Isnin, 7 Januari 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


PAS akan bawa pendedahan Deepak mengadap YDP Agong - Mahfuz

Posted: 07 Jan 2013 12:50 AM PST


January 07, 2013
KUALA LUMPUR, 7 Jan — Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi menyerahkan memorandum mengenai pendedahan usahawan karpet Deepak Jaikishan Rewachand jika Putrajaya masih lagi berdiam diri tidak membuat penjelasan.
Mahfuz memberikan tempoh dua minggu kepada kerajaan untuk tampil menjelaskan pendedahan pengakuan bersumpah (SD) kedua oleh P. Balasubramaniam dan isu tanah Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah.
"Saya beri tempoh dua minggu kepada kerajaan untuk menjelaskan pendedahan dan tuduhan oleh Deepak.
"Jika gagal, saya akan mengadap dan menyerahkan memorandum kepada Agong pendedahan oleh usahawan tersebut," kata Mahfuz dalam satu sidang media di ibu kota hari ini.
Mahfuz juga memberitahu telah menghantar sepucuk surat permohonan kepada Setiausaha Sulit Kanan YDP Agong Datuk Elmi Bin Yusoff untuk mengadap Tuanku Abdul Halim.
"Saya telah menghantar satu surat kepada Datuk Elmi untuk memohon mengadap Tuanku," tambah Mahfuz.
Menurut Mahfuz, keengganan dan sikap membisu agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) melibatkan isu tersebut adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.
Deepak baru-baru ini mencetus kontroversi dan mendapat perhatian umum selepas beberapa pendedahan mengejutkan terutamanya penglibatannya dalam SD kedua Bala mengaitkan kes pembunuhan model Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.
Malahan, Deepak juga menamakan peguam bergelar "Tan Sri" bertanggungjawab menyediakan SD tersebut yang pada masa sama mempunyai kepentingan dalam SPRM.
Misteri identiti peguam tersebut timbul sejak SD kedua oleh Bala, ia bertarikh sehari selepas yang pertama pada 3 Julai 2008 melibatkan pembunuhan Altantunya hingga menyebabkan dua anggota elit komando polis  didakwa dan menghadapi hukuman mati.
Dalam sidang medianya selepas itu, Bala ditemani oleh peguam Arulampalam telah menarik balik akuan bersumpah pertamanya dan mengatakan beliau dipaksa untuk menandatanganinya.
Beliau kemudian membuat akuan bersumpah kedua, yang kemudiannya didakwa beliau pada 2009 dilakukan oleh peguam lain tanpa persetujuannya.-
Perrhimpunan Umno sedang berlangsung tahun lalu apabila beliau menuduh Raja Roopiah menipu beliau dalam urusan pembelian tanah.

Pandai sangat ... Padan muka ... Blogger UMNO minta maaf pada YB Khalid Samad

Posted: 07 Jan 2013 12:12 AM PST

Harakahdaily,07 Jan 2013

PULAU PINANG: Blogger pro Umno, Dr Norvandri Hasan Basri atau dikenali juga Dr MiM hari ini memohon maaf secara terbuka kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ekoran dakwaan beliau kepada AJK PAS Pusat itu.

Permohonan maaf ekoran dakwaan Khalid adalah Bishop itu akan diletakkan dalam blog beliau novandri.blogspot.com dan Harakahdaily.net hari ini.

Dr Novandri juga bersetuju membayar sejumlah wang ganti rugi yang tidak disebutkan.

Penyelesaian luar mahkamah ini dinyatakan di depan hakim mahkamah Pulau Pinang hari ini.

Dr Novandri melalui blognya, novandri.blohspot.com pada 15 Januari 2010 lalu menulis satu tulisan dalam blognya bertajuk 'Penjarakan Khalid Bishop Samad'.
(Khalid Samad bersama peguamnya, Hanipa Maidin bercakap kepada media di luar mahkamah selepas kes seles

Ekoran itu, Khalid melalui peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin menuntut supaya Novandri menarik balik tulisan dan gambar yang menunjukkan Khalid memakai tanjak Kristian dan salib dari blognya.

Setelah sekian lama berlalu, hari ini Novandri bersetuju untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan memohon maaf secara terbuka kepada Khalid.

Hari ini keputusan persetujuan penyelesaian di luar mahkamah dimaklumkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Turut hadir adalah Khalid Samad bersama peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin dan  peguam yang mewakili Dr Novandri.

Berikut adalah permohonan maaf dari Novadri yang mesti disiarkan dalam Harakahdaily dan juga blog beliau, novandri.blogspot.com

Tiada ulasan: