WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Bayaran BR1M menjelang PRU, k’jaan mahu rakyat ingat ‘jasa’ BN
- Cabar Najib buktikan transformasi, beri Anwar muncul di TV RTM
- JAWAB ROSMAH....13 JUTA BARANG KEMAS
Bayaran BR1M menjelang PRU, k’jaan mahu rakyat ingat ‘jasa’ BN Posted: 02 Jan 2013 08:56 PM PST Bayaran BR1M menjelang PRU, k'jaan mahu rakyat ingat 'jasa' BNKUALA LUMPUR 3 Jan: Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2.0 Februari ini supaya rakyat tidak melupakan 'jasa' kerajaan Umno BN menjelang pilihan raya umum (PRU), kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa. Katanya, ia juga petanda pilihan raya mungkin berlangsung dalam bulan sama. Tegas beliau, bantuan itu memang tanggungjawab kerajaan yang patut ditunai sejak dahulu. "Rakyat tidak semudah itu digula-gulakan. Buktinya semakin banyak taktik 'sumbangan' yang Umno berikan, sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat tetap meningkat," katanya ketika dihubungi. "Mereka sedar BR1M dan bantuan lain hasil tuntutan Pakatan sehingga memaksa kerajaan mengagihkan bantuan tersebut," jelas Fariz. Beliau mempersoal mengapa pemberian BR1M 2.0 ditangguh sehingga Februari, bukan Januari seperti yang diumum Perdana Menteri dalam pembentangan belanjawan, November lalu. "Adakah kewangan negara tidak selesa atau ia strategi pilihan raya supaya rakyat tidak lupa 'jasa' Umno?" soalnya. BR1M 2.0 dijangka akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 kumpulan bujang berbanding 4.2 juta penerima BR1M tahun lalu. Lebih 2.3 juta permohonan diterima untuk BR1M 2.0 pada 17 Disember, dengan lebih 720,000 isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan layak menerima RM500 wang tunai. Manakala bagi penerima bujang, mestilah berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, layak mendapat RM250 wang tunai. Ketua Koordinator Jingga 13 itu turut mengulas isu pemberian rebat telefon pintar sebanyak RM200. "Pemberian rebat kononnya untuk ambil hati anak muda, tetapi bila terbongkar hanya untuk telefon berharga bawah RM500, ia menurunkan kepercayaan anak muda," kata Fariz. "Inilah bukti usaha kerajaan mengkayakan kroni, rakyat pula menanggung rugi," sambungnya. Sebab takut kehilangan sokongan anak muda, kerajaan mengubah syarat ketat sebelum ini – pemberian rebat hanya libatkan telefon pintar bawah RM500. Semalam, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengumumkan, belia berumur 21 hingga 30 tahun pendapatan bulanan bawah RM3,000 boleh membeli apa jua jenis telefon pintar untuk dapatkan rebat itu. |
Cabar Najib buktikan transformasi, beri Anwar muncul di TV RTM Posted: 02 Jan 2013 07:19 PM PST Cabar Najib buktikan transformasi, beri Anwar muncul di TV RTMKUALA LUMPUR 3 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu beri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil di siaran televisyen sebagai bukti beliau serius dengan transformasi yang dicanangnya. Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia ekoran tuntutan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan kesediaan untuk tampil di RTM, diikuti Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut mahu diberi ruang sama. "Sebagai sebuah negara demokrasi, setiap pihak wajar mendapat hak yang sama, termasuk untuk muncul di media arus perdana," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu. "Ruang itu harus juga diberi kepada pembangkang. Ini perkara asas demokrasi dan sejajar dengan slogan transformasi Najib," katanya ketika dihubungi. Menurut Nik Nazmi, kali terakhir Anwar muncul di televisyen pada 2008, sewaktu debat harga minyak bersama Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Ahmad Shabery Chik. "Najib berjanji untuk beri semua pimpinan termasuk pembangkang berkempen menjelang pilihan raya. Ia sepatutnya dijadikan kebiasaan bagi menjamin proses pendemokrasian di negara ini," tambahnya. Jun lalu, jemaah menteri meluluskan kertas kabinet yang dikemuka Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Ia kononnya memberi peluang sama rata kepada setiap parti politik yang bertanding pada PRU 13 untuk menjelaskan manifesto mereka menerusi stesen televisyen. |
JAWAB ROSMAH....13 JUTA BARANG KEMAS Posted: 02 Jan 2013 04:43 AM PST |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan