Tukar Tiub     |   
- SDATU JUTA SATU TANDA SATU AMARAN
 - PERJUNGAN DI TERUSKAN JUGA DI SANAH
 - PETANG INI KITA JUMPA DI STADIUM MERDEKA
 - ANAK MUDA SABAH BANGUN MELAWAN
 - ARAHAN AKHIR SEBELUM DATANG KE STADIUM
 - RAKYAT BANGKIT BERI AMARAN
 - BERITA KEBANGKITAN RAKYAT SEDANG MEREBAK TAK TERTAWAN
 - WARGA DARI LUAR TURUT SAMA BANGKIT MELAWAN
 - PERKASA PULAK TURUN BERDEMO - HEBAT!
 - PANDUAN PENTING - BACA IN I DAHULU
 - TUKAR TIUB PEMECAH BERITA - HANYA DI TUKAR TIUB
 - PENGUMUMAN TERBARU UNTUK HKR112
 
|    SDATU JUTA SATU TANDA SATU AMARAN Posted: 11 Jan 2013 07:30 PM PST   SELAMAT BERHIMPUAN           Himpunan Anjuran Pembangkang Tidak Cerminkan Suara Majoriti     KUALA LUMPUR: Kebanyakan rakyat di negara ini menyifatkan perhimpunan yang didalangi pembangkang sebenarnya tidak mencerminkan suara rakyat sebenar kononnya wujud kezaliman oleh pihak kerajaan terhadap rakyat.     Ironinya rata-rata rakyat ketika ditemui Bernama berkata pihak penganjur dan pembangkang sebenarnya yang melakukan kekejaman kepada rakyat apabila menganjurkan perhimpunan yang telah beberapa kali sebelum ini mencetuskan keganasan, kecederaan dan kerosakan harta benda awam.     "Perhimpunan seperti ini tidak ada manfaatnya, terlalu banyak kesan negatif apabila apa yang mereka (pembangkang) cuba sampaikan melalui perhimpunan itu sudah tidak bererti kerana ia bertukar menjadi rusuhan yang ganas dan merosakkan banyak benda," kata Teh Eng Hing, bekas Setiausaha Agung Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, kepada Bernama pada Jumaat.     Bahkan katanya, apabila terlalu banyak perhimpunan diadakan, ia sudah menjadi 'biasa' dan tidak lagi memberi impak seperti yang diharapkan pembangkang.     "Senario di Malaysia kini, sikit-sikit ada perhimpunan, saya rasa lebih baik dibincangkan dengan saluran yang betul, jangan terlalu banyak perhimpunan, jika berbincang, apa yang mereka mahukan pasti lebih 'sampai' dan nampak intelek," katanya.   KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... MARI KITA BUKTIKAN MALAON INI KANTOI...kah kah kah.. kah kah kah...MARI KITA BUKTIKAN MALAON INI SASAU...kah kah kah   LAYARI RADIO BANGSAR      UNTUK SIARAN LANGSUNG   ![]() ------  |   ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|    PERJUNGAN DI TERUSKAN JUGA DI SANAH Posted: 11 Jan 2013 07:00 PM PST KOMENTAR TUKAR TIUB semangat perjungan yang tidak mungkin dapat dipadamkan lagi ini hakikat kesedaran untuk bangun kesedaran untuk berubah kesedaran untuk menghumbankan united malays national organisation telah tiba Himpunan di Sabah diteruskan meski polis halangSABAH 11 Jan: Gabungan NGO menuntut hak rakyat Sabah (GEGAR) akan tetap mengadakan himpunan di negeri itu esok meskipun dihalang polis, kata Koordinatornya, Hariyadie Karmin.  "Penganjur memberi jaminan perhimpunan ini akan berlangsung dengan aman dan hanya menjadi ruang untuk rakyat Sabah meluahkan pandangan kepada Kerajaan Negeri Sabah," katanya dalam kenyataan media.     Himpunan bertempat di Taman Chong Thien Vun, jam 2.00 petang akan diadakan serentak dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur padatarikh yang sama.     Semalam, Ketua polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun melarang rakyat Sabah terbabit dengan Himpunan Aman Sabah Bangkit, Sabtu ini. Bagaimanapun, Hariyadie menafikan kenyataan Jauteh bahawa penganjur tidak membuat sebarang permohonan untuk menganjurkan himpunan berkenaan.     "Penganjur cuba menghantar surat pemakluman dengan hadir ke Balai Bolis Karamunting pada 7 Januari namun pegawai bertugas enggan menerima surat berkenaan. Penganjur bagaimanapun menghantar surat pemakluman tersebut melalui Pos pada hari yang sama kepada Balai Polis Karamunting," katanya.     Menurutnya, semasa hadir ke balai tersebut, pihaknya diminta memberi butir lengkap penganjur dan program yang akan dijalankan.     "GEGAR menganggap prosedur ini ingin menyusahkan rakyat daripada mengamalkan hak kebebasan berhimpun. GEGAR percaya, rakyat berhak duduk dan bebas untuk berada di mana-mana sudut di negeri ini," ujarnya.     Namun katanya, GEGAR mengalu-alukan kehadiran polis untuk  mengawal keselamatan orang awam serta memberi jaminan himpunan ini akan berlansung dengan aman.   ---------  |   ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|    PETANG INI KITA JUMPA DI STADIUM MERDEKA Posted: 11 Jan 2013 06:30 PM PST   SEMUA      JUMPA PETANG INI     Jati berhasrat anjur perhimpunan besar-besaran  .SHAH ALAM 11 Jan. - Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran sebagai tanda bantahan terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng yang meminta agar kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible berbahasa Melayu.     Presidennya,  Hasan Ali berkata, perhimpunan tersebut akan diadakan dalam masa terdekat dan Jati ketika di peringkat akhir untuk mengenal pasti tempat yang paling sesuai.     Beliau berkata, Jati menjangkakan perhimpunan tersebut akan dapat menarik kira-kira 30,000 umat Islam yang berjuang untuk mempertahankan kalimah Allah.     "Kita bukan mahu cakap kosong dan berhimpun di surau-surau sahaja, ini adalah perhimpunan terbesar mempertahankan kalimah suci Allah yang khusus untuk orang Islam sahaja.   KAH KAH KAH KAH KAH KAH   woit... MAMPOOSLAA  MENUNGGU.... kah kah kah..     kah kah kah... DEMO YANG TAK KUNJUNG SAMPAI.... kh kah kah..     woit... MACAM MENUNGGU VIDEO MURTAD.... kah kah kah..     kah kah kah.... TUNGGU PUNYA TUNGGU... BAIK MURTAD TERUS...kah kah kah   NOTA:   pasal apa tak ambil dia?     kah kah kah     kah kah     kah   ![]() ------  |   ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|    ANAK MUDA SABAH BANGUN MELAWAN Posted: 11 Jan 2013 05:00 PM PST    GABUNGAN NGO MENUNTUT HAK RAKYAT SABAH (GEGAR)     KENYATAAN MEDIA : 11 JANUARI 2012     UITM SABAH PERLU HENTIKAN INTIMIDASI TERHADAP MAHASISWA     Dalam keterbukaan Pihak polis dan Kerajaan Malaysia untuk menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman, Pentadbiran Universiti Teknologi Mara (UITM) cawangan Sabah dilihat masih terkebelakang dalam memberikan ruang yang sama untuk penuntut di Universiti itu.      Terbaru, pada 10 Januari 2013, pihak GEGAR mendapat maklum dua bilik mahasiswi UITM Sabah telah diserbu oleh 5 orang lelaki yang terdiri daripada 3 orang pegawai Universiti dan 2 orang Polis bantuan. Serbuan itu dipercayai dilakukan bagi mencari bukti keterlibatan mahasiswi tersebut dengan penganjuran Himpunan Sabah Bangkit pada 12 januari ini dan pengedaran risalah bertajuk  "Hak untuk Berhimpun" yang dimasukkan ke bawah setiap pintu bilik asrama UITM baru-baru ini.     KEJADIAN SATU :     Kejadian pertama berlaku pada jam 9.30 malam apabila 5 orang pegawai universiti menyerbu masuk ke bilik yang sedang diduduki oleh 4 orang mahasiswi. Semasa serbuan, keempat-empat mahasiswi tersebut sedang menyiapkan tugasan kuliah dan sangat terkejut apabila mendapati 5 orang lelaki sedang berada dihadapan pintu bilik mereka. Kelima-lima lelaki tersebut memasuki bilik mereka dan bertanyakan beberapa soalan. Antara soalan yang ditanya ialah, apakah kamu yang mengedarkan risalah baru-baru ini? Apakah kamu akan hadir ke perhimpunan pada sabtu ini?. Sebelum beredar, salah seorang daripada pegawai tersebut telah memberi amaran bahawa sekiranya mahasiswi berkenaan hadir ke perhimpunan Sabah Bangkit pada 12 Januari ini, mereka akan dibuang kolej.     KEJADIAN DUA :     Dalam kejadian kedua pula, Mahasiswi berkenaan memaklumkan serbuan tersebut berlaku pada jam 9.40 malam sewaktu beliau berseorangan dalam bilik dan sedang menyiapkan tugasan persatuan. Pintu bilik beliau diketuk dengan kuat dan beliau sangat terkejut apabila melihat 5 orang lelaki sedang menunggu dihadapan pintu bilik. Pegawai tersebut telah memeriksa buku dan fail untuk mencari bukti yang mereka kehendaki. Mereka juga cuba membuka almari pakaian namun dihalang oleh mahasiswi tersebut kerana disifatkan sebagai melanggar hak peribadi. Sebelum beredar, pegawai universiti itu mengatakan bahawa dalang disebalik pengedaran risalah itu ialah orang bukan Islam yang cuba menghasut warga UITM.  Akibat daripada serbuan ini, mahasiswi yang terlibat dikatakan berada dalam keadaan sedikit trauma kerana terkejut dengan tindakan pihak Universiti menghantar staff lelaki untuk membuat serbuan.     PANDANGAN PIHAK GEGAR :     Tindakan pihak pentadbiran UITM ini dilihat melanggari tiga hak asas yang dijamin dalam prinsip Hak Asasi Manusia Sejagat yang memberi peruntukan esklusif kepada setiap individu untuk bebas memberi pandangan, bebas berhimpun secara aman, dan hak untuk mendapat perlindungan privasi.Tindakan menyerbu bilik mahasiswi pada waktu malam tanpa sebarang notis pemberitahuan merupakan perbuatan tidak bertamadun dan tidak beretika. Biarpun pihak universiti mempunyai hak untuk memasuki  biliki seseorang mahasiswa tanpa notis mengikut Akta Institusi Pelajaran 1976, namun pihak Universiti sepatutnya mendahulukan budi bicara memandangkan tindakan yang dilakukan boleh mengganggu privasi mahasiswa yang sepatutnya dilindungi.     Pihak GEGAR juga menggesa pihak pentadbiran UITM Sabah menghayati transformasi politik yang cuba dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan. Biarpun ada kritikan terhadap transformasi tersebut, namun semangat untuk membuka ruang rakyat berpatisipasi dengan amalan demokrasi yang terbuka perlu dihayati. Tindakan terbaru pihak UITM Sabah ini juga bercanggah dengan semangat pindaan Auku 2012 yang membuka ruang untuk mahasiswa terlibat dengan aktiviti luar samada berunsur politik ataupun tidak.     SARANAN GEGAR :     Pihak GEGAR menyarankan agar pihak Kerajaan meneliti semula Akta UITM 173 dan Akta Institusi Pelajaran 174 yang mengandungi elemen kekangan untuk mahasiswa terlibat secara langsung dengan aktiviti demokrasi secara terbuka. Kedua undang-undang ini perlu mengalami rombakan atau dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang yang lebih bersifat progresif seiring dengan keterbukaan pihak kerajaan.     Pihak GEGAR juga menggesa pentadbiran UITM Sabah agar menghentikan sebarang intimidasi terhadap mahasiswa yang ingin terlibat dengan sebarang aktiviti yang boleh memberi pendidikan demokrasi terhadap mahasiswa itu sendiri. UITM Sabah sepatutnya mempercayai kemampuan mahasiswa untuk berfikir secara matang dalam menilai tindakan yang sepatutnya mereka lakukan demi masa depan Negara dan masa depan mereka secara aperibadi.     Sekian. Terima Kasih     Yang Benar.     HARIYADIE KARMIN     Kordinator GEGAR     Gabungan NGO menuntut hak rakyat Sabah (GEGAR)     014 – 875 0414 / 013 – 899 5744   ![]()   --------    |   ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|    ARAHAN AKHIR SEBELUM DATANG KE STADIUM Posted: 11 Jan 2013 04:06 PM PST  |   ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|      Posted: 11 Jan 2013 05:00 AM PST   SATU AMARAN     DARI     SATU JUTA     Laluan ke Dataran Merdeka, Stadium Merdeka ditutup esok  KUALA LUMPUR 11 Jan. - Polis menasihatkan orang ramai agar tidak memasuki kawasan pusat bandar di ibu negara bagi mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ekoran Himpunan Shamsidar yang dianjur oleh pakatan pembangkang esok.     Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, semua laluan menghala ke Stadium Merdeka dan Dataran Merdeka akan ditutup dan pengguna kenderaan dijangka mengalami kesesakan lalu lintas.     Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak memasuki ibu negara sekitar pukul 12 tengah hari hingga 5 petang esok. - UTUSAN MELOYA   KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...NAK PANGGIL HIMPUAN SHAMSIDAR KE ..kah kah kah... kah kah kah....SHAMSUDDIN KE... SHAM DOL KE... TAK HAL... kah kah kah.. kah kah kah...YANG PENTING 1 JUTA TURUN... kah kah kah... woit... YANG PENTING INI AMARAN UNTUK GEROMBOLAN...kah jag ag... kah kah kah... AMARAN DARI RAKYAT.... kah kah kah... ![]() ---  |   ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|    BERITA KEBANGKITAN RAKYAT SEDANG MEREBAK TAK TERTAWAN Posted: 11 Jan 2013 04:30 AM PST    HEBOHKAN LAGI     GEMPAQ KAN MAYA     FACEBOOK      dan      TWEER      jadikan # kl112     menjadi numero uno     Peserta HKR jangan takut, polis jaga keselamatan![]()   KUALA LUMPUR:Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat meminta rakyat tidak takut menghadiri himpunan Sabtu ini kerana polis telah memberi jaminan keselamatan sepanjang perhimpunan berlangsung.   5,000 anggota Unit Amal bertugas pada HKR 12 Jan   KUALA LUMPUR:"Esok Unit Amal dari luar Kuala Lumpur dan Selangor akan mula turun ke Kuala Lumpur. Kita akan berada di sekitar Stadium Merdeka malam esok dan mula bertugas pagi Sabtu," kata Johari Osman.   50,000 aktivis R berjalan dari KLCC tuntut royalti »   KOTA BHARU 11 Jan: Kira-kira 50,000 aktivis royalti dari lima negeri pengeluar minyak menyertai Walk For Royalty (W4-R) pada Sabtu…   HKR: Berjalan bersama AMK demi kebebasan, keadilan & demokrasi »  Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengalu-alukan keputusan untuk membenarkan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 Januari 2013. Keputusan yang bersejarah tersebut merupakan kejayaan kuasa rakyat yang sentiasa berjuang untuk berhimpun serta hak untuk mengguna ruang awam untuk bersuara sejak zaman Reformasi…   Jan 10 2013 / Keadilan Daily / Read More »HKR tetap di Stadium Merdeka- Tian Chua »  (Oleh: Aliff Fikri) KUALA LUMPUR 11 Jan: Ahli Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) menempelak saranan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk   ![]() -----  |   ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|    WARGA DARI LUAR TURUT SAMA BANGKIT MELAWAN Posted: 11 Jan 2013 12:34 AM PST   TERBARU   DARI JORDAN   melbourne sydney     taiwan hong kong     bali dubai     mesirlondon     paris     ![]() Kawan-kawan yang berada di Jordan, Mesir dll rasanya kalau boleh mereka pon nak bersama di Stadium Merdeka malam isok. Walaupun cuaca sangat sejuk di sana , tetapi bahang Kebangkitan Rakyat tetap memanaskan keadaan . Salute ! sahabat-sahabat di perantauan! ![]() -------  |   ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|    PERKASA PULAK TURUN BERDEMO - HEBAT! Posted: 11 Jan 2013 12:00 AM PST   BELAJAR      ILMU SEMIOTIK        DEMO BANTAH PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH     Sebahagian daripada kira-kira 8,000 ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Kedah dan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini mengadakan demontrasi aman bagi membantah penggunaan nama 'Allah' dalam Bible berbahasa melayu di hadapan Masjid Zahir di Alor Setar, Kedah pada Jumaat.- Foto TIEWNAMA    ![]()   KOMENTAR TUKAR TIUB     berita bergambar ini kata     gambar ini sebahagian dari 8,000 yang berdemo     kah kah kah     soalan untuk kurun ini      mana perginya 7980 yang lain     mereka pergi ke tandas?     pergi beli top up?     tak suka gambar diambil?     atau     mereka ada dalam gambar     tapi pakai ilmu pendinding     tak lut oleh kamera digital     kah kah kah   ![]() ------  |   ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|    PANDUAN PENTING - BACA IN I DAHULU Posted: 10 Jan 2013 11:30 PM PST    BACA PANDUAN INI     FAHAMI     IKUTI     untuk kebaikkan kita semua     HKR112:Panduan penting untuk keselamatan peserta
   KUALA LUMPUR: Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat, Sabtu ini disaran mengikuti garis panduan yang ditetapkan oleh penganjur bagi kelancaran sepanjang himpunan.   APA YANG PERLU DIPAKAI Pakaian yang selesa untuk bergerak termasuk alas kaki/kasut yang sesuai. Pakaian bersih dalam beg – untuk ditukar jika terkena bahan kimia. Baju hujan boleh dibawa dan digunakan untuk melindungi diri dari cecair kimia (jika ada) termasuk pelindung kepala dan cermin mata keselamatan (shatter resistant eye protection). APA YANG PERLU DIBAWA Bawa air mineral/minuman secukupnya untuk diminum. Kami mencadangkan 2-3 botol air mineral/minuman 500 ml. Sapu tangan bersaiz besar atau tuala kecil. Basahkan dan tutup mulut/hidung dengannya sekiranya gas dilepaskan. Makanan seperti coklat, snek makanan ringan. Jika anda ada masalah kesihatan serius seperti masalah jantung dan paru-paru, kami menasihati anda mengelakkan diri dari menghadiri perhimpunan ini. Jika anda ada masalah kesihatan yang terkawal dan mahu menyertai perhimpunan, pastikan bawa ubat-ubatan preskripsi anda untuk bekalan sekurang-kurangnya sehari termasuk alat inhaler untuk pesakit asma. Topeng muka (surgical mask) boleh dibawa. Bawalah wang saku yang mencukupi untuk makanan, pengangkutan, telefon dan sebagainya sekadar perlu. PERKARA YANG PERLU/DILARANG UNTUK DILAKUKAN Rehat, makan dan minum secukupnya sebelum perhimpunan. Walaupun kita berniat untuk berhimpun secara aman, kita tidak dapat mengagak tindak balas dari mereka yang cuba menghalang perhimpunan. Sertailah perhimpunan secara berkumpulan dengan rakan/keluarga yang mengenali anda, dan mengetahui masalah kesihatan anda sekiranya ada. Jangan bergerak bersendirian. Jangan pakai pelembap kulit berasaskan minyak kerana ia boleh mengakibatkan bahan kimia terperangkap lama. Jangan pakai kanta pelekap (contact lenses) yang juga boleh memerangkap bahan kimia di mata. PERLINDUNGAN DARIPADA GAS PEMEDIH MATA/BAHAN   KIMIA (Jika ada)   Tanda-tanda terkena bahan kimia: * Pedih di mata, hidung, mulut dan kulit * Pandangan kabur, dan air mata keluar berlebihan * Cecair hidung keluar secara berlebihan * Batuk dan sesak nafas * Pening Tanda-tanda di atas hanya sementara. Ketidakselesaan pada mata akibat gas pemedih mata akan hilang selepas 5-30 minit, manakala kesan 'pepper spray' memerlukan 20 minit-2 jam. Bagaimana menghadapinya: BERTENANG. Jangan panik. Ingat, ia hanya kesan sementara. Hembus hidung, kumur mulut & elakkan daripada menelan.   "JANGAN SAPU MUKA"   Sekiranya gas pemedih mata dilepaskan, cuba elak daripada mengikut arah angin. Sila dapatkan bantuan sukarelawan 'Pasukan Perubatan' yang berada di sekitar kawasan perhimpunan dengan segera sekiranya anda memerlukan bantuan perubatan. Jika anda seorang pengamal perubatan, bantuan anda kepada yang memerlukan amat dihargai. * Maklumat ini sekadar panduan kepada peserta. Ia hanya maklumat umum, dan tidak sepatutnya menafikan pandangan pakar perubatan yang merawat anda, atau pakar perubatan yang lain. Segala risiko kesihatan yang mungkin berlaku semasa perhimpunan adalah atas tanggungjawab anda sendiri.   - Sekritariat HKR   ![]() ---  |   ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|    TUKAR TIUB PEMECAH BERITA - HANYA DI TUKAR TIUB Posted: 10 Jan 2013 11:21 PM PST   POLIS SABAH   HARAMKAN HIMPUNAN   di kota kinabalu        GABUNGAN NGO MENUNTUT HAK RAKYAT SABAH (GEGAR)     KENYATAAN MEDIA : 11 JANUARI 2012      KETUA POLIS KOTA KINABALU HARAMKAN HIMPUNAN SABAH BANGKIT     Ketua polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun telah mengeluarkan  kenyataan yang melarang rakyat Sabah untuk terbabit dengan Himpunan Aman Sabah Bangkit yang akan berlansung pada 12 Januari 2013 bertempat di Taman Chong Thien Vun pada jam 2.00 petang. Dalam kenyataan tersebut, beliau menyatakan perhimpunan ini tidak mendapat sebarang permit daripada polis atau mana-mana jabatan yangt berkaitan. Hal ini menyebabkan perhimpunan ini bersalahan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.     Namun pihak penganjur iaitu Gabungan NGO menuntut hak rakyat Sabah (GEGAR), berpendirian akan meneruskan himpunan biarpun mendapat halangan daripada pihak Polis. Hal ini kerana pihak penganjur memberi jaminan bahawa perhimpunan ini akan berlangsung dengan aman dan hanya menjadi ruang untuk rakyat Sabah meluahkan pandangan kepada Kerajaan Negeri Sabah.       Pihak penganjur juga menafikan kenyataan Ketua Polis Kota Kinabalu yang mengatakan tiada permohonan dibuat oleh penganjur. Walhal pihak penganjur telah cuba menghantar surat pemakluman  dengan hadir ke Balai Bolis Karamunting pada 7 Januari namun pegawai bertugas enggan menerima suarat berkenaan. Penganjur bagaimanapun telah menghantar surat pemakluman tersebut melalui Pos pada hari yang sama kepada Balai Polis Karamunting.     Semasa hadir ke Balai Karamunting, Penganjur diminta mengisi boring yang menuntut agar penganjur memberikan butir lengkap penganjur dan program yang akan dijalankan. Pihak GEGAR menganggap prosedur ini sebagai satu usaha yang ingin menyusahkan rakyat daripada mengamalkan hak kebebasan berhimpun.  Hal ini kerana Penganjuran Himpunan Sabah Bangkit ini adalah inisiatif rakyat yang tidak terlibat dengan mana-mana organisasi yang berkepentingan. GEGAR yakin dan percaya, rakyat berhak duduk dan bebas untuk berada di mana-mana sudut di negeri ini.     GEGAR juga berpandangan, biarpun tanpa Akta ini, peserta himpunan sudah cukup matang untuk menentukan suasana perhimpunan. Namun pihak GEGAR mengalu-alukan kehadiran pihak Polis untuk menjaga dan mengawal keselamatan orang awam. Sekali lagi GEGAR memberi jaminan bahawa himpunan ini akan berlansung dengan aman dan tidak akan menjejaskan ketenteraman awam. Selaku penganjur, himpunan ini akan diteruskan atas dasar melaksanakan hak asasi rakyat yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.     Sekian. Terima Kasih     Yang Benar.     HARIYADIE KARMIN     Kordinator GEGAR     Gabungan NGO menuntut hak rakyat Sabah (GEGAR)     014 – 875 0414 / 013 – 899 5744    |   ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|    PENGUMUMAN TERBARU UNTUK HKR112 Posted: 10 Jan 2013 09:08 PM PST   PENGUMUMAN      JAWATAN KUASA HKR112     kepada semua warga     yang akan datang ke HKR112 esok     sila ambil maklumat ini     pilih tempat terdekat     untuk datang ke stadium merdeka     ikut arahan pemimpin     ikut arahan unit amal dan keselamatan     SILA GUNAKAN   sistem pengangkutan awam   jangan datang dengan kereta sendiri     naik bas     naik komuter     naik lrt     naik keretapi     naik monorail     BERHENTI DIKAWASAN TERDEKAT     berjalan perlahan lahan   ![]()   PEMAKLUMAN LALUAN   CHECK POINT – STADIUM MERDEKA 
   * No. perhubungan Ketua Keselamatan : Sdr. Johari 019-7116300   ![]()  |   
| You are subscribed to email updates from Tukar Tiub   To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |   Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
  




















.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan