Addin |
- Najib Adalah Pengikut Anwar.. Gambar Sebagai Bukti
- LIVE!! Jelajah Merdeka Rakyat Stesen Temoh, Tapah
- Surat Terbuka Buat PM Dedah Tingkah Laku Sepupunya Tersebar..
- Tembelang Syed Hamid Albar Terbongkar..
- Panas!! Ketua Pemuda Umno Sertai PAS
- Konvensyen Pakatan Rakyat Februari Ini
Najib Adalah Pengikut Anwar.. Gambar Sebagai Bukti Posted: 29 Jan 2013 09:01 AM PST Gambar di bawah boleh di andaikan bahawa Najib dulu-dulu adalah pengikut Anwar. Najib berada di kem Anwar. Tapi sekarang Najib menjadi musuh no. 1 Anwar.. pelbagai tohmahan dan fitnah di lemparkan oleh Najib terhadap Anwar. |
LIVE!! Jelajah Merdeka Rakyat Stesen Temoh, Tapah Posted: 29 Jan 2013 07:08 AM PST |
Surat Terbuka Buat PM Dedah Tingkah Laku Sepupunya Tersebar.. Posted: 29 Jan 2013 06:20 AM PST Pagi tadi Addin terima e-mel dari seseorang yang tidak dikenali. Tujuan e-mel tersebut disebarkan tidak berapa pasti. E-mel tersebut di sebarkan kepada media perdana, blog umno dan juga blog pro pr. Ianya merupakan surat terbuka buat PM berkenaan tingkahlaku sepupunya hishamudin. Baca isi kandungan surat tersebut di bawah.. Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak Ibu Pejabat UMNO Malaysia Tingkat 38, Menara Dato' Onn Jalan Tun Ismail 50480 Kuala Lumpur 29hb Januari 2013 Menemui Datuk Seri Presiden merangkap Perdana Menteri Malaysia. Pertama sekali kami berdoa semoga Datuk Seri dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri kerana mengambil langkah yang cukup berani melawat Gaza minggu lepas. Kami amat berbangga dengan keberanian Datuk Seri. Kami meminta maaf jika kedatangan surat ini sedikit sebanyak mengganggu Datuk Seri dan merencat perencanaan kerja untuk pilihan raya 13. Kami tidak berniat untuk mengganggu tugas Datuk Seri atau cubaan untuk mensabotaj parti. Matlamat kami untuk memastikan parti dapat menghadapi pilihan raya dalam keadaan tidak ada musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan. Kami sebenarnya sudah beberapa kali cuba untuk berjumpa Datuk Seri bagi menjelaskan perkara ini tetapi penjaga-penjaga pagar Datuk Seri sering menjadi penghalang utama. Kami tiada pilihan lain melainkan dengan cara ini sahaja yang boleh kami lakukan agar mesej yang kami hendak sampaikan sampai ke telinga Datuk Seri. Datuk Seri, sewaktu Tun Dr Mahathir menjadi Presiden UMNO dan PM manakala Anwar Ibrahim selaku Timbalan Presiden dan TPM, Tun banyak memberi kepercayaan kepada Anwar untuk menguruskan pelbagai hal ehwal negara dan parti. Kepercayaan yang diberikan oleh Tun telah disalah guna oleh si rakus Anwar. Beliau menggunakan kepercayaan Tun untuk membina empayarnya baik dalam parti dan kerajaan. Jika hendak diperkatakan tentang Tun dan Anwar kisahnya sangat panjang dan semua orang mengetahuinya bagaimana rakus nya Anwar mempergunakan kepercayaan Tun M untuk dia berada di tempat tertinggi termasuklah memangku jawatan Perdana Menteri. Kisah berkenaan kini hanya tinggal dalam lipatan sejarah setelah ia hampir memusnahkan UMNO pada tahun 1998 hasil tajamnya pandangan Tun pada kelibat Anwar Ibrahim. Kini setelah lebih 15 tahun berlalu Anwar Ibrahim kedua dikesan wujud kembali di dalam UMNO di bawah pentadbiran Najib dengan modul dan sukatan pelajaran politik yang sama dilakukan Anwar dalam UMNO satu ketika dulu. Datuk Seri mungkin terlepas pandang gerakan demi gerakan yang sedang berlaku ketika ini. Dalam masa Datuk Seri sedang berusaha untuk menang 2/3 majoriti dalam PRU13,ada pula pihak sedang mengambil kesempatan untuk menyusun gerakan bagi memperkukuhkan kedudukan dalam politik terutama sekali pada pemilihan parti yang akan berlangsung nanti. Datuk Seri sedang dikelilingi oleh parasit-parasit parti.Datuk Seri sedang dibuai dengan nyanyian yang enak di telinga Datuk Seri oleh pencacai-pencacai terutama sekali sepupu Datuk Seri,Hishamuddin yang sedang memasang badan untuk ke peringkat tertinggi dalam parti dan sepupu Datuk Seri ini menjadi semakin angkuh kerana sepupunya adalah Perdana Menteri. Sedar atau tidak oleh Datuk Seri sekarang bahawa sepupu Datuk Seri sedang membina empayarnya di dalam UMNO untuk kepentingan politik dirinya ? Kepura-puraan beliau di depan Datuk Seri hanyalah umpan untuk menyedapkan mata dan telinga Datuk Seri. Datuk Seri ada pengalaman mengenal budaya ampu dan bodek ini tatkala Datuk Seri hampir-hampir tewas di Pekan,Pahang pada PRU11 lalu. Sebagai mahu memenuhi tembolok politik peribadinya,Hishamuddin sanggup melakukan apa sahaja termasuklah menabur fitnah terhadap saingannya,menghantar SMS kepada seluruh rangkaiannya,menggunakan KDN untuk menutup segala kebejatan moralnya dan apa yang didedahkan oleh mantan Ketua Polis Negara,Musa Hassan sampai sekarang tidak disanggah dengan bukti dan beliau hanya menafikannya semata-mata.Ini jugalah stail Anwar masa dalam kerajaan satu ketika dulu. Hishamuddin umpama biawak hidup yang terpaksa Datuk Seri usung dan pikul.Beliau terlalu banyak mengguna serta memperalatkan nama Datuk Seri terutama sekali dalam soal pemilihan calon bagi mengisi kerusi Parlimen dan DUN untuk PRU13, kononnya Dato Seri memberikan beliau mandat untuk menapis serta mengenal pasti calon-calon dan Hishamuddin terlalu banyak berjanji dengan setiap pemimpin UMNO atau ahli UMNO yang beliau temui. Sikap hipokrit Hishamuddin ini cukup tebal Datuk Seri,di depan Datuk Seri lain cakapnya dan di belakang Datuk Seri lain pula tindakannya dan senario ini sama beliau lakukan di depan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain. Datuk Seri,beliau juga sedang ligat memasang orang-orang tertentu untuk bertanding dalam pemilihan parti dengan alasan kononnya Datuk Seri yang minta mereka ini menentang calon sedia ada.Begitu jugalah dengan menawarkan orang-orang tertentu untuk menjadi calon kerana Datuk Seri yang minta. Tidak cukup beliau mengatur pertandingan UMNO di peringkat Bahagian,sepupu Dato Seri ini juga sudah pun menyusun orang-orang tertentu di dalam sayap-sayap parti untuk bertanding merebut jawatan sehingga diberitahu apa sahaja keputusan mesyuarat sayap-sayap parti perlu disampaikan kepadanya. Kesan daripada menggunakan nama Datuk Seri ini,kita yakin dan amat percaya kalau gerakan sepupu Datuk Seri ini tidak dibendung ataupun diambil tindakan oleh Datuk Seri boleh mewujudkan budaya sabotaj ataupun lompat parti. Surat ini untuk peringkat ini tidak mahu menyebut atau mendedahkan lagi bagaimana sepupu Datuk Seri ini mengumpul kekayaan terutama sekali di negeri Johor hingga mampu membeli sebuah rumah mewah di kawasan elit di Kota London baru-baru ini, tetapi surat ini lebih kepada mahu memberitahu sikap sebenar Hishamuddin yang selama ini setiap saat dan ketika memperdagangkan nama Datuk Seri. Datuk Seri sedar atau tidak,helikopter dan kenderaan siapa yang digunakan oleh sepupu Datuk Seri untuk sebarang program parti ataupun peribadi beliau? Datuk Seri sedar atau tidak bagaimana akrabnya sepupu Datuk Seri ini dengan tokoh korporat Cina di Johor bernama Lim Kang Hoo itu ? Pernah Datuk Seri tanya sepupu Datuk Seri hubungan sebenar mereka berdua hingga Lim Kang Hoo begitu bermaharajalela di Johor? Kenapa begitu hina sekali anak seorang pejuang UMNO sanggup bersekongkol dengan seorang tauke cina untuk meranapkan harta-harta anak bangsa sendiri di bumi Johor ? Datuk Seri kami sedar apa yang kami lakukan ini ibarat menepuk air di dulang terpercik muka sendiri. Namun apakan daya kami kerana kami tiada jalan lain untuk menyampaikan mesej kepada Datuk Seri. Sedar atau tidak oleh Datuk Seri sekarang ketika kita sedang sibuk untuk memantapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya, Hishamuddin pula sibuk memantapkan rangkaiannya untuk menghadapi pemilihan UMNO ? Beliau sedang sibuk mencatur orang sana-sini untuk berlawan orang itu ini kononnya itu permintaan Datuk Seri. Dalam masa yang sama juga sibuk mencaturkan orang untuk dilantik sebagai menteri, timbalan menteri dan menteri besar. Ini adalah permulaan Surat Terbuka kepada Datuk Seri berkaitan dengan gelojohnya nafsu politik sepupu Datuk Seri ini dan akan menyusul lagi pendedahan tentang apa yang sepupu Datuk Seri lakukan ini boleh memecahbelahkan UMNO,boleh menggugat kedudukan Datuk Seri sebagai Perdana Menteri Malaysia dan mungkin juga menghalang transformasi politik yang Datuk Seri laung-laungkan selama ini. Surat ini dibuat kerana ucapan Datuk Seri masa Perhimpunan UMNO lalu yang bertajuk Ubah Atau Rebah dan sekiranya Datuk Seri masih gagal merubah sepupu Datuk Seri ini,yakin dan percayalah Datuk Seri akan rebah bersama-sama sepupu Datuk Seri yang sedang bernafsu besar dalam politik negara ini. Sekian dulu untuk yang pertama ini dan akan menyusul nanti beberapa pendedahan yang mengejutkan Datuk Seri tentang sepupu Datuk Seri ini. Sekian Warga-warga Johor http://hishamhipokrithantu.blogspot.com/ |
Tembelang Syed Hamid Albar Terbongkar.. Posted: 28 Jan 2013 08:21 PM PST Halatuju sebenar Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam industri teksi "terserlah" pada Majlis Ramah Mesra bersama pemandu teksi yang diadakan di pejabatnya di KL Sentral pada 21/01/2013 yang lalu. Menerusi kenyataan akhbar Pengerusi SPAD yang masih mengkaji isu permit individu, harapan pemandu teksi untuk memilikinya menjadi hancur berkecai sama sekali, walaupun ianya pernah dijanjikan oleh Perdana Menteri sendiri. Walaupun tidak di jemput, Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB) dihujani dengan rungutan dari 'rakan-rakan' Pengerusi Persatuan serta Koperasi yang turut serta dalam majlis tersebut. Rata-ratanya tidak bersetuju akan 'berita baik' dari Pengerusi SPAD itu. Bagi BBPTB, Tan Sri Hamid Albar cuba 'memadam'kan beberapa perkara penting dalam membuat pertimbangan, antaranya :- Pada program TR1MA di Bukit Jalil, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ada berkata, "Saya tidak suka mendengar syarikat ada banyak permit. Saya akan beri permit kepada individu". 26/06/2012, CEO Azhar Ahmad dilaporkan berkata, "SPAD akan merangka sistem pemberian permit kepada individu supaya kebajikan pemandu teksi terjamin". 27/06/2012,Tan Sri Hamid Albar sendiri dilaporkan berkata, "Model Baru iaitu pemberian permit individu tidak jejas operator(Pengusaha) sedia ada". 24/10/2012, Datuk Ahmad Maslan semasa menjawab soalan S.Sivarasa di Parlimen dilaporkan berkata, "SPAD akan tarik semula Surat Tawaran Kelulusan (STK) 6,602 permit untuk diberi kepada individu yang sedang pajak teksi dari syarikat". Mungkin Pengerusi SPAD menganggap bahawa semua janji itu merupakan 'janji yang tak perlu ditepati' kerana baginya, yang penting didalam industri teksi adalah Pengusaha Teksi sahaja. Kebajikan pemandu teksi cukuplah sekadar janji manis, jamuan makan, 'sedekah' payung serta topi pada majlis setahun sekali seperti itu. Sama macam 'beri coklat kepada budak-budak'.BBPTB merasakan, mungkin 500 pemandu dari Persatuan/Koperasi Teksi yang hadir itu sudah selalu diperbodohkan oleh SPAD. Namun 79,000 lagi pemandu teksi diluar sana, sedang memerhatikan apa yang sedang dan sudah SPAD lakukan terhadap industri ini.BBPTB percaya senario sekarang amat mengecewakan mereka. Pengerusi SPAD sekarang tidak boleh digantung harapan dalam hal-hal berkaitan kebajikan warga pemandu teksi seluruh negara, selain dari terus menjadikan pemandu sebagai korban 'penghambaan moden'.BBPTB berpandangan, dalam konteks negara Malaysia ini, SPAD telah menganiaya 79,571 warga pemandu teksi yang juga merupakan warganegara. Dan dalam konteks bangsa pula, warga pemandu teksi yang majoritinya adalah Melayu dianiaya, dinafikan hak serta ditindas oleh pemimpin dari bangsanya sendiri. Itu yang paling malang serta memilukan sekali.BBPTB pernah menyarankan agar Pengurusan Industri Teksi (termasuk Tan Sri Hamid Albar) supaya mengubah mentaliti 70-80an kepada menteliti millenium jika tidak mahu industri ini menjadi bahan 'lawak jenaka' khalayak tempatan mahupun pelancong asing. Mentaliti berjanji manis dahulu dan kemudian menipu sebegitu rupa tidak lagi boleh diterima-pakai dalam era dunia tanpa sempadan ini, sudah ketinggalan zaman. Tan Sri Hamid Albar perlu ingat, ramai pelancong asing ketika ditanya pemandu teksi mengapa gemar datang ke Malaysia, dengan sinis mereka menjawab, "Your country is very funny". Amran Jan Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Bermeter (BBPTB) |
Panas!! Ketua Pemuda Umno Sertai PAS Posted: 28 Jan 2013 06:03 PM PST TANAH MERAH: Di Pasir Gudang sembilan bilik gerakan Umno ditutup, di Pengkalan Chepa ahli di peringkat cawangan mendesak ketua bahagian meletak jawatan.Manakala di Bendang Nyiur Dun Kemahang malam tadi 111 ahli dan penyokong Umno menyertai PAS. Kumpulan ahli dan penyokong Umno itu diketuai Ketua Pemuda Umno Cawangan Bendang Nyiur A, Ali Lizon Isa, 45. Turut menyertai PAS 11 lagi adik beradik dan emaknya Che Som Mamat.Ali yakin lebih ramai lagi akan mengikut jejak langkahnya menjelang pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan bila-bila masa dari sekarang.Beliau mengetuai sayap pemuda Umno di cawangan berkenaan sejak dua penggal lalu, sebelum itu memegang jawatan timbalan ketua pemuda Umno cawangan. Pada majlis itu beliau menyerah borang menyertai PAS kepada Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud. Hadir sama Adun Kemahang, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, Adun Bukit Panau, Datuk Abdul Fattah Mahmood.Selain itu Penyelaras NGO Jingga 13, Fariz Musa dan bekas Setiausaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua.Bendang Nyiur sebelum ini dianggap kubu Umno. Malam tadi menyaksikan kehadiran begitu ramai penduduk tempatan sehingga memenuhi ruang padang.Ali yang bekerja sendiri kini sudah berpatah arang berkerat rotan dengan Umno.Ketika ucapan ringkasnya sebelum itu Ali berkata, Umno sudah terlalu penat bagi menghadapi pelbagai kerenah ahli dan penyokong. Sebelum ini pada 15 Januari lalu seramai 43 ahli dan penyokong Umno di Kampung Gobek, Dun Gual Ipoh meninggalkan parti lama dan menyerah borang menyertai PAS.Mereka diketuai Sudin Nuh, 37 menyerahkan borang kepada Nasuruddin, yang juga Adun Meranti. ~harakahdaily |
Konvensyen Pakatan Rakyat Februari Ini Posted: 28 Jan 2013 04:43 PM PST KUALA LUMPUR 23 Jan: Pakatan Rakyat bakal menganjurkan konvensyen menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) pada pertengahan Februari ini, kata Pengarah Stategi KEADILAN, Rafizi Ramli.Menurutnya, penekanan terhadap aspek ekonomi serta permasalahan rakyat menjadi fokus utama pembentangan manifesto dalam konvensyen itu nanti. "Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat sedang giat melakukan persiapan akhir konvensyen serta meneliti kandungan manifesto," kata Rafizi kepada Keadilan Daily."Kita memberi penekanan utama kepada aspek ekonomi, dan permasalahan rakyat. Ada antara perkara dalam manifesto tersebut yang sudah diisytihar sebagai dasar Pakatan dan ada lagi perkara baru yang akan kita umum nanti," jelasnya. Jawatankuasa tersebut dianggotai Rafizi sendiri, Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dari KEADILAN.Sementara PAS diwakili Ahli Jawatankuasa Kerjanya, Khalid Samad dan Naib Presiden, Datuk Husam Musa. Manakala Ronnie Liu dan Tony Pua mewakili DAP."Kita belum ada tarikh tepat, yang pasti pada minggu ketiga Februari, kita akan umumkan," kata Rafizi lagi.Konvensyen ini merupakan kali keempat diadakan sejak 2010. Kali terakhir adalah pada 14 Januari tahun lalu di tapak Konvensyen Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar dengan memfokus dan memperincikan dasar utama Pakatan dalam tawaran Buku Jingga. ~keadilandaily |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan