Telok Bakong Online |
Posted: 01 Jan 2013 08:10 PM PST NORMAWATI ADNAN & SHAHRIZAL AHMAD ZAINI 27 Disember 2012
IPOH - Seramai 37 peserta Felcra Nasaruddin Belia, Seri Iskandar menyatakan hasrat keluar daripada pihak pengurusan setelah Felcra dikatakan gagal memberi penjelasan terperinci berhubung pembangunan tanah di kawasan itu. Pengerusinya, Md Yusof Mat berkata, keputusan untuk mengusahakan sendiri tanah itu dibuat setelah mendapati berlakunya penyelewengan pemberian hak milik tanah dan kos pembangunan tanah oleh Felcra terhadap mereka. Menurutnya, isu berkenaan timbul apabila peserta mendapati, pembahagian kaedah 55:45 peratus yang diberikan kepada mereka tidak mengikut konsep perjanjian yang termaktub. "Berdasarkan perjanjian, 55 peratus daripada hasil yang diterima adalah milik peserta dan 45 peratus untuk pengurusan institusi tanah berkenaan. "Kami agak terkejut apabila setiap potongan termasuk kos operasi dan caj pengurusan dibuat melalui hasil peserta, bukan termasuk dalam 45 peratus milik pengurusan Felcra. "Keadaan yang berlaku ini agak mengelirukan kerana kaedah pembahagian hasil seumpama itu tidak dinyatakan dalam surat perjanjian," katanya pada satu sidang media, di sini. Hadir sama, Pengerusi Lajnah Tanah dan Kemajuan Wilayah Badan Perhubungan Pas Perak, Razman Zakaria. | ||
Konstituensi DUN Bota - Pembangunan Rohani adalah asas kepada Pembangunan Jasmani Posted: 01 Jan 2013 05:04 PM PST Oleh Ustaz Zulkifli Ibrahim (Ketua Penerangan PKR Perak).1. Diri kita sebagai manusia terbahagi kepada Rohani dan Jasmani atau di dalam Bahasa Arabnya disebut sebagai Roh dan Jasad. Demikianlah kejadian manusia sebagaimana disebutkan di dalam Al Qur'an. 2. Demikianlah juga jika kita bicarakan tentang bentuk pembangunan sesebuah masyarakat di dalam sesuatu kawasan atau konstituensi. 3. Konstituensi DUN Bota ditandai sebagai N39 dibahagikan kepada 16 Daerah Mengundi. Kini anggaran pengundi di DUN Bota mencecah kepada angka lebih kurang 18,000 orang pengundi. Meskipun demikian, data ini perlu diperhalusi kesahihannya. Barangkali ada data yang bila disemak di Laman Sesawang SPR kita tidak menjumpai sebarang rekod tentang pengundi tersebut. Ada juga nanti menunjukkan datanya di Konstituensi yang lain. 4. Adalah menjadi tugas kita semua untuk menyemak hal ini secara bersama kerana kita akan nantinya berhadapan dengan suatu proses demokrasi iaitu Pilihanraya Umum ke 13 bagi memilih seorang dari kalangan kita untuk dilantik sebagai ahli Perundangan di dalam Dewan Undangan Negeri Perak. 5. Bagi seseorang yang akan memikul tugas sebagai seorang ahli Perundangan nanti hendaklah meneliti dua aspek penting di dalam pembangunan sesuatu konstituensi yang diwakilinya. Iaitu Pembangunan Rohani dan Pembangunan Jasmani. 6. Di dalam sistem pendidikan di Malaysia hari ini, arus perdana membahagikan tiga tahap pendidikan yang rata-ratanya akan dilalui oleh majoriti rakyat iaitu pendidikan rendah, menengah dan pengajian tinggi. Bagaimanapun masih ada banyak lagi institusi yang menjalankan Pendidikan Berterusan atau Continuing Education samada secara formal atau pun tidak. 7. Saya melihat Pembangunan Rohani adalah aspek yang amat penting diperhebatkan di konstituensi DUN Bota. Di DUN Bota, premis Ibadah amat mencukupi dari segi fizikalnya, namun pengisian kerohanian agak sangat kurang memberangsangkan. 8. Soal Pembangunan Kerohanian hendaklah menjadi tugasan yang amat penting dan paling utama bagi seseorang Ahli Perundangan atau biasanya disebut sebagai "Wakil Rakyat" DUN Bota. 9. Sesiapa sahaja yang telah pun menyumbang kepada pengasasan, kewujudan, pembangunan dan penjagaan premis Ibadah kita iaitu Masjid hendaklah diberikan kredit yang baik. Namun janganlah sama sekali ada manusia yang menjadikan usahanya yang terdahulu sebagai suatu "ego-politik" atau political-ego bahawa mereka telah mengadakannya. 10. Ingatlah sekalian, Masjid adalah Baitullah atau Rumah Allah. Adalah menjadi tanggung jawab kita semua membangunkannya sehingalah kepada memakmurkannya. 11. Saya akan memilih untuk memakmurkan Masjid-masjid (dan juga Surau-surau) yang berada di kawasan DUN Bota. Pengisian kepada program-program Ilmu (keutamaan kepada Ilmu Wahyu) ke dalam Masjid dan Surau secara lebih pesat akan menjadi agenda yang akan kita laksanakan bersama. 12. Seterusnya, ikatan persaudaraan Sillatur Rahmi akan kita perkukuhkan di kalangan kita sehinggalah terlihat suatu ikatan Jemaah yang teguh di kalangan masyarakat di dalam DUN Bota. Ayuh kita tanam suatu wawasan untuk melihat Masjid dan Surau dimakmurkan dengan hebat dan seterusnya jumlah Jemaahnya bertambah dari hari ke hari. 13. Inilah wawasan politik (siyaasi) kita, tidak kira baju parti apa yang kita pakai. Masyarakat yang memiliki Iman yang teguh akan dapat membuat perubahan kepada Pembangunan Jasmani atau Pembangunan Fizikal bagi sesuatu kawasan geografi. |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan