Rabu, 2 Januari 2013

Addin

Addin


Bekas KSU Di Cekup Bersama 36 GRO

Posted: 02 Jan 2013 08:22 AM PST


Seorang bekas ketua setiausaha sebuah kementerian yang sudah bersara dan bergelar Datuk serta seorang rakannya yang juga berstatus sama ditahan bersama 36 pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan dilakukan sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah pusat karaoke di Bukit Bintang, malam kelmarin.

(Gambar) Pengunjung disko nekad terjun elak dicekup ketika diserbuan.

Dalam serbuan jam 7 malam itu, kedua-dua VIP terbabit berhibur dan dipercayai dalam keadaan mabuk.

Menurut sumber, 'Datuk' terbabit yang berusia lewat 50-an berlagak sombong dan mendakwa kebal daripada undang-undang.

"Datuk terbabit tidak gentar dengan kesalahan syariah yang dilakukannya, malah mencabar penguatkuasa Jawi untuk mengambil tindakan.

"Semua GRO disiasat mengikut Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan kerana mengingkari pihak berkuasa agama manakala kedua-dua VIP terbabit disiasat kerana bersubahat.

"Sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya," katanya.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan sempena sambutan tahun baru, puluhan pengunjung remaja Islam yang asyik berpesta arak di sebuah disko terkemuka, di sini, nekad melompat dari tingkat atas disko berkenaan kerana takut diperiksa polis dan pihak berkuasa agama, awal pagi semalam.

Ada antara mereka cedera dan luka di anggota badan akibat terjatuh. Remaja berusia 18 hingga 25 tahun itu meneguk arak dan berpesta ketika serbuan.

Malah, terdapat pengunjung merempuh pintu hadapan dan melepaskan diri. Operasi dijalankan 60 anggota dan pegawai diketuai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan kerjasama polis D7 KL dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), jam 2 pagi semalam.~hmetro


Iklan C(ii)


Gempar!! Umno BN Henti Bekal Ubat Percuma Di Hospital Dan Klinik?

Posted: 02 Jan 2013 06:06 AM PST

PETALING JAYA 2 Jan: Orang ramai tidak lagi berpeluang mendapat ubat percuma dari hospital atau klinik kerajaan sebaliknya perlu menanggung sendiri kos menerusi swasta ekoran dasar baru yang bakal dilaksana Kementerian Kesihatan tidak lama lagi. Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, maklumat diterimanya menyatakan Kerajaan Persekutuan menangggung RM1.2 bilion untuk membiayai ubat-ubatan pesakit dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun.

Oleh sebab itu, kementerian dikatakan terpaksa menghentikan pengedaran ubat-ubatan secara percuma.

"Antara ubat paling banyak diberi kepada pesakit ialah paracetamol (ubat demam) dan ubat penahan sakit, piriton (selsema) dengan kos 10 sen setiap biji. Kementerian membelanja lebih RM1.2 bilion dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun.

"Maka satu sistem baru akan diperkenal dalam masa terdekat. Kementerian Kesihatan tidak lagi membekalkan ubat kepada pesakit, tetapi perlu membelinya sendiri di farmasi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Yahya berkata, sistem itu jauh berbeza pada masa kini apabila kementerian menanggung segala kos rawatan, konsultasi dan perubatan.

"Kami mendesak dasar baru itu dibatal serta-merta kerana ia jelas membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah selain kos sara hidup setiap hari kian melonjak.

"Kita juga desak dasar sedia ada dikekalkan kerana kami yakin jika kewangan negara diurus dengan tata kelola baik termasuk membasmi rasuah, rawatan kesihatan percuma boleh diberi kepada seluruh rakyat sebagaimana dinikmati di beberapa negara Eropah," katanya.

Mengikut data Kewangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), ketika ini, 72 peratus daripada 12 juta pekerja Malaysia bergaji RM700 hingga RM1,500 sebulan dengan purata mereka mempunyai tiga orang anak. Dasar baru ini pasti akan membebankan rakyat.

Turut hadir dalam sidang media, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sikamat, Aminuddin Harun dan Setiausaha Kewangan (MTUC), Alias Awang. ~kd



Iklan C(ii)


Panas!! Pencacai Pecahkan Cermin Kereta Setiausah Kerja PAS

Posted: 02 Jan 2013 03:50 AM PST


Terbaru kereta setiausaha kerja PAS kawasan Alor Gajah telah di pecahkan di Pekan Durian Tunggal, Melaka. 

Menurut FB Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari sidang media 2.30 petang ini di Pejabat PAS Kawasan Alor Gajah berhubung pengkhianatan yang dilakukan kepada setiausaha kerja Pas Kawasan Alor Gajah, cermin keretanya dipecahkan di pekan Durian Tunggal.

Mangsa merupakan setiausaha kerja PAS Kawasan dan aktif membuat gerakkerja pilihanraya. Dikhuatiri jenayah ini dilakukan oleh samseng politik. Berharap pihak polis dapat memandang serius dan mengambil tindakan tegas insiden ini.

Saksikanlah gambar-gambar kerja khianat samseng politik..






Iklan C(ii)


Rosmah Kantoi!! 19 Invois Pembelian Permata Oleh Deepak Terbarai..

Posted: 02 Jan 2013 01:47 AM PST

Belum pun sempat perdana menteri, Najib Altantuya menghembus nafas 'lega', hari ini satu lagi 'bom berangkai' diletupkan!KEADILAN sebentar tadi mendedahkan 19 invois pembelian barangan kemas termasuk cincin bernilai USD3.9 juta (RM11.7 juta) dalam satu sidang media yang diadakan di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, Selangor.Sekali lagi Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli membongkarkan perkara itu yang mengatakan bahawa dokumen tersebut diperolehi menerusi sumber ketiga yang tidak didedahkan.

Pembelian barang kemas tersebut dilakukan di Hong Kong dan dipercayai digunakan melalui syarikat perniagaan yang dikendalikan peniaga permaidani, Deepak Jaikishan untuk isteri Najib Altantuya, Rosmah Mansor.

Salah satu dari dokumen tersebut ialah mengenai pemindahan wang yang dibuat oleh syarikat-syarikat Deepak iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd ke syarikat-syarikat barang kemas mewah di Hong Kong, yang didakwa Deepak sebagai pembelian barang kemas mewah oleh Rosmah yang dibayar oleh beliau.

Deepak semalam menepati janjinya apabila mendedahkan siri pertama pendedahan di sebalik penarikan akuan bersumpah (SD) pertama dan penerbitan akuan bersumpah kedua oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam mengenai misteri pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang dikaitkan dengan Najib Altantuya.

Rafizi menambah, urusniaga itu dipercayai sebagai satu cara untuk 'menutup mulut' Deepak tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih tidak menyiasat perkara itu.Untuk keseluruhan maklumat, ikuti pendedahan Rafizi di SINI.


Iklan C(ii)


Bongkar!! Bukti Pindahan Wang Pencen Tentera Oleh Pihak Najib Di Temui

Posted: 01 Jan 2013 10:32 PM PST

PETALING JAYA 2 Januari: KEADILAN hari ini membongkar bukti berkaitan pendedahan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan dan kontroversi berhubung pembayaran RM160 juta menggunakan dana pencen tentera.Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dalam kenyataan awalnya menyatakan maklumat itu akan dihebah menerusi sidang media beliau yang sedang berlangsung sekarang di ibu pejabat parti di sini."Saya akan memperincikan beberapa bukti berlaku pemindahan wang dan bayaran yang dikaitkan dengan pihak yang rapat dengan Datuk Seri Najib Razak, seperti yang pernah didakwa oleh Deepak sebelum ini," katanya.

Sabtu lalu, Rafizi berkata, Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi menyalah guna kuasa apabila menggunakan wang pencen anggota tentera untuk menutup mulut Deepak dari terus membuat siri pendedahan berkaitan skandal pembunuhan Altantuya Shariibuu.

Beliau berkata, wang pencen itu digunakan dalam urus niaga melibatkan bayaran RM30 juta untuk membeli 80 peratus saham terbitan Astacanggih dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd (Awan Megah).

Urus niaga itu, katanya, dibiayai sepenuhnya oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah miliki penuh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Rafizi berkata, bayaran RM130 juta terhadap 200 ekar tanah yang statusnya masih belum dipindah milik kepada Awan Megah sekaligus bermakna Zahid Hamidi mengambil RM130 juta dari caruman anggota tentera.

Beliau berkata, wang itu kemudian digunakan untuk membayar syarikat milik seorang pimpinan Umno tanpa sebarang tukaran aset kerana tanah berkenaan belum dipindah milik kepada Awan Megah. ~kd


Iklan C(ii)


Minggu Ni.. Najib,Rosmah Bakal Panas Punggung!!

Posted: 01 Jan 2013 09:20 PM PST

KUALA LUMPUR 2 Januari: Ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishian dijangka akan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya minggu ini.Deepak berkata, pertemuan itu sepatutnya diadakan semalam tetapi pegawai yang akan beliau temui itu sibuk.Deepak"Oleh itu dia meminta saya untuk ke sana dalam minggu ini. Saya akan maklumkan kepada media dengan lebih lanjut mengenai perkara ini kerana saya akan memerlukan bantuan media sebelum masuk.

"Saya akan memberitahu media tentang apa yang saya akan maklumkan kepada SPRM sebelum perjumpaan itu," katanya dipetik Malaysiakini.

Ditanya mengenai identiti pegawai yang memanggilnya, Deepak memberitahu, beliau tidak dapat mendedahkannya namun menyatakan beliau pernah berurusan dengan pegawai berkenaan sebelum ini.

Deepak juga enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai sebab beliau dipanggil dan hanya mengatakan akan mendedahkan perkara itu sebelum memasuki pejabat SPRM. ~kd


Iklan C(ii)


Chua Soi Lek Mahu Letak Jawatan

Posted: 01 Jan 2013 07:26 PM PST

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membuat pengakuan berani apabila sanggup meletakkan jawatan disandangnya jika wakil DAP berjaya menjadi Menteri Besar Johor.Bagaimanapun, beliau yakin situasi berkenaan tidak berlaku dan mustahil DAP mampu memiliki jawatan nombor satu dalam Kerajaan Negeri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mampu menawan negeri ini jika menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Soi Lek berkata, jawatan Menteri Besar semestinya akan disandang oleh wakil Pas sekali gus impian untuk DAP memegang jawatan itu tidak akan menjadi kenyataan.

"Saya yakin sokongan semua rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) semakin kuat, termasuk masyarakat Cina. Mereka mula sedar jika undi DAP pada pilihan raya, mereka turut undi Pas.

"Malah saya berpendapat, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hanya kukuh di Pulau Pinang sahaja, namun tidak di negeri lain. Justeru, kita yakin Johor akan kekal di bawah BN selepas pilihan raya akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika menghadiri Konsert Sambutan Tahun Baru dan Pameran Pelancongan Taiwan Mini Travel Fair di tempat letak kereta Sutera Mall, di sini, malam kelmarin.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.Soi Lek berkata, negeri ini juga semakin maju hasil pemerintahan kerajaan BN sejak sekian lama, malah dengan adanya pelbagai projek mega khususnya limpahan daripada Iskandar Malaysia turut memberi manfaat kepada rakyat.

"Dalam masa lima tahun sahaja, saya percaya negeri ini mampu mengatasi Selangor hasil daripada pembangunan Iskandar Malaysia.Sementara itu, Abdul Ghani mengakui kira-kira 90 peratus orang Melayu di negeri ini menolak Pas dan beliau yakin BN mampu menang dalam PRU akan datang.

"Saya juga ingin mempersoalkan kenapa Salahuddin Ayub (Naib Presiden Pas) tidak bertanding sahaja di Pontian, sedangkan dia berasal dari daerah itu," katanya. ~sinar


Iklan C(ii)


3 Sekeluarga Bunuh Diri Akibat Tekanan Rampasan Tanah Di Pengerang

Posted: 01 Jan 2013 05:56 PM PST

Pagi ini, saya menerima maklumat bahawa sekeluarga Pang yang mempunyai 3ahli keluarga di Kampung Jawa, didapati semua ahli keluarganya membunuh diri di tempat tinggal sendiri dengan membakar serpihan arang di bilik.Gabungan NGO Pengerang (GNP) lalu pergi ke tempat tragedi tersebut,dan 3 mayat telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi.Melalui penduduk tempatan, Ahli Gabungan telah dimaklumkan bahawa keluarga Pang ini adalah keluarga miskin, dan isterinya adalah pesakit strok, dan anaknya yang berumur 20 tahun itu, merupakan orang kurang upaya yang mempunyai kecacatan akal.

Encik Pang yang berumur 50 -an bekerja sebagai pembantu restoran, akan tetapi baru-baru dia perlu menjaga isteri dan anaknya, dia terpaksa berhenti bekerja.Beberapa bulan yang lalu, disebabkan oleh pembangunan RAPID,  keluarga Pang telah menerima surat pengambilan tanah.

Rumah kediaman keluarga Pang dibina di atas seorang tuan tanah lain.Sehubungan itu keluarga Pang cuma menerima pampasan sebanyak RM20 ribu sahaja sebagai pampasan.

Selepas Pang menerima surat pengambilan tanah, dia pernah meminta pertolongan dari pihak parti politik pemerintah, dan pernah  memberitahu pihak tersebut bahawa dia ingin membunuh diri.

GNP berasa amat sedih terhadap tragedi yang berlaku, di mana keluarga miskin tidak dapat menahan tekanan hidup, hasil dari pengambilan tanah oleh pihak pemaju, dan akhirnya terpaksa membunuh diri.

Kami juga menyeru pihak kerajaan perlu mengambil berat terhadap apa yang telah berlaku, jika pihak berkenaan masih lagi berkeras untuk terus membuat pembangunan ini, dipercayai akan menyebabkan lebih banyak tragedi berlaku di Pengarang. 

Chua Peng Sin

Bendahari Gabungan NGO Pengerang

1hb Januari 2013


Iklan C(ii)


Tiada ulasan: