Tukar Tiub |
- DEMO JALAN RAYA MEMBAWA HASIL SEGERA
- ANAK MUDA MINTA BERSEDIA - UNTUK TURUN KE JALAN RAYA
- KALAU TIPU PILIHAN RAYA - KITA TURUN JALAN RAYA
- APA ISLAM DI JADIKAN MILIK KETUANAN MELAYU
- MARI MELIHAT DETIK SEJARAH
- KES RAIS YATIM ROGOL AMAH AKAN DIBUKA KEMBALI
- INI KALiiiii.... LAAAAA... SABAHAN TAK MAHU LAGI KENA BERAK SEMENANJUNG
- MEMANG NIAT KITA BERKERJA UNTUK MENGGULINGKAN KERAJAAN
- SATU LAGI PROJEK PEMBODOHAN MELAYU
DEMO JALAN RAYA MEMBAWA HASIL SEGERA Posted: 20 Jan 2013 07:00 PM PST KOMENTAR TUKAR TIUB bila musuh mengundur kita menyerang bila musuh menyerang kita mengundur bila musuh lemah inilah masanya kita tibai tibai sampai maut lihat dayak sarawak telah bangun lihat iban sabah telah bangun orang india telah berani bangun orang china telah berani bangun anak muda telah berani bangun AMARAN TELAH DIBERI apa maknanya semua ini? maknanya kerajaan hari ini lemah maknanya najib lembik gerombolan dipimpin oleh najib seorang yang penakut ini adalah masa dan ketika paling baik untuk menyerang habis habisan najib juga sedang bergelawak sesama sendiri najib sedang ditekan oleh madey najib sedang ditekan oleh muhyiddin perang dalaman sedang membara satu jalur mahu najib udur sebelum pru13 satu jalur mahu najib undur sesudah pru13 kenapa tetiba naib bersuara tentang royalti? apa makna kenyataan najib ini? maknanya apabila rakyat turun berdemo maka najib terpaksa bersuara najib mula takut apa maknanya? maknanya demo membawa jawapan yang paling pantas maknanya demo memberi tekanan tanpa demo tak ada sesiapa ambil peduli tentang royalti minyak di kelantan tentang royalti di sarawak tentang royalti di sabah tanpa demo dayak dan iban di sabah dan serawak akan terus ditipu royati minyak mereka akan terus disonglap AMARAN TELAH DIBERI Sarawak Bakal Bincang Semakan Royalti Minyak Dengan Persekutuan KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak mungkin akan mencadangkan satu formula baharu berhubung royalti petroleum kepada kerajaan Persekutuan berikutan penemuan terbaharu minyak dan gas mentah di Miri, kata Menteri Perumahan negeri Abang Johari Openg. Beliau berkata formula itu mungkin tidak membabitkan permintaan untuk menaikkan kadar royalti lima peratus yang kini dinikmati Sarawak, sebaliknya peratusan tertentu dalam ekuiti saham bagi penemuan minyak dan gas mentah di negeri ini pada masa depan. "Kita kini bercakap soal pendekatan baharu yang kami percaya akan diiktiraf pemimpin kerajaan Persekutuan kerana ia merupakan situasi menang-menang untuk kedua-dua pihak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan dewan baharu Sekolah Kebangsaan Rakyat di sini, Ahad. Abang Johar berkata kerajaan negeri sudah mempunyai satu formula yang lebih memanfaatkan Sarawak, namun tidak boleh didedah ketika ini sementara menunggu perbincangan dengan kerajaan Persekutuan. Mengulas lanjut, beliau berkata langkah kerajaan negeri memperoleh pegangan dalam Bintulu Port Holdings Bhd, yang pada dasarnya sebuah pelabuhan persekutuan, juga mungkin boleh dianggap sebagai formula baharu bagi royalti petroleum. AMARAN TELAH DIBERI Royalti: PM jamin akan adil KOTA BHARU 20 Jan. - Najib Razak memberi jaminan bahawa Kerajaan Pusat akan berlaku adil kepada rakyat Kelantan dalam isu bayaran tunai hasil petroleum yang akan dibincangkan oleh jawatankuasa khas yang telah dibentuk. Menurut Perdana Menteri, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah memberi perkenan melantik wakil kerajaan negeri ke jawatankuasa tersebut bagi membincangkan isu berkenaan yang cuba digembar-gemburkan pihak tertentu bagi kepentingan politik dengan menimbulkan kemarahan rakyat negeri ini kepada Kerajaan Pusat. "Jawatankuasa ini akan membincangkan satu persatu secara mendalam mengikut undang-undang dan perlembagaan negara secara telus. Kita takkan selindung, kita akan buka buku kita, kita adil pada rakyat Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kita tak tipu sesen pun pada rakyat Kelantan ini," katanya di sini hari ini. ---- |
ANAK MUDA MINTA BERSEDIA - UNTUK TURUN KE JALAN RAYA Posted: 20 Jan 2013 06:00 PM PST KOMENTAR TUKAR TIUB tukar tiub mengajukan slogan baru - tipu pilihan raya - keluar ke jalan raya - amaran telah diberi kenyataan telah dibuat jika masih menipu dalam pilihan raya maka rakyat akan keluar ke jalan raya tidak ada jalan lain jika amaran tidak di pedulikan tidak ada jalan laia jika amaran tidak di indahkan tidak ada jalan laian jika amaran diperlekeh hanya satu jawapan rakyat turun ke jalan raya untuk menghumbankan united malays national organisation ini bukan satu amcaman ini satu janji "Kami ke jalan raya jika PRU tipu" SELAYANG: Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112), Mohamad Sabu berjanji akan menghimpunkan lebih ramai rakyat lagi jika berlaku sebarang penipuan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. Jika berlaku demikian, beliau berjanji, rakyat tidak akan pulang selagi kerajaan yang naik secara penipuan itu tidak turun. "Kita janji, jika kerajaan tak turun, kita tidak akan pulang," katanya dengan disambut tepukan gemuruh para hadhirin. Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS itu berkata demikian ketika memberikan ceramah di tapak Uptown, Bandar Tasik Puteri malam tadi. Turut serta memberikan ceramah bersama beliau adalah Dr Dzulkefly Ahmad (anggota Parlimen Kuala Selangor), Datuk Mohd Arif Sabri (bekas Ketua Penerangan Umno Pekan) dan Faris Musa (Pengerusi Jingga 13.) Lebih 1,000 menyertai ceramah anjuran PKR itu. Sudah beberapa himpunan dibuat untuk mendesak agar pilihan raya umum diadakan dengan bersih. Bersih, Bersih 2 dan Bersih 3 dibuat bagi menuntut pilihan raya yang bersih dilakukan. Segala perkara yang dibangkitkan dalam himpunan itu kini terbukti melalui siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) yang dibuat di Sabah. Pelbagai pihak membuat pengakuan mengenainya termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. "Saya yakin, perkara yang berlaku di Sabah inilah yang dibuat di Terengganu menjelang pilihan raya 2004 lalu dan kini sedang dibuat di Selangor," kata Mohamad Sabu. Dalam pilihan raya 2004, kerajaan PAS Terengganu ditumbangkan selepas hanya satu penggal mentadbir apabila berlaku kenaikan mendadak pengundi di Terengganu. Di beberapa kerusi DUN dan Parlimen, jumlah pengundi yang keluar mencecah hampir 90 peratus yang tidak pernah berlaku dalam sejarah. Dalam masa yang sama, pusat-pusat pengundian di Selangor telah dilanjutkan tempohnya melebihi jam 5 petang untuk membolehkan mereka yang pergi mengundi ke Terengganu sempat pula mengundi di Selangor. Menjelang PRU 13 ini, peningkatan pengundi mendadak berlaku di Selangor iaitu sehingga hampir setengah juta. Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendakwa, usaha telah dibuat untuk membawa balik pengundi yang didaftarkan di Terengganu itu ke Selangor. Baru-baru ini kerajaan negeri Selangor mengeluarkan satu laporan penuh Projek Pendemokrasian Negeri Selangor yang mendapati 497,084 baru didaftar dalam Daftar Pemilih Induk di Selangor. Sejumlah 28 peratus (134,675) dari pemilih itu tidak dapat dikenal pasti siapa mereka. MB Selangor mendakwa peta pilihan raya tidak lengkap dalam kawasan dewan undangan negeri (Dun) adalah punca kerajaan negeri Selangor menghadapi situasi terkini itu. Kajian-kajian yang dibuat pula mendapati pelbagai perkara berlaku termasuk sejumlah besar pengundi yang didaftar di bawah satu alamat. Lebih 79,000 pengundi yang didaftarkan dalam lebih 350 alamat yang sama, di mana setiap alamat itu merekodkan lebih dari 100 pengundi. |
KALAU TIPU PILIHAN RAYA - KITA TURUN JALAN RAYA Posted: 20 Jan 2013 05:00 PM PST LIHAT KLIP INI SEBAGAI BUKTI BERSIHKAN DAFTAR PEMILIH SEBELUM PRU! Dijumpai dalam YouTube satu rakaman yang merakamkan proses orang ramai beratur untuk mengundi ketika PRU 1995 di Sabah. Tahun 1995 inilah dikatakan begitu teruknya penyalahgunaan kuasa iaitu kegiatan memberikan status warganegara kepada orang asing berluasa hanya untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional. Rakaman ini cukup memperlihatkan bagaimana susuk , wajah – wajah bukan Sabah berpusu beratur sebagai pengundi. Ini berlaku di hampir semua tempat mengundi ketika itu. Keadaan ini muncul semula apabila dalam proses RCI mengenai warga asing yang diberi warganegara di Sabah menyatakan bahawa bahawa sememangnya wujud kemasukan dalam jumlah yang luar biasa warga asing yang didaftarkan sebagai warga negara ketika pilihanraya hampir menjelang untuk didaftarkan sebagai pemilih. Di Sabah lebih setengah pengundi berdaftarnya kini merupakan warga asing yang dibawa masuk. Dr. Mahathir yang dikaitkan dengan kegiatan penjualan kedaulatan negara ini dengan selamba membela diri tidak menafikan sebaliknya dengan mengaitkan Arwah Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah memberikan lebih banyak warga negara. Mahathir bertindak bacul dengan mengaitkan orang yang telah mati, Tunku memberikan warga negara semasa hendak membentuk negara, sebaliknya Mahathir memberikan warga negara hanya untuk nyawa politik semata. Jika ia proses betul kenapa dua orang warga India Aziz dan Hussien yang menjadi saksi dalam RCI menyatakan mereka dilahirkan di Tamil Nadhu tetapi untuk melicinkan proses mendapat kad pengenalan dan daftar pemilih tempat kelahiran mereka ditukar kepada Kunak dan Tawau. Memetik semula kata – kata Bobby, Penyelaras SAMM Sabah ketika mempengerusikan sidang meja bulat anak muda Sabah di Kota Kinabalu dua bulan lepas, dia menyatakan Sabah kini sudah tergadai, bukan sahaja masalah tetapi hasil pemberian keistimewaan warga negara kepada Pakistan dan India dalam projek Dr. Mahathir akhirnya politik Sabah juga dikawal kini oleh keturunan India Pakistan. Contohnya Musa nama sebenarnya ialah Musa Aman Khan bersama saudaranya Anifah Aman Khan. Bukan sahaja politik malah ekonomi juga dikawal oleh keturunan India Pakistan ini. Ini bukan isu perkauman tetapi isu kedaulatan. Bahana dari kemasukan pendatang ini juga kecelaruan sosial muncul seperti lambakan penganggur, jenayah tidak terkawal dan seumpamanya. Kini strategi yang sama disalin pakai oleh Najib Razak, ratusan ribu sudah dibawa masuk diberi kad pengenalan dan didaftar sebagai pengundi. Kali ini bukan sahaja Sabah tetapi di semenanjung juga khususnya negeri dibawah PR seperti Selangor. Lihatlah kerana mendiamkan Sabah terjerumus selama ini tergadai kedaulatan kini Bn mula rakus demi kekal berkuasa mula menjual kedaulatan seluruh negara. Bayangkan berapa banyak hasil negara tergadai, subsidi yang berbilion seharusnya dikongsi mewah bersama anak tanah air ini tetapi malangnya turut disedut oleh pendatang yang diberi laluan karpet kuing oleh regim untuk kekal kuasa. Regim sering melaungkan politik ras dan perkauman. Orang Melayu disuruh bangkit memusuhi cina dan india contohnya. Tetapi kita jangan lupa Wong atau Ravi itu neneknya lahir dan mati di sini. Mereka lahir di sini maka sinilah tanah air mereka. Sebaliknya kini Umno dan regim Bnlah yang mengkianati negara dengan menjual warga negara pada orang asing yang belum tentu setia. Kepada pendatang asing, kami ucap terima kasih kerana memilih untuk bekerja dalam negara ini, kami hargai anda mencari rezeki di tanah air ini tetapi ingat bila kamu mula campur urusan politik negara kami, anak muda Malaysia pasti akan bertindak balas. Gerakan gabungan ABU dan SAMM akan mencetak sebanyak 200,000 keping risalah peringatan kepada pendatang asing agar menjauhi politik negara khususnya menjelang PRU nanti. Cetakan ini dalam 7 bahasa antaranya ialah bahasa benggali, myanmar, inggeris, indonesia dan tagaloq sebagai peringatan dan usaha menggagalkan usaha regim menggunakan khidmat pendatang untuk terus berkuasa. SAMM juga menyeru secara serius, dalam angin PRU makin kuat ini. Jika regim ini mahu terus dihormati maka sewajarnya tampil membersihkan senarai pemilih dari kekotoran penjualan kedaulatan negara dengan kemasukan pendatang sebagai warga dan pengundi sebelum PRU. Jika tidak kamu akan dikenang sebagai pengkhianat dalam kebangkitan rakyat yang sudah tidak boleh dielakkan lagi. Jangan berdolak dalih lagi. Bukti sudah terbentang didepan mata, negara ini sedang digadai. Bangkit, Bangkit, Bangkit ! Selamatkan negara. che'GuBard Solidariti Anak Muda Malaysia ------ |
APA ISLAM DI JADIKAN MILIK KETUANAN MELAYU Posted: 20 Jan 2013 04:30 PM PST INI RAKYAT BERI AMARAN jangan tipu pilihanraya tipu pilihan raya kami turun jalan raya PENCERAHAN DARI PEMBACA Zaman nabi muhamad dulu orang yahudi dan kristian arab pun guna kalimat Allah. Nabi tak larang pun. Tak kecoh pun. Kenapa melayu islam nak kecoh? Hairan! Kenapa ustaz setengah masak melayu kecoh? Lagi pelik! Apa ertinya kita mengaku ikut ajaran Nabi kalau kita berlagak lebih pandai dari Nabi. Cubalah berfikir. Cuma kalimahnya sama tapi pengertian belum tentu sama. Kenapa benda mudah macam ni pun susah nak faham. Memang betul kata tt otak melayu ni dah bonzai disebabkan umno. on SATU LAGI PROJEK PEMBODOHAN MELAYU --- |
Posted: 20 Jan 2013 04:00 PM PST TERIMA KASIH BERSAMA MENCIPTA SEJARAH DALAM MENGIRA DETIK #KL112 - KALI PERTAMA 74 TOKOH MUNCUL TANPA PROTOKOL BERKONGSI SATU PENTAS Bermula 26 Disember 2012 di Machang, SAMM dan SMM serta banyak sekutu lain telah mulakan Jelajah Anak Muda Mobilisasi #KL112 bagi sama menjayakan Himpunan Kebangkitan Rakyat. Sebanyak 16 program telah berjaya diadakan bagi membantu mobilisasi dengan kemuncak program tersebut diadakan program Rapat Anak Muda Mengira Detik atau Countdown#KL112 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur pada 11 Januari 2013 bermula 9 malam - 12.15 tengah malam Program Rapat Anak Muda tersebut telah mencipta sejarah berjaya menampilkan 74 tokoh tampil berpidato, menyanyi, bergurindam bagi menyampaikan masej menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat, mereka bukan sahaja tokoh politik, seliberiti ataupun mahasiswa sahaja tetapi orang biasa seperti pekerja kilang (dari Melaka), Nelayan (dari Terengganu), peniaga kecil dan seumpamanya ang membawa suara hati kebangkitan rakyat dari akar umbi. Pimpinan NGO antara majoriti yang mengisi pentas dan penampilan mengejutkan ialah Tuan Nasiruddin mewakili Persatuan Bekas Polis Malaysia yang mendedahkan bagaimana Bn terlibat mendiamkan aktiviti mengambil komisyen ke atas bantuan kepada bekas polis. Kami memohon maaf atas kekurangan dalam penganjuran. Kami juga memohon maaf ke atas beberapa tokoh yang telah hadir namun tidak sempat untuk diberi ruang bercakap di atas pentas antaranya Syed Shahrir (bekas Presiden MTUC), Clement (anti Lynas), Shaarudin (Selamatkan Pantai Kito - Teluk Kemang), Sheikh Omar (anak muda anggota seketeriat HKR), Khalid Ismath (aktivis mahasiswa) dan Baginda (NGO orang asal Sarawak). Namun yakin semua berjiwa besar dan terus meraikan program sampai ke penghujungnya. Selain sejarah menampilkan paling ramai tokoh dalam satu masa, pentas Rapat Anak Muda Countdown #KL112 malam tersebut juga telah diadakan tanpa protokol. Kali pertama pemidato disusun bukan berdasarkan darjat sebaliknya berselang seli tanpa protokol, kali pertama rakyat melihat bagaimana Naib Presiden PAS sampai dan duduk bersama hadirin di bawah pentas sementara menanti giliran naik ke pentas, YAB Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid sampai dan selamba duduk di belakang pentas. SAMM menjadikan pentas malam tersebut betul - betul berimej rakyat, kehadiran yang ramai juga telah menjadikan orang yang hadir sehingga duduk di bahagian tepi atas pentas. Semua termasuk wakil NGO, pimpinan kanan parti politik dan rakyat biasa semuanya berucap dalam masa 3-4 minit seperti yang ditetapkan. Kutipan dana pada malam tersebut dari hadirin ialah RM 9,570.43 dan ini menampung kos penganjuran keseluruhan malam tersebut yang berjumlah RM 18,300.00. Majlis malam tersebut juga mendapat sedikit tajaan sumbangan RM4,000 dari PR Selangor melalui YB Amirudin Shaari. Acara malam tersebut ialah kemuncak dari siri jelajah yang telah berjalan sejak 26 Disember lagi. Ramai yang terlibat menjayakan program ini. Kesempatan ini SAMM juga bagi pihak SMM penganjur bersama mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya sokongan dan dokongan dari Tn. Hj Mohamad Sabu serta seluruh jawatankuasa induk HKR. Di sini cheGuBard juga ingin merakamkan setinggi - tinggi penghargaan kepada semua komrad SAMM yang telah bekerja bertungkus lumus dalam semangat adik beradik yang tinggi dengan mengorbankan masa dan kewangan bagi menjayakan keseluruhan program dari jelajah, malam mengira detik sehingga perarakan ke stadium oleh SAMM yang cukup mengujakan. Kita telah membuktikan anak muda mampu mencipta sejarah ! Sekian che'GuBard Solidariti Anak Muda Malaysia |
KES RAIS YATIM ROGOL AMAH AKAN DIBUKA KEMBALI Posted: 20 Jan 2013 06:00 AM PST SEMIOTIK RAIS YATIM lihat lah dua gambar rais yatim ini lihat betul betul lihatlah betapa hinanya rais yatim menyembah satu menyembah dolah badawi satu lagi menyembah madey kenapa rais yatim menjadi bagitu hina sehinggakan ramai orang jelebu menjadi tak selesa malah ramai merasa perbuatan rais menyembah ini telah memperlekehkan orang jelebu sebenarnya rais menyembah ini kerana dia ada kes rogol amah kes rogol amah ini menjadi beban jika tidak menyembah dolah jika tidak menyembah madey polis indonesia telah bersedia untuk membuka kes menyiasat laporan ngo indonesia yang menuduh rais telah merogol seorang amah indonesia dengan menyembah dolah kes ini tidak dibuka dengan menyemabh madey rais yatim bedrharap akan dapat kerusi NOTA: inilah bahayanya menjadi perogol terpaksa menyembah NOTA: jangan risau apabila pakatan mengambil alih pentabiran negara kes rogol amah ini akan dibuka kembali NOTA: inilah bahayanya menjadi perogol terpaksa menyembah NOTA: jangan risau apabila pakatan mengambil alih pentabiran negara kes rogol amah ini akan dibuka kembali ---- |
INI KALiiiii.... LAAAAA... SABAHAN TAK MAHU LAGI KENA BERAK SEMENANJUNG Posted: 19 Jan 2013 11:30 PM PST SATU AMARAN KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...MAT MONGOL TERPERANGAP...kah kah kah.. kah kah kah...NIAT NAK BUAT SANDIWARA...kah kah jkah.. kah kah kah..NAK TIPU ORANG SABAH... kah kah kah.. kah kah kah...SEKARANG DAH TERPANCUT.... kah kah kah... Sipaun: 'Bersih dulu pengundi hantu sebelum PRU' Perkembangan terbaru siasatan suruhanjaya diraja (RCI) menyiasat dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk undi di Sabah memerlukan daftar pemilih dibersihkan seboleh yang mungkin sebelum pilihan raya umum ke-13, kata bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Tan Sri Simon Sipaun. Katanya, ia adalah langkah terbaik yang boleh dilakukan sekarang, walaupun langkah yang lebih sempurna, ialah menangguhkan pilihan raya untuk membersihkan daftar pemilih sepenuhnya. "Kita kesuntukan masa, sekurang-kurangnya perlu ada usaha untuk membersihkan pengundi hantu yang jelas dari daftar pemilih," kata bekas setiausaha negeri Sabah itu ketika dihubungiMalaysiakini. Sebelum ini, dua bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara - dalam keterangan mereka kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah - mendakwa menerima arahan untuk mengeluarkan resit sementara kad pengenalan kepada warga asing di Sabah untuk membolehkan mereka mengundi. KALAU TIPU TURUN KE JALAN RAYA ----- |
MEMANG NIAT KITA BERKERJA UNTUK MENGGULINGKAN KERAJAAN Posted: 19 Jan 2013 10:00 PM PST FAHAMI MAKNA KONTRADIKSI UTAMA dan KONTRADIKSI SAMPINGAN MENGALANG FRONT BERSATU untuk MENJATUHKAN UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION NOTA: sila jangan takut untuk menjadi jujur memang niat kita untuk menjatuhkan kerajaan united malays national organisation |
SATU LAGI PROJEK PEMBODOHAN MELAYU Posted: 19 Jan 2013 08:00 PM PST BILA NGO MELAYU AKAN AMBIL TINDAKAN? Henti cetak, edar Bible dalam bahasa Melayu KUALA LUMPUR 18 Jan. - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan Pertubuhan Pembela-pembela Islam (Pembela) menggesa pihak berkenaan menghentikan pencetakan kitab Bible versi bahasa Melayu yang dilihat boleh mengelirukan dan memecah belahkan umat Islam. Wakilnya, Aminuddin Yahaya yang merupakan Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia berkata, isu tersebut tidak akan wujud sekiranya semua pihak menghormati Perlembagaan negara ini yang melarang mana-mana agama menyebarkan dakyah kepada kaum Melayu. "Larangan itu telah termaktub dalam Perlembagaan dan apa yang berlaku sekarang kerana usaha mencetak dan mengimport kitab Bible tidak disekat. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... KESIAN NGO MELAYU INI.... kah kah kah... kah kah kah...KALAU TAK DALAM BAHASA MELAYU DALAM BAHASA APA?..... kah kah kah.. kah kah kah... DI SABAH DAN SARAWAK.... KITA INJIL INI DALAM BAHASA MELAYU.... kah kah kah.. kah kah kah... DI INDONESIA KITAB INJIL INI DALAM BAHASA MELAYU.... kah kah kah.. NOTA: sedih melihat melayu yang fikrahnya telah bonsai kah kah kah ------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan