Khamis, 17 Januari 2013

SOKONG PAKATAN RAKYAT

SOKONG PAKATAN RAKYAT


AKTIVIS PAS TAMPIN DIDAKWA JUMAAT INI

Posted: 16 Jan 2013 08:06 PM PST

3 orang aktivis Pas Tampin akan didakwa di Mahkamah Majisteret Tampin pada Jumaat ini, 18hb Januari 2013, jam 9 pagi  atas tuduhan mengganggu tugas penjawat awam.

Kes ini adalah lanjutan tindakan aktivis Pas yang menghalang  dua orang yang tidak dikenali  membuang poster dan kain rentang ceramah Anwar Ibrahim di Gemas pada bulan Januari  tahun  lalu.  Orang yang tidak dikenali itu melarikan diri selepas dikejar oleh aktivis Pas dan kemudiannya menukar pakaian kepada pakaian seragam Majlis Daerah Kerajaan Tempatan Tampin  di Balai Polis Gemencheh, Negeri Sembilan.  Mereka menjadi pekerja upahan Umno, menurut  Zanil Suboh, yang turut sama didakwa.

Semua penyokong PR dijemput hadir memberi sokongan kepada aktivis Pas yang bakal didakwa  iaitu Zanil Suboh, Ketua Penerangan  Pas Tampin, Musa Ali (Felda Bukit Rokan) dan Saudara Mohamad (Felda Bukit Jalor).

Tiada ulasan: