WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Menuju PRU-13: Mengukuhkan demokrasi di Malaysia ― Amin Ahmad
- TUNGGU APA LAGI.....
- ANWAR DI SARAWAK,MARUDI DAN BARAM
- DEEPAKGATE
Menuju PRU-13: Mengukuhkan demokrasi di Malaysia ― Amin Ahmad Posted: 09 Jan 2013 09:35 PM PST Menuju PRU-13: Mengukuhkan demokrasi di Malaysia ― Amin Ahmad January 09, 2013 Latar belakang falsafah dan sejarah Minat orang ramai terhadap pilihan raya umum ke-13 ini tentulah positif. Kita perlu sedar demokrasi bermaksud "pemerintahan daripada rakyat", bermaksud sumber keabsahan pemerintahan sesuatu kerajaan mesti didapatkan daripada mereka yang diperintah. Sejak dahulu slogan "pemerintahan daripada rakyat" ini telah diterjemahkan kepada banyak kaedah menaik dan menurunkan pemimpin atau sesebuah kerajaan. Meskipun idea demokrasi dikaitkan dengan banyak pandangan tokoh sejak zaman Yunani dan Rom, amalan mengundi seperti zaman moden (undi rahsia yang dimasukkan ke dalam peti undi) hanyalah bermula pada lewat abad ke-18 di Perancis. Sejak itu ia berkembang dan kemudiannya diterima luas sebagai cara praktikal untuk menentukan siapa yang akan melaksanakan kuasa politik dalam negara dan tentunya kepada seluruh penduduk bagi kawasan yang ditadbir. Kini pilihan raya dianggap sebagai satu ciri khusus untuk menentukan sama ada sesebuah negara itu mengamalkan demokrasi atau tidak dan pilihan raya dibuat secara berkala untuk membolehkan ada kawalan rakyat terhadap pemerintah. Semangat di sebalik proses pilihan raya Adalah penting untuk kita sedar bahawa proses pilihan raya bukan sahaja soal teknikal dan praktikal. Di sebalik pilihan raya ada beberapa tema utama yang penting untuk difahami. Pertama, semua warga yang layak berhak menawarkan khidmat untuk merangka dan menggubal dasar. Justeru, tidak wajar ada kempen yang membayangkan peralihan kuasa itu bahaya. Sekiranya ada bahaya tertentu yang mungkin ditawarkan oleh calon atau parti, ia bukanlah prinsip teras tetapi aturan kedua masalah (second order problem). Kedua, semua warga yang layak, terlepas apa pun kelayakan akademik atau pencapaian kerjayanya, mempunyai kuasa undi yang sama untuk memilih wakil rakyat atau parti bagi mentadbir negara. Ini adalah pengakuan penting bahawa isu keperihatinan setiap individu adalah berbeza, meskipun pasti ada isu-isu yang menjadi keperihatinan bersama. Berdasarkan ciri yang sama dan berbeza ini, setiap wakil rakyat yang dipilih diharap dapat mewakili kepelbagaian pendapat untuk kepentingan bersama. Ia juga menjelaskan bahawa cukup sukar untuk semua tuntutan yang berbeza ini dapat dipenuhi oleh wakil rakyat. Meskipun sebuah kerajaan akan lazimnya dibentuk oleh majoriti, seharusnya ciri ini membolehkan kepentingan kumpulan minoriti dapat disuarakan, bukan ditekan. Sikap demokratik Sistem demokrasi tidak dapat subur tanpa sikap demokratik pemimpin dan rakyat sesebuah negara. Seorang demokrat mesti berani mengiktiraf bahawa majoriti tidak selalunya benar dan minoriti tidak semestinya sentiasa salah. Pengiktirafan ini mesti ditunjukkan dengan sikap lapang dada terhadap pandangan berbeza. Pandangan berbeza ini seharusnya boleh dikesan dalam media massa dan banyak wacana awam. Kebebasan maklumat adalah cara terbaik untuk memberi peluang kepada orang ramai menimbang hujah secara saksama dan membuat pilihan. Ini juga secara tidak langsung "memaksa" pihak yang mahu menawarkan khidmat bersedia dengan pemikiran dan hujah yang bernas. Bukankah mereka akan berbahas di Dewan mewakili rakyat jika dipilih? Proses pilihan raya Jelas, demokrasi dan pilihan raya tidak terhad kepada soal mengundi dan hari pengundian sahaja. Maka tidak hairanlah sejumlah persoalan ditimbulkan oleh beberapa pihak berkaitan proses pilihan raya. Ini mesti diraikan. Ia adalah petunjuk bahawa ramai yang menghargai kepentingan pilihan raya. Cuma sayangnya persoalan yang timbul kadangkala bertukar menjadi konflik dan merumitkan proses rundingan. Untuk menghuraikan kekusutan ini, banyak hal-hal berkaitan pilihan raya perlu dibincangkan secara terbuka. Saya percaya berbanding menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semata-mata dalam semua hal, eloklah dilihat dengan teliti apakah peranan yang boleh dimainkan oleh semua pihak. Ini tidak bermaksud SPR tidak boleh disoal, tetapi seharusnya bukan SPR sahaja. Kita mesti mengangkat persoalan pilihan raya sebagai kesedaran kolektif semua pihak. Jika persoalan yang ingin diubah melibatkan undang-undang, maka pihak yang perlu didesak mengubahnya ialah para wakil rakyat. Jika yang mahu diubah ialah berkaitan maklumat media, maka pihak media yang perlu didesak. Jika ada kelemahan tertentu berpunca daripada parti politik, maka parti politik mesti melatih petugasnya melakukan apa yang sepatutnya. Sekiranya ada jentera kerajaan digunakan secara salah, maka bahagian perkhidmatan awam mesti didesak untuk tidak membenarkan jentera kerajaan disalahgunakan. Tentunya, sekiranya ada kelemahan di pihak SPR, pihak SPR perlu didesak untuk memperbaikinya. Banyak lagi perkara boleh ditambah baik dan ini perlu dibincangkan secara terbuka. Ia tidak mudah. Memang ada sebahagian perkara berada di jalur kelabu – sukar ditentukan secara pasti benar dan salahnya. Namun masalah tetap perlu diuruskan. Bagi pihak IDEAS, organisasi yang diumum akan dilantik sebagai badan pemerhati dalam PRU-13, saya akan cuba menulis beberapa artikel berkaitan pilihan raya untuk berkongsi dan berbincang dengan khalayak ramai. Semoga kita dapat menjayakan proses pilihan raya akan datang dengan penuh semangat demokrasi. * Amin Ahmad ialah pengurus projek dan operasi di IDEAS |
Posted: 09 Jan 2013 06:06 AM PST JOM TURUN...JANGAN JAGA PERUT DAN DIBAWAH PERUT....KALAU NENEK 61 TAHUN BOLEH TURUN..YANG MUDA-MUDA JANGAN JADI PENAKUT. DULU MUNGKIN ADA ALASAN TAK DAPAT KEBENARAN..TAKUT KENA TANGKAP..ANAK BINI TAK MAKAN...KALI INI TELAH DIBERI KEBENARAN....MAKA TURUN LAH.... |
ANWAR DI SARAWAK,MARUDI DAN BARAM Posted: 09 Jan 2013 06:05 AM PST |
Posted: 09 Jan 2013 12:04 AM PST SALMOMGKOL AK47 Isu yang besar sekarang ialah Deepakgate- yakni pendedahan Deepak mengenai penglibatan keluarga Tun Razak( Najib, Johari, Nazim) dalam menyelesaikan masaalah lapuran berkanun Balasubramaniam. Peguam Tan Sri yang mempunyai the highest of professional integrity- kalau dia honourable, mesti tampil kehadapan dan mengaku dia buat SD2 yang tidak bertika. Dia tidak berdepan bersemuka dengan Bala dan Bala bukan anakguam dia. Dia hanya berkomunikasi dengan seorang adik Dato Najib yang peguam. Setahu saya adik Najib yang peguam hanya Johari dan dia dulu pernah kerja se firma dengan lawyer Tan Sri berkenaan. Dan pendedahan Deepak mengenai bagaimana 223 tanah milik rakyat yang telah amanahkan kepada MINDEF telah di jual kepada Raja Ropiaah seorang pemimpin wanita UMNO. Juga dalam pamphlet Black Rose 01, kita membaca pendedahan mengenai kemungkinan penglibatan Rosmah Mansor dalam pembunuhan Altantuya. Isiu inilah yang memakutkan semua orang di NST- lubuk dan sarang pengampu Najib nombor satu. Macam mana mau selesai ini isiu? Maka berhimpunlah segala bloggers pro UMNO yang digaji oleh UMNO( 28-30 semua nya) memecahkan kepala bagaimana mahu selesai ini isiu. kita tahu mutu kumpulan hanyalah perjumlahan mutu blogger2 individu. Kita tak perlu takut dengan mereka. Kalau pemain tennis, tak layak main di Wimbledon, kalau peninju tomoi atau muay thai, tak layak bertinju di Lumpini Stadium. Kalau peninju belum boleh masuk Madison Square Garden. Mereka akan lakukan apa yang biasa dilakukan. (1) akan menghina dan mencerca deepak dengan memusnahkan kredibiliti deepak. Orang yang tidak boleh dipercayai, tak kenang budi, keciwa tak dapat kontrak besar dan sebagainya. (2) akhirnya, mereka akan guna senjata sulit mereka- melakarkan apa yang Deepak lakukan sebagai sebahagian dari rencana besar bangsa bukan Melayu untuk menaklok bangsa Melayu. Kalau orang seperti Deepak, dan PR memerintah, maka musnahlah semua Melayu, Negara ini jadi Repablik Raja Melayu hancur lebur, Agama Islam akan musnah dan kepentingan ekonomi orang Melayu tidak akan dapat dilansungkan. Apa ekonomi Melayu? Beri tanah 223 ekar milik kerajaan dan bayaran pendahuluan RM27 juta? Kemudian membrokerkan supaya Deepak Jaikishan dapat berpakat dengan Raja Ropiah? Melayu apa ini? Memanglah Pak Lah yang pecah tanah untuk memulakan projek rahsia ini. Maklumlah Puspahanas pusat kajian yang rahsia rahsia. Sehinga dimana letak nya pun rahsia. Inilah pertama kali dalam dunia, kita lihat kerajaan sebuah Negara meluluskan sebuah projek halimunan- kita tak tahu mana benda Allah tu. Dimana woi, wok? Yang kerajaan dah serah body dan budi ialah 223 ekar tanah di Bukit Raja Kelang dan RM27juta. Ini drawdown apa atau pendahuluan apa? Kita akan tahu nanti. Dengan tanah itulah orang melayu Raja Ropiaah dapat berjuta juta dari Deepak dan Guppyunit Sdn Bhd. Mak ai- rayo koling kito kata orang Negeri Sembilan. Tanah itu sepatutnya diletakkan dalam sebuah syarikat bersifat escrow- pegang sementara sehingga syarat terpenting dilakukan. Iaitu bila puspahanas disiapkan barulah tanah itu jadi milik raja ropiaah. Soalan--- kalau raja ropiaah dapat jual tanah tersebut, bererti hakmilik kepada 223 ekar itu sudah Raja Ropiaah punya. Macam mana ini boleh berlaku tanpa kerjasama dan pakatan jahat orang dalam mindef? Apa yang menyebabkan Deepak berani membayar kepada RR sedangkan tentu sekali di buat due dilliegence dan tengok dokumen yang RR ada untuk menyatakan bahawa 223 itu aku ahmad albab yang punya, bukan kamu punya? Deepak lakukan 2 perkara. Besar kemungkinan RR telah menunjukkan award letter yang dia dapat projek untuk buat RM100 juta Puspahanas. Dan sebagai imbuhan dia akan dapat 223 ekar tanah yang dia janji akan jual kepada Deepak. Atau dia mungkin ada sebenar benar nya, surat hakmilik keatas 223 ekar tersebut( yang dipecahkan kepada 3 lot). Jika demikian kita kembali kepada soalan- bagaimana surat hakmilik ada pada RR kecuai dengan komplot dengan orang dalam MINDEF? Atau Deepak kerana dia penjual karpet dan orang kesayangan kak mah, dia pergi tanya Najib. Dato seeri- bos, betulkah you kasi 223 ekar tanah kepada RR. You see, this Popiah has asked me to help. I yem not interested to do Puspahanas, but I yem interested to buy land. Secure or not? Dato seeri jawab- ayoyo Deepak. You don't trust me? I am DPM , Minister of Defence,Pak lah the sleepy one- we just ask him to pecah tanah. Maybe allow him to speak and you will see, he will lose himself halfway down his speech. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan