DIALOG RAKYAT |
- Bilakah non-Muslim diperangi?
- HKR112: PAS saran polis pakai uniform rasmi
- Pas daulatkan Islam untuk semua
- Pilihan raya bebas dan adil, di mana kita?
- Isu Mat Yo: Annuar Musa terkilan, minta semua bertenang
- Himpunan #KL112 ada kesan ke atas PRU13, kata penganalisis
- Saya disoal sebagai seorang saksi sahaja dan bukannya sebagai suspek - pembantu khas PKR
- Pemerhati antarabangsa dakwa SPR tolak permohonan untuk pantau PRU 13
- MCA: Kalimah ‘Allah’ boleh diguna penganut agama lain selain Islam, Kristian
- Penduduk Demo Gesa SYABAS Pulih Bekalan Air
- Lapan perarakan ke Stadium Merdeka dirancang
- Polis benar bawa sepanduk di himpunan 12 Jan
- Populariti PM turun dua peratus
- Jejantas Kewajipan : Janji Tidak Ditepati BN Dilangsai Kerajaan PR Selangor
- Unsur Sabotaj Isu Air : Hayat Mahu SPRM Siasat SPAN, SYABAS
- Orang Melayu Suka Menunjuk 'Qubul'.
- HKR: SAMM terima SMS ugutan Perkasa & Pemuda Umno
- Pembangkang M’sia dinafi liputan bersih & adil – J/K Pemerhati Muslim Amerika
- Abby Abadi teruja mahu sertai Himpunan Kebangkitan Rakyat
- Pilih lokasi anda untuk berkumpul menuju ke Stadium Merdeka
- 100,000 rakyat Perak turun ke Stadium Merdeka
- [PANAS] Kes Puspahanas - RM100 Juta Dibayar Tapi Hanya Buat Signboard & Pagar Zink!
- Panduan Bagi Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat KL#112
- 121, 000 Belia Daftar Rebat Telefon Pintar
- Polis Tembak Mati Dua Daripada Tujuh Suspek Loloskan Diri Daripada Tahanan
Posted: 10 Jan 2013 03:44 PM PST Sekalipun umat Islam di Malaysia telah hidup sekian lama bersama dengan mereka yang non-Muslim, namun di sana masih terdapat beberapa persoalan dasar yang tidak jelas dalam pemikiran sesetengah pihak. Ketidakjelasan itu boleh menatijahkan tindakan yang tidak tepat dalam keadaan tertentu. Dalam keadaan biasa, mungkin kesannya kurang kelihatan, tetapi apabila krisis tertentu melanda, kita akan merasai kesan salah tanggapan terhadap Islam dan prinsipnya khusus berkaitan hubungan Muslim dengan non-Muslim. Saya ingin menggesakan pelbagai pihak untuk menganjurkan wacana dan dialog tentang hubungan Muslim dengan non-Muslim di sudut nas-nas Islam yang sebenar. Perbincangan yang bebas daripada ketamakan politik dan fanatik perkauman. Ini penting untuk nama baik Islam dan dakwah, serta masa depan negara ini. Beberapa persoalan tentang prinsip interaksi antara Muslim dan non-Muslim seperti apakah asas hubungan antara Muslim dan non-Muslim; perdamaian ataupun permusuhan? Apakah sebabnya jihad dalam Islam difardukan; kerana kekufuran ataupun disebabkan permusuhan yang dilancarkan? Siapakah kafir zimmi dan harbi?, dan lain-lain lagi perlu didalami. Disebabkan kegagalan memahami asas-asas ini dengan baik, maka sentimen agama yang kadangkala tidak tepat dimainkan. Apatah lagi ada pihak yang menangguk di air keruh mengambil kesempatan politik pilihanraya. Kenapa non-Muslim diperangi? Ini satu persoalan yang penting. Jika salah langkah, maka banyak darah yang dihalalkan atas nama Tuhan. Secara umumnya dua punca ('illah) dibahaskan oleh sarjana ; non-Muslim diperangi atas sebab kekufuran ataupun peperangan yang mereka dilancarkan? Jawapan yang berbeza boleh memberikan implikasi yang berbeza terhadap sikap dan tindakan. Para ulama usul al-Fiqh cuba untuk mencari `Illah (punca hukum) jihad disyariat. Maka para ulama dari mazhab al-Syafi`i dan al-Zahari berpendapat `illahnya ialah kerana kekufuran mereka. Ini bermaksud mereka diperangi kerana mereka kufur dengan Allah. Namun, pendapat ini dianggap lemah dan tidak boleh dipegang secara kefahaman dan praktikalnya. Sehingga Dr Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Fiqh al-Jihad meminta supaya ulama mazhab Syafi'i pada hari ini hendaklah menjelaskan kepada masyarakat awam bahawa pendapat al-Imam al-Syafi'i dalam hal ini adalah lemah dan ditolak. Ini bimbang digunakan oleh pihak tertentu untuk tujuan keganasan. Senarai golongan non-Muslim yang tidak boleh dibunuh semasa peperangan yang disebut dalam nas-nas sahih seperti wanita dan kanak-kanak, ahli ibadah yang sedang beribadah dalam rumah ibadah mereka, pekerja dan petani yang tidak terlibat secara langsung dengan peperangan, para perwakilan diplomatik dan lain-lain menjadi bukti bahawa sekadar kekufuran atau tidak beriman belum melayakkan seseorang itu dibunuh. Islam tetap memelihara nyawa mereka. Jika kekufuran itu punca mereka diperangi, sudah tentu golongan tersebut juga diperangi. Oleh itu jumhur (majoriti) ulama berpendapat `illah (punca) sebenar non-Muslim diperangi bukanlah kerana akidah mereka, tetapi kerana (al-Hirabah) iaitu menzahirkan permusuhan terhadap harta dan nyawa orang Muslim disebabkan Islam yang dianuti. Maka, bagi golongan non-Muslim yang tidak melancarkan peperangan dan permusuhan mereka terhadap umat Islam, mereka tidak diperangi. Kalaulah kekufuran yang menjadi alasan tentulah sewajar semua non-Muslim itu diperangi. Inilah pendapat yang dipegang dalam Islam. Antara dalil-dalil yang dikemukakan oleh majoriti ulama ialah firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 190 (maksudnya): "Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas". Juga firman Allah dalam Surah al-Taubah ayat 13: (maksudnya): "Mengapa kamu tidak memerangi golongan yang telah mencabuli perjanjian mereka, serta mereka pula telah berazam hendak mengusir Rasulullah, dan mereka jugalah yang mula-mula memerangi kamu? Apakah kamu takutkan kepada mereka padahal hanya Allah yang berhak kamu takuti, sekiranya kamu orang-orang yang beriman". Juga ayat 36 daripada Surah al-Taubah:(yang bermaksud): "Perangi golongan musyrikin itu keseluruhannya seperti mana mereka mereka memerangi kamu keseluruhan". Semua ayat-ayat di atas adalah jelas menunjukkan peperangan yang dilancarkan ke atas mereka adalah di atas sikap dan tindakan salah yang dilakukan mereka, bukan kerana kekufuran atau akidah mereka. Ayat-ayat ini menafikan hujah para ulama mazhab al-Syafi`i dan al-Zahiri. Bersikap Baik Bahkan dalam Surah al-Mumtahanah ayat 8-9 begitu jelas Allah menyatakan: (maksudnya) "Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". Al-Imam al-Tabari (meninggal 310H) setelah membentang pendapat-pendapat mengenai ayat di atas, berkata: "Pendapat yang lebih tepat ialah; ayat ini bermaksud Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan adil kepada sesiapa yang tidak memerangi kamu dari kalangan penganut semua agama. Ini kerana Allah menyebutnya secara umum dengan katanya "orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu" merangkumi sesiapa sahaja yang bersifat demikian" (Al-Tabari, Jami' al-Bayan 'an Takwil Aiy al-Quran 28/66 Beirut:Dar al-Fikr). Juga telitilah firman Allah dalam Surah al-Taubah ayat 6-7 (maksudnya):"Dan jika seseorang dari kalangan musyrikin meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke tempat yang aman. Yang demikian itu (perintah tersebut) ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). Bagaimanakah dapat diakui adanya perjanjian (keamanan) di sisi Allah dan RasulNya bagi orang-orang musyrikin (sedang mereka mencabulinya)? Kecuali orang-orang (musyrikin) yang kamu telah mengikat perjanjian setia dengan mereka dekat Masjid Al-Haraam. Maka selagi mereka berlaku lurus terhadap kamu, hendaklah kamu berlaku lurus pula terhadap mereka; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa. Pengarang al-Jihad fi al-Islam yang merupakan tokoh Mazhab Syafi'i di Syria iaitu Said Ramadan al-Buti dalam mengulas ayat di atas, berkata: "Dari dua ayat tersebut, kita dapat fahami dengan jelas ia meyanggahi apa yang difahami oleh ulama mazhab al-Syafi`i dan al-Zahiri. Dari sini kita kemukakan kepada mereka (para ulama tersebut) soalan-soalan yang mereka tidak mungkin dapat menjawabnya, iaitu; Sekiranya `illah (punca hukum) jihad atau peperangan ialah kekufuran, sedangkan perintah Allah agar kita melindungi kaum musyrikin sepanjang tempoh mereka berada di samping kita, dengan harapan mereka mendengar ayat-ayat Allah dan beriman denganNya. Kemudian diperintahkan agar kita menghantarkan mereka ke tempat yang aman sekiranya mereka ingin pergi tanpa beriman…andainya kekufuran adalah sebab yang membawa kepada kita membunuh mereka, apakah mungkin untuk kita membantu mereka dengan perlindungan yang seperti ini, sedangkan mereka itu musyrikin? Sekiranya kekufuran mewajibkan peperangan, apakah mungkin untuk kita berurusan seperti itu dengan golongan Allah perintahkan kita memerangi mereka?. Ternyata sebab (kita dibenarkan berurusan baik dengan mereka) kerana mereka tidak menzahirkan permusuhan dan cenderung kepada perdamaian".( Sa`id Ramadhan al-Buti, al-Jihad fi al-Islam, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr) Dengan ini jelas, jihad berlaku hanya apabila mereka menzahirkan peperangan terhadap umat Islam kerana agama. Jika non-Muslim mengkritik atau mencabar Muslim melalui saluran undang-undang dalam negara Islam itu sendiri, ataupun membantah salahguna kuasa pihak umat Islam itu tidak dianggap memusuhi umat Islam kerana agama. Bahkan itu hak yang negara Islam berikan kepada mereka. Siapakah Kafir Harbi? Isu kafir harbi kadangkala disebut oleh sesetengah pihak tanpa memahami maksud sebenar istilah berkenaan. Istilah harb merujuk kepada peperangan. Dalam pembahagian silam tentang jenis-jenis negara; disebut Dar al-Islam dan Dar al-Harb. Juga ditambah oleh sebahagian penulis pembahagian ketiga Dar al- 'Ahd. Secara ringkasnya, Dar al-Islam mempunyai tiga ciri utama; kekuasaan politik berada di tangan Muslimin, zahir padanya hukum dan syiar Islam sekalipun tidak sempurna ataupun sebahagian sahaja dan kaum Muslimin aman beramal dengan agama mereka sementara ahl-zimmah aman berdasarkan perjanjian mereka. Manakala negara-negara yang mempunyai perjanjian dengan umat Islam maka mereka adalah Dar al-'Ahd. Atas asas ini Dr Yusuf al-Qaradawi menyimpulkan bahawa keseluruhan negara umat Islam yang wujud pada hari ini adalah Dar al-Islam ataupun negara Islam termasuklah Malaysia. Sementara kesemua negara bukan Dar al-Islam yang berada di bawah Bangsa-Bangsa Bersatu adalah Dar al-'Ahd termasuklah Amerika. Hanya dikategori sebagai Dar al-Harb pada masa ini ialah Negara Zionis Israel disebabkan kerana permusuhan yang zahir dan berterusan dengan umat Islam (Lihat: al-Qaradawi, Fiqh al-Jihad, Cairo: Maktabah Wahbah, ms 888-908) Setelah memahami hal tersebut, maka dalam istilah awal, warga non-Muslim yang hidup dalam masyarakat Muslim ataupun bawah Dar al-Islam (negara Islam) dengan mengikat perjanjian kewarganegaraan disebut sebagai ahl-zimmah. Dalam konteks moden setiap yang mendapat kerakyatan dalam Dar al-Islam itu seorang zimmi, bererti yang dipelihara atau dilindungi haknya. Walaupun begitu, istilah ahl-al-zimmah itu boleh elakkan di zaman kini dengan menyebut rakyat atau warga negara non-Muslim. Sementara kafir harbi, berdasar yang dibincang di atas ialah non-Muslim yang menolak dan menentang seruan Islam, bersekongkol dengan musuh-musuh Islam, tiada sebarang perjanjian aman dengan Dar al-Islam dan mereka tinggal di negara mereka Dar al-Harb (Lihat: ibid, ms 912). Maka non-Muslim yang mendapat kerakyatan dan dipelihara oleh undang-undang negara Muslim, tidak dinamakan dengan kafir harbi. Sehinggalah dia tiada lagi sebarang ikatan perjanjian dengan negara Islam dan tidak dilindungi lagi oleh undang-undang negara Islam. Dengan itu rakyat Malaysia yang bukan Muslim tidak boleh dikatagorikan kafir harbi yang boleh diperangi dan halal darahnya ditumpahkan selagi mereka mempunyai ikatan hubungan dengan negara! |
HKR112: PAS saran polis pakai uniform rasmi Posted: 10 Jan 2013 03:41 PM PST MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR: Sambil mengucapkan penghargaan kepada pihak Stadium Merdeka kerana memberikan kelulusan untuk menggunakan stadium untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013, PAS hari ini menyarankan agar pihak polis dan pasukan keselamatan yang bertugas pada hari Sabtu ini memakai uniform rasmi berserta tanda nama serta nombor anggota mereka. "Ini bagi menyakinkan orang ramai dan mengelak berulangnya kekecohan di perhimpunan Bersih 3.0," kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini. Cadangan itu dibuat kerana PAS ada menerima maklumat terdapat pihak-pihak tertentu yang dibekalkan baju HKR yang akan menyusuk masuk dalam himpunan bagi tujuan yang meragukan, kata beliau. Selain itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata Unit Amal PAS dan orang ramai yang hadir disaran turut berperanan bagi merakam sesiapa sahaja yang cuba lakukan provokasi pada hari tersebut. "Sebarang ucapan yang menyerang peribadi mana-mana individu, mengapi-apikan isu perkauman dan agama, perkataan bersifat provokasi mesti dielakkan," kata beliau. Semalam, Pengerusi HKR, Mohamad Sabu berkata, surat tersebut diterimanya jam 2.30 petang tadi dan wakil jawatankuasa HKR akan bertemu dnegan pihak pengurusan stadium untuk perbincangan lanjut jam 10 pagi esok. "Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada pihak Stadium Merdeka kerana membenarkan HKR diadakan di stadium. "Kami akan hantar jawatankuasa untuk berunding dengan pihak pengurusan tentang penyelarasan dan peraturan 'do and don't yang dikenakan oleh pihak stadium jam 10 pagi hari ini. "Kami juga akan memaklumkan segera kepada Ketua Polis Negara untuk mendapatkan kerjasama seperti yang dijanjikan dan akan berjumpa dengan OCPD Dang Wangi," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAs, Jalan Raja Laut. Beliau juga yakin HKR ini merupakan HKR terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 dan berlangsung dalam keadaan aman dan tenteram. Berikut adalah kenyataan penuh Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Himpunan Kebangkitan Rakyat #112 PAS mengalu-alukan kebenaran Pihak Stadium Merdeka yang memberi kebenaran kepada peserta HKR berhimpun pada 12hb ini serta jaminan pihak polis untuk mengawal bagi mempastikan tiada kekecohan yang sengaja diwujudkan oleh pihak-pihak tertentu. Sehubungan itu, seluruh jentera keselamatan dan Unit Amal PAS dan orang ramai disaran turut berperanan bagi merakam sesiapa sahaja yang cuba lakukan provokasi pada hari tersebut. Sebarang ucapan yang menyerang peribadi mana-mana individu, mengapi-apikan isu perkauman dan agama, perkataan bersifat provokasi mesti dielakkan. PAS juga menerima maklumat terdapat pihak-pihak tertentu yang dibekalkan baju HKR yang akan menyusuk masuk dalam himpunan bagi tujuan yang meragukan. PAS berharap pihak polis dan pasukan keselamatan mestilah mengutamakan keselamatan rakyat dan menggunakan uniform rasmi beserta tanda nama dan nombor anggota bagi menyakinkan orang ramai dan mengelak berulangnya kekecohan di perhimpunan Bersih 3.0. Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat |
Pas daulatkan Islam untuk semua Posted: 10 Jan 2013 03:37 PM PST MALAYSIA CHRONICLE KUALA SELANGOR - Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan, isu mengizinkan atau mengharamkan penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut agama lain, khasnya agama samawiyyat (langit) seperti Kristian dan Yahudi sekali lagi menjadi polemik besar yang boleh sahaja meledakkan negara ini. Menurutnya, Pas bertegas menyatakan pendiriannya sekali gus membuktikan bahawa bukan sokongan politik atau undi yang diburu, tetapi berusaha matlamat meletakkan Islam yang syamil-mutakamil dan kedudukan ALLAH sebagai Rabbul 'Alamiin -Tuhan Seru Semesta Alam dalam jajaran perjuangannya sekali gus mendaulatkan Islam yang bakal menaungi semua. "Merujuk kepada masdar utama Syariah Islam yakni al-Quran, ayat secara dalil yang jelas menerangkan kedudukan perkara ini seperti dalam surah Az-Zumar: 3, Luqman: 25 dan yang paling jelas, pengakuan Allah sendiri bahawa namanya ditasbihkan dalam tempat ibadat kaum Yahudi dan Nasrani selain masjid di dalam surah Hajj ayat 40. "Adapun setelah diharuskan penggunaan kalimah itu, adalah mustahak dan penting untuk memastikan keharusan itu tidak disalahgunakan sama ada konteks yang tidak sesuai seperti merujuk kepada berhala, dewa atau tujuan mendi'ayah ummat Islam dalam program Kristianisasi seperti yang ditakuti atau dikhuatiri umat Islam di negara ini. "Maka barulah betul (sahih) kita merujuk kemudiannya kepada kepada Qawaid Fiqqiyah setelah merujuk kepada al-Quran (cara mencari dalil atau beristidlal yang betul dalam Islam) dan tidak sebaliknya, yakni tiba-tiba haram kerana Qaedah 'as-Sadda az-Zari'ah' atau perhitungan menutup pintu kemudaratan, sebelum kita meneliti wujudnya Nas atau Nusus secara jelas mengenai perkara atau maudhu tersebut dalam al-Quran itu sendiri," katanya.-sinarharian.com |
Pilihan raya bebas dan adil, di mana kita? Posted: 10 Jan 2013 03:35 PM PST MALAYSIA CHRONICLE MENJELANG Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan berlangsung bila-bila masa, tentunya antara agensi hadapan yang diletakkan harapan oleh rakyat ialah pasukan keselamatan. Dalam menuntut suatu PRU yang bersih, adil dan bebas, peranan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) amatlah penting dalam memastikan keselamatan rakyat sebagai pengundi terjamin. Dalam suasana rakyat ghairah menantikan parlimen dibubarkan, peristiwa tarian bogel semasa Majlis Malam Mesra Sekalung Budi Segunung Intan yang diraikan oleh IPD Shah Alam baru-baru ini amat mengejutkan. Kita amat meraikan jawapan pihak yang berkuasa betapa acara tarian tersebut bukan perancangan mereka. Acara yang tidak bermoral tersebut mahu tidak mahu amat memberi kesan negatif kepada integriti PDRM. Apatah lagi kejadian acara tersebut berlaku setelah satu demi satu kepincangan pengurusan dan operasi PDRM didedahkan kepada umum. Terbaru pendedahan yang dibuat oleh mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sebelum isu tarian tidak bermoral ini terus meletakkan pasukan PDRM pada tahap yang perlu dipulihkan secara besar-besaran. Rakyat kini kian faham apakah itu pilihan raya yang bebas dan adil. Bagaimanakah pilihan raya yang bebas dan adil boleh dihasilkan dengan integriti pasukan PDRM yang kian terserlah kepincangannya hari demi hari? Polis memainkan peranan bukan sedikit dalam menjamin kelangsungan pilihan raya yang bebas dan adil. Tentunya faktor keselamatan kepada semua pihak dalam suasana pilihan raya itu sendiri adalah perkara pokok untuk kita melihat suatu pilihan raya yang berwibawa dan dipercayai keputusannya. Lihat saja dalam masa-masa kebelakangan ini bagaimana pelbagai kejadian samseng yang menimpa sebelah pihak iaini pimpinan dan penggerak parti Pakatan Rakyat amat menjadi tanda tanya di manakah keberadaan pasukan PDRM? Boleh saja timbul persoalan, apakah pasukan yang alpa dengan tarian bogel ini yang akan dipertanggungjawabkan dengan tugas yang kian mencabar di kala ini? Mahu tidak mahu usaha segera dan bersifat drastik mesti dilakukan ke arah penambahbaikan operasi dan pengurusan pasukan PDRM. Selain itu, rakyat jelata yang mengimpikan suatu pilihan raya yang bebas dan adil kini perlu bersiap siaga untuk menjadi pemantau-pemantau bebas kepada PRU13 yang akan kita hadapi. Rakyat tidak boleh lagi berpeluk tubuh dan hanya membiarkan pasukan-pasukan hadapan untuk mewujudkan pilihan raya yang benar-benar bersih. Sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, sebarang rasuah, penipuan dan kelakuan-kelakuan yang terjatuh sebagai kesalahan pilihan raya mesti dikekang secukupnya. Pilihan raya adalah induk kepada lahirnya kerajaan yang sah dan berdaulat seumpama ibu bapa adalah induk kepada lahirnya zuriat-zuriat. Baik pilihan raya, baiklah kerajaan yang terhasil sebagaimana ibu bapa yang baik akan melahirkan generasi yang baik dan hebat. Bagi maksud tersebut, selaku penggerak aktivis-aktivis pemantau PRU13 Kelantan, saya menyeru seluruh rakyat Kelantan khususnya dan Malaysia umumnya supaya pulang dari Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari, sama-samalah menghadiri program pemantau pilihan raya yang akan diadakan di Kota Bharu pada 19 Januari kelak. Satu sidang media akan diadakan bagi menghebahkan program tersebut. Pusat Rakyat Cakna Prihatin iltizam untuk membentuk jenerasi rakyat yang mampu berusaha menjadikan PRU13 suatu pilihan raya yang bebas dan adil. Emelkan sebarang aduan kepada kami – pusatrakyatcp@gmail.com Penulis ialah Koordinator Pusat Rakyat Cakna Prihatin.-harakahdaily. |
Isu Mat Yo: Annuar Musa terkilan, minta semua bertenang Posted: 10 Jan 2013 03:24 PM PST SHAH ALAM - Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berharap semua pihak bertenang dan menerima keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung isu bayaran penebusan kontrak Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo, yang berhijrah ke pasukan Johor Darul Takzim FC musim ini, tanpa prejudis. "Saya harap semua bertenang dan bersabar... kita terima dulu keputusan tanpa prejudis kepada segala hak dan peraturan. "Kita teliti dengan tenang satu persatu," kata beliau yang kelihatan agak kecewa dan terkilan dengan perkembangan terbaru. Beliau melahirkan pendiriannya dalam laman sosial Facebook semalam, beberapa jam selepas FAM mengumumkan keputusannya. Annuar seterusnya menulis, "buat masa ini dah diputuskan boleh curi pemain yang ada kontrak, boeh runding belakang kelab." Annuar yang sebelum ini berkata Mat Yo perlu membayar sehingga RM1 juta sebagai ganti rugi kerana berpindah ke Johor berkata, keputusan terbaru ini menunjukkan pihak terbabit tidak perlu menjelaskan bayaran perpindahan dan tidak perlu risau mengenai Surat Pelepasan Negeri (SPN). "Tak perlu bayar (fi) perpindahan.... tak perlu risah SPN... cara mudah dan murah tamatkan saja secara sebelah pihak... tebus saja kontrak dengan baki nilai gaji. "Pemain nombor satu negara hanya bernilai tidak sampai dua bulan gaji pemain import, kita terimalah kerana ini yang telah diputuskan... apa-apa yang selanjutnya, tunggu tayangan akan datang... auuuum!! filem hitam putih Harimau kurus!!!" kata Timbalan Presiden FAM ini, yang kini menjalani hukuman digantung selama 30 bulan. Berdasarkan laporan media semalam, isu bayaran penebusan kontrak bekas penyerang Kelantan itu yang berhijrah ke pasukan Johor Darul Takzim FC musim ini, telah selesai sejak 20 November lepas. Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ini berikutan pemain berusia 26 tahun itu telah pun menjelaskan bayaran penebusan kontrak itu seperti yang dituntut Kafa. Beliau berkata berdasarkan rekod FAM, Norshahrul telah dua kali melunaskan bayaran penebusan kontrak kepada Kafa berjumlah RM299,000 menerusi bank draf. "Bayaran pertama sebanyak RM250,000 diberikan kepada KAFA pada 4 Januari 2013 dan bayaran kedua RM49,000 sehari kemudian. Kami mendapat salinan bayaran ini daripada peguam yang mewakili Mat Yo," katanya. Annuar dikatakan menuntut RM1 juta daripada 'Pemain Paling Bernilai' Liga Malaysia 2012 itu bagi menyelesaikan isu perpindahan Mat Yo ke pasukan Harimau Selatan. Bayaran berkenaan antaranya meliputi penamatan kontrak 13 bulan lebih awal dengan jumlah melebihi RM300,000, pinjaman mudah diberikan Kafa kepada Mat Yo serta kerugian akibat penarikan diri penajaan pasukan. Takiyuddin berkata. Kafa tidak mempunyai hak menuntut bayaran perpindahan kerana berdasarkan peraturan FAM, seseorang pemain yang menamatkan kontrak sebelah pihak hanya perlu menjelaskan bayaran penebusan kontrak. "Kafa hanya berhak menuntut bayaran penebusan kontrak selama 13 bulan dan kami tidak membenarkan Kafa menuntut bayaran perpindahan kerana ia bukan melibatkan perpindahan tetapi lebih kepada penamatan kontrak. "Kami juga tidak akan mengiktiraf sekiranya wujud perjanjian lain antara bekas pemain dengan majikannya tanpa merujuk kepada FAM seperti dalam kes Mat Yo kerana ia di luar bidang kuasa kami," katanya. |
Himpunan #KL112 ada kesan ke atas PRU13, kata penganalisis Posted: 10 Jan 2013 03:22 PM PST MALAYSIA CHRONICLE |
Saya disoal sebagai seorang saksi sahaja dan bukannya sebagai suspek - pembantu khas PKR Posted: 10 Jan 2013 03:14 PM PST Zainal Abidin SaadSaya adalah pembantu khas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang. Saya merujuk kepada laporan-laporan media baru ini yang merujuk kepada penahanan saya oleh SPRM atas satu dakwaan korupsi bagi kononnya menutup aduan gangguan seksual terhadap seorang pegawai tinggi. Saya amat terkejut kesemua laporan media tersebut adalah lebih memfokus terhadap saya sebagai pembantu khas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang. Saya dengan ini ingin menegaskan seperti berikut:- 1) Saya tidak terlibat dalam apa-apa transaksi untuk menutup mana-mana aduan gangguan seksual dan tidak memberi mahupun menerima apa-apa wang atau ganjaran bagi tujuan menutup aduan gangguan seksual tersebut; 2) Pihak SPRM telah menangkap saya dan telah ditahan semalaman dalam lokap SPRM sebelum disoal siasat. Pada setiap masa siasatan, saya dirujuk dan disoal sebagai seorang saksi sahaja dan bukannya sebagai suspek atau pesalah; 3) Siasatan berkenaan dakwaan korupsi untuk menutup aduan gangguan seksual tersebut adalah melibatkan Bekas Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah dan tidak melibatkan mana-mana pimpinan parti dari Pakatan Rakyat mahupun melibatkan Timbalan Ketua Menteri (I). 4)Memandangkan terdapat niat jahat serta kecenderungan berbaur politik dalam laporan-laporan akibat penangkapan saya yang telah menjatuhkan imej saya serta imej pimpinan parti saya, maka saya telah mendapatkan nasihat guaman dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang meneruskan fitnah terhadap saya tanpa sebarang justifikasi. Sekian penjelasan saya. Zainal Abidin bin Saad Pembantu Khas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang |
Pemerhati antarabangsa dakwa SPR tolak permohonan untuk pantau PRU 13 Posted: 10 Jan 2013 03:15 AM PST SUBANG JAYA — Satu delegasi pemerhati pilihan raya antarabangsa hari ini berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak tawaran mereka untuk memantau perjalanan pilihan raya umum (PRU) ke-13 dan diberitahu mereka sebaliknya boleh datang "sebagai pelancong". Jawatankuasa Pemerhati Pilihan Raya Muslim Amerika Syarikat yang sedang dalam rangka lawatan tiga hari di sini, juga berkata SPR tidak begitu menerima saranan mereka untuk memperbaiki proses pilihan raya termasuk tuntutan kepada suruhanjaya itu untuk menyelesaikan dakwaan menyelubungi daftar pemilih. Pendedahan berlaku beberapa hari selepas Transparency International bahagian Malaysia menolak tawaran SPR untuk menjadi pemerhati pilihan raya tempatan pada PRU akan datang sebagai protes kepada beberapa terma rujukan yang ditetapkan. Kedua-dua pembangkang dan kumpulan hak asasi manusia mengatakan prasyarat dikenakan SPR sebagai "ketat". Dr Inayat Malik, jurucakap bagi kumpulan tersebut berkata dalam pertemuan dengan SPR baru-baru ini, walaupun bersetuju sesetengah peraturan diperlukan untuk pemerhati, suruhanjaya tersebut dinasihatkan untuk membenarkan pemantau asing masuk pada PRU akan datang kerana selaras dengan piawaian antarabangsa. Beliau berkata organisasinya lebih daripada gembira untuk menerima jemputan daripada kerajaan Malaysia bagi perkhidmatan mereka sebagai pemerhati berkecuali tetapi tawaran itu segera ditolak. "Kami berkata kami lebih daripada gembira untuk menghantar satu pasukan pemerhatian untuk pilihan raya dan tindak balas segera mereka, 'anda akan dialu-alukan (untuk berbuat demikian) sebagai pelancong'," katanya kepada sidang akhbar di sini. Berikutan dengan tekanan awam, SPR bersetuju untuk membenarkan 18 NGO tempatan termasuk TI-M untuk menjalankan pemerhatian terhadap perjalanan prose's pilihan raya. Suruhanjaya itu juga berjanji untuk membenarkan pasukan berasingan pemerhati antarabangsa dari negara-negara ASEAN untuk menyaksikan perjalanan pilihan raya umum ke-13. Mengulas mengenai keputusan TI-M untuk menolak tawaran, Inayat menasihatkan SPR supaya tidak bertindak secara unilateral dalam merangka terma rujukan, dengan berkata input daripada pihak berkepentingan penting dalam memastikan peraturan-peraturan yang adil. "Saya faham perlu ada peraturan untuk pemerhati tetapi ini perlu dibincangkan dengan semua pihak. "Jadi jika pemerhati merasakan peraturan akan mengekang mereka daripada membuat tugas, saya boleh faham mengapa mereka menarik diri," katanya. Delegasi itu berkata ia bersetuju dengan misi pencarian fakta antarabangsa pada tahun 2012 sebelum ini yang turut disertai pegawai dari Australia, Jerman, India, Indonesia dan Filipina bahawa isu paling penting yang mempengaruhi perjalanan pilihan raya di Malaysia adalah integriti daftar pemilih. Inayat juga berkata pasukan itu mendapati media jelas berat sebelah terhadap pembangkang dan menggesa SPR bertindak balas tetapi agensi itu dikatakan kurang memberikan kerjasama apabila menjawab. "Kami telah bangkitkan isu ini dengan mereka tetapi mereka berkata tidak boleh berbuat apa-apa," katanya apabila ditanya oleh wartawan jika penggendali pilihan raya itu menerima saranan mereka. Inayat menegaskan, di bawah Perlembagaan Persekutuan, SPR mempunyai kuasa untuk memastikan pilihan raya dijalankan secara adil, ini bermakna mereka mempunyai kuasa "untuk melakukan sesuatu" untuk menyelesaikan masalah. "Seseorang perlu melakukan sesuatu mengenainya. Boleh jadi perdana menteri, raja, SPR. Seseorang perlu bertindak," katanya. Beliau enggan menyatakan sama ada beliau bersetuju dengan tuduhan berat sebelah terhadap SPR tetapi berkata kumpulannya akan terbuka untuk bekerjasama dengan badan tersebut mengenai perkara-perkara pilihan raya. |
MCA: Kalimah ‘Allah’ boleh diguna penganut agama lain selain Islam, Kristian Posted: 10 Jan 2013 03:13 AM PST Gesaan tersebut dinyatakan oleh ahli jawatankuasa pusat MCA, Loh Seng Kok (gambar) ekoran kenyataan dua pemimpin DAP iaitu Lim Guan Eng dan pembantunya Zairil Khir Johari yang mahu Putrajaya membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah. "Kami sering tertanya-tanya mengapa Guan Eng menghadkan hak ini kepada masyarakat Kristian tapi tidak diperluaskan kepada pengerusinya Karpal Singh yang merupakan penganut Sikh. "Hindu, orang asli dan masyarakat Baba-Nyonya juga menggunakan kalimah suci Allah ini," kata beliau. Loh juga berkata kitab suci Sri Guru Granth Sahib Ji dan the Veda illegal yang menjadi rujukan masyarakat Sikh dan Hindu turut mengandungi kalimah Allah. "Sebarang halangan akan mengenepikan hak Perlembagaan Sikh dan Hindu daripada mengamalkan kepercayaan mereka, sekaligus ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan," tambah Loh. Dalam pada itu, beliau turut bersetuju dengan pandangan bahawa penganut agama lain boleh menggunakan kalimah suci Allah. "Penggunaan kalimah Allah telah diputuskan di Mahkamah Tinggi menerusi penghakiman pada 31 Disember 2009. "Berdasarkan keputusan itu, penggunaan kalimah Allah bukan hanya ekslusif kepada masyarakat Muslim sahaja," tambah beliau. Polemik penggunaan kalimah Allah timbul kembali apabila Lim dalam perutusan Krismasnya pada 24 Disember lalu menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Injil bahasa Melayu memandangkan ia telah dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan digunapakai di Timur Tengah hampir seribu tahun lalu. "PAS sangat kecewa dengan Umno, sebuah parti yang mewakili orang Melayu Islam dan Barisan Nasional (BN), yang memerintah negara ini, kerana menjadikan kalimah 'Allah' sebagai satu isu ... tanpa mengambil berat tentang salah faham yang diwujudkan dan ketegangan di kalangan rakyat negara kita yang terdiri dari pelbagai agama," kata Hadi hari ini. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, masyarakat Kristian dan Islam terlibat dalam perang mulut mengenai perkataan "Allah", dengan kumpulan kedua berhujah penggunaannya perlu eksklusif kepada mereka atas alasan bahawa Islam adalah monoteistik dan perkataan "Allah" bermaksud tuhan kepada orang Islam. Penghantaran Alkitab, kitab Injil dalam bahasa Melayu kepada Bumiputera Kristian yang menggunakan Bahasa Melayu telah disekat atau dirampas di pelabuhan, sebelum kerajaan akhirnya tunduk kepada tekanan dan membebaskannya pada tahun 2011. |
Penduduk Demo Gesa SYABAS Pulih Bekalan Air Posted: 10 Jan 2013 03:01 AM PST SHAH ALAM : Lebih 50 orang penduduk di sekitar Pandan hari ini berhimpun di Wisma Rozali di sini bagi menggesa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memulihkan bekalan air di kawasan terbabit yang terputus bekalan sejak dua minggu lalu. Penduduk bersama badan bukan kerajaan (NGO), Hak Air Untuk Rakyat (Hayat) mula berkumpul di Wisma Rozali pada jam 12 tengah hari bagi menghantar memorandum kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Rozali Ismail. Mereka turut membawa sepanduk yang tertera antaranya 'Syabas terbabas', 'Syabas tidak boleh harap', 'kembalikan hak rakyat' dan 'disebabkan Syabas anak kami tidak ke sekolah' serta 'disebabkan Syabas peniaga tidak dapat berniaga'. Pengerusi Hayat, Arshad Ahmad berkata rata-rata penduduk di sekitar Ampang tidak berpuas hati dengan Syabas kerana tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Katanya, Syabas dilihat cuba mempolitikkan isu air demi kepentingan pihak lain dan menyalahkan Kerajaan Negeri. "Penduduk kesal dengan apa yang berlaku, Syabas tidak sepatutnya membangkitkan kemarahan rakyat. "Kami juga mendesak Syabas supaya menyerahkan pengurusan air kepada Kerajaan Negeri," katanya. Lebih memburukkan keadaan, Arshad mendakwa Syabas hanya menghantar lori bekalan air kepada penduduk hanya sekali dalam tempoh dua minggu ini. Beliau menambah penduduk tidak teragak-agak untuk menyaman Syabas sekiranya bekalan air tidak dipulihkan dengan segera. Penduduk, Lee Shok Jing, 32, berkata penduduk tidak boleh menerima alasan-alasan yang diberikan Syabas kerana sudah menjadi tanggungjawab syarikat itu melakukan perancangan dan persediaan agar penduduk mendapat air tanpa gangguan. "Bekalan air yang terputus ini menyebabkan penduduk bergaduh sesama sendiri, contohnya semalam, penduduk tertekan hingga bergaduh sesama sendiri untuk mendapatkan air yang dihantar, kami tidak mahu perkara ini terus berlaku," katanya. Memorandum yang diambil oleh wakil Syabas iaitu Pengarah Eksekutifnya, Ismail Hashim. Sebelum ini, masalah bekalan air itu didakwa berpunca daripada lima pam air di Wangsa Maju mengalami kerosakkan menyebabkan beberapa kawasan terputus bekalan air antaranya di kawasan sekitar Ampang dan Cheras. |
Lapan perarakan ke Stadium Merdeka dirancang Posted: 10 Jan 2013 02:56 AM PST MALAYSIA KINI Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat meminta para pesertanya supaya menyertai lapan perarakan ke Stadium Merdeka sebelum perhimpunan Sabtu ini bermula. Menurut arahan terbaru pihak penganjur perhimpunan tersebut, lapan lokasi untuk permulaan perarakan serta pemimpin masing-masing adalah seperti berikut: Masjid Universiti Malaya Nurul Izzah Anwar (PKR) Ng Suee Lim (DAP) Adam Adli (Solidariti Mahasiswa Malaysia) Brickfields Maria Chin Abdullah (BERSIH 2.0) S Arutchelvan (PSM) Zulkiflee Anwar Ulhaque @ Zunar KLCC Datuk Husam Musa (PAS) Datuk Teng Chang Kim (DAP) Mazlan Aliman (ANAK, PAS) Jalan Sultan Ishak Surin (Muafakat) Tan Kok Wai (DAP) Pasar Seni Dr Siti Mariah Mahmud (PAS) Teresa Kok (DAP) Elizabeth Wong (PKR) Dataran Merdeka Wong Tack (Himpunan Hijau) Ronnie Liu (DAP) Kelab Sultan Sulaiman, Kpg Baru Badrul Hisham Shaharin @ Chegubard (Solidariti Anak Muda Malaysia) Masjid Negara Azmin Ali (PKR) Muhajid Yusof Rawa (PAS) Khalid Samad (PAS) Menurut seorang ahli jawatankuasa penganjur, Hishammuddin Rais, pengumuman mengenai pemimpin perarakan yng dirancang itu, diminta oleh pihak polis. Hishammuddin juga mengumumkan pihak penganjur tidak menggalakkan peserta menggunakan kenderaan persendirian dan menggesa mereka menggunakan pengangkutan awam untuk ke lokasi berkenaan. Beliau berkata mereka yang mahu mendiri gerai untuk menampung keperluan peserta hanya dibenarkan beroperasi di stesen monorail Maharajalela, sekitar Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor dan stesen LRT Hang Tuah. Apabila stadium sudah penuh, yang lainnya dikehendaki duduk di luar stadium. Beliau juga menggesa semua peserta supaya bersopan semasa menghadiri perhimpunan. "Ini adalah satu perhimpunan aman. Sila elakkan semua bentuk provokasi. Jangan cetuskan kekacauan," katanya. |
Polis benar bawa sepanduk di himpunan 12 Jan Posted: 10 Jan 2013 02:55 AM PST Polis Daerah Dang Wangi bersetuju dengan permintaan pihak penganjur perhimpunan Sabtu ini untuk membenarkan pesertanya membawa sepanduk, pelekat dan kain rentang pada hari berkenaan. Ini, bagaimanapun, dengan syarat ia tidak menghina orang lain atau menimbul kekecohan, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berikutan mesyuarat antara pihak polis dengan penganjur perhimpunan itu awal hari ini. Dalam mesyuarat itu, polis menerima pemberitahuan oleh penganjur Pakatan Himpunan Kebangkitan Rakyat dan bersetuju untuk membantu perhimpunan tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (PPT). Kedua-dua pihak bersetuju untuk mematuhi 27 syarat untuk mengadakan perhimpunan yang diperuntukkan di bawah Akta ini, dengan satu perubahan, iaitu dengan membenarkansepanduk, plakad, slogan dan logo. |
Populariti PM turun dua peratus Posted: 10 Jan 2013 02:54 AM PST MALAYSIA KINI Satu tinjauan yang dijalankan menjelang pilihan raya umum ke-13 mendapati populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menurun dua peratus ke takah 63 peratus, berbanding 65 peratus pada November lalu.Kajian Merdeka Center itu menyebut, sentimen pengundi Cina menurun ke tahap 34 peratus walaupun penerimaan pengundi Cina dan India kekal utuh di tahap 77 peratus dan 76 peratus. Kenyataan pusat kajian itu menyatakan, tinjauan itu dijalankan secara panggilan telefon pada Disember tahun lalu ke atas sampel melibatkan 1,018 pengundi berdaftar. Menurut Merdeka Center, responden dalam sampel itu terdiri daripada 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India, yang dipilih berdasarkan etnik, jantian dan negeri. Tinjauan Merdeka Center selepas pengumuman Belanjawan 2013 menunjukkan populariti Najib hanya meningkat sedikit ke takah 65 peratus pada November lalu berbanding 64 peratus pada Jun 2012. |
Jejantas Kewajipan : Janji Tidak Ditepati BN Dilangsai Kerajaan PR Selangor Posted: 10 Jan 2013 02:52 AM PST SUBANG JAYA: Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor sekali lagi membuktikan kemampuan apabila berjaya melangsaikan janji membina jejantas pejalan kaki di Persiaran Kewajipan yang gagal ditunaikan Umno-BN dalam kempen Pilihan Raya Umum ke 12 lalu. Jejantas berkenaan siap pada Disember lalu dengan kos RM1.35 juta berbanding RM3 juta yang dijanjikan Umno-BN. Pembinaan ini dibuat oleh Aminsa Bina Sdn Bhd yang memenangi tender terbuka selaras dengan dasar Kerajaan Negeri. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum merasmikan Jejantas Pejalan Kaki di Persiaran Kewajipan di sini pagi tadi berkata, jejantas yang dibina ini adalah antara yang termurah dibina di Selangor tetapi tidak menjejaskan kualitinya, sama dengan jejantas lain kerana kita buat tender terbuka. "Dahulu, kalau BN, perlukan peruntukkan lebih RM3 juta untuk bina jejantas, tetapi PR dengan RM3 juta boleh buat dua jejantas," ujar Menteri Besar. Dalam majlis sama, Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh memberitahu, janji yang dibuat bekas calon BN bagi Parlimen Kelana Jaya, Datuk Lee Hwa Beng dan bekas calon Subang Jaya, Ong Chong Swen itu dibuat dalam satu kenyataan media pada Febuari 2008. Bagaimanapun selepas tewas pada PRU 2008, Hannah berkata, pihaknya dimaklumkan oleh Kementerian Kerja Raya, bahawa projek itu tidak akan diteruskan atas alasan ia adalah janji peribadi Datuk Seri S.Samy Vellu yang pada ketika itu merupakan Menteri di Kementerian berkenaan. "Disebabkan ketiadaan Sammy Vellu dan Datuk Lee selepas tewas dalam PRU, maka pihak Kementerian mengambil keputusan untuk tidak meneruskan projek pembinaan jejantas tersebut. Saya kemudiannya meminta bantuan daripada Kerajaan Selangor untuk mendapatkan peruntukan walaupun projek ini bukan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. "Selepas 4 tahun menunggu janji yang dibuat oleh Umno-BN dan lebih daripada 1600 tandatangan dikumpulkan dalam petisyen, pada Mei 2012 Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggunakan peruntukan negeri untuk membiayai jejantas ini," katanya. Sebelum ini, Kerajaan Negeri PR Selangor turut mengambil langkah melaksanakan beberapa janji yang tidak ditepati BN dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke 12 lalu. Antaranya, termasuklah projek pembinaan Jambatan ke tiga Klang yang menelan belanja sebanyak RM300 juta. |
Unsur Sabotaj Isu Air : Hayat Mahu SPRM Siasat SPAN, SYABAS Posted: 10 Jan 2013 02:50 AM PST SHAH ALAM : Badan Bukan Kerajaan (NGO) Hak Air Untuk Rakyat (Hayat) mahu satu siasatan terperinci dijalankan terhadap Suruhanjaya Perkhidmatan Air (SPAN) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam isu krisis bekalan air di Ampang. Presidennya, Arshad Ahmad berkata siasatan itu perlu dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan polis bagi memastikan kejadikan bekalan air yang terputus itu bukan satu sabotaj yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang berniat untuk memburukkan Kerajaan Negeri. Sebelum ini, Syabas mendakwa lima pam air di Wangsa Maju rosak menyebabkan penduduk sekitar Ampang dan Cheras terputus bekalan air sejak dua minggu lalu. "Kami tidak boleh terima alasan yang diberikan oleh Syabas kerana ia adalah tanggungjawab Syabas membuat perancangan dan pemantauan secara berkala. "Kegagalan demi kegagalan kepada sistem Syabas dalam tempoh kebelakangan ini menimbulkan pelbagai tanda tanya contohnya kegagalan fungsi rumah pam Wangsa Maju dan rumah pam Pudu Hulu. "Mengapa semua pam itu rosak? Adakah ia satu sabotaj dari mana-mana pihak untuk membangkitkan kemarahan rakyat seterusnya menyalahkan Kerajaan Negeri," katanya dalam sidang media selepas membuat satu bantahan aman terhadap Syabas di Wisma Rozali. Kira-kira 50 penduduk di sekitar Ampang hadir mendesak Syabas menyelesaikan masalah itu. Antara kawasan yang terlibat Taman Dagang, Taman Cahaya, Pandan Jaya, Taman Nirwana dan Ampang Mewah. |
Orang Melayu Suka Menunjuk 'Qubul'. Posted: 10 Jan 2013 02:45 AM PST MSO Orang Melayu selalu mendabik dada mengakui merekalah tuan tanah air ini, yang mempunyai beberapa keistimewaan yang tidak boleh dipertikaikan. Kerana itu mereka berpeluang menjayakan diri. Tetapi sayang peluang itu tidak diguna seoptimanya. Orang Melayu tidak pula begitu pandai menggunakan ruang dan peluang ini untuk memajukan diri sampai ke tahap setinggi-tingginya. Kerana itu orang Melayu selalu bertelingkah, 'berkekah' dan bergaduh sesama sendiri. Jauh sekali untuk membawa persefahaman bersama dalam menuntut hak. Seolah-olah Tuhan memberikan peluang menduduki di bumi ini untuk saling menunjuk ego dan menunjukkan 'qubul" masing-masing. Mahu berlumba dan menunjukkan 'qubul' siapa paling panjang bukan 'berbadi' untuk menunjukkan akal siapa paling panjang dan mempamirkan kebijaksanaan membina diri. Sepatutnya Tuhan memberi ruang bumi ini bagi orang Melayu berlumba (berbadi) secara baik dan mengambil sikap positif bukan negatif. Menghayati falsafah pertelingkahan, berbahas dan bergaduh akal itu untuk kebaikan bukan sebaliknya. Ada kalanya dalam perjuangan orang Melayu baik menuntut hak tanah air, hak bangsa dan hak agama, tetapi orang lain yang dinafikan ketuanan itu yang lebih mndapat keuntungannya. Apakah orang Melayu selesa berbuat demikian kerana mereka yakin kepada mitos kata-kata berbunyi; tak akan hilang Melayu di dunia ini? Mari kita melihat dan menyedari apa-apa yang berlaku di sekeliling kita untuk membuktikan apa yang dikatakan itu. Banyak contoh agenda yang diperjuangan tetapi kerana keadahnya lari dari adat dan hukum agama menyebabkan apa yang diperjuangkan Melayu itu sia-sia saja. Ia menjadi asap yang dibawa hayut oleh angin menuruni lembah gunung kemudian ghaib di permkaan lautan. Contoh terbaru ialah mengenai kalimah Allah. Sekali pandangan semua orang Melayu sedang memperjuangkan untuk menjaga kesucian nama zat Allah itu demi mendaulatkan Islam. Itulah yang hendak ditonjolkan. Kemabukan Melayu memperjuangkannya seolah-olah orang Melayu rela bermandi darah mengenainya. Itu yang kita tampak. Tetapi natijah perjuangannya ia sia-sia dan membuang masa saja. Orang Melayu dengan rupa diri masing-masing bangun mempertahankan kalimah Allah. Di satu pihak tidak mahu kalimah Allah itu digunakan oleh orang Kristian kononnya ia boleh mengelirukan umat Islam kemudian boleh menyebabkan Melayu akan menjadi Kristian. Melayu jenis ini nampak akan gejala dan bahaya serta strategi di sebalik perubahan penggunaan God kepada Allah itu. Tetapi di masa lain pula mereka yang membuka masuk segala gejala itu. Yang melonggarkan ikatan agama. Inilah menjadikan orang skeptikal kepadanya. Melayu jenis ini hanya nampak bahagian ranting tetapi tidak nampak bahagian dahan dan batang. Bahkan akar tunjang Islam itu sendiri dibongkahnya. Melayu seperti inilah yang tidak sedar kakinya tersadung najis tetapi ia cuba memakai sepatu kulit berjenama. Satu pihak lagi bersikap terbuka membenarkan Kristian menggunakan kalimah berkenaan. Pihak ini tidak sedikitpun bimbang dengan kemungkinan dinyata oleh pihak satu lagi. Alasan golongan ini perkataan Allah tidak mutlak untuk Islam. Prinsip kemanusiaan dan kesegatan agama diguna pakai. Kononnya kebenaran penggunaan kalimah itu membuka ruang dakwah kepada Kristian. Aduhlah sayang... Kalau merka dapat menyelami kenapa Kristian beriya-iya mahu menggunakan perkataan itu, nescaya tidak akan tergamak untuk puak ini berpandangan postif begitu. Sesuatu yang perlu disedari bahaya tektik dan uslub dakwah Kristian ternyata lebih canggih dan halus dari pendakwah Islam sendiri. Buktinya bilangan orang Islam (Melayu) yang memeluk Kristian lebih banyak berbanding dengan orang penganut Kristian yang memeluk Islam. Kalau figure yang dikeluarkan oleh seorang mufti boleh dipakai, menyebabkan kita akan menangsi dan silap-silap akan membunuh diri. Katanya 250,000 berlaku kes murtad di negara ini dimana jumlah besarnya tentulah Melayu. Justeru kepada saya kedua perjuangan kedua-dua pihak berhubung kalimah Allah itu sebagai menegak benang basah saja. Ia hanya perjuangan bermusim yang berbentuk sandiwara. Mereka berjuang bukan atas kebenaran membela dan mendaulatkan Islam tetapi membela kerana ada kepentingan politik masing-masing. Dalam kata lain mereka menjadikan isu kalimah Allah sebagai modal politik. Pihak sebelah sini mengambil isu kalimah Allah itu bagi mempengaruhi orang Melayu agar menyokong mereka. Mereka mahu menunjukkan kepada dunia merekalah mujahid Islam sengoti. Merekalah yang menjadi hero membela Islam walaupun mereka juga merupakan orang yang kufur kepada hukum dan perintah asas Allah. Merekalah pewaris ulama sebenarnya. Manakala pihak di sebelah sini pula merelakan kalimah itu digunakan dengan memberi berbagai pengertian dan dalih di sebalik kebenaran itu, juga mahukan sokongan politik. Mereka berharap orang bukan Islam terutamanya Islam akan melihat perjuangan mereka lebih liberal, toleran berasaskan hakikat kewujudan manusia atas fitrah masing-masing tidak menganggu agenda dan machinery agama mereka. Apabila mereka selesa dengan kebenaran itu, undi bukan Islam akan berpihak kepada mereka. Kristianj akan memberi sokongan moral kepada mereka. Seharusnya, kalimah Allah tidak patut digunakan sebagai isu dan modal politik mentah seperti isu-isu lain seperti ekonomi, pendidikan dan budaya. Isu yang berkaitan agama harus diselesaikan penuh beradab, berilmu dan bijaksana bak kata orang umpama menarik rambut di dalam tepung. Saya melihat dalam isu kalimah Allah menyerlahkan kebodohan besar orang Melayu dan juga kehuruharaan siasah orang Melayu. Perkara itu menatijahkan kerugian besar kepada orang Melayu semuanya. Kenapa saya kata bodoh, kerana isu ini yang mendapat untung dan labanya orang Kristian. Mereka bergembira dengan polemik isu ini kerana tanpa perlu membuang masa dan tenaga ada pihak yang membela mereka. Hari ini orang Kristian walaupun tidak bertepuk tangan tetapi mereka sangat suka ia didebatkan dan dipolemikkan. Isu ini berjaya menjadikan pemuka Islam bertegang leher sesama sendiri. Suasana inilah yang mereka ingin diketahui oleh umum terutamanya pengikut dan pendokong mereka, bahawa tidak sistemetiknya umat Islam dalam menyelesaikan sesuatu isu yang berlaku di sekeliling mereka. Lantaran itu mereka (Kristian) hanya berdoa semoga pihak yang membela mereka akan menang. Dalam pada itu pihak yang menentang mereka akan kalah, kemudian menjadikan pertetangan kedua pihak itu berterusan dan mudahlah mereka mengambil kesempatan. Strategi inilah saya rasa tidak diperhati dan disedari oleh orang Melayu. Mereka tidak sedar mereka bergaduh dan bercekah di mana kesempatannya diambil oleh orang lain. Melihat kepada Melayu mendebat isu kalimah Allah ini dan melihat di mana kedudukan Kristian saya ibaratkan bagaimana harimau dan singa yang bertarung mengejar mangsa di hutan belantara menunjukkan kegagahan dan kehebatan masing-masing, menunjukkan ketajaman kuku dan keruncingan taring masing-masing tetapi akhirnya semua itu sia-sia saja. Dengan kehebatan itu mereka akhirnya berjaya menangkap mangsa. Malangnya baru mereka hendak menikmati mangsa itu, mereka tidak sedar bahawa di atas kepala mereka, nun di langit sudah lama berterbangan si burung hering, (burung botak) pemakan daging yang mengikut pertarungan kedua haiwan hebat itu. Mereka memerhati dari jauh dengan penuh prihatian. Manakala sebaik saja harimau dan singa sudah berjaya menerkam mangsa dan baru hendak memakannya tiba-tiba burung hering akan menyewah turun. Mereka ramai-ramai mengelilingi singa dan harimau yang sudah penat bertarung itu. Si hering ini akan membuat tektik dengan mengacau dan mengacah-acah terhadap harimau dan singa itu. Akhirnya kerana tidak tahan, apa lagi kepenatan kerana bertarung mengejar mangsa keduanya beredar meninggalkan mangsa tanpa sempat menyentuhnya. Nah, saat ini burung hering yang cerdik, yang tidak menggunakan sedikit tenaga untuk mengejar mangsa itu akan melahap sampai habis mangsa ditangkap singa dan harimau itu tanpa meninggalkan sisa belulang atau tulang. Yang kenyang ialah hering yang terus kelaparan walaupun menang bertarung ialah sang singa dan harimau yang 'budak' itu. |
HKR: SAMM terima SMS ugutan Perkasa & Pemuda Umno Posted: 10 Jan 2013 02:29 AM PST Oleh Norutul Ilham KUALA LUMPUR 10 Jan: Samseng Umno menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan kepada semua ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), ekoran takut dengan gelombang Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Sabtu ini. Perkara itu didedahkan Penyelaras SAMM Wilayah Persekutuan, Shariful Azmir Mustafa. Menurutnya, SMS itu diterima tiga hari lalu oleh pimpinan tertinggi SAMM seluruh negara. "Beberapa hari lalu, aktivis dan ahli SAMM diganggu dengan SMS berbaur ancaman dan ugutan daripada pihak yang menamakan diri mereka Perkasa, Pekida dan Pemuda Umno untuk halang dan timbulkan provokasi agar perhimpunan bertukar menjadi pertumpahan darah," jelasnya kepada pemberita. SMS yang diterima itu, antaranya berbunyi "Kami akan halang himpunan haram dari malam lagi. Kami Perkasa, Pekida, Pemuda Umno dan 80 NGO lagi akan tunggu di d/merdeka dari malam lagi. Jangan jadi pengkhianat negara". "Ternyata regim usang ini sedang menghayati zaman akhir pemerintahan mereka dengan melakukan provokasi, sabotaj dan menggunakan samseng upahan untuk menakut-nakutkan rakyat," katanya selepas menyerahkan sejambak bunga kepada Timbalan Ketua Balai IPD Dang Wangi, M Nazir, di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam. Menurut Shariful Azmir, SAMM tidak melaporkan perkara tersebut kepada polis kerana menyifatkan tindakan bacul samseng Umno itu sebagai isu remeh. "Kita tidak akan lapor polis kerana mahu fokus kepada HKR di Stadium Merdeka 12 Januari ini. "Tidak perlu kami layan provokasi kerana kami sudah terbiasa dengan sikap samseng Umno," katanya. Penyerahan bunga tersebut sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan polis ke HKR secara aman menjaga keselamatan rakyat. Bagaimanapun, M Nazir yang berlagak sombong menolak untuk menerima risalah dan brosur mengenai pesanan kepada pihaknya supaya tidak menzalimi rakyat, sebaliknya menyatakan tugas mereka menjaga 'keselamatan' rakyat. |
Pembangkang M’sia dinafi liputan bersih & adil – J/K Pemerhati Muslim Amerika Posted: 10 Jan 2013 02:22 AM PST Oleh Aedi Asri SUBANG : Pembangkang Malaysia dinafi mendapat liputan adil dan bersih di saluran media kerajaan, menurut wakil Jawatankuasa Pemerhati Pilihan Raya Muslim Amerika, Dr Inayat Malik. Sedangkan katanya, kebebasan media merupakan isu terbesar yang perlu diberi perhatian bagi menjamin pilihan raya bersih dan adil. Tegas Inayat, sangat penting untuk semua parti politik memiliki akses yang bebas dan adil kepada media penyiaran dan bercetak. "Kami perhatikan di Malaysia, parti pembangkang dinafikan liputan yang adil di media penyiaran dan bercetak arus perdana. "Media (arus perdana) hanya cerminkan satu sudut pandang. Sudut pandang berbeza sangat kurang…Pandangan berlawanan harus diberi peluang untuk disuarakan," kata Pengerusi Bersama Dialog Antara Agama, Islamic Society of North America (ISNA) itu. Beliau berkata demikian pada sidang media berkenaan hasil misi pencarian fakta berkaitan reformasi dan penambahbaikan sistem pilihan raya di Malaysia, di sebuah hotel di sini hari ini. Hadir sama, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Inayat bersama dua lagi wakil lain dalam lawatan ke Malaysia bagi memerhati proses pilihan raya Malaysia menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13). Menurutnya, mana-mana pihak wajib melakukan sesuatu untuk memastikan media bebas. "Mungkin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menteri atau pemerintah…(Yang penting) mana-mana pihak perlu buat sesuatu," kata Inayat. ISNA yang ditubuhkan pada 1982 adalah organisasi masyarakat Muslim terbesar di Amerika Utara. Wakil lain yang turut ke negara ini adalah Ahli Jawatankuasa Pilihan Raya dan Demokrasi ISNA, Dr Mirza Baig dan Konsul ISNA, Mazen Asbahi. Perkara lain yang turut menjadi perhatian mereka adalah tahap integriti daftar pengundi SPR dan peranan kerajaan untuk menjamin keadilan dan menghalang salah guna jentera kerajaan sepanjang tempoh pilihan raya. |
Abby Abadi teruja mahu sertai Himpunan Kebangkitan Rakyat Posted: 10 Jan 2013 02:18 AM PST Oleh Norutul Ilham KUALA LUMPUR : Pelakon dan selebriti terkenal, Abby Abadi sangat teruja menjadi antara sejuta rakyat menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka Sabtu ini. Menurutnya, beliau akan berada di Kuala Lumpur bermula esok sebagai persiapan untuk menyertai himpunan raksasa itu. "Teruja sangat, rasa macam nak raikan sesuatu. Tak pernah saya rasa seperti ini. Masa Bersih 1.0, 2.0, 3.0 saya terlepas. Kali ini saya akan rasakan sendiri pengalaman berhimpun bersama rakyat. "Masa Bersih 3.0 saya hanya dengar dan ikut perkembangan daripada media. Bila kita tak berada dalam kumpulan itu, kita tetap tidak faham sepenuhnya apa yang dituntut mereka," kongsi Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan kepada Keadilan Daily. Kata Abby, beliau bersedia mengharungi pengalaman kali pertama berhimpun kerana memahami apa sebenarnya tuntutan rakyat, biarpun masih baru dalam pentas politik. "Saya bersyukur walaupun ketinggalan tiga himpunan Bersih sebelum ini. Tapi saya gembira kerana dilimpahi kesedaran untuk menuntut perubahan," kata ahli PAS seumur hidup itu. "Perjalanan saya dahulu dan sekarang cukup berbeza. Dahulu, saya tidak mengambil tahu tentang dasar pentadbiran negara. Tapi sekarang apabila sampai satu tahap, saya mendapat pencerahan," kata Abby yang terkenal dengan jolokan Inspektor Haliza menerusi drama bersiri Gerak Khas. Tambah Abby, walaupun disogok berita huru-hara oleh media arus perdana, beliau yakin jika dengan niat betul dan ikhlas, perhimpunan itu pasti dipermudahkan olehNya. "Saya bersyukur dengan penghijrahan ini. Saya tidak takut pada manusia kerana yakin Allah ada bersama. Kita pergi ke perhimpunan itu ada tujuan yang jelas…InsyaAllah untuk dunia dan seterusnya di akhirat kelak. "Saya sendiri ada tengok dalam youtube bagaimana peserta himpunan sebelum ini dipukul tanpa melakukan kesalahan," katanya. "Saya berpesan di twitter kepada orang ramai, jika ada yang buat kecoh atau provokasi, kita tangkap dan ikat supaya kita boleh tanya kenapa dan siapa arahkan dia buat begitu," kata Abby yang menyiapkan dua baju mengikut warna tema ditetapkan penganjur. |
Pilih lokasi anda untuk berkumpul menuju ke Stadium Merdeka Posted: 10 Jan 2013 02:15 AM PST KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR: Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Sabtu ini diberi pilihan untuk berkumpul bersama pimpinan Pakatan Rakyat, NGO dan lain-lain kumpulan sebelum meneruskan perjalanan ke Stadium Merdeka. Berikut beberapa lokasi bersama senarai kumpulan mengikut laluan masing-masing yang ditetapkan. Masjid Universiti Malaya Jalan Pantai Adam Adli – mahasiswa Safuan Anang – mahasiswa Raja Iskandar – PAS YB Nurul Izzah YB Ng Swee Lim Brickfields Aruchelvam – PSM Maria Chin Abdullah – Empower Raja Ratnam – Warga Aman Faizal – OKU Zunar – seniman dan kartunis KLCC (Anak & Royalti) Mazlan Aliman – Anak YB Hussam Musa YB Teng Chang Kim Jalan Sultan (Selamatkan Kampung Warisan) Cikgu Ishak Surin – Muafakat YB Tan Kok Way Pasar Seni (Wanita) YB Dr Siti Mariah YB Teresa Kok YB Elizabeth Wong Dataran Merdeka (Kumpulan Hijau) YB Ronnie Liu Wong Tuck Kelab Sultan Sulaiman SAMM Anak-anak muda Chegu Bard Masjid Negara YB Azmin Ali YB Mujahid Rawa YB Khalid Samad termasuk warga kota yang singgah beribadat |
100,000 rakyat Perak turun ke Stadium Merdeka Posted: 10 Jan 2013 02:12 AM PST KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat Perak akan mengerahkan 100,000 rakyat negeri itu untuk bersama-sama dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka Sabtu ini.Setiausahanya, Dr Khairuddin Abd Malek berkata, pihaknya optimis akan mencapai sasaran tersebut melihat 'mood' rakyat ketika ini."Dengan semangat yang dibina, kami yakin rakyat Perak akan turun beramai-ramai menjayakan himpunan ini seterusnya mencapai matlamat penganjur untuk menghimpunkan sejuta rakyat," katanya dipetik Harakah Daily. Beliau berkata pada sidang media di Pejabat PAS Perak, Ipoh hari ini. Menurut Khairuddin, pihaknya telah memulakan mobilasi dan momentum sejak sebulan lalu bermula dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak di Seri Iskandar dan 'road show' yang diadakan di seluruh negeri Perak ketika ini. Dengan kelulusan daripada pihak Stadium Merdeka dan jaminan daripada Ketua Polis Negara pula katanya, akan memberi ruang kepada rakyat untuk menyertai himpunan tersebut tanpa sebarang kegusaran. Hadir sama, Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussien, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, Setiausaha PAS Negeri, Dr Muhaimin Sulam, Adun Tronoh, V Sivakumar, Adun Lubok Merbau, Zainuddin Mohd Yusof dan Ketua Mobilasi PAS Perak, Rahim Nordin. Delegasi Perak yang dipimpin oleh Ketua Mobilasi PAS Perak, Rahim Nordin akan berkumpul di Masjid Negara bersama-sama pimpinan sebelum bergerak ke Stadium Merdeka. Katanya, semua peserta daripada negeri itu perlu berdisiplin, menjaga keselamatan diri serta mengikut segala |
[PANAS] Kes Puspahanas - RM100 Juta Dibayar Tapi Hanya Buat Signboard & Pagar Zink! Posted: 10 Jan 2013 02:09 AM PST KELAB GREENBOC Awan Megah Gagal Siap Projek, Rafizi Hairan Kementah Tidak Tuntut RM72.5 Juta? Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mempersoalkan tindakan Kementerian Pertahanan(Kementah) yang tidak mendapatkan RM72.5 juta dari Awan Megah Sdn Bhd akibat kegagalan menyiapkan projek Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas). Beliau mendakwa dalam perjanjian, Kementah mensyaratkan penyediaan bon tanah dengan nilai itu sebagai jaminan projek terbabit akan siap dalam tempoh masa yang ditetapkan. Lebih membimbangkan, katanya apabila bon tanah itu luput secara automatik pada 3 Februari 2011. "Jadi, Kementerian Pertahanan perlu menjawab perkara itu sedangkan dengan wang RM72.5 juta itu ia boleh digunakan untuk menampung kos pembinaan Puspahanas," katanya dalam sidang media, di Ibu Pejabat PKR, di sini. Projek pembinaan Puspahanas itu lewat dimulakan oleh Awan Megah Sdn Bhd walaupun perjanjian dimeterai tahun 2005 dan sepatutnya siap Januari 2011 mengikut jadual yang didaftarkan dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). "Kementerian Pertahanan perlu menjawab persoalan yang dibangkitkan ini antaranya mengapa Kementerian tidak menggugurkan Awan Megah Sdn Bhd dari projek ini apabila sudah terbukti ia tidak mempunyai kemampuan dan kepakaran. "Adakah Awan Megah Sdn Bhd menyediakan bon tanah baru bagi menggantikan bon tanah asal yang luput," katanya. Tinjauan Rafizi ke tapak pembinaan Puspahanas di Presint 1, Putrajaya menunjukkan bahawa hanya dua daripada 12 bangunan utama sedang dibina. Menurut maklumat yang diperolehi dari kakitangan sub kontraktor di tapak pembinaan, kerja pembinaan hanya bermula dalam bulan Ogos lalu. Sehubungan itu, satu jelajah nasional ke kawasan kem tentera akan diadakan mulai esok bagi menerangkan isu salah guna wang Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Jelajah itu akan dimulakan di Setiawangsa, Lumut, Bandar Tun Razak, Kuantan dan Butterworth. RM160 Juta LTAT : Kerabat Akan Lapor Polis |
Panduan Bagi Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat KL#112 Posted: 10 Jan 2013 02:03 AM PST Editor BULETINMenurut Setiausahanya, Wan Sukairi Wan Abdullah, dokumen tersebut telah diedarkan melalui PAS Kawasan masing-masing bermula semalam. Katanya, dokumen tersebut adalah Garis Panduan Kesihatan (First Aid) dan Panduan Menghadapi Polis dan Undang-undang yang amat berguna kepada para peserta KL#112. "dua dokumen tersebut harus dibaca dan difahami untuk menjadi panduan kepada para peserta himpunan iaitu Garis Panduan Kesihatan (First Aid) dan Panduan Menghadapi Polis, "ia amat penting kepada semua peserta suapaya perjalanan himpunan dapat dijayakan,"ujarnya ketika ditemui semalam, Rabu 9 Januari. Beliau berkata, dokumen tersebut diedarkan bagi mempersiapkan diri para peserta bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Katanya, walaupun pihak polis telah memberi jaminan tentang keselamatan perhimpunan namun apa sahaja boleh berlaku dalam himpunan yang begitu ramai kelak. Oleh itu, beliau berharap para peserta, khususnya dari negeri Terengganu sentiasa mendengar arahan dari semasa ke semasa dan mewujudkan rangkaian komunikasi dalam kelompok kawasan masing-masing. Beliau mengingatkan para peserta supaya sentiasa menjaga akhlak dan disiplin serta tidak putus hubungan dengan Allah SWT. Dokumen panduan tersebut boleh dimuatturun melalui pautan dibawah; Dokumen 1 Dokumen 2 Dokumen 3 |
121, 000 Belia Daftar Rebat Telefon Pintar Posted: 10 Jan 2013 02:01 AM PST MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Seramai 121,000 orang belia yang berumur dari 21 hingga 30 tahun telah mendaftar setakat malam tadi untuk mendapatkan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) bagi pembelian telefon pintar. Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata secara puratanya sebanyak 25,000 permohonan diproses dan diluluskan setiap hari sejak rebat itu dilancarkan seminggu yang lalu. "Kita sangat gembira menyaksikan perkembangan positif daripada para belia di negara ini yang memberi sambutan baik terhadap pakej rebat yang dilancarkan kerajaan ini. "Bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran, pihak SKMM juga telah mengemas kini laman sesawang PKB iaitu komunikasibelia.skmm.gov.my dan nbi.skmm.gov.my," katanya kepada Bernama selepas sesi wawancara program Helo Malaysia di sini, malam Rabu. Beliau turut menegaskan bahawa pendaftaran untuk mendapatkan skim berkenaan adalah berdasarkan konsep 'siapa cepat dia dapat', iaitu tawaran tersebut akan ditutup setelah 1.5 juta belia menggunakan rebat itu. "Justeru belia yang ingin mendapatkan rebat itu perlu berbuat demikian dengan segera," katanya. Mohamed Sharil berkata selepas belia mendaftar untuk mendapatkan rebat, tempoh sah untuk menggunakan rebat itu hanya diberikan selama sebulan. "Bagaimanapun jika rebat itu tidak digunakan selepas tamat tempoh sebulan, belia boleh mendaftar semula untuk mendapatkan rebat itu namun ia bergantung kepada berapa ramai belia telah menggunakan rebat itu," katanya. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2013 mengumumkan pemberian rebat RM200 secara 'one-off' bagi golongan belia membeli satu unit telefon mudah alih pintar 3G bertujuan membuka akses maklumat kepada mereka. -BERNAMA |
Polis Tembak Mati Dua Daripada Tujuh Suspek Loloskan Diri Daripada Tahanan Posted: 10 Jan 2013 02:00 AM PST MSTAR ONLINE BUKIT MERTAJAM: Polis menembak mati dua daripada tujuh penjenayah yang diburu setelah meloloskan diri daripada tahanan ketika dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke Mahkamah Butterworth Isnin lepas. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kedua-dua penjenayah itu ialah Mohd Fairuz Adam yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, juga daripada geng Joe Mafia. "Siasatan awal polis mendapati mereka cuba keluar dari negeri ini. Kereta yang digunakan pula dipercayai diperoleh daripada geng Joe Mafia yang masih bebas," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, Khamis. Beliau berkata polis menerima maklumat mengenai dua penjenayah itu pada pukul 12.30 tengah hari di sekitar Kubang Semang dan berjaya menjejaki mereka 15 minit kemudian. "Polis mengarahkan mereka memberhentikan kenderaan tetapi mereka ingkar dan terus memecutkan kereta menghala ke Kampung Padang Ibu berhampiran Kampung Pelet. "Penjenayah itu kemudiannya masuk ke laluan mini tar (jalan kampung) dan polis terus mengejar mereka lebih kurang tiga kilometer lagi sebelum melepaskan tembakan pada tayar kereta menyebabkan pemandunya hilang kawalan," katanya. Beliau berkata, kereta yang dinaiki penjenayah itu kemudiannya terbabas ke tebing tali air dan di situ berlaku tembak menembak dengan anggota polis yang mengejar mereka. Siasatan awal polis mendapati pistol yang digunakan oleh penjenayah berkenaan diperolehi daripada geng Joe Mafia. Abdul Rahim berkata, polis kini meneruskan usaha memburu lima lagi penjenayah yang masih bebas dan operasi itu membabitkan 259 anggota termasuk daripada Unit Udara dan Pasukan Gerakan Am (PGA). "Kesemua penjenayah ini bergerak dalam dua kumpulan, satu kumpulan adalah geng Joe Mafia yang berjaya ditembak mati hari ini manakala lima lagi bergerak dalam kumpulan lain. Kami nasihatkan mereka menyerah diri," katanya. Beliau berkata, polis juga menerima maklumat awam mengenai seorang daripada penjenayah iaitu Mohd Sharimy Nor didapati membeli bekalan makanan di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Kulim-Butterworth dekat sini pada pukul 2 pagi. Abdul Rahim turut menasihat orang awam agar tidak memberi perlindungan kepada lima penjenayah terbabit dan jika didapati ada yang memberi perlindungan, mereka akan didakwa mengikut Seksyen 216 Kanun Keseksaan. "Siasatan polis juga mendapati ada orang awam yang memberi penjenayah ini makanan seperti roti, kami harap orang awam dapat beri kerjasama kepada polis," katanya. Dalam kejadian pada jam 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring. Dua daripada tahanan berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor, manakala tujuh lagi melarikan diri ke sekitar kawasan ladang sawit di Ara Kuda. BERNAMA |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan