Rabu, 2 Januari 2013

dollah yankee

dollah yankee


Berani kah media dengan Rosmah?

Posted: 02 Jan 2013 04:44 AM PST

"Saya kena tanya boss saya dulu, boss saya pula kena tanya boss dia, boss dia pula kena tanya lagi besar punya boss iaitu isteri Rosmah dan suami Najib, kemudian baru lah boleh tau bila saya boleh jumpa dengan Deepak".


KUALA LUMPUR 2 Januari: Ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishian dijangka akan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya minggu ini. 
Deepak berkata, pertemuan itu sepatutnya diadakan semalam tetapi pegawai yang akan beliau temui itu sibuk. 

"Oleh itu dia meminta saya untuk ke sana dalam minggu ini. Saya akan maklumkan kepada media dengan lebih lanjut mengenai perkara ini kerana saya akan memerlukan bantuan media sebelum masuk. 
"Saya akan memberitahu media tentang apa yang saya akan maklumkan kepada SPRM sebelum perjumpaan itu," katanya dipetik Malaysiakini. 


Ditanya mengenai identiti pegawai yang memanggilnya, Deepak memberitahu, beliau tidak dapat mendedahkannya namun menyatakan beliau pernah berurusan dengan pegawai berkenaan sebelum ini. 
Deepak juga enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai sebab beliau dipanggil dan hanya mengatakan akan mendedahkan perkara itu sebelum memasuki pejabat SPRM. 


dollah yankee -
Last sekali...apa habuk pun tarak !

Dah nak mamposs!

Posted: 01 Jan 2013 01:00 AM PST

Baru baru ini DAP telah mengadakan Kongres Kebangsaannya di Pulau Pinang buat kali ke 16. Segala perjalanan kongres dari undian hinggalah kepada perlantikan jawankuasa yang baru berjalan dengan lancar. Ramai ahli serta perwakilan hadir bagi melunaskan tanggungjawab mereka serta memberi sokongan serta mengeratkan silaturrahim antara ahli dari seluruh pelusuk negeri di Malaysia. 20 orang telah dilantik menjadi Pemimpin Tertinggi Pusat melalui undian demokrasi yang berhemah tanpa sebarang gangguan.

Namun selepas dari hari tersebut, terdapat suara-suara sumbang yang mengkritik hebat tentang pilihan ahli parti DAP dan mereka yang mengkritik ini sudah semestinya orang Be End. Tetapi ada yang lebih menggelikan hati lagi ialah terdapat 'Lalang Tua' yang tidak sedar diri ingin bertarung namun sudah hilang isinya. Hal ini ditujukan kepada Tunku Aziz yang pernah memegang jawatan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan dan juga senator Dewan Negara.
Kenyataan media Tunku Aziz di dalam Utusan Malaysia pada 17 Disember 2012 baru-baru ini menyatakan bahawa Parti DAP yang tidak memilih calon Melayu sebagai pemimpin tertinggi sebagai chauvinis adalah fitnah sama sekali.Ini adalah kerana ia sememangnya prinsip Parti DAP yang berlandaskan semua kaum di Malaysia tidak dapat dinafikan lagi kerana ianya tertulis dalam Perlembagaan Parti.
Jika dilihatkan pada sejarah penglibatan Tunku Aziz dalam DAP, dia hanya menyertai DAP pada 2008 selepas pilihanraya ke 12 yang juga merupakan tsunami politik berlaku di 4 buah negeri termasuk Pulau Pinang. Pada waktu itu juga berlangsungnya Kongress Kebangsaan DAP yang telah menunjukkan demokrasi dalam parti dimana Ahmad Ton telah dipilih oleh perwakilan-perwakilan ahli menjadi salah seorang pemimpin Melayu tertinggi dalam Pimpinan Tertinggi Pusat DAP. Namun berlainan dengan Tunku yang baru sahaja menyertai DAP namun diberi peluang untuk berbakti dan dilantik oleh Pimpinan Tertinggi Pusat menyertai mereka. Ini menunjukkan DAP tidaklah seperti parti lain yang hanya memilih bangsa untuk menyertai parti mereka dan pemimpin tertinggi mereka. Namun bagi Tunku Aziz, dia umpama 'musang berbulu ayam' yang bukan sahaja tidak memberikan apa-apa manfaat kepada parti malah merosakkan segala usaha parti memperjuangkan hak rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.
Inilah yang dikatakan'lalang tua yang nyanyuk' setelah tidak dapat membuahkan hasil habis seluruh bendang dijangkitinya. Orang seperti ini tidak sepatutnya diberi ruang untuk berpolitik kerana walau di parti mana yang dimasuki, habis rosaklah perjuangan parti kerana sikapnya yang mementingkan diri melebihi semangat perjuangan yang diperlukan sebagai seorang ahli parti dan rakyat Malaysia yang menegakkan keadilan kerana cintakan Negara.
dollah yankee - Happy New Year 2013 Mr.Guan Eng,semalam punya 'bunga api' adalah yang terbaik sepanjang sambutan tahun baru!

Tiada ulasan: