Isnin, 4 Februari 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kaldai lebih cerdik dari pencacai Umno/BN

Posted: 04 Feb 2013 03:35 AM PST

Apasal pencacai Umno/BN ni bengap sangat?  Isu kalimah Allah pasai apa korang pi tanya kat Karpal Singh atau PAS? Kaldai nampak lebih cerdik sedikit daripada korang semua.

Soalan ini korang kena pi tanya Kementerian Dalam Negeri, kerana hak membenarkan kalimah Allah dalam Bible ini hak Kementerian Dalam Negeri, bukan PAS.

Meh sini, Presiden PAS kami nak bagi tau hangpa baik-baik.


2:01PM Feb 4 2013. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata isu mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible sepatutnya diperjelaskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukannya oleh parti tersebut. 

Katanya, KDN merupakan pihak yang bertanggungjawab memberikan lesen mencetak kitab itu. 

 "Sepatutnya soalan ini dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri, kerana hak membenarkan kalimah Allah dalam Bible ini hak Kementerian Dalam Negeri. 

 "Yang menentukan untuk dicetak dan seumpamanya bukannya kami, kami (belum) memerintah lagi (di peringkat persekutuan)," kata Hadi pada sidang media di Shah Alam pagi. 

 Beliau berkata sedemikian sewaktu diminta mengulas berkenaan ketetapan Majlis Syura Ulama PAS berhubung soal tersebut dalam satu sidang media di Shah Alam pagi tadi. 

Hadi berkata, PAS hanya "diheret" ke dalam polemik tersebut, sedangkan kuasa untuk menentukan penggunaannya berada bawah bidang kuasa KDN. 

"Mengapa heret kami dalam perbincangan ini?," kata Hadi. 

Hadi sebelum ini mengumumkan pendirian PAS bahawa penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam dibenarkan walaupun ia tidak mencapai maksud sebenar Al-Quran. 

Penggunaan kalimah Allah itu juga dibenarkan dengan syarat ia tidak disalahguna atau pun bertujuan menghina agama Islam, kata Hadi. 

Beliau menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Antarabangsa Pendidikan di Universiti Selangor (Unisel) yang dirasmikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Teng Chang Khim. SUMBER

Tabiat warisan Umno - Songlap dan rembat

Posted: 04 Feb 2013 02:47 AM PST

KUALA LUMPUR 4 Feb: Sebanyak RM200,000 disyaki diseleweng Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri berikutan siasatan mendapati wang itu dipindah ke akaun syarikat KT Solution Enterprise daripada Geran Bantuan Tabung Kebajikan dan Pentadbiran PBPM berjumlah RM500,000. 

Turut hadir, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), 
Badrul Hisham Shaharin dan 10 anggota PBPM
 
Shafie yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jelebu turut dikatakan memalsukan tandatangan ketika mengendalikan Mesyuarat Agung Negeri Kedah pada 15 Disember 2008. 

Shafie didakwa terlibat menghantar dan memalsukan laporan berhubung Ahli Majlis Tertinggi PBPM kepada Pendaftaran Pertubuhan (ROS), malah mengatur kehadiran perwakilan haram dari Pulau Pinang ke mesyuarat berkenaan. 

Shafie mengatur kehadiran perwakilan haram dari Pulau Pinang ke Perhimpunan Agung PBPM pada 24 Januari 2009 untuk mengundi dan memilihnya sebagai Presiden PBPM, walaupun PBPM Pulau Pinang dibubarkan pada 25 Jun 2008. 

Beberapa penyelewengan Shafie telah dilaporkan kepada polis termasuk oleh Haji Ghaffur Md Yassin iaitu adik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tapi malangnya sehingga hari ini, tiada tindakan diambil terhadap Shafie. 

"Ada 'tangan ghaib' yang melindungi penyeleweng ini seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kewangan, Penaung Kehormat, Tun Dr Mahathir dan Penasihat Tabung Kebajikan, Datuk Seri Dr Rais Yatim," ujar Nasiruddin yang juga Naib Presiden PBPM Pusat pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, hari ini.SUMBER

Semut pun pandai buat kerja berjemaah

Posted: 03 Feb 2013 05:27 PM PST


Menara Semut - Sekumpulan semut membuat persembahan akrobatik yang sangat mennakjubkan.

Semangat kerjasama dalam jemaah akan dapat melahirkan sesuatu kejayaan bersama.kalau semut pun boleh berjemaah, takkanlah kita ummat Islam tidak boleh buat lebih baik dari semut. Allahu akbar!

Tiada ulasan: