Ahad, 20 Januari 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Press Statement By Sharifah Zohra Jabeen | Listen Issue

Posted: 20 Jan 2013 09:14 PM PST

An Interview with Bawani KS and public respons

Posted: 20 Jan 2013 10:14 AM PST

KDN pantau isu kalimah ALLAH

Posted: 20 Jan 2013 07:53 AM PST

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang memantau semua perkembangan serta desakan pelbagai dalam isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible, kata menteri berkenaan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
  
Beliau berkata KDN akan menilai sama ada isu itu berkemungkinan menjejaskan kestabilan ketenteraman awam di negara ini.
  
"Kalau sesuatu isu sama ada berkisar kepada politik, agama dan perkauman, yang paling asas adalah bagaimana isu itu boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam. Itu baru tugas dan tanggungjawab KDN," katanya kepada pemberita selepas Program Rondaan Bermotosikal kawasan Ampang di sini hari ini.
  
Dua hari lalu Pertubuhan Pembela-pembela Islam (Pembela) mendesak agar pencetakan Bible versi bahasa Melayu dihentikan.
  
Pembela turut meminta semua pihak menghormati Perlembagaan negara ini yang melarang mana-mana agama menyebarkan dakyah kepada kaum Melayu. - Bernama

Beri kerakyatan: Beza Tunku berbanding Mahathir

Posted: 20 Jan 2013 07:41 AM PST

Tunku Abdul Rahman:

  • Tunku beri kerakyatan bukan untuk tipu pihanraya
  • Tunku beri kerakyatan sebagai sebahagian daripada tuntutan kemerdekaan dengan syarat-syarat tertentu dan diperakui undang-undang
  • Pendatang yang mendapat kerakyatan bukan datang menjadi PATI (Pendatang tanpa izin), sebaliknya atas faktor pemerintahan British mangkuk
  • Tunku berikan secara terbuka dengan beberapa peraturan yang ada di dalam perlembagaan dan tidak berselindung atau cuba menafikannya.
Tun Mahathir:
  • Beri secara beramai-ramai pada geng PATI yang masuk sembunyi secara haram atau diseludup masuk
  • Buat secara bersembunyi supaya orang tak sedar. Bila dah tubuhkan RCI berulah tersipu-sipu malu mengaku...
  • Beri kerakyatan dengan tujuan untuk menang pilihanraya. maknanya buat semua itu untuk menipu mereka yang sudah sah menjadi rakyat yang asli.
Rumusannya, Prof Aziz Bari yang merupakan pakar perlembagaan negara berkata cubaan Mahathir yang mahu mengheret Tunku bersama dengan kesalahannya menipu rakyat Malaysia adalah satu tindakan yang BIADAB.
(Oleh: Rusnizam Mahat)
KUALA LUMPUR 20 Jan: Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing, menerima kecaman pelbagai pihak termasuk pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.
Read More / Baca Lagi >>

Orang Munafik Suka Bersumpah

Posted: 20 Jan 2013 07:26 AM PST

Gambar PM Najib Kena Kantoi...Dengan Makcik Pasar Siti Khatijah....!!!

Posted: 20 Jan 2013 07:13 AM PST




DULU PERDANA MENTERI NAJIB  KATA.....KELANTAN NEGERI TERMISKIN...SO SEKARANG MAK CIK KASI KENA BALIK......

Gambar ini dirakamkan di Pasar Siti Khatijah......Makcik yang sedang meniaga disalah satu tapak disitu dengan selamber jer sedang menggunakan Samsung Galaxy tab dengan Gelang-Gelang Emasnya yg melingkar ditangan. Nak kata Kelantan Miskin lagi ker....


Nak Pilihan Raya....Biasa le tu....Umno/ BN Tabur Janji........Royalti untuk Kelantan dah RM8 bilion umno kencin...habuk pun tak boleh percaya.....




‘Listen, Listen, Listen to us as well’

Posted: 20 Jan 2013 06:59 AM PST

Oleh Markus Lim
Sepanjang minggu ini, nama Presiden Suara Wanita 1 Malaysia, Sharifah Zohra Jabeen menjadi bualan hangat dalam laman sosial.Perkataan Listen, Listen, Listen kini menjadi trend utama dalam twitter dan Facebook. 
Bahkan, fenomena Opam Gangnam Style dendangan Psy yang selama ini mendominasi ruangan laman sosial kini tenggelam seketika.
 Semuanya gara-gara kerana tindakan Sharifah yang menghentikan pertanyaan yang diajukan oleh seorang pelajar bernama KS Bawani. 
Menurut laporan media tertentu, Sharifah merampas mikrofon daripada Bawani sebelum soalan sempat dihabiskan dan disusuli pula dengan perkataan 'Listen, Listen, Listen.'
Daripada sikap dan layanan yang ditunjukkan oleh Sharifah terhadap Bawani, jelas terselit satu keangkuhan daripada seorang wanita yang berjawatan tinggi. Kata-kata dan sikap biadap itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang berintelek, kononnya!
Dalam apa keadaan sekalipun, hubungan antara seorang manusia dengan seorang manusia lain, ia harus bersifat mutual. Tidak timbul sama ada seseorang itu lebih tinggi pangkatnya, usianya mahupun pengalamannya.
Yang ditagihkan oleh Bawani ialah jawapan kepada persoalan yang dilontarkan. Beliau tidak pun menjerit ketika melontarkan pertanyaan itu. Maka jika Sharifah tidak begitu selesa dan enggan menjawab soalan-soalan itu, beliau sebenarnya mempunyai pilihan untuk tidak menjawabnya.Tetapi lakukannya dalam cara yang terhormat.
Read More / Baca Lagi >>

Sharifah Zohra akan hadir forum Kebebasan Akademik..!!!

Posted: 20 Jan 2013 06:53 AM PST


KUALA LUMPUR: Sharifah Zohra Jabeen yang mencetuskan fenomena 'Listen' akan hadir pada forum 'Kebebasan Akademik & Hak Asasi' yang diadakan pada 22 Januari ini di Dewan Perhimpunan Cina Selangor.

Perkara itu dinyatakan oleh Penyelaras SAMM Mahasiswa, Wan Farel dalam kenyataan disiarkan di dalam blog SAMM, hari ini.

Berikut ialah petikan blog berkenaan.



Ini surat jemputan kepada SHARIFAH ZOHRA. Beliau telah terima dengan bukti cop dan tandatangan milik SW1M.

Antara yg ke pejabat beliau adalah saya sendiri, Saudara Khalid Ismath dari KAMI, Saudari Rara (Penyelaras Wanita Muda SAMM), Saudara Arif dari INSTEF dan saudara Ismi Asyraf dari Gempur.

Respon daripada Staff beliau agak positif, Insyaallah Puan Sharifah Zohra Jabeen akan hadir pada forum "Kebebasan Akademik & Hak Asasi" 22 Januari nanti (selasa) jam 8.00 pm, bertempat d Dewan Perhimpunan Cina Selangor.

Read More / Baca Lagi >>

Cincin RM24 juta: Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin terlepas pandang fakta sebenar

Posted: 20 Jan 2013 06:50 AM PST

Setelah membaca berita Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), sdra. Badrul Hisham Shaharin mengatakan Datin Seri Rosmah Mansor tidak mengikut prosedur kastam ketika membawa masuk cincin berlian bernilai RM24 juta, Kerajaan Rakyat merasakan itu satu tuduhan yang amat silap dan beliau telah terlepas pandang fakta sebenar.
Saudara Badrul seharusnya faham, si Semah bini Najib berhak untuk buat apa sahaja ikut suka dia selagi laki dia memegang jawatan perdana menteri. 
Semah bolih beromen dengan siapa saja bila dia terasa stim. Semah bolih beli apa saja yang dia giankan menggunakan wang rakyat. Semah juga bolih melancung ke mana sahaja atas perbelanjaan negara dan Semah juga berhak bermenantukan lanun bila anak dara dia dah stim!! Malah Semah bolih makan apa sahaja untuk menambahkan debabnya menggunakan alaun keraian kerana laki dia Najib.
Polis, Kastam atau siapa sahaja tidak layak untuk mempersoalkan apa saja yang Semah buat selagi laki Semah jadi perdana menteri dan Umno BN perintah negara ini. Justeru, untuk menyelamatkan Semah daripada terus bernafas dalam lumpur, rakyat wajib tolong humbankan Najib ke Mongolia.

Read More / Baca Lagi >>

Penduduk Bandar Tun Razak Tunjuk Perasaan, Desak Syabas Undur

Posted: 20 Jan 2013 06:41 AM PST

demo anti syabas BTR 03
BANDAR TUN RAZAK, 20 JAN: Meskipun bekalan air di beberapa kawasan di Lembah Klang sudah kembali pulih, namun kemarahan orang awam terutama penduduk pangsapuri terhadap Syabas masih belum reda.
Hari ini, sekumpulan penduduk di kawasan Bandar Tun Razak berhimpun secara aman di hadapan Masjid An-Najihin bagi mendesak Kerajaan Selangor diberikan kuasa sepenuhnya mengawal operasi bekalan air.
Penyertaan hampir 30 penduduk setempat mendapat perhatian pengguna jalan raya yang membunyikan hon kenderaan sebagai tanda
bantahan terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang gagal membekalkan air dengan cekap.
Mereka melaungkan slogan 'Syabas Tipu' selain membawa beberapa sepanduk dan kain rentang yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan krisis bekalan air yang berlarutan lebih dua minggu.
Read More / Baca Lagi >>

Kenyataan rasis Dr M bakal hancurkan BN, kata anak Samy Vellu

Posted: 20 Jan 2013 06:40 AM PST

KUALA LUMPUR, 20 Jan — Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihatkan agar tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur perkauman kerana ia bakal memusnahkan imej Barisan Nasional (BN) yang cuba dipulihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Pengarah Strategik MIC S Vell Paari.
Anak kepada bekas menteri Kabinet Datuk Seri S Samy Vellu itu menegaskan, tindakan bekas perdana menteri itu mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman hanya akan memberikan kesan negatif kepada pentadbiran Najib kerana kenataan-kenyataan Dr Mahathir akan menjadi "back-fire" kepada BN.
"Kenyataan Dr Mahathir yang bersifat perkauman akan hanya menjadi 'back-fire' buat BN, beliau langsung tidak membantu (BN)," kata Vell Pari apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.
"Beliau cuba memusnahkan imej BN yang cuba dibangunkan Najib yang baru menjadi perdana menteri lebih kurang dua, tiga tahun ini ...  ianya bukan perkara yang mudah," tegasnya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Edar Kitab Injil : Hasutan Perkauman Terbaru Alihkan Perhatian Rakyat

Posted: 20 Jan 2013 06:37 AM PST

khalid samad white pc 011
SHAH ALAM 20 JAN : Dakwaan ada cubaan untuk mengedar kitab Injil kepada pelajar Islam di Pulau Pinang merupakan hasutan perkauman terbaru bagi mengalihkan perhatian rakyat, dakwa MP Shah Alam Khalid Samad.
Khalid berkata rakyat jangan terpengaruh dengan hasutan perkauman yang kini cuba ditiup oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.
Khalid menegaskan perkara itu tidak masuk akal dan merupakan fitnah jahat yang dilakukan bagi mencetuskan kemarahan umat Islam selepas isu penggunaan Khalimah Allah.
"Jika betul perkara itu berlaku, mengapa hanya mengambil video dan tidak menangkap perlaku itu?
"Tangkap saja sebab pelaku itu sudah menyalahi undang-undang dan perlembagaan. Kenapa tidak serahkan kepada pihak polis? Kenapa hanya dimuat naik di Youtube dan Facebook?
"Sebagai rakyat, jangan mudah diperbodohkan Umno-BN. Mereka sudah terdesak dan tersempit oleh itu mereka lakukan pelbagai perkara," katanya dalam ucapannya di Program Merdeka Rakyat, di Seksyen 17, di sini semalam.
Tambahnya, Umno-BN sengaja membangkitkan isu perkauman yang lain selepas isu kalimah Allah dan amanat Haji Hadi tidak berkesan.
Baru-baru ini, terdapat dakwaan bahawa kita Injil diedarkan kepada pelajar Islam, dipercayai oleh dua lelaki di hadapan sebuah sekolah menengah di Jelutong, Pulau Pinang.
Read More / Baca Lagi >>

Mat Sabu akan ketuai demonstrasi jika PRU 13 dicemari penipuan

Posted: 20 Jan 2013 06:36 AM PST

KUALA LUMPUR, 20 Jan — Pakatan pembangkang menegaskan akan turun ke jalanan sekali lagi sekiranya pilihan raya umum (PRU) ke-13 dicemari dengan penipuan, tegas Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat Mohamad Sabu.
Timbalan Presiden PAS yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu menegaskan Pakatan Rakyat (PR) tidak teragak-agak untuk menghimpunkan lebih ramai rakyat ke jalanan seperti beberapa siri perhimpunan sebelum ini yang menuntut pilihan raya bersih dan adil, anjuran NGO yang dikenali sebagai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).
"Kita janji, jika kerajaan tak turun, kita tidak akan pulang," katanya (gambar fail) ketika ceramah di Bandar Tasik Puteri malam tadi dipetik portal Harakahdaily.
Beberapa siri perhimpunan telah dianjurkan, seperti Bersih, Bersih 2.0, dan terbaru Bersih 3.0 bagi menuntut pembaharuan sistem daftar pemilih di negara ini yang dakwa PR dipenuhi dengan unsur penipuan.
Tahun lalu, perhimpunan besar-besaran Bersih 3.0 pada 28 April turut menyaksikan peserta perhimpunan bertempur dengan pihak berkuasa.
Pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata dan meriam air apabila kawasan Dataran Merdeka yang telah pun diharamkan oleh mahkamah untuk perhimpunan dicerobohi.
Read More / Baca Lagi >>

Mendapatkan royalti minyak melalui pilihanraya lagi cepat hasilnya

Posted: 20 Jan 2013 04:12 AM PST

Siang tadi PM Najib berada di Kota Baru untuk menabur janji lagi. Ada tujuh yang dijanjikan beliau kepada orang Kelantan. Di antaranya ialah membina lebuhraya Kota Baru Ke Kuala Kerai dan membina 3000 unit rumah mampu milik untuk rakyat Kelantan jika BN berjaya merampas negeri itu dari PAS (PR) dalam pilihanraya kali ini. Selain dari itu ialah untuk membekalkan air bersih, membina UiTM dengan kapasiti pelajar seramai 5000 dan memperbaiki keadaan sistem pengangkutan awam dan berbagai-bagai lagi janji yang telah kita dengar setiap kali pilihanraya tiba.
Janji yang paling seronok kita mendengarnya ialah masalah royalti minyak dan Najib telah berjanji penubuhan jawatankuasa tentang isu ini. Isu tuntutan royalti minyak sememangnya menjadi isu yang terhangat kerana kegagalan serta keengganan Petronas membayar royalti minyak seperti yang termaktub dalam perjanjian pada bulan Mei 1975 yang lalu. Berbillion ringgit wang royalti yang sepatutnya di terima oleh rakyat Kelantan melalui kerajaan pilihan mereka masih belum di bayar dan wang royalti ini di jadikan sebagai alat menekan rakyat Kelantan untuk memilih BN dalam pilihanraya ini.
Bagi saya rakyat Kelantan mesti jangan percaya dengan jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan itu kerana ia belum boleh memastikan rakyat Kelantan akan berjaya mendapatkannya dan ia akan memakan masa yang lama untuk mengetahui kejayaannya. Jawatankuasa itu mungkin untuk menarik perhatian rakyat Kelantan untuk menyokong BN dan juga menggunakan jawatankuasa itu untuk tidak membayarnya setelah mereka (BN) mendapat kuasa nanti.
Read More / Baca Lagi >>

Sharifah maafkan semua termasuk Bawani..ha..ha..kes terbalik ni..patut "Listen" minta maaf ....!!!

Posted: 20 Jan 2013 04:09 AM PST

SHAH ALAM -  Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menegaskan beliau sudah pun memaafkan pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang menjadi tumpuan ekoran kemunculan satu klip video baru-baru ini.
Menurutnya, selain Bawani, beliau turut memaafkan kenyataan-kenyataan pemimpin politik negara yang mengutuknya dengan pelbagai dakwaan yang dibuat secara sengaja atau tidak sengaja.
"Saya amat kesal kenyataan-kenyataan yang mengkritik saya secara peribadi dibuat tanpa menyiasat dengan lebih lanjut.
"Bagi saya kenyataan-kenyataan seperti ini adalah amat tidak profesional, namun saya maafkan mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, ekoran penyebaran klip video tersebut, ada pihak cuba mengambil kesempatan dengan memutarbelitkan fakta tanpa mengambil gambaran yang lebih besar.
Katanya lagi, ekoran dari persepsi negatif ini, ramai tidak melihat video tersebut sepenuhnya, yang mempunyai empat bahagian, tetapi malangnya hanya bahagian terakhir yang menjadi 'fenomena'.
"Isu ini telah diputar belit bagi mendapatkan sokongan emosi, oleh itu saya tidak mahu lagi memanjangkan isu ini demi masa depan SW1M.
"Video sensasi yang bermotif politik ini telah menyebabkan saya dan keluarga tertekan, terutamanya anak kecil saya.
Read More / Baca Lagi >>

SW1M’s Sharifah: I forgive Bawani..???

Posted: 20 Jan 2013 04:07 AM PST

Sharifah Zohra Jabeen says that the video was manipulated in favour of the opposition.

PETALING JAYA: Suara Wanita 1Malaysia president Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin has graciously forgiven University Utara Malaysia law student KS Bawani over the 'listen, listen, listen' video.
"First and foremost, I forgive the young girl in the video for whatever she said and did before, during and after the forum," said Sharifah in a press statement made available via SW1M spokesperson, Ema Lee Abu Samah's blog today.
She also stressed that she neither condemned university students nor neglected their freedom of speech.
In an immediate reaction, Bawani however said: "I also do not remember asking for forgiveness from her as I have spoken the truth to my best ability until being stopped."
She reiterated that she was not seeking Sharifah's apology and the issue at hand was students' freedom of expression and right to free education.
Sharifah and Bawani have been in the limelight for the past two weeks after a 20-minute video of a forum posted on YouTube went viral on social networking site, Facebook.
The video showed the SW1M chief berating the student when the latter raised the issue of free education in the forum last month at Universiti Utara Malaysia.
Based on what was recorded in the video, Bawani appeared to be the victim of Sharifah's patronising and condescending attitude.
In a press conference on Friday, Bawani, a second year law student and a PSM activist, said she was not seeking an apology from Sharifah even though many other groups had demanded for an apology from Sharifah.
Video creatively spun
Read More / Baca Lagi >>

RCI kerakyatan Rakyat Malaysia pra-Merdeka- Cadangan Dr Mahathir

Posted: 20 Jan 2013 02:13 AM PST

This was the unkindest cut of all;
For when the noble Caesar saw him stab,
Ingratitude, more strong than traitors' arms,
Quite vanquished him: then burst his mighty heart. . . .
Tidak mengapa. Saya sendiri akan menterjemah artikel saya ini- sebagai respons kepada seorang pembaca yang mahukan artikel ini dalam Bahasa Melayu. Kalau ada ejaan salah- mintak maaf dahulu sebab Microsoft word BM dengan pembetulan ejaan tidak ada.
Di atas adalah beberapa rangkap dari sebuah penceritaan oleh Shakespeare. Cerita itu adalah mengenai kisah Julius Caesar. Maharaja Rome yang dibunuh oleh pembesar2 Rome.
Rangkap2 itulah deskripsi untuk Mahathir yang paling tepat. Suatu hari nanti sejarah akan membongkarkan bahawa Tunku Abdul Rahman adalah mangsa coup detat. Kita tahu Mahathir mesti sebahagian daripada konspirasi tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Lawak Ahad : Bernama lapor 50 000 sambut Najib di Kelantan

Posted: 20 Jan 2013 02:11 AM PST

Kalaulah sebelum ini polis, Bernama, Utusan Malaysia, Berita Harian, TV3, RTM melaporkan HKR #KL112 hanya disertai oleh 45 000 orang.
Tuan puan boleh bayangkan bagaimana sesaknya Kota Bharu hari ini kerana ia dihadiri oleh 50 000 menyambut Najib seperti laporan Bernama di atas. Gambar HKR #KL112 hanya 45 000 boleh memenuhkan KL [SINI], bagaimana pula gambar 50 000 tersebut.
Gambar di bawah sebagai bukti Bernama kehadiran 50 000 orang. Hanya gambar ini yang Bernama tunjukkan melalui Bernama Images, hairan juga tak pula ditunjukkan gambar yang 50 000 tu!!
Kelantan_Najib1 Kelantan_Najib2Wow!! kaya peniaga di Kelantan dengan kehadiran 50 000 tersebut.
     

Tragedi pembodohan massa

Posted: 20 Jan 2013 01:32 AM PST

Oleh Zulhabri Supian
Kehebohan yang berlaku di Malaysia beberapa hari lalu memperlihatkan bahawa media sosial sebagai senjata ampuh mempengaruhi dan mendedahkan isu tidak boleh diragui lagi. Setelah media sosial berperanan menjatuhkan beberapa kerajaan seperti di Tunisia dan Mesir, kini ia menghampiri Malaysia. 

Belum pun reda fenomena Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112) yang berlangsung jaya di Stadium Merdeka, Malaysia digegarkan dengan fenomena #listen iaitu video penghinaan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin terhadap mahasiswi Universiti Utara Malaysia (UUM), Bawani KS yang tersebar luas di laman sosial Facebook dan Twitter. Kedua-dua fenomena ini memunculkan satu hal yang sudah lama terjadi iaitu tragedi pembodohan massa.
#KL112 ditanggapi negatif hampir seluruh media cetak arus perdana kecuali akhbar berbahasa Cina dan Sinar Harian, satu-satunya akhbar berbahasa Malaysia yang berani mengambil sikap objektif. Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa media berbahasa kebangsaan adalah media pembodohan terulung. Media elektronik juga berkelakuan sama dengan pembodohan demi pembodohan menjadi intipati berita.
Sangkaan bahawa media arus perdana akan berubah pasca tsunami politik 2008 jauh meleset. Malah sikap yang diambil semakin membuat rakyat sebal dengan kebebalan mereka. Pengalaman saya membaca akhbar baik Utusan Malaysia mahupun The Star mulai peristiwa Reformasi 1998 hingga kini sama sekali tidak menunjukkan mereka bergerak ke arah kecerdikan.
Read More / Baca Lagi >>

Where is the promised Penampang hospital Najib?

Posted: 20 Jan 2013 01:26 AM PST

BN's promise to build a district hospital for Penampang, which has been without hospital since Merdeka in 1963, remains unfulfilled.

PENAMPANG: The healthcare sector in Sabah is in a mess, the State Reform Party (STAR) said today.
Sabah STAR women's wing chief, Melanie Annol, said besides the delayed twin-towers at the Queen Elizabeth Hospital (QEH), the abysmal condition of healthcare in the state can be seen everywhere. Penampang, the satellite town of the state capital, is a living testimony.
She said a long time ago, the Barisan Nasional leadership had promised to build a district hospital for Penampang, which has been without hospital since Merdeka in 1963.
"But until now there is no sign of a hospital coming up.
"What happened to the promise made by Bernard Dompok, the Penampang MP and Upko president? Has it been thrown into the dustbin of BN's unfulfilled promises?" Annol asked in a statement here.
A few days ago, Annol also brought up cases of insufficiencies in government hospitals that had caused tremendous stress to locals.
"I understand a site for the proposed Penampang district hospital was identified, but after some time, the whole thing just fizzled out, leaving about 126,000 people in Penampang without a proper hospital," she pointed out.
Read More / Baca Lagi >>

Najib ulangi janji bina lebuhraya K Krai-K Bharu yang dilulus pada tahun 1986 lagi...

Posted: 20 Jan 2013 01:25 AM PST

 Lebuhraya Rakyat Dilancarkan PAS pada 2012 Apabila Projek Kerajaan Persekutuan Gagal Sejak 1986.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kunjungannya ke Kelantan hari ini mengulangi janji kerajaan BN untuk membina lebuhraya bagi menghubungkan kawasan Kuala Krai dan Kota Bharu di negeri itu.

Projek berkenaan diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) dan diluluskan semula dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (2006 -2010).

Dalam kunjungannya hari ini, Najib turut mengumumkan enam lagi projek dan berjanji untuk mengumumkan beberapa lagi janji pilihan raya dalam kunjungan seterusnya ke negeri itu.

"Ambo (saya) sebut tujuh perkara ini dan hanya sebahagian sahaja dari manifesto. Tidak lengkap lagi.

"Ambo hendak simpan. Nanti ambo datang lagi, ambo umum yang lain. Ambo simpan modal," katanya seperti dipetik dalam laporan Bernama hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Pas: Pak Lah tidak faham peranan Majlis Syura

Posted: 20 Jan 2013 01:03 AM PST


Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man SHAH ALAM - Pas mempertahankan keputusan Majlis Syura berhubung isu kalimah ALLAH Ahad lalu sambil menyangkal tuduhan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bahawa badan tertinggi Pas itu bermain helah politik.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,  tuduhan Abdullah terhadap badan ulama itu tidak wajar dilakukan sebelum memahami peranannya dalam Pas.

"Bekas PM tidak memahami kedudukan Majlis Syura dalam Pas. Majlis Syura bukan badan politik. Ia merupakan badan yang memandu parti dalam perkara dasar yang memerlukan pandangan syarak," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.

Beliau menegaskan, keputusan disepakati oleh sekumpulan ulama dalam majlis itu bebas daripada pengaruh politik kepartian, sebaliknya pandangan mereka dibuat berdasarkan hukum syarak yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis.

Read More / Baca Lagi >>

Britain ‘pressing’ for poll reforms in M’sia

Posted: 20 Jan 2013 01:02 AM PST

The All Party Parliamentary Group on Malaysia headed by British MP Tom Greaterex has repeatedly raised free and fair elections with premiers Najib Tun Razak and David Cameron.
LONDON: Malaysia's growing civil rights movement and its ability to mobilise tens of thousands onto the streets of KL has clearly not gone unnoticed in the corridors of the Whitehall Government in the United Kingdom.
Foreign Office officials who attended a briefing session provided by the Human Rights organisation Suaram at the House of Commons last week gave assurances that they were fully aware of the democracy issues raised by the Bersih movement and supportive of the calls for reform by civil rights groups in Malaysia.
At the briefing, which was chaired by the MP Tom Greatrex, a Shadow Energy Minister and member of the All Party Parliamentary Group on Malaysia, the officials said that they have repeatedly raised the matter of free and fair elections and also election observers with politicians both in Malaysia and the UK.
"In all our briefings right up to the highest level we keep pressing home about free and fair elections and election observers," confirmed one of a number of officials who were at the briefing.
When asked what "the highest level" meant, one of the officials who declined to be named said: "With Prime Ministers Najib and Cameron".
The briefing last week, which came hard on the heels of the massive turn out for the Himpunan Kebangkitan Rakyat rally at Merdeka Stadium on Jan 12, took place in a Committee Room at the House of Commons and was attended by politicians, NGOs (including Transparency International, Article 19, Reporters Without Borders, Global Witness) and local journalists.
Read More / Baca Lagi >>

Aziz Bari: BN, Raja-raja perlu minta penjelasan Dr M

Posted: 20 Jan 2013 01:00 AM PST

Pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari mempersoalkan cadangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya satu suruhanjaya diraja dibentuk untuk menyiasat pemberian kerakyatan kepada pendatang asing ketika pentadbiran perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman.
Katanya, parti BN dan Majlis Raja-Raja perlu meminta penjelasan Mahathir kerana cadangan tersebut  bermaksud bahawa golongan terbabit menerima kerakyatan itu dengan cara tidak sah.

"Lucu sekali, Mahathir, dalam cubaannya untuk menyelamatkan diri bagaimanapun menyusahkan Umno.

"Bila dia kata Tunku melakukan jenayah yang sama, dia sebenarnya menjejaskan konsep kontrak sosial yang antara lainnya termasuk penerimaan kedudukan istimewa orang Melayu untuk status kerakyatan orang Cina dan India.
Read More / Baca Lagi >>

Umcedel: Najib perlu letak jawatan jika BN gagal perolehi majoriti dua pertiga PRU13

Posted: 20 Jan 2013 12:59 AM PST

SHAH ALAM, 20 Jan — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin terpaksa melepaskan jawatannya jika gabungan Barisan Nasional (BN) yang dipimpinnya gagal memenangi semula majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen, kata badan tinjauan bebas Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel).
"Tradisi yang berlaku dalam Umno, kalau perdana menteri gagal dapat dua pertiga kena letak jawatan, itu yang berlaku pada Tunku (Abdul Rahman), pada Tun Abdullah (Ahmad Badawi) dan perkara sama juga akan berlaku kepada Najib jika gagal mendapat dua pertiga," kata pengarah Umcedel Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dipetik dari Sinar Harian Online.
Hasil kajian Umcedel baru-baru ini menunjukkan mustahil bagi BN memenangi semula majoriti tradisi dua pertiga pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 berdasarkan rekod pilihan raya sebelum ini dan perkembangan semasa.
Menurut badan bebas itu lagi, Najib hanya mampu membawa BN untuk mengekalkan status quo.
"Dalam pilihan raya lalu di Semenanjung BN hanya dapat 47 peratus undi, Pakatan Rakyat (PR) 49 peratus. Di seluruh Malaysia, BN hanya dapat 50.2 peratus. (Tun) Abdullah Ahmad Badawi ketika memasuki pilihan raya, popularitinya 70 peratus lebih. Najib sekarang ini popular sekitar 58 peratus
"Maknanya mustahil Najib akan dapat lebih daripada Pak Lah. Maksudnya pilihan raya akan datang status quo.
"Kecuali ada perkara luar biasa yang kita tak nampak berlaku seperti pengundi hantu yang kami pengkaji ini pun tak boleh nak kira," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: