Jumaat, 18 Januari 2013

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Mahathir semakin terhimpit ke bucu (LM)

Posted: 18 Jan 2013 08:19 PM PST

RCI pendatang haram Sabah: Mahathir terpaksa mengaku salah

Semakin hari semakin panas suhu politik di negara yang dikatakan pimpinan utama kita akan menjadi negara maju yang berpendapatan tinggi. Entah apa kemajuan yang kita akan capai tidak pula kita ketahui.

Tetapi apa yang kita lihat, kita semakin hari semakin ke belakang dan tidak maju ke hadapan. Isu bertambah rumit dan besar, dan semua isu ini berkait dengan tingkah laku dan salah gunakuasa oleh pucuk pimpinan negara dan UMNO. 

Bacaan seterusnya di sini:    Mahathir semakin terhimpit ke bucu

Rosmah: Sumpah, mana ada cincin tu! (LM)

Posted: 18 Jan 2013 10:14 AM PST

Rosmah bersumpah tidak mempunyai cincin berharga RM24juta
KUALA LUMPUR, 18 Jan – Datin Seri Rosmah Mansor mengatakan beliau boleh bersumpah dengan nama Allah beliau tidak pernah memiliki cincin bernilai RM24 juta seperti didakwa pembangkang dua tahun lalu.

KENANGAN REFORMASI 1998

Posted: 18 Jan 2013 08:51 AM PST





Desak Najib jelaskan senarai hitam peguam Scorpene – Tian Chua

Posted: 17 Jan 2013 09:17 PM PST

Desak Najib jelaskan senarai hitam peguam Scorpene – Tian Chua

KUALA LUMPUR 18 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak menjelaskan tindakan kerajaan menyenarai hitam nama tiga peguam Scorpene daripada memasuki negara ini, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.


Tegasnya, arahan kerajaan supaya penyelia Imigresen menahan tiga peguam terbabit di pintu masuk lapangan terbang membuktikan ada perkara yang mahu disembunyikan.

"Memang terbukti apa yang kita (Pakatan Rakyat) persoalkan, ada rahsia tersembunyi di sebalik pembelian kapal selam Scorpene. Kalau tidak, kenapa kerajaan sanggup senarai hitamkan peguam Perancis.
"Walaupun mereka (kerajaan) nafikan dengan pelbagai alasan, tapi sebenarnya rakyat tahu apa yang mereka sembunyikan," katanya kepada Keadilan Daily.

Inilah surat didakwa pekeliling yang menyenarai hitam tiga peguam Perancis daripada memasuki Malaysia.


Beliau mengulas penyebaran satu senarai pekeliling khas di internet yang didakwa diberikan kepada semua kakitangan terutama penyelia di Jabatan Imigresen Malaysia.
Pada pekeliling bertarikh 3 Disember 2012 itu, tercatat nama tiga peguam Perancis yang disenarai hitam memasuki negara ini.


Mereka seperti yang dinyatakan adalah William Bourdon, Renaud Semerdjian dan Joseph Breham.
Ditanya berhubung tarikh pekeliling itu dan mengapa ia dikeluarkan selepas taklimat Scorpene dibuat di Singapura pada November lalu, Tian berkata, ini adalah satu lagi halangan kerajaan kepada pendedahan itu.
"Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tersebut untuk menjaga nama baik Najib sebelum pilihan raya umum tahun ini.




"Akibat takut tembelang terbongkar, NGO yang mengetengahkan isu ini turut diganggu demi politik Najib dan Umno BN," kata Ahli Parlimen Battu itu.
Pada 27 November lalu, taklimat Scorpene oleh peguam Perancis kepada Ahli Parlimen Malaysia dari Pakatan Rakyat dan pengamal media terpaksa diadakan di sebuah hotel di Singapura ekoran dihalang oleh kerajaan.


Ia terpaksa diubah ke negara itu berikutan halangan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia tanpa alasan munasabah.
Mengikut jadual asal, William dan seorang lagi peguam Perancis, Joseph Breham yang sepatutnya memberi maklumat terperinci mengenai perbicaraan Scorpene di Mahkamah Perancis, tetapi menghantar rakan kongsi mereka, Apoline Cagnate.


Kapal selam Scorpene yang dibeli dari DCNS di Perancis – melibatkan komisen lebih RM500 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat milik rakan baik Perdana Menteri – Abdul Razak Baginda.
Skandal ini dikatakan turut berhubung kait dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang dibunuh mengguna bom C4 pada 2006.


Hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire kini sedang meneruskan siasatan terhadap kes berkenaan di Mahkamah Tribunal deGrande Instance Perancis.
Tujuh saksi dinamakan termasuk Najib, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, Abdul Razak Baginda, isteri Razak, Mazlinda Makhzan, pembantu kanan beliau, Jasbir Singh Chahl serta ahli perniagaan, Lodin Wok Kamaruddin.


Tiada ulasan: