Khamis, 14 Februari 2013

Addin

Addin


Rahsia Besar Semasa PSY Gangnam Style Di Penang Terbongkar..

Posted: 14 Feb 2013 08:39 AM PST


Ketua polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan berlakunya cubaan mengancam nyawa Psy apabila penyanyi tersebut tiba di Pulau Pinang pada kira-kira jam 7 pagi Isnin lalu.

Abdul Rahim berkata beliau menerima maklumat daripada Bukit Aman pada 10 Februari bahawa wujud ancaman ke atas nyawa penyanyi tersebut.

Ekoran itu, pasukannya meningkatkan kawalan dan mengiringi Psy semenjak penyanyi itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang hinggalah beliau beredar, katanya kepada Malaysiakini.

"Anda tahu bila dia berangkat meninggalkan Pulau Pinang? Pada dinihari jam 2 pagi. Kami memastikan beliau selamat dan kami mengiringi beliau ke lapangan terbang. Beliau meninggalkan negara ini dengan selamat selepas itu," katanya lagi.

Abdul Rahim bagaimanapun tidak menjelaskan cubaan berkenaan dan juga identiti individu yang didakwa cuba mengancam penyanyi berkenaan, yang tiba ke negara ini dengan penerbangan selama 20 jam dari Brazil.

Abdul Rahim mengulas dakwaan oleh pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow berhubung cubaan tersebut.

Teng mendakwa, perkara itu menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin lain segera meninggalkan pentas selepas acara menggaul yee sang. ~malaysiakini




Iklan C (ii)




Kejutan!! Dr. Asri, Juanda Bertanding Tiket Pakatan Rakyat PRU13?

Posted: 14 Feb 2013 06:43 AM PST

SHAH ALAM – Di sebalik demam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang semakin dirasai, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya disebut-sebut antara ulama yang bakal diturunkan dalam gelanggang pilihan raya kali ini, yang dilabel sebagai 'ibu kepada segala pilihan raya'.

Nama beliau mula menjadi sebutan dalam senarai bakal calon PRU13, yang turut merangkumi nama bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Tempat Asri, 42, sebagai Mufti Perlis digantikan oleh Juanda, 41, empat tahun yang lalu.

Kedua-dua tokoh ulama ini tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen mengenai desas-desus kerana berada di luar negara.

Bagaimanapun Sinar Harian difahamkan, Asri dan Juanda sudah didampingi semula beberapa parti, dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) untuk bertanding kali ini kerana dilihat sebagai calon 'boleh menang' kerana memiliki karisma sebagai personaliti yang berlatarbelakangkan agama.

Juanda adalah lulusan Universiti Al-Azhar dan mempunyai Ijazah Sarjana Syariah dengan pengkhususan Penggubalan Undang-Undang Keluarga Islam Malaysia daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Nama Asri, kini berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia, sudah pun menjadi sebutan sejak lebih setahun lalu dan beliau telah beberapa kali menafikan akan menyertai parti politik.

Asri disebut-sebut akan bertanding di Pulau Pinang manakala Juanda, anak kelahiran Sarawak, dipercayai akan diletakkan di Perlis.

Juanda yang sering kali muncul di stesen TV tempatan sejak akhir-akhir ini dilihat mempunyai pemikiran dan pandangan yang lebih cenderung kepada PR.

Namun khabar angin yang mengatakan beliau akan bertanding atas tiket Pas mungkin meleset kerana sumber dalaman Sinar Harian dan Sinar Harian Online memberitahu bahawa Juanda mungkin menyertai PKR dan tidak mungkin menggunakan platform Pas untuk bertanding nanti.

"Malah, beliau juga ada didampingi wakil Umno... jadi nampaknya beliau sudah dirisik semua parti," kata sumber lagi.

Sungguhpun beliau seorang tokoh agama, namun ia tidak bermaksud Juanda perlu memilih parti bertunjangkan agama sebagai landasan utama untuk menyertai dunia politik negara.

"Dr Juanda kemungkinan besar akan bertanding di Perlis, berpotensi untuk tanding di Kangar... beliau sudah dihubungi, sedang mempertimbangkan tawaran.

"Malah, beliau juga sudah menunjukkan minat dalam bidang politik," katanya lagi. Perlis memperuntukkan tiga kerusi Parlimen.

Di sebalik dua nama itu, turut menjadi sebutan ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahya yang menyertai Umno tiga tahun lalu.

Sumber memberitahu bahawa Fathul Bari juga akan diturunkan pada PRU13 untuk membawa "kekuatan" ke atas imej Umno-BN pada kali ini.

"Apa yang pasti Fathul Bari akan tanding atas tiket Umno," katanya lagi. PRU13 disebut-sebut akan diadakan akhir Mac atau awal April ini.

Mandat Kerajaan Pusat akan berakhir penghujung April. Jika Parlimen terbubar secara automatik, PRU13 perlu diadakan sebelum akhir Jun. ~sinar harian




Iklan C (ii)




Bukti Video Say Yes BN Di Edit Oleh Pencacai Umno

Posted: 14 Feb 2013 04:25 AM PST

KUALA LUMPUR 14 FEB: Pengampu Datuk Seri Najib Razak dipercayai menyunting rakaman video yang memapar adegan Perdana Menteri berkomunikasi dengan penonton konsert Gangnam Style bagi menangkis penolakan secara terbuka rakyat negeri itu terhadap BN.Rakaman itu dikesan dimuat naik dua hari menjadi kejadian itu menjadi hangat dan jenaka segenap lapisan rakyat, malah menjadi muka depan Suara Keadilan edisi 104, sebelum video yang disunting itu disebar melalui facebook khususnya fan pageSayangi Selangor yang didalangi Umno BN.

Suntingan itu melibatkan adegan Najib bertanya 'Are You ready For BN?' dan penonton menjawab 'Yes' sedangkan rakaman asli menunjukkan rakyat menyebut 'No' sebanyak tiga kali.

Paparan gambar ketika sebutan 'Yes' juga beralih-alih akibat suntingan berkenaan, menyebabkan ramai pengguna internet tidak menyakini kesahihannya sedangkan kedudukan kamera rakaman asli, statik dan tidak berubah-ubah.

Mengulas perbuatan itu, Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon, berkata suntingan itu sama sekali tidak akan mengembalikan maruah Najib yang dimalukan rakyat."Ia hanya menambahkan malu Najib.

Tiada gunanya lagi. Semua sudah berlaku, semua rakyat sudah tahu apa yang berlaku."Video asal jelas menunjukkan betapa beraninya rakyat menolak BN. Untuk apa ada video yang diedit. Banyak media sosial sudah memuat naik rakaman dan ramai orang sudah menyaksikan rakaman asal," katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau menyifatkan, perbuatan itu menunjukkan Umno BN yang takut dan terdesak untuk meraih undi anak muda menyebabkan mereka terpaksa melakukan perkara tidak masuk akal."Yang edit video ini tak ubah macam perangai TV3 dan media kawalan Umno  suka putar belit fakta.

Kesudahannya buat malu diri sendiri kerana rakyat tahu permainan mereka," katanya.Video yang disunting pengampu Umno, KLIK INI.Video asal tanpa sebarang suntingan, KLIK INI. ~keadilandaily




Iklan C (ii)




Patutlah Dr. Pornthip Tak Jadi Datang Malaysia..

Posted: 14 Feb 2013 12:57 AM PST

KUALA LUMPUR 14 FEB: Tekanan kerajaan Umno BN ke atas kerajaan Thailand menyebabkan pakar patologi, Dr Pornthip Rojanasunan dihalang menjalankan bedah siasat kedua terhadap C Sugumar, dedah peguam keluarga mendiang, N Surendran."Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hubungi Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra.

"Akibatnya, kerajaan Thailand putuskan Dr Pornthip 'tidak patut' buat bedah siasat kedua, supaya 'tidak jejaskan hubungan' antara dua negara."Maklumat ini diperolehi daripada sumber autoriti yang dipercayai," kata Surendran pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN pagi ini.

Naib Presiden KEADILAN itu bagaimanapun tidak dapat mendedahkan sumber tersebut pada masa ini.Dr Pornthip yang sebelum ini terlibat dalam bedah siasat kedua mayat Teoh Beng Hock, sedia bedah siasat mayat Sugumar.

Turut hadir pada sidang media itu, Ahli Biro Politik KEADILAN, R Sivarasa; Timbalan Ketua Biro Guaman dan Hak Asasi KEADILAN, S Jayathas dan keluarga mendiang. ~keadilandaily



Iklan C (ii)




Lebih 7 Juta Mohon BR1M 2.0, Bukti Kegagalan Umno BN

Posted: 13 Feb 2013 11:04 PM PST

SHAH ALAM 14 FEB : Seramai 7.3 juta bagi rakyat Malaysia memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM 2.0) membuktikan kerajaan pimpinan Umno-BN didakwa gagal untuk meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat negara ini.Ini kerana kelayakan bantuan BRIM 2.0 itu hanya disasarkan kepada seisi keluarga yang berpendapatan di bawah RM3,000.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Kerajaan Pusat sepatutnya mempunyai agenda khas dalam meningkatkan pendapatan isi rumah bukan sekadar memberi 'panadol' dengan tidak menyelesaikan isu sebenar permasalahan rakyat.

"Apabila dilakukan dasar pemberian BRIM 2.0 ini mendedahkan keadaan ekonomi rakyat sehingga ramai yang layak untuk menerimanya di mana mereka berpendapatan RM3,000 untuk seisi keluarga."Ini merupakan satu pendedahan bagaimana ramai yang 'miskin' dan jurang perbezaan pendapatan yang besar antara yang kaya dan miskin," kata Khalid ketika dihubungi TVSelangor.

Katanya, pemberian-pemberian ini hanya bersifat sementara bagi membantu rakyat sedangkan realitinya berlaku kenaikan harga barangan dan perkhidmatan berterusan."Kerajaan Pusat sewajarnya menumpukan agenda untuk mengurangkan kos kehidupan rakyat dan menambahkan pendapatan rakyat di peringkat bawahan.

"Ini tidak dilakukan oleh kerajaan pusat dan mereka lebih suka mengambil pendekatan ekonomi 'panadol' dan masalah sebenar yang berlaku dihadapi rakyat terus semakin kronik," kata beliau.Ujar Khalid lagi, PR terus komited memperjuangkan isu kehidupan rakyat dengan menumpukan isu kepada pengurangan harga petrol dan memanfaatkan wang negara ke arah yang lebih baik.

"Pakatan mempunyai pelan jangkamasa panjang untuk terus membina potensi modal insan," katanya.Sebelum ini, PR dalam Buku Jingga memperjuangkan hak rakyat mendapat bantuan kerajaan dalam bentuk subsidi minyak dan barangan keperluan asas selain membela golongan termiskin berpendapatan isi rumah di bawah RM1,500.Ianya dengan mensasarkan matlamat menjamin pendapatan isi rumah minima RM4,000 setiap keluarga dalam tempoh lima tahun Pakatan Rakyat berkuasa. ~selangorku



Iklan C (ii)




Gempar!! Deepak Bongkar Akuan Bersumpah Individu Bunuh Altantuya

Posted: 13 Feb 2013 08:52 PM PST

KUALA LUMPUR 14 FEB: Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan membongkar akuan bersumpah (SD) ketiga berhubung pengakuan individu yang menerima arahan daripada orang atasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya Altantuya Shaariibuu dibunuh.Bercakap kepada Keadilan Daily, Deepak berkata, individu yang tidak dinamakan itu menyediakan satu SD, dijelaskan Deepak sebagai SD ketiga (SD 3) menyatakan individu tersebut diarah membunuh warga Mongolia itu.Beliau bagaimanapun enggan memberi butiran lanjut mengenai individu berkenaan dan SD 3 tersebut tetapi sedia membongkar secara berperingkat pada masa akan datang.

"Ada arahan kepada seseorang oleh orang atas Najib yang mahu supaya beliau membunuh Altantuya. Dan orang itu mengaku dia menerima arahan tersebut dalam akuan bersumpahnya."SD 3 ini adalah pendedahan terbaru yang belum dilapor," kata Deepak.Deepak secara bertulis kepadaMalaysia Chronicle kelmarin berkata, 'seseorang' menyedia satu SD menyatakan, dia diarah membunuh Altantuya oleh orang atasan Najib.Dalam artikel bertajuk 'Order for Altantuya murder came from Najib, Baginda was sexually impotent – Deepak claims' itu, Deepak tanpa menjelaskan SD yang dimaksudkan itu adalah SD 3.

Menurut artikel tersebut, Deepak mengulangi penglibatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam proses membuat SD kedua yang dilakukan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala).Dedah Deepak, beliau diarah mengeluarkan 'fakta tertentu dan butiran panas' urusan antara Najib dan Altantuya.Ekoran itu, Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah mendesak Pejabat Peguam Negara dan polis membuka semula siasatan pembunuhan Altantuya dan merakam kenyataan Deepak."Tiada tindakan bermakna meneruskan konspirasi menyembunyikan kebenaran," kata Sivarasa dalam kenyataan.

Deepak turut mendedahkan, dia ebuat pembayaran kepada Najib dan Rosmah daripada 'hasil Glomac Tower kepada sebuah anak syarikat Kuwait Finance House'."Bukti ini direkodkan oleh Datul Jamidan, Pengarah Kanan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pada 2011."SPRM perlu jelaskan segera kepada rakyat Malaysia sama ada dakwaan pembayaran kepada Najib dan Rosmah adalah benar," kata Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang.

"Kami juga menunggu respon SPRM mengenai dakwaan Deepak disokong dokumen bahawa dia memberi hadiah mahal dalam bentuk berlian dan barang kemas untuk Rosmah."Akhirnya, untuk kali pertama Deepak menyatakan dengan bertulis berita yang melingkari negara sejak pembunuhan yang berlaku pada Oktober 2006 berhubung penglibatan Najib dan isteri dalam pembunuhan Altantuya," kata Sivarasa.Akuan bersumpah pertama & keduaDalam surat permohonan untuk mendapat imuniti sebagai saksi kepada Peguam Negara semalam, Deepak berkata, beliau langsung tidak terlibat di dalam perbuatan kedua-dua SD bertarikh 1 Julai 2008 dan 3 Julai 2008.

Kata Deepak, penglibatannya hanya bermula selepas SD1 muncul apabila beliau dihubungi Rosmah bagi membantu membersihkan nama Perdana Menteri apabila Najib dilibatkan secara langsung dalam SD1.Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak kenal rapat dengan Bala.Deepak sebelum ini mendakwa, beliau terlibat dalam pembikinan SD 2 selepas diminta oleh Rosmah.

Beliau diminta oleh Rosmah yang dianggap sebagai 'kakak' berbuat demikian selepas Bala membuat sidang media mendedahkan pengakuan bersumpahnya yang pertama.Dalam akuan itu, Bala mendakwa Najib terlibat dalam kematian Altantuya yang dibunuh secara kejam di hutan simpan dekat Puncak Alam pada 2006.

Melalui SD 2 yang dibuatnya, Bala menarik balik segala pengakuan beliau dalam SD 1.Deepak berkata, beliau membawa Bala menemui adik Najib, Nazim Razak di sebuah pusat membeli belah di Mutiara Damansara.Dalam pertemuan itu, Deepak berkata, pelbagai janji dibuat oleh Nazim bagi pihak Najib kepada Bala.Ekoran itu, Bala membuat SD 2 yang bercanggah sama sekali dengan SD 1.Ketika SD 1 dan 2 tanpa sebarang siasatan, kini muncul pula SD 3 sebagaimana didedah Deepak. ~keadilandaily



Iklan C (ii)




Rakyat Pulau Pinang Rela Berhujan Untuk Mendengar Ceramah Anwar Ibrahim

Posted: 13 Feb 2013 07:21 PM PST


PULAU PINANG 13 FEB: Perdana Menteri patut berasa malu apabila rakyat Pulau Pinang terang-terangan menolak kepimpinannya depan matanya sendiri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Patutnya Datuk Seri Najib (Razak) malu apabila rakyat negeri ini bukan saja berani tetapi bijak untuk menyambut kehadiran Perdana Menteri dengan kejutan yang tidak pernah dijangka," katanya.

Beliau merujuk kejadian penonton konsert Gangnam Style yang menyatakan 'No'sebanyak tiga kali apabila Najib bertanya 'Are You Ready For BN' pada sambutan Tahun Baru Cina di Kolej Han Chiang di sini, baru-baru ini.


"Jawapan 'No'membuktikan rakyat bijak menyatakan pendirian mereka. Bukannya di belakang tapi di hadapan Perdana Menteri," katanya.

Anwar berkata, Najib harus menyedari penolakan rakyat Pulau Pinang terhadap kepimpinan Umno BN, bakal menjadi realiti yang berulang pada PRU 13.

Bukan saja Najib, kata Anwar, seluruh kepimpinan Umno BN cemas dengan jawapan berani yang ditunjukkan rakyat Pulau Pinang secara terbuka itu.

Kehadiran Anwar pada Siri Jelajah Merdeka Rakyat di Padang Awam Seri Nibong, Taman Nipah, Batu Uban disambutan lebih 2,000 rakyat yang tidak berganjak walaupun hujan.

Semangat itu membuktikan rakyat Pulau Pinang mahukan pembaharuan di peringkat persekutuan, bukan semata-mata menerajui beberapa negeri termasuk Pulau Pinang. ~keadilandaily



Iklan C (ii)








Tiada ulasan: