town of) Lahad Datu. Nobody will be sent to the Philippines. Sabah is our home," he said.

The sultan did not directly threaten violence but said "there will be no turning back for us."

Malaysian officials have said that many in the group have weapons, but Kiram insisted his followers made the trip unarmed.

"If they have arms, they were already in Sabah," the sultan said.

The southern Philippine-based Islamic sultanate once controlled parts of Borneo, including the site of the stand-off, and its heirs have been receiving a nominal yearly compensation package from Malaysia under a long-standing agreement for possession of Sabah.

Kiram said he was prompted to send the group to Sabah after the sultanate was left out of a framework agreement sealed in October between Manila and Filipino Muslim rebels, which paves the way for an autonomous area in the southern Philippines that is home to the Muslim minority of the largely Christian nation.

The sultanate's spokesman, Abraham Idjirani, later said the sultan's brother Raja Muda Abimuddin Kiram, who led the group to Sabah, had told him via telephone that the party was preparing to stay.

"The objective is to reside now in that place permanently, considering the sultanate owns Sabah by rights of sovereignty," he told AFP.

Idjirani said there were about 400 followers of the sultanate in the area, including about 20 who were armed.

On Thursday Malaysian Home Minister Hishammuddin Hussein put the number at between 80 to 100 gunmen.

Idjirani said the group would not instigate violence but would resist if provoked.

"We recognize the capability of Malaysia. We don't have the arms and capacity but we have the historical truth," he said, adding that the group's

"fate is to see the recognition they are entitled to… or they die defending their ancestral rights." Idjirani said President Benigno Aquino's senior aides had been in contact with the sultan and were willing to deliver a letter to the Malaysian government on his behalf for negotiations ~ StraitsTimes 


Apa cerita yang sebenarnya ini?

Menurut apa yang dilaporkan oleh Straits Times itu.. Menteri Dalam Negeri, sepupu Najib, Hishamuddin Tun Hussein telah berbohong kepada seluruh rakyat Malaysia bila menghebohkan antara 80 hingga 100 lelaki bersenjata telah mendarat di Lahad Datu..

Sedangkan menurut Jurucakap Sultan Sulu hanya 20 yang bersenjata.. yang menceroboh Malaysia pula adalah 400 orang..

400 orang mendarat menggunakan bot pancung???..

Aku sememangnya Ahli PKR yang menyokong agenda Pakatan Rakyat.. tapi dalam hal yang melibatkan kedaulatan negara ini aku tak punya PKR ataupun UMNO.. Aku hanya ada Malaysia!

Untuk memahami apa sebenarnya yang sedang berlaku di Sabah ini.. sila baca satu 'Black Ops' yang dinamakan sebagai 'Operasi Sabah Selamanya' yang didedahkan oleh Shah Paskal di ( SINI )

Adakah ini seorang lagi 'Nasharudin Mat Isa' in the making?

Posted: 17 Feb 2013 05:30 PM PST


Imej di atas adalah print screen dari sebuah blog Pro UMNO yang mengulas tentang kenyataan setiausaha Majlis Syura Ulama PAS , Datuk Nik Mohd Zawawi Salleh yang dilaporkan oleh AntaraPos.

Menurut AntaraPos Majlis Syura Ulama PAS mahu Perlembagaan Malaysia diubah supaya berpaksi kepada Islam sepenuhnya jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

Kenyataan tersebut jelas bertentangan dengan apa yang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang nyatakan sebelum ini iaitu parti itu tidak berhasrat untuk meminda perlembagaan, tetapi hanya mahu memperkasakan Islam di negara ini.

Ini sebahagian dari apa yang dilaporkan oleh AntaraPos

JERTEH: Majlis Syura Ulama PAS mahu Perlembagaan Malaysia diubah supaya berpaksi kepada Islam sepenuhnya jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, kata setiausaha badan tertinggi parti itu, Datuk Nik Mohd Zawawi Salleh.

"Jadi sekarang ini, kita nak balik (kepada agama) supaya negara kita beramal dengan Islam secara keseluruhan, dan amalan Islam ini sama sekali tidak bercanggah dengan orang bukan Islam," kata beliau kepada Antarapos.

"(Perlembagaan) .. sebut Islam sebagai agama rasmi, bukan Islam (sebagai) perlembagaan negara. Dia ada beza. Kalau diletakkan Islam dalam perlembagaan negara, maka Islam akan diamalkan secara total.

"Tapi kalau sekadar Islam sebagai agama rasmi, kita lihat sebagaimana hari ini... sembahyang, puasa pun tak ada undang-undang," dakwa beliau.

"Jadi ini (perlembagaan dan undang-undang) adalah satu perkara yang perlu kena buat perubahan," kata beliau.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menafikan parti itu berhasrat untuk meminda perlembagaan, tetapi hanya mahu memperkasakan Islam di negara ini ~ Laporan penuh sila baca di ( SINI )

Rentetan dari kenyataan Nik Mohd itu maka Blog-blog Pro UMNO mendakwa perselisihan semakin ketara di antara Majlis Syura dan Haji Hadi susulan isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible.

Kenapa agaknya kenyataan  Nik Mohd dan Haji Hadi berbeza??

Menjelang PRU13 ini, kini kita menyaksikan buat kali pertama dalam sejarah negara ini semua parti yang menentang Barisan Nasional malah organisasi bukan kerajaan juga turut meletakkan organisasi mereka selari dengan Pakatan Rakyat.

Namun begitu Barisan Nasional yang sedang terdesak pasti akan menggunakan apa saja kaedah untuk memastikan mereka kekal berkuasa selepas PRU13 nanti.

Difahamkan 'war room' Najib kini diketuai oleh Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis (JJ), beliau bukanlah calang-calang perencana kerana  pasukan 'Black Ops' yang dipimpinnya kini sememangnya hebat.

Kini beberapa watak penting dalam PR sedang didekati atas nama berkawan dan sama menyumbang atas kerja - kerja kebajikan berkaitan kononya.

Sering kita terdengar 'saya baik dengan dia tu, bukan apa berkawan dia pun ada sumbang sikit untuk organisasi aku, dia pun goyah dengan najib kut'

Itulah ayat yang porpular kini, tetapi tahukah kita bahawa mereka sedang merancang .

Kadang kala kita terpedaya dibawa bercuti, makan bersama secara mewah dan akhirnya tertipu, ada pula yang hantar tauke taja kereta mewah yang tak sepadan dengan pendapatan kita. sedangkan dalam pada masa sama gambar kita dirakam dan secara halus mereka sedang menggunakan gambar untuk kempen tertentu.

Ada juga yang tak sedar termakan jarum pujukan pelahan - lahan dari makan umpan terus makan dengan joran sekali.

Dari 'War Room' Najib telah bocor beberapa keping gambar yang menurut mereka bakal digunakan untuk membunuh karaktor beberapa pemimpin dari Pakatan Rakyat..

Antaranya ialah gambar di bawah ini, iaitu gambar Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS yang telah dirakamkan bersama Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, bekas Menteri Besar Perlis Dato' Seri Shahidan Kassim


Gambar ini telah dirakamkan di Centrist International Conference yang telah diadakan di Phnom Penh, Cambodia pada 3 Disember 2010.

Bayangkan 1001 cara gambar ini boleh dimanipulasi..

Di tempat kubu kuat PAS digunakan gambar ini dengan isu penyatuan

Di tempat Melayu tegar akan digunakan 'hang tengok ust. PAS ni dia dengan Umno tak mau tapi dengan Chua Soi Leck yang hina Islam dia leh cungit jari siap bergambaq'

Di tempat Umno nak sokong PAS dia akan cakap tak payahlah.. hang sokong terus Umno..  sebab PAS nak joint Bn dah di kawasan DAP dan PKR kuat dia akan kata tengok PAS sudah main belakang

Lain-lain gambar sila lihat di ( SINI )

Buat seluruh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.. berhati-hatilah.. aku pun dah tak larat ni..

Tiada ulasan: