Isnin, 7 Januari 2013

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


AYUH WARGA TENTERA - "SATU PELURU, SATU MUSUH, SATU UNDI, SATU BATU NISAN UNTUK UMNO"

Posted: 07 Jan 2013 01:31 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

KEBANGKITAN rakyat tidak lagi boleh disekat.  Bayangkan tidak pernah berlaku sebelum ini orang-orang yang pernah memegang jawatan besar di dalam ATM dan PDRM, yang pernah memegang jawatan besar sebagai Pengarah dan sebagainya kini mula membenci Umno.

Aku berucap mewakili KOBAT di Temerloh kelmarin
Di dalam ATM, sudah berapa ramai yang berpangkat Jeneral, Kolonel sehinggalah ke pangkat bawah sekali apabila bersara atau menamatkan perkhidmatan mereka amat membenci Umno.  Menamatkan perkhidmatan bagi mereka amat melegakan kerana tidak lagi terkongkong dengan peraturan-peraturan yang berat sebelah.  Di dalam ATM, pemimpin Umno boleh berkempen politik di dalam kem tentera, sebaliknya pihak Pembangkang usah bermimpi.  Malahan terdapat tekanan pula kepada warga tentera untuk hadir ke ceramah-ceramah Pembangkang walaupun peraturan membenarkannya.

Begitu juga yang berlaku di dalam PDRM.  Kini tidak pelik jika bekas Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Dato' Fauzi kini berada bersama Pakatan Rakyat.  Sama seperti Brigidier Jeneral (B) Abd Hadi yang kini aktif berkempen untuk Pakatan Rakyat.  Pelik apanya seorang Kolonel yang pernah menjadi CO (Pegawai Memerintah) Rejimen Askar Melayu kini berada bersama DAP.  Ini semua menunjukkan betapa Umno tidak lagi ada harga kepada rakyat semua golongan.  Hinggakan seorang Pendakwaraya yang pernah menjadi Pendakwa kepada kes DS Anwar Ibrahim, apabila terkeluar dari kongkongan Pendakwa berkenaan boleh bersama DS Anwar pula.  

Ertinya apa?  Ertinya Umno kini terlalu nazak.  Kekuatan Umno kini hanya menumpang kepada jentera-jentera kerajaan yang mereka kuasai termasuk media.  Najib sehingga kini terkedu tidak boleh berkata apa-apa apabila diserang oleh Deepak dan Musa Hassan.  Rosmah jauh lagilah.  Cabaran debat oleh DS Anwar Ibrahim tidak pernah disambut oleh Najib, maka ertinya Najib takut kepada hujah DS Anwar.  Mengapa takut?  Beliau tahu rahsianya banyak di dalam poket DS Anwar.

Kononnya alasan Umno DS Anwar tidak layak untuk berdebat dengan Najib yang 'suci' dari salah laku moral.  Tetapi, Umno takut juga untuk berdebat dengan Presiden PAS.  Adakah Presiden PAS juga tidak sesuci Najib dari segi moral?  Semua ini alasan bodoh untuk melindungi kebaculan mereka.

Pada Program Bersama Anak Muda, Jelajah Anak Muda Ke Pahang yang telah diadakan pada 06 Jan baru-baru ini, aku sendiri dijemput untuk menyuarakan rasa benci kepada Umno.  Selaku bekas tentera, aku tahu apa yang dirasai oleh warga-warga tentera yang berada di dalam kem sekarang.  Mereka sedar ke mana wang LTAT mereka dipergunakan.  Tetapi apa yang mampu mereka lakukan?  Mereka bukan ada "Union" atau persatuan untuk mereka luahkan perasaan mereka.  Apa yang ada hanya Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), tetapi apa peranan PBTM selain dari mengampu?

Baru-baru ini terang dan jelas PBTM mahu bekas-bekas tentera menyokong Umno/Bn.  Kononnya tanpa Umno, tentera akan mati.  Khurafat.  Persatuan seperti ini lah yang khianat kepada tentera dan bekas tentera.  Mereka langsung tidak berbunyi apabila isu LTAT dan dana pencen tentera ini telah disalahgunakan untuk seorang pemimpin Umno yang tidak pernah satu hari pun memakai seragam tentera.

Ayuh, warga tentera.  Lakukan perubahan jika mahu nasib anda terbela.  "Satu Peluru Satu Musuh, Satu Undi, Satu Batu Nisan Untuk Umno".

Tiada ulasan: