Telok Bakong Online |
- Ustaz Nasha.. Selamat Tinggal PAS.????
- Barisan Nasional dah mula berkempen
- Ramai Spy Spy Didalam PAS Dan PKR..Waspada..
Ustaz Nasha.. Selamat Tinggal PAS.???? Posted: 29 Jan 2013 11:36 AM PST Khabarnya pemecatan Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebagai Ahli Majlis Syura PAS, badan tertinggi yang mengawal selia polisi PAS disahkan oleh kesemua Ahli Majlis Syura PAS.Alasan pemecatan beliau adalah kerana sering tidak menghadiri mesyuarat Majlis Syura PAS dan bertindak tidak mengutamakan Jemaah PAS dalam tindak tanduk beliau. Selepas dipilih oleh perwakilan muktamar Nasha segera mengutarakan idea nya untuk melakukan transformasi kepada jemaah PAS maka slogan "rebranding" dan "repackaging" PAS agar lebih dinamik dilontarkan . Setelah sepenggal terpilih idea beliau hanya tinggal cakap-cakap sahaja..apa yang beliau buat.?.Akhirnya dalam pemilihan AJK PAS Pusat berikutnya beliau kecundang Kawasan parlimen Bachok (YB Nasharuddin Mat Isa selaku Ahli Parlimen)juga dikhabarkan telah tidak beliau ambil perhatian pun..malah diberitakan ditegur pun dah tak mahu ambil peduli..dimana silapnya..bekas Timbalan Presiden PAS juga selaku Ahli Majlis Syura PAS bertindak sedemikian rupa.Adakah pujukan dan rayuan dunia telah menambat hati beliau atau memang UMNO sahaja yang molek dan bagus di mata beliau. Allahu'alam..Apa pun tindakan Majlis Syura PAS Pusat memecat keahlian beliau dalam badan tertinggi PAS Pusat wajar dipuji walaupun sedikit terlambat. Telok Bakong online seperti juga penyokong dan mereka yang pro kepada PAS telah lama mendesak agar beliau dipecat dari Majlis Syura PAS Pusat atas beberapa sebab yang telah kami utarakan sebelum ini. Wahai pimpinan PR belajarlah dari peristiwa ini..semoga ada hikmahnya atas berlaku peristiwa ini. Kepada ustaz Nasha , semoga peristiwa ini menjadikan beliau lebih istiqamah dengan PAS dan perjuangan Islam, tetapi kalau nak ikut jejak Ustaz Nakhaei Ahmad, Dr. Mashitah Ibrahim dan lain-lain pemuka agama dalam UMNO pun dipersilakan. Allah Maha mengetahui. |
Barisan Nasional dah mula berkempen Posted: 29 Jan 2013 10:47 AM PST Bahang panas nya PRU 13 semakin terasa..Dato' Raja Nong Chik Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional telah memulakan kempen tidak rasmi kepada para pengundi di Parlimen Lembah Lembah Pantai (P121) yang kini diwakili oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Nurul Izzah Anwar, dengan menghantar kad ucapan tahun baru 2013 beserta butiran pengundi dan tempat mengundi kepada bakal pengundi. Rajin Raja Nong Chik berkempen awal-awal lagi di Lembah Pantai, dah pasti beliau terpilih sebagai calon UMNO (BN) agaknya. |
Ramai Spy Spy Didalam PAS Dan PKR..Waspada.. Posted: 28 Jan 2013 05:15 PM PST Cuma mahu mengingatkan.Umno memang banyak menempatkan spy spy nya didalam parti parti Pakatan Rakyat.Matlamat utama pengintip pengintip politik ialah untuk mendapatkan maklumat dan bertujuan untuk memecahbelahkan para pengikut dengan kaedah kaedah tertentu.Hal ini dapat diterangkan dengan peristiwa perlompatan ke UMNO dan perbuatan ahli dan pemimpin yang bercanggah dengan polisi polisi parti. Umno sememangnya telah telah menghantar ramai pengintip pengintipnya kedalam organisasi parti dalam Pakatan.Telah diketahui umum dalam hampir setiap ceramah parti pasti akan ada pengintip umno menyelusup untuk mendapatkan maklumat.Ada juga dari Risik Tentera dan Polis.Untuk melawan musuh,Umno sememangnya perlu untuk mengetahui kekuatan dan isu isu yang diutarakan.Perkara ini adalah biasa dilakukan oleh parti parti politik,namun mengunakan kakitangan kerajaan untuk tujuan tujuan politik adalah salah dari segi undang undang negara. Tetapi yang paling merbahaya ialah terdapat nya pengintip Umno yang berjaya menyusup sehingga termasuk dalam pimpinan parti,dan sesetengahnya bertanding diatas tiket PR.Perkara ini harus dipandang serius dan diadakan langkah langkah pencegahan.Setiap calon yang bertanding haruslah melaui tapisan yang ketat.Disaat akhir sebelum PRU 13 ini dijangkakan banyak perkara perkara yang mengemparkan akan berlaku.Adalah dipercayai dilakukan oleh pengintip pengintip ini.Waspada Msinc-Biasanya spy spy ini boleh dikenali melalui tindakan tindakan yang tidak selaras dengan pucuk pimpinan,cuba memecahbelah ahli ahli serta memburuk burukkan parti lain dalam PR sehingga menimbulkan perasaan anti dikalangan ahli kepada parti itu.Spy ini juga boleh dipastikan melalui anugerah tanah atau lain lain harta oleh kerajaan UMNO/BN.Adakah orang orang yang bercirikan sedemikian dikalangan anda?. |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan