Addin |
- Video Dr. Fadzilah Kamsah Belasah PAS Tersebar..
- Video Adun Umno BN Naik Sawan.. Saksikanlah!!
- Gempar!! Pencacai Najib Makin Mengganas.. Sepak, Tampar Dan Terajang Mahasiswa Di Pekan
- Rupanya Ini Kerja Tak Bertamadun Samseng Umno Muar
- Memalukan!! Kerana Kena Saman, BN Tak Mengaku Bendera Miliknya
Video Dr. Fadzilah Kamsah Belasah PAS Tersebar.. Posted: 15 Feb 2013 04:00 PM PST Ramai yang tidak percaya dan keliru dengan kenyataan yang dibuat oleh Dato' Dr.Fadzillah Kamsah ini terutamanya peminat beliau yang berada dalam Pakatan Rakyat. Ada yang kata tidak mungkin dia tergamak mengeluarkan kenyataan yang "bodoh" itu semata-mata diprovokasi oleh orang yang tukang tanya dalam video ini. Apapun, beliau harus sedar bahawa kenyataan itu melambangkan keperibadian beliau. Pasti ramai yang marah dan kecewa dengan kenyataan kontroversi beliau yang termakan dengan soalan yang dibuat oleh pihak yang bertanya. Namun, jelas dari penjelasan beliau itu mel ambangkan yang dia memang tidak serasi dengan perjuangn Islam yang dibawa oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS). Malah tindakan dia mengiayakan apa sahaja yang diperkatakan jelas menunjukkan yang pakar motivasi ini tidak mempunyai sirah perjuangan Islam yang sebenar. Maka itu, apakah wajar peminat beliau terus menyokongnya lagi. Nampak benar beliau telah memberi penjelasan yang berpihak kepada UMNO BN. Malah, mengutuk tindakan PAS mendoakan orang yang dizalimi dengan mengatakan umat Islam sudah hidup seles di negara ini tidak seperti di Palestin. Saksikan video di sini. |
Video Adun Umno BN Naik Sawan.. Saksikanlah!! Posted: 15 Feb 2013 08:20 AM PST PEKAN 15 FEB: Kisah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Pekan, Khairudin Mahmud mengamuk dan memaki mahasiswa yang masuk bertemu penduduk di kawasannya tanpa kebenaran beliau kini menjadi video top di youtube. Video yang dirakam secara rahsia oleh salah seorang mahasiswa yang dimaki itu kini menjadi kegilaan ramai di youtube. Video itu menggambarkan YB Khairudin yang lebih dikenali Cikgu Din itu menemui para mahasiswa yang masuk ke Pekan melalui Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) untuk menyampaikan agenda mereka. Cikgu Din kelihatan dengan kasar memarahi para mahasiswa itu termasuk membangkitkan soal cincin yang dipakai oleh Rosmah. Selain insiden serangan oleh wakil rakyat Umno ini, mahasiswa yang turun ke Pekan juga ada yang dibelasah dan ada siswa yang dikejar dengan parang oleh mereka yang tidak dikenali. Pengerusi GM13, Syis Abd Kadir berkata, mahasiswa tidak sesekali mahu bermusuh dengan rakyat sebaliknya ingin menyampaikan harapan mereka kepada rakyat khususnya di Pekan yang merupakan kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Pendirian GM13 jelas iaitu tidak mahu bermusuh dengan rakyat dan kami akan meneruskan program seperti yang dijadualkan. "Kami akan cuba pergi ke tempat-tempat di Dun di Pekan dan kalau dihalang, kami berundur. Kami bukan pergi untuk bergaduh," kata beliau dipetik Harakah Daily. Lihat video di bawah.. |
Gempar!! Pencacai Najib Makin Mengganas.. Sepak, Tampar Dan Terajang Mahasiswa Di Pekan Posted: 15 Feb 2013 04:16 AM PST PEKAN 15 FEB: Lepas diserang ketika mengedar risalah Selasa lalu, diikuti serangan dengan parang pada Rabu, kumpulan Gerakan Mahasiwa PRU-13 di Pekan, Pahang petang ini dikepung pula kira-kira 100 samseng Umno untuk menghalau mereka pulang. Bercakap kepada Keadilan Daily, wakil mahasiswa terlibat, Ekhsan Bukhari berkata, serangan tersebut bermula semasa sekumpulan 30 mahasiswa mengedar risalah 'Harapan mahasiswa untuk rakyat Pekan' di sekitar kawasan itu. "Kami sedang edar risalah, tiba-tiba kumpulan 100 samseng di kalangan ahli-ahli Umno Bahagian Pekan mengepung kami. Ada yang kena sepak, tampar, terajang. Mahasiswi pula kena tarik tudung. Polis hanya tengok serangan berlaku. "Daripada situ, kami terus balik ke tempat penginapan, di Madrasah Husna yang tidak jauh dari lokasi kejadian," katanya dihubungi ketika beliau dalam madrasah berbincang untuk mencari jalan penyelesaian. Menurut Ekhsan, kumpulan samseng itu kemudian mengepung madrasah tersebut memberi amaran supaya mereka beredar. Jika ingkar, kumpulan itu mengugut untuk melakukan ancaman, kata Ekhsan lagi."Samseng-samseng itu masih di luar madrasah. Mungkin mereka bimbang dengan kehadiran kami di sini kerana Datuk Seri Najib (Razak) akan ke pekan Chini esok," kata Ekhsan. Selasa lalu, pelajar Universiti Selangor (Unisel) itu dan dua lagi mahasiswa diserang samseng Umno di Kampung Datuk Keramat, Ganchong ketika mengedarkan risalah kepada pengundi di kampung berkenaan. Kumpulan siswa itu mendakwa ditumbuk dan disepak di kepala dan badan oleh lelaki tidak dikenali dalam kejadian pada kira-kira jam 1 petang itu. Manakala, kira-kira jam 11 pagi kelmarin, dua siswa dan dua siswi pula diserang dengan parang oleh samseng Umno di Felda Chini 4. Gerakan Mahasiwa PRU-13 menggerakkan anggotanya untuk mengedarkan risalah berkenaan selepas mengumumkan untuk meletakkan calon di kawasan yang diwakili Perdana Menteri itu. ~keadilandaily |
Rupanya Ini Kerja Tak Bertamadun Samseng Umno Muar Posted: 15 Feb 2013 02:54 AM PST "Setelah gagal meyakinkan rakyat Muar dengan idea dan tawaran politik segar serta melihat sokongan rakyat terhadap Pakatan semakin kukuh, Umno BN terpaksa menekan 'butang panik' melakukan tindakan desperado membuat provokasi hina sebegini," katanya pada kenyataan. Hazli berkata, sikap tidak matang Umno BN itu amat memalukan sekaligus pamer politik murahan bertujuan untuk memainkan sentimen agama."KEADILAN Cabang Muar tegas mengutuk tindakan politik sebegini. Kami desak Umno BN Muar hentikan politik tidak matang. Berlawanlah di atas pentas hujah," katanya.Beliau juga menggesa rakyat tidak termakan ideologi 'longkang' yang cuba diserap Umno BN."Kita tidak perlu terperangkap dengan propaganda picisan ini. Banyak lagi isu rakyat yang perlu difokus."Hentikan segala taktik kotor. Hormati hak demokrasi dan partisipasi dalam berpolitik. Rakyat Muar makin bijak menilai tindak tanduk Umno BN yang curang dalam menjalankan amanah," katanya. Sebelum ini, insiden khianat tersebut berlaku di Batu Pahat apabila bendera KEADILAN dan PAS turut dicalitkan dengan lambang salib.Bendera tersebut juga ditulis dengan perkataan-perkataan buruk menghina kedua-dua parti. ~keadilandaily |
Memalukan!! Kerana Kena Saman, BN Tak Mengaku Bendera Miliknya Posted: 15 Feb 2013 01:14 AM PST Sehari sebelum Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak tiba ke Pulau Pinang iaitu Ahad lalu.. rakyat Pulau Pinang yang bangun di awal pagi dikejutkan dengan ribuan bendera '1Malaysia' yang di pacak sehingga menyemak mata memandang.. Bendera dengan logo 1Malaysia kebanggan Najib yang berlatar belakangkan warna biru Barisan Nasional itu memenuhi jalan utama sebelah kanan dari Jambatan Pulau Pinang dan berbagai tempat lagi.. Bendera yang dipacak diawal pagi tersebut menjadi kebanggaan ramai Blogger dari Unit Media Baru (UMB) yang telah tidak dibenarkan masuk untuk bersama Najib dalam satu perjumpaan antara Najib dan Jentera BN pada malam sebelum Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional itu diadakan. Dengan megahnya dan dengan berbagai tajuk mereka mengaku dan berbangga sekali dengan ribuan bendera '1Malaysia' yang dipacak itu.. Ada yang menulis kononnya bendera 1Malaysia BN ini boleh menjadikan DAP mengalami sakit jantung.. Ada yang menulis mendakwa bendera 1Malaysia milik BN tersebut dipacak sempena dengan kehadiran Psy ke Malaysia.. Dan blogger UMB yang dikhabarkan sekarang cuba mengambil alih teraju UMB Pulau Pinang dari Dr. Novandri menulis 'BN dah tukar bendera kepada 1Malaysia sempena kehadiran Psy.. Bagaimanapun itu semua telah dilaporkan sebelum Najib ditimpa kemaluan yang besar kerana terang-terang beliau di tolak oleh majoriti rakyat Pulau Pinang yang hadir untuk menyaksikan persembahan Psy di majlis anjuran Barisan Nasional itu.. Selain dimalukan oleh rakyat Pulau Pinang, Najib dan Rosamah serta gerombolannya juga telah dimalukan oleh Psy sendiri dengan tidak mengendahkan panggilan yang dilakukan berulang kali oleh pencara untuk Psy bersama Najib mengaul 'Yee Sang'.. Meskipun Blogger-blogger dari UMB amat berbangga dan mengaku bahawa bendera yang menyemak Pulau Pinang itu adalah milik UMNO/BN, hari ini Ketua Pemuda Barisan Nasional Pulau Pinang, Oh Tong Keong dilaporkan oleh The Star menafikan bendera tersebut milik Barisan Nasional. Oh yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Rumah Terbuka Tahun Baru Cina yang telah diadakan Isnin lalu menegaskan bahawa bukan Barisan Nasional yang mengarahkan kerja-kerja memasang bendera haram itu.. The Star On Line Apasal tak nak mengaku bendera 1Malaysia kebanggaan Najib tu angkara Barisan Nasional?.. Malu ke? Kesian kat Najib.. sudahlah dimalukan oleh rakyat Pulau Pinang dan Psy.. sekarang pula bendera kebanggannya pula dinafikan ada kaitan dengan Barisan Nasional... Kah..Kah..Kah.. Ni versi cetak The Star.. ~anak sungai derhaka |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan