Tukar Tiub |
- MALAM INI KITA BERJUMPA DI KELAB SULTAN SULAIMAN KG BARU
- UNTUK SEMUA WARGA DI SDELURUH DUNIA
- DASAR KERAJAAN SELANGOR TENTANG LAGU BARU TANPA ALLAH
- KENYATAAN PENGERUSI HKR112
- KENYATAAN POLIS TENTANG STADIUM BUKIT JALIL
- APA TUAN GURU NAK AZIZ CAKAP
- PERASAAN PADA SAAT INI
- ANAK MUDA SUDAH BERSEDIA
- PEGUMUMAN PENTING DATI JAWATAN KUASA PENGANJUR HKR112
- KENAPA KITA SEMUA WAJIB TURUN SABTU INI KE KUALA LUMPUR
MALAM INI KITA BERJUMPA DI KELAB SULTAN SULAIMAN KG BARU Posted: 10 Jan 2013 06:30 PM PST MALAM INI KITA BERTEMI DI KELAB SULTAN SULAIMAN Sepertimana yang telah diumum sebelum ini, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) disokong oleh badan induk sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat akan menganjurkan sebuah Festival Rakyat yang menjadi Rapat Kemuncak Menjelang Hari Kebangkitan Rakyat. Bertempat di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur, kemuncak program telah disusun satu festival rakyat mengira detik (countdown) kehadiran tanggal yang bakal menjadi sejarah iaitu 12 Januari 2013. Rapat mengira detik ini juga akan menjadi lapang sambutan bagi peserta himpunan yang datang dari luar Kuala Lumpur yang dijangka sampai awal. Selain ucaptama amanat pimpinan yang mengetuai himpunan, akan ditampilkan juga rakyat tertindas yang akan muncul menyuarakan masalah mereka sendiri selaku suri rumah, pekerja kilang, pemandu teksi, pesawah dan petani, pekerja swasta, mahasiswa, penganggur, profesional muda dan ramai lagi. Ini akan menjadikan rapat memuncak mengira detik #KL112 ini benar – benar pentas rakyat yang memulakan mood pesta tuntutan rakyat. Paling penting, pentas Rapat Kemuncak ini akan memberikan pengarahan terakhir agar majoriti peserta himpunan memahami pengarahan untuk esoknya dan menjamin kelicinan dan kejayaan himpunan. Segala pedoman dan pengarahan gerakan pada 12 Januari akan diumumkan oleh badan induk HKR. Pedoman ini penting bukan sahaja untuk memastikan rakyat yang berhimpun maklum dengan arahan mengharungi 12 Januari, malah pedoman ini juga memberi gambaran kepada pihak polis supaya tidak panik dan termakan provokasi atau arahan pihak atasan yang tidak bertanggungjawab. Dijangkakan lebih 50 ribu peserta himpunan yang telah menempah kehadiran awal ke Kuala Lumpur akan memenuhi padang Kelab Sultan Sulaiman dan kemuncak mengira detik akan menyaksikan letusan bunga api yang menandakan bermulanya Hari Kebangkitan Rakyat. Akhir sekali setelah tamat percikan bunga api, sebuah ikrar yang istimewa akan dideklamasikan dan juga doa akan dibaca demi memastikan Hari Kebangkitan Rakyat akan berlangsung dengan aman dan selamat. Che'GuBard Ketua Penyelaras SAMM NAMA PROGRAM : RAPAT KEMUNCAK COUNTDOWN #KL112 ANJURAN TARIKH &MASA : 11 JAN 2013, 8.30mlm – 12.30 tgh mlm VENUE GILIRAN PENTAS RANGKUMAN PERTAMA (8.45pm)
RANGKUMAN KEDUA (9.25pm)
RANGKUMAN KE-3 (10.15pm)
RANGKUMAN KE-4 (11.05pm)
RANGKUMAN TERAKHIR (11.45pm)
------ | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
UNTUK SEMUA WARGA DI SDELURUH DUNIA Posted: 10 Jan 2013 05:52 PM PST STESEN PUNK ROCK BERSAMA MELAKAR SEJARAH RADIO BANGSAR UTAMA TERUS MENGHASUT dari malam ini radio bangsar yang cool ini akan melaporkan terus menerus apa yang berlaku disekitar kuala lumpur seramai 20 orang aktivis media sedang menyumbagkan tenaga untuk memastikan warga yang tidak berkesempatan turun ke kuala lumpur dapat mengikuti terus menerus HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT 20 orang wartawan radio ini akan memberi laporan tanpa henti-henti bermula malam ini di kelab sultan sulaiman jam 8:00 malam WARGA DI SELURUH DUNIA sila ambil perhatian sila layari radio bangsar utama sila hubungi kami untuk komen dan pandangan www.radiobangsarutama.com radiobangsarutama@gmail.com ikuti tweet kami : @radiobangsar --- | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
DASAR KERAJAAN SELANGOR TENTANG LAGU BARU TANPA ALLAH Posted: 10 Jan 2013 05:25 PM PST KENYATAAN AKHBAR 9 JAN 2013 PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DALAM LAGU NEGERI TIDAK PERLU DIJADIKAN ISU Penggunaan kalimah Allah dalam lagu rasmi Negeri Selangor tidak perlu dijadikan isu kerana tiada unsur-unsur penghinaan dan penyalahgunaan terhadap kalimah itu. Penggunaan kalimah Allah hanya menjadi kesalahan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan dan penyalahgunaan seperti menghasut umat Islam untuk bertukar agama yang boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata ini sejajar dengan fatwa di bawah Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003(Pindaan 2010). "wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan" "Enakmen ini perlu dibaca dan difahami secara menyeluruh untuk mengelak sebarang kekeliruan," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, hari ini. Beliau berkata, DYMM Sultan Selangor adalah Ketua Agama Islam bagi Negeri Selangor dan kerajaan negeri sentiasa menghormati kuasa tersebut. Dikeluarkan oleh SEKRETARIAT AKHBAR DATO' MENTERI BESAR SELANGOR ------ | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 10 Jan 2013 05:09 PM PST MAT BRONSON PEMIMPIN RAKYAT Mat Sabu: Perhimpunan Sabtu kekal di Stadium Merdeka KUALA LUMPUR, Jan 11 — Perhimpunan besar-besaran Himpunan Kebangkitan Rakyat akan diteruskan seperti dirancang di Stadium Merdeka esok, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar) mengesahkan, memberitahu bahawa polis secara tidak rasmi meminta agar mereka memindahkan acara itu ke Stadium Bukit Jalil ------ | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
KENYATAAN POLIS TENTANG STADIUM BUKIT JALIL Posted: 10 Jan 2013 04:30 PM PST PENGUMUMAN jawatankuasa HKR kl112 telah mengadakan mesyurat tergempar dan mengambil kleputusan untuk MENERUSKAN perhimpunan di stadium merdeka TIDAK ada apa apa perubahan KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS KUALA LUMPUR BERHUBUNG HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT 1) SAYA TELAH DIMAKLUMKAN BAHAWA PERMOHONAN PIHAK PENGANJUR UNTUK MENGGUNAKAN STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL DAN STADIUM MERDEKA TELAH MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA KEDUA-DUA PERBADANAN STADIUM TERSEBUT. 2) SAYA DIFAHAMKAN PERMOHONAN UNTUK MENGGUNAKAN STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL PERNAH DIBUAT OLEH PIHAK PENGANJUR PADA OKTOBER LALU MANAKALA STADIUM MERDEKA PADA DISEMBER LALU. 3) PDRM MENERIMA KEPUTUSAN KEDUA-DUA PERBADANAN TERSEBUT DAN AKAN MENGAMBIL LANGKAH-LANGKAH PERLU UNTUK MEMASTIKAN PERHIMPUNAN BERJALAN DENGAN AMAN DAN LANCAR. 4) NAMUN, MELIHAT KEPADA ASPEK KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM, SAYA MENCADANGKAN AGAR PIHAK PENGANJUR MENYEMAK SEMULA HASRAT MEREKA UNTUK MENGGUNAKAN STADIUM MERDEKA. INI KERANA PERBADANAN STADIUM MERDEKA TELAH MELETAKKAN SYARAT UTAMA AGAR PERHIMPUNAN TERSEBUT DISERTAI TIDAK LEBIH DARIPADA 30,000 ORANG PESERTA BERDASARKAN KAPASITI STADIUM YANG HANYA BOLEH MENAMPUNG JUMLAH TERSEBUT. 5) DENGAN SASARAN PENGANJUR UNTUK MENGUMPUL SERAMAI 1 JUTA PESERTA, MAKA SECARA LOGIKNYA PERHIMPUNAN TERSEBUT ADALAH LEBIH SESUAI DIADAKAN DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL. 6) STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL ADALAH LEBIH SESUAI DAN SELESA MEMANDANGKAN IA MAMPU MENAMPUNG KAPASITI YANG LEBIH BESAR DENGAN KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AWAM YANG LENGKAP TERMASUK LRT, SERTA MEMENUHI KEPERLUAN DARI ASPEK KESELAMATAN. 7) PIHAK PENGANJUR ADALAH BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA UNTUK MEMASTIKAN PERHIMPUNAN ANJURAN MEREKA BERLANGSUNG DENGAN AMAN TERMASUK MEMILIH LOKASI PERHIMPUNAN YANG SESUAI DAN RELEVAN. 8) PDRM TIDAK SESEKALI MEMBENARKAN SEBARANG BANTAHAN JALANAN DAN PEMBABITAN KANAK-KANAK DALAM PERHIMPUNAN INI. 9) PERLU DITEGASKAN BAHAWA LOKASI PERTEMUAN UNTUK PERHIMPUNAN TERSEBUT HANYA DIBENARKAN BERLAKU DI STADIUM DAN BUKANNYA DI LOKASI-LOKASI LAIN YANG DIJADIKAN TEMPAT BERKUMPUL (MEETING POINTS). 10) SAYA JUGA INGIN MENJELASKAN BAHAWA PERHIMPUNAN DI DATARAN MERDEKA TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. 11) PDRM MEMEGANG KEPADA JAMINAN PIHAK PENGANJUR DALAM PERTEMUAN KPN DAN PENGANJUR BARU-BARU INI BAHAWA PERHIMPUNAN KALI INI AKAN DIJADIKAN PERHIMPUNAN PALING AMAN DALAM SEJARAH SELARI DENGAN SEMANGAT AKTA PERHIMPUNAN AMAN (APA) SEDIA ADA. 12) BERSANDARKAN JAMINAN MEREKA INI, SAYA BERHARAP PIHAK PENGANJUR AKAN LEBIH BERTANGGUNGJAWAB DAN MENGOTAKAN APA YANG TELAH DIJANJIKAN. 13) PDRM AKAN BERTINDAK PROFESIONAL TANPA MENYEBELAHI MANA-MANA PIHAK DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BAGI MEMASTIKAN TIADA SEBARANG PERKARA TIDAK DIINGINI BERLAKU SEBELUM, KETIKA DAN SELEPAS PERHIMPUNAN TERSEBUT. 14) TANGGUNGJAWAB UTAMA PDRM DALAM HAL INI ADALAH UNTUK MEMASTIKAN KEAMANAN DAN KESELAMATAN SENTIASA TERPELIHARA, BUKAN SAHAJA KE ATAS PESERTA MALAH KE ATAS ORANG AWAM YANG TIDAK TERLIBAT DENGAN PERHIMPUNAN TERSEBUT. 15) ADALAH PENTING UNTUK MEMASTIKAN PERHIMPUNAN INI TIDAK MENGANCAM KESELAMATAN AWAM DAN MENJEJASKAN URUSAN PERNIAGAAN SERTA URUSAN SEHARIAN RAKYAT. t.t (DATO' MOHMAD BIN SALLEH) DCP KETUA POLIS KUALA LUMPUR (DIKELUARKAN PADA 10 JANUARI 2013 JAM 5.00 PETANG) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 10 Jan 2013 07:07 AM PST KITA LAWAN BAAA KOMENTAR TUKAR TIUBini adalah kebenaran ini adalah hakikat kacau bilau porak peranda akan berlaku jika ada orang politik campur kes yang terkini ialah hari ini mula mula boleh guna stadium merdeka lepas itu tak boleh guna ini bukti saheh ini bukti jelas KOTA BHARU: Campur tangan orang politik di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) selama ini didakwa sebagai antara penyebab himpunan anjuran Pakatan Rakyat seperti Bersih bertukar menjadi rusuhan. Sehubungan itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat mencadangkan, orang-orang politik yang mengganggu kerja polis macam ini dihalau daripada Malaysia. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata pembongkaran maklumat dari bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang mendakwa orang politik masuk campur dengan urusan kerja polis, menyebabkan ada anggapan rusuhan yang berlaku dalam Himpunan Bersih ketiga baru ini campur tangan mer -------- | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 10 Jan 2013 04:20 AM PST JAM 6:00 - saya menumpang kereta yb siva pulang dari ipd dang wangi saya baru sahaja berbincang dengan tuan ocpd dang wangi ini arahan dari ketua poluis negara kami wajib berbincang untuk pengrusan untuk memastikan semua lancar dan berjalan teratur kami berurusan kami mengikat janji untuk HKR112 tuan haji mat sabu sebagai tuan pengerusi HKR112 menanda tangani perjanjian di saksikan oleh yb sivarasa seorang peguam AWAL JAM 10:00 PAGI TADI saya berada di stadium merdeka berbincang dengan tuan pengendali stadium merdeka menetapkan harga dan dan dan semua beres hampir jam 12: 00 kontrektor datang untuk mengukur dan dan dan.. semua tip top JAM 6:30 saya dapat panggilan talipon dari wan fathi - malaysia kini dia mahu beberapa pedmbetulan maklumat semua tip- top JAM 7:00 LEBIH panggilan dari yb tian chua 'polis flip flop' saya diluar rumah saya TIDAK PERCAYA apa yang saya dengar dari tian NAIK KE RUMAH buka laman malaysiakini ini yang saya baca Cops about-turn: Use Bukit Jalil stadium instead The police has urged organisers of the People's Uprising Rally this Saturday to hold the event at Stadium Nasional Bukit Jalil which has a bigger capacity. In a press release this evening, Kuala Lumpur police chief Mohmad Salleh said Stadium Merdeka, which organisers seek to use, will not cope with a one million turnout targeted by the organisers. apa perasaan tuan tuan kalau tuan saya? KALAU TUAN SAYA apa perasaan tuan tuan kalau tuan saya? | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 10 Jan 2013 02:51 AM PST PROGRAM ANAK MUDA PAKATAN warga di petaling jaya sila ambil perhatian dan berjalanlah dengan mereka Berjalan Bersama AMK Demi Kebebasan, Keadilan dan Demokrasi Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengalu-alukan keputusan untuk membenarkan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 Januari 2013. Keputusan yang bersejarah tersebut merupakan kejayaan kuasa rakyat yang sentiasa berjuang untuk berhimpun serta hak untuk mengguna ruang awam untuk bersuara sejak zaman Reformasi lagi. AMK menyokong sepenuhnya Himpunan Kebangkitan Rakyat serta 8 tuntutan rakyat yang melibatkan seluruh aspeks kepentingan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan jantina. HKR akan menjadi satu detik bersejarah di mana seluruh rakyat Malaysia bangkit dan semangat kemerdekaan daripada penindasan, kezaliman serta kemiskinan. Dengan itu, AMK akan mengadakan Berjalan Demi Kebebasan, Keadilan dan Demokrasi pada Sabtu ini sempena HKR. AMK yang diketuai oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin akan berjalan dari Padang Timur, Petaling Jaya (PJ), depan Amcorp Mall ke Stadium Merdeka bersama-sama dengan anak-anak muda. Berikut adalah perjalanan yang akan dilalui oleh AMK pada 12 Januari 2013 (Sabtu):- 8.00am – Berkumpul di Padang Timur, PJ (Depan Amcorp Mall) 9.00am – Berjalan menuju ke Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya (UM) 11.00am – Bergabung dengan mahasiswa dan anak muda di UM di Masjid Ar-Rahman 12.30pm – Bergabung dengan peserta HKR di Stesyen Monorail Tun Sambahtan, Brickfield untuk berjalan ke Stadium Merdeka 1.30pm – Sampai di Stadium Merdeka untuk gegarkan #KL112 AMK mengajak orang ramai untuk menyertai Berjalan Demi Kebebasan, Keadilan dan Demokrasi pada Sabtu ini. Dengan berjalan kaki ke Stadium Merdeka, semangat perjuangan bersama rakyat serta tekad kebangkitan rakyat untuk menuntut 8 tuntutan rakyat dapat ditunjukkan. Sementara itu, tiga Pasukan Pertolongan Kecemasan akan bersedia untuk membantu semua peserta di sepanjang perjalanan. Semua peserta diseru untuk mengikut arahan penganjur serta pasukan keselamatan. Jangan terperdaya dengan pelbagai maklumat dan propaganda hitam yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Keselamatan peserta serta perjalanan yang lancar adalah diutamakan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Dengan sikap yang disiplin dan tertib, AMK yakin HKR akan berjaya dilangsungkan dengan semangat kebangkitan rakyat yang mengubah lanskap politik serta mencatat sejarah di Malaysia. Untuk pertanyaan yang lebih lanjut tentang Berjalan Demi Kebebasan, Keadilan dan Demokrasi, anda boleh menghubungi Saudari Ginie Lim (016-7183453) dan Haji Ramlan (016-6648032). LEE KHAI LOON Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia 012-2258607 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PEGUMUMAN PENTING DATI JAWATAN KUASA PENGANJUR HKR112 Posted: 09 Jan 2013 10:21 PM PST PENGUMUMAN PENGANJUR HKR 112 - perundingan berjalan lancar antara penganjur dengan pemilik stadium merdeka - petang ini jawantakuasa akan bertemu dengan tuan ocpd dang wangi sila tunggu maklumat terkini SISTEM PENGANGKUTAN AWAM pihak penganjur meminta warga yang akan datang sabtu ini ke stadium merdeka sila datang dengan mengunakan sistem pengangkutan awam sila beri kerja sama ini gunakan keretapi gunakan bas gunakan lrt gunakan monorail gunakan komuter ini untuk mengelakakan dari kesesakan DI TAHAP INI TELAH DI PERSETUJUI PEKARA INI: pihak penganjur telah berbincang dengan KETUA POLIS NEGARA yang mahukan ada pemimpin yang dapat dikenali memimpin orang ramai berjalan perlahan-lahan beratur dan bersopan masuk menuju ke stadium merdeka MULA BERJALAN DARI BEBERAPA TEMPAT: warga selangor warga klang warga pj anak mahasiwa MULA DARI MASJID UNIVERSITI JALAN PANTAI adam adli - mahasiswa safuan anang - mahasiswa raja iskandar - pas YB nurul izzah YB eng swee lin - china jawa MULA DARI BRICKFEILD aru - psm maria chin abdullah - empower raja ratnam - warga aman faizal - OKU zunar - seniman dan kartunis MULA DARI KLCC anak royalti mazlan aliman - anak YB hussam musa Yb teng chang kim MULA DARI JALAN SULTAN selamatkan jalan sultan kampong warisan cik gu isham surin - muafakat YB tan kok way MULA DARI PASAR SENI wanita YB dr.siti maria YB teresa kok YB elizebeth wong MULA DARI DATARAN MERDEKA kumpulan hijau YB ronnie liu wong tuck MULA DARI KELAB SULTAN SULAIMAN smm anak anak muda cik gu bard BERMULA DARI MASJID NEGARA warga kota yang singgah beribadat di masjid negara YB azmin ali YB mijahid rawa YB khalid samad INGATAN semua warga diminta berjalan dengan sopan berjalan dengan teratur menuju ke stadium merdeka warga dari utara diminta berhenti di rawang berhenti di tanjung malim berhenti dikawasan yang ada komuter naik komuter dan turun ke KL SENTRAL warga yang turun ke kl sentral sila mula berjalan dari brickfeild sila bawa air minuman sila bawa biskut dan gula gula sila bawa panadol jangan bawa duit yang banyak jangan bawa barang kemas pakai ringan dan santai pakai kasut getah bukan kasut tinggi tumit WARUNG DAN GERAI semua warung dan gerai hanya boleh dibuka disekitar kawasan bawak monorail maharaja lela disekitar kawasan dewan perhimpuanan china disekitar kawasan lrt hang tuah KERETA DAN MOTOSIKAL semua jenis kereta dilarang masuk ke dalam persekitaran stadium dilarang masuk ke jalan hadaopan stadium ini bertujuan untuk mengelakkan sesak NOTA: ini adalah perhimpunan aman sila elakkan dari pembuat provokasi sila jangan buat huru sila jagan buat hara NOTA: inilah sejarah kali kedua stadium merdeka dipulangkan kepada rakyat untuk kegunaan rakyat PERATURAN STADIUM MERDEKA jika telah penuh warga dinasehtakan dudk diluar alat pembesar suara ada dipasang stadium yang cuba dimusnahkan oleh madey telah diselamatkan oleh dolah badawi justeru stadium ini adalah warisan kita semua maka sila pastikan tidak ada keroskana berlaku yang merosakan stadium ini pastikan memiliki sifat madey juahkan diri dari sifat madey | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
KENAPA KITA SEMUA WAJIB TURUN SABTU INI KE KUALA LUMPUR Posted: 09 Jan 2013 09:27 PM PST LIHAT DAN LIHAT KLIP UNTUK KITA SEMUA BERJANJI BERSETIA kita bertemu di stadium merdeka ---------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan