Isnin, 18 Februari 2013

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Budaya Melayu!! Hidup Melayu!!

Posted: 17 Feb 2013 11:00 PM PST




Bagaimana pemimpin begitu penyokongnya..
Tapi.... itu bukan budaya kita, ek??
Itu budaya Melayu UMNO.

Itulah budaya yang diterapkan oleh UMNO kepada anak-anak Melayu kita.
Hidup Melayu..!! Hidup Melayu..!!
Melayu ruper ini hidup kalu... hancuuss anak-anak kita.

Ubah. Tukar sekarang!!

CINA itu DAP dan DAP itu CINA

Posted: 17 Feb 2013 08:14 PM PST


Mengapa masih ada Melayu yang skeptikal terhadap DAP iaitu rakan PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat??

Salah satu sebab adalah kerana minda orang Melayu telah diracuni oleh UMNO sejak sekian lama. DAP dijembalangkan ssebagai parti rasis... yakni anti-Melayu. Mereka mahu menguasai negara ini agar dapat meminda perlembagaan bagi menghapuskan Islam sebagai agama rasmi... menghapuskan hak-hak istimewa Melayu... dan mahu jadi Perdana Menteri agar dapat kontrol negara ini. Kalau semua ini berlaku... habislah bangsa Melayu!!

Akibat ketakutan akan berlakunya mala petaka ini ke atas bangsa Melayu... maka masih banyak Melayu yang berasa skeptikal akan kerjasama PAS-PKR-DAP dalam Pakatan Rakyat. Malah orang PAS dan para penyokong PAS pun masih ada yang skeptikal. Bangang, kan??

Sebab itu, DAP yang menerajui Pulau Pinang telah bertindak baik untuk menidakkan dakwaan-dakwaan negatif terhadap mereka. Syabas Ketua Menterinya Lim Guan Eng. Tapi.. bukan semua Cina macam Lim Guan Eng. Terdapat banyak lagi Cina yang tak seperti Guan Eng yang bertindak atas dasar keadilan tetapi atas dasar bangsa.

Contohnyer... dalam syarikat-syarikat swasta milik kaum Cina, masih berlaku diskriminasi kaum terutama terhadap pekerja berbangsa Melayu dari segi gaji dan peluang-peluang kenaikan pangkat, walau pun pekerja Melayu dan Cina mempunyai kelayakan yang sama. On top of that...ketua di satu-satu bahagian pulak bukan main eksen dan bossy. Dalam bidang ekonomi... kalau kita beli barang, ada harga untuk orang Melayu dan ada harga untuk orang Cina. Ini terutamanyer berlaku dalam syarikat-syarikat milik persendirian kaum Cina.

Itu sebab... orang Melayu terutama yang bekerja di sektor swasta terutama pekerja bawahannya masih berasa ragu-ragu terhadap suasana politik yang dilihat memihak kepada Pakatan Rakyat yang DAP menjadi anggotanyer. Mereka inilah yang banyak duduk di atas pagar. Pada mereka, Cina itu DAP dan DAP itu Cina. So... jika DAP berkuasa nanti... Melayu akan terus kena tindas. Mereka tidak menolak PKR.... lebih-lebih lagi PAS tapi mereka sangsi terhadap DAP.

Dalam hal ini seolah-olah... wujud satu tanggapan bahawa kerajaan yang dikuasai Melayu menindas Cina dan di pihak swasta yang banyaknyer dipunyai Cina dan  bukan-Melayu... menindas Melayu. Malah kadang-kadang, kalau diteliti... memang ada kebenarannyer. Keadaan inilah yang perlu diubah agar DAP dapat diterima semua kaum. Kalau semua Cina macam Lim Guan Eng... maka rasanyer dah lama kerajaan UMNO/BN tumpor. Ya... UMNO yang juga rasis menjadi penyebab kaum Cina berdendam dengan kaum Melayu. Tak dapat hok para pemimpin di atas.... hok Melayu bawahan menjadi mangsa.

Senario ini seolah-olah mewujudkan pertembungan antara kuasa politik yang dikuasai Melayu dan ekonomi yang dikuasai Cina. Sebab tu, mesti ada tolak ansur dan kerjasama yang ikhlas antara kedua-dua bangsa ini. Kaum Cina dan Melayu mesti berubah dan mesti ada iltizam dua hala antara kedua-dua bangsa ini untuk memperbetulkan semula persepsi negatif ini agar sama-sama dapat menikmati kesejahteraan dalam negara Malaysia Baru.

Dengan pilihan raya iaitu PRU 13 semakin hampir... maka janganlah kita persiakan peluang keemasan yang sedang terbuka luas untuk kita menumpaskan UMNO/BN dan merampas Putrajaya. Denagn menguasai Putrajayalah satu-satunyer peluang untuk kita memperbetulkan pesepsi negatif antara kaum di negara ini.

In shaa Allah... dengan terhapusnyer dasar-dasar pincang bawaan UMNO/BN ini dan dengan terlaksananyer dasar-dasar yang lebih adil dan saksama, maka masyarakat pelbagai kaum di negara ini dapat hidup dalam suasana yang lebih aman dan sejahtera sebagai rakyat Malaysia dalam erti kata yang sebenarnya.

Tiada ulasan: