RAKYAT MARHAEN |
- Dari dulu sehingga sekarang UMNO dipecah belahkan oleh Mahathir
- Apa kata tukar nama Akta Perhimpunan Aman?
- Najib meroyan tengok Anwar serah sumbangan USD700,000 ...
- Pengerusi MyWatch diancam akan ditembak polis
- Hadi: Pas, Umno tidak boleh bekerjasama
- Zahida-Shafie sex scandal flares up again as infighting in Sabah Umno rises ahead of GE13
- Pendatang Jadi Warganegara : 'Jangan layan saya macam orang asing. Ini negara saya'
- PRU13 : Kelantan bubar Dun ikut proses biasa
- PRU13: 'Pengundi S'gor sudah bersedia'
- Kita Serupa : Ibrahim Ali bukan jurucakap Umno - Dr M
- Kelantan Miskin vs Sabah Kaya
- Najib Sebok Pasal Air Di Kelantan Tapi Pahang Tiada Air..???
- Najib Sebok Pasal Air Di Kelantan Tapi Sabah Tiada Air....???
- Wawancara Eksklusif Sinar Harian Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim part 4
- PRU13: Calon PAS selesai hampir 100%
- Nik Abduh Nik Aziz : Siapa Kata UMNO Kafir ?
- Ustaz Azhar Idrus - Hukum Tengok GANGNAM STYLE (Tarian Kuda Gila)
- PRU13 : Najib janji bina litar lumba di Kedah...???
- Syaitan Bersuara : Perubahan akan sekat kemajuan ekonomi - amaran Dr M
- Khalid mahu PM segera bubar Parlimen, Selangor siap PRU 13
- Himpunan Kebangkitan Wanita. Jumaat 1-2-2013.
- Pertemuan PAS, gereja tolak prejudis - Mujahid
- MB: 2 syarikat konsesi respon S’ngor mahu ambil alih pengurusan air
- PM Najib's AWACS on Permata.
- PRU13 : Lawak 10 sen Rosmah......cerita dalam kelambu takyahlah citer kat orang
Dari dulu sehingga sekarang UMNO dipecah belahkan oleh Mahathir Posted: 31 Jan 2013 08:59 PM PST Oleh Aspan Alias Dr Mahathir semalam berkata nasib Najib bergantung kepada kehendak UMNO jika BN tidak dapat kejayaan lebih dari apa yang diperolehi oleh Abdullah Badawi dalam pilihanraya yang lalu. Beliau memberi pandangan peribadi beliau yang Najib sepatutnya memberikan laluan kepada Muhyiddin Yassin jika prestasi BN lebih lemah dari pilihanraya ke12 dahulu. "Hanya nasib Najib tidak berapa baik kerana beliau mewarisi kerajaan lemah Abdullah Badawi dahulu" kata Mahathir lagi. Walau bagaimanapun Mahathir berpendapat perkara itu terpulanglah kepada UMNO untuk menentukannya. Kenyataan Mahathir ini merupakan satu kenyataan yang membawa makna seperti yang diduga oleh banyak pihak. Menggalakkan Najib untuk mengambil alih Abdullah dahulu merupakan tindakan sementara sahaja. Najib merupakan pemimpin yang paling sesuai untuk dijadikan 'stop-gap Prime Minister' kerana dari awal lagi semua pihak tahu yang Najib tidak boleh kekal kerana mempunyai 'baggage' peribadi yang terlalu besar. Keadaan Najib tidak membolehkan beliau kekal lama sebagai Perdana Menteri. Sesungguhnya Dr Mahathir mahukan Muhyiddin untuk mengambilalih kepimpinan negara dari Najib dalam tempoh yang singkat sahaja. Maka isu yang dipergunakan untuk menaikan Muhyiddin secara 'expedient' ialah isu dan masalah peribadi Najib itu sendiri. |
Apa kata tukar nama Akta Perhimpunan Aman? Posted: 31 Jan 2013 08:55 PM PST KUALA LUMPUR: Memandangkan Akta Perhimpunan Aman mempunyai pelbagai kekangan yang tidak sesuai pada namanya, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata lebih elok kalau akta tersebut ditukar nama. Read More / Baca Lagi >>"Ini kerana syarat dalam akta tersebut tidak menggambarkan semangat dalam akta tersebut seperti larangan membawa kanak-kanak," katanya kepada Harakahdaily hari ini. Tuan Ibrahim berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan polis untuk mencari 14 orang suspek membawa kanak-kanak ketika perhimpunan raksasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari lalu. "Cari anak orang hilang tak secepat itu," sindir Tuan Ibrahim. Selain Tuan Ibrahim, ramai yang mengeluh mengenai tindakan polis yang disifatkan double standard, kerana ibu bapa yang membawa anak-anak ke himpunan yang dianjurkan Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pula diberi 'layanan' yang sama. |
Najib meroyan tengok Anwar serah sumbangan USD700,000 ... Posted: 31 Jan 2013 08:54 PM PST |
Pengerusi MyWatch diancam akan ditembak polis Posted: 31 Jan 2013 08:53 PM PST Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, pasukan tersebut ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan Sanjeevan yang kononnya diancam akan ditembak polis kerana cuba mendedahkan aktiviti perjudian siber di Jelebu. "Kita sedang menyiasat kesahihan dakwaan Sanjeevan melalui laporan yang dibuatnya pada 29 Januari lalu, dan jika benar perkara ini berlaku, pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan kepada anggota yang terbabit. "Bagaimanapun, kita menyangkal tohmahan beliau yang mengatakan, polis melindungi aktiviti perjudian siber di Jelebu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini, semalam. |
Hadi: Pas, Umno tidak boleh bekerjasama Posted: 31 Jan 2013 08:10 PM PST Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Umno tidak tahu membina sebuah negara yang berteraskan kepada agama Islam. "Bukan kita tidak boleh bekerjasama dengan Umno, boleh bekerjasama. Tapi baik perintah negeri, Umno tidak tahu memerintah negeri. Tidak boleh kerjasama sebab mereka tidak tahu memerintah. "Contoh di Kedah, Pakatan Rakyat (PR) di bawah Pas baru empat tahun perintah. Masalah air dan jalan atau masalah 50 tahun dulu sebelum kita perintah, dia (Umno) kata kita la punya kerja," katanya di sini, kelmarin. Beliau berkata, begitulah keadaan Melayu yang mudah lupa kerana menyalahkan PR menjadi punca masalah air walaupun ia baru memerintah empat tahun di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. |
Zahida-Shafie sex scandal flares up again as infighting in Sabah Umno rises ahead of GE13 Posted: 31 Jan 2013 08:07 PM PST A free-for-all seems to have broken out among Sabah Umno leaders with political rivals of Shafie Apdal suspected of instigating the sudden revival of a sex scandal involving starlet Zahida Rafik to embarrass the federal minister for rural and regional development. Read More / Baca Lagi >>"We are surprised to hear that the MACC has finally agreed to guestion Zahida's driver. Why now?" Zuraida Kamaruddin, the PKR MP for Ampang, who had exposed the scandal last year. "In the past, we had lodged so many reports but these were ignored and swept under the carpet by the authorities, so the question remains - why now? And who is behind the MACC's sudden decision to take action, who is so powerful who can make the MACC respond with such sudden speed." The Opposition lawmaker was referring to news that Zahida's driver, Noor Azman Azemi, had been called up by the Malaysian Anti-Corruption Commission to give his statement over the scandal today. RM1.5mil in 4 months, marriage in London & a RM3mil bungalow in Ampang area Last year, Azman had lodged a police report claiming that Shafie had hired him as a driver for Zahida, and further revealed that the minister and the starlet had been in an intimate relationship for 3 years. More shocking was Azman's expose that Shafie had over a 4-month period asked him to deposit money worth at least RM1.5mil into Zahida's bank account. The news had sparked a public outcry and concern about the extent of Shafie's possible corruption as such a sum would be beyond his income as a Cabinet minister. Although Azman had furnished some documentary evidence, the police and the MACC had snubbed his reports while Zahida accused him of trying to tarnish her reputation because she had sacked him for absconding with RM200,000 of her money. Both she and Shafie have denied any relationship. Nonetheless, speculation has not stopped and Shafie has been accused of marrying her in London as his second wife (polygamy is allowed under Muslim law) and even buying her a luxurious bungalow in Ampang area worth at least RM3 mil. All eyes are now on what the MACC quizzed Azman on, and if he has fresh revelations to make. Making it tough for Najib to field Shafie in a state seat? |
Pendatang Jadi Warganegara : 'Jangan layan saya macam orang asing. Ini negara saya' Posted: 31 Jan 2013 08:06 PM PST 'Jangan layan saya macam orang asing. Ini negara saya' Ini adalah rayuan berterusan Letchumy Ramasundram (bawah, kiri dalam gambar) dari Nibong Tebal, yang melahirkan kekecewaan kerana dia telah berusaha untuk mendapatkan Mykad selama hampir 12 tahun, tetapi setiap percubaannya menemui kegagalan. Paling malang sekali, dakwanya, ialah kenaifannya menyerahkan dokumennya kepada sebuah parti komponen BN di Jawi tahun lepas, dan sejak itu dia tidak pernah mendengar apa-apa dari individu berkenaan, mengenai permohonannya itu. "Saya sering kecewa dengan orang yang bertanya kepada saya mengapa saya perlukan kad pengenalan (IC) biru sedangkan saya sudah berusia 50 tahun. Saya beritahu mereka saya mahu IC supaya saya boleh mengundi, mendapat pekerjaan yang baik dan mendapat faedah perubatan di hospital yang lebih baik." Dia tidak faham bagaimana dia memegang IC merah, sedangkan ibubapanya mempunyai sijil kelahiran, manakala kakak sulung dan adiknya mempunyai IC biru. "Malah saya tidak tahu berapa umur saya atau di mana saya dilahirkan tetapi ayah sering memberitahu saya dilahirkan di Kuala Kangsar. Ada orang yang cuba membawa saya ke Ipoh untuk memohon IC saya, (tetapi) tidak pernah berjaya," kata Letchumy sedih. Tanpa IC biru, dia tidak dapat pergi ke sekolah ataupun mencari pekerjaan yang sesuai, katanya ketika ditemui di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang di Jalan Anson hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13 : Kelantan bubar Dun ikut proses biasa Posted: 31 Jan 2013 08:04 PM PST PASIR PUTEH: Kelantan masih kekal dengan pendirian sebagaimana sebelum ini, tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) lebih awal. Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata Kelantan akan mengikut proses biasa sebagaimana di negeri-negeri lain. Beliau juga berkata, pelbagai perkara buruk akan berlaku sekiranya Dun Kelantan dibubar awal berbanding negeri lain. Beliau berkata demikian kepada media selepas menandatangani perjanjian usahasama projek pembinaan di Tok Bali yang melibatkan empat buah syarikat swasta, di Tok Aman Bali Resort, dekat sini semalam. "Biarlah Selangor nak bubar awal pun, tetapi Kelantan tidak akan buat berasingan sebagaimana yang telah saya nyatakan sebelum ini," ujarnya. Menurutnya, andainya pilihan raya dibuat berasingan akan melibatkan belanja yang besar, banyak serangan dan sebagainya. |
PRU13: 'Pengundi S'gor sudah bersedia' Posted: 31 Jan 2013 08:03 PM PST Cadangan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas sambutan Chap Goh Mei bulan depan adalah kerana pengundi di negeri itu kini sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau mengesyorkan cadangan tersebut selepas berpendapat rakyat Selangor di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat itu sudah bersedia. "Saya tak nak rakyat tertunggu-tunggu bila pilihan raya diadakan... ini membazirkan tenaga dan menimbulkan banyak perbincangan berbentuk spekulasi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sistem Pengurusan Sosial Selangor atau e-GEMS (e-Generasi Idaman Selangor) di Shah Alam semalam. Abdul Khalid berkata beliau berharap cadangan pembubaran DUN Selangor itu akan menggerakkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengumumkan tarikh pilihan raya. Selain itu, katanya, cadangan tersebut supaya pilihan raya diadakan secepat mungkin kerana kerajaan negeri menghampiri tarikh tamat mandat pemerintahannya. Di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perkara LXX (2), kerajaan negeri boleh terbubar dengan sendiri apabila mencecah lima tahun pada 22 April 2013 ini. DUN Selangor mula bersidang pada 22 April 2008. Read More / Baca Lagi >> |
Kita Serupa : Ibrahim Ali bukan jurucakap Umno - Dr M Posted: 31 Jan 2013 08:01 PM PST KUALA LUMPUR, 1 Feb — Datuk Ibrahim Ali boleh jadi menyokong Umno akan tetapi beliau bukanlah jurucakap parti tersebut, kata penaung Perkasa Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha untuk meredakan ketegangan agama menjelang Pilihan Raya 2013. Ibrahim yang lantang itu adalah pengasas Perkasa dan presiden yang tercetus akibat ancaman pembakaran bible, terbaru dalam kontroversi "Allah". Ibrahim, ahli parlimen sayap kanan Melayu itu, mencetuskan kekecohan minggu lalu apabila beliau dilaporkan menggesa umat Islam agar membakar kitab suci penganut Kristian dalam bahasa Melayu jika menggunakan "Allah" sebagai tujukan kepada tuhan mereka. "Allah" itu perkataan Arab yang ramai orang Islam di sini percaya hanya eksklusif kepada komuniti mereka. "Adalah malang Ibrahim Ali perlu mencadangkan membakar bible yang baru dicetak," tulis Dr Mahathir dalam blog chedet.cc malam tadi. "Itu boleh menjadi cara kita menjauhkan diri dari penerbitan yang tidak diingini. Ia tidak boleh dilakukan kepada Bible sepertimana ia tidak boleh dilakukan kepada Al-Quran. "Tetapi apa yang Ibrahim katakan tidak mencerminkan pandangan Umno. Malangnya, beberapa ahli politik ingin menjadikannya begitu dalam usaha untuk mendapat keuntungan politik," bekas perdana menteri itu menambah. Dr Mahathir, yang masih mempunyai pengaruh besar dalam Umno, dengan cepat menegaskan parti tunjang pemerintah Barisan Nasional (BN) itu percaya "Allah" adalah eksklusif kepada Islam tetapi "ia tidak menyokong pembakaran bible berbahasa Melayu yang menggunakan perkataan ini". Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 31 Jan 2013 07:55 PM PST |
Najib Sebok Pasal Air Di Kelantan Tapi Pahang Tiada Air..??? Posted: 31 Jan 2013 07:55 PM PST |
Najib Sebok Pasal Air Di Kelantan Tapi Sabah Tiada Air....??? Posted: 31 Jan 2013 07:54 PM PST |
Wawancara Eksklusif Sinar Harian Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim part 4 Posted: 31 Jan 2013 09:29 AM PST |
PRU13: Calon PAS selesai hampir 100% Posted: 31 Jan 2013 09:27 AM PST |
Nik Abduh Nik Aziz : Siapa Kata UMNO Kafir ? Posted: 31 Jan 2013 09:17 AM PST |
Ustaz Azhar Idrus - Hukum Tengok GANGNAM STYLE (Tarian Kuda Gila) Posted: 31 Jan 2013 04:37 AM PST |
PRU13 : Najib janji bina litar lumba di Kedah...??? Posted: 31 Jan 2013 04:37 AM PST Pembinaan sebuah litar lumba buat golongan muda di Kedah merupakan antara perkara yang akan dimasukkan dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) khusus untuk negeri ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata kerajaan negeri sedia ada pernah berjanji untuk membina litar lumba untuk orang muda tetapi sudah hampir lima tahun memerintah, litar itu masih belum dibina. "Mana dia litar? Saya nak janji pada saudara saudari kita akan masukkan dalam manifesto di Kedah buat litar lumba. Janji kita janji ditepati bukan seperti janji pembangkang," katanya pada Program Himpunan Orang Muda Negeri Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti Alor Setar hari ini. Beliau berkata ada juga cadangan daripada Majlis Belia Negeri Kedah supaya kerajaan membantu golongan muda yang hendak berkahwin dalam hal kursus pra-perkahwinan. "Kita akan masukkan dalam manifesto juga untuk tanggung RM100 bagi setiap kursus dengan syarat untuk perkahwinan pertama dan sekali sahaja. Saya akan luluskan peruntukan nanti. Read More / Baca Lagi >> |
Syaitan Bersuara : Perubahan akan sekat kemajuan ekonomi - amaran Dr M Posted: 31 Jan 2013 04:34 AM PST KUALA LUMPUR,31 Jan—Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan perubahan seperti dikatakan oleh pembangkang bukanlah terbaik untuk Malaysia kerana ia hanya akan membantutkan kemajuan ekonomi yang cuba dibawa ... Mahathir menegaskan berbeza dengan negara lain, Malaysia merupakan sebuah negara yang tidak pernah bertukar pemerintahan sejak mencapai kemerdekaan dan menggambarkan perubahan kerajaan bakal memberi kesan teruk terutamanya dari segi ekonomi khususnya. "Malaysia tidak pernah bertukar pemerintahan sejak Merdeka. "Oleh sebab itulah negara terus-menerus mencapai kemajuan sehinggalah sekarang ini," kata beliau dalam satu forum anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di ibu kota hari ini. Beliau turut berkata walaupun negara sudah bertukar perdana menteri sebanyak lima kali, setiap pemimpin baru tersebut adalah masih dikalangan parti pemerintah maka hala tuju negara masih dilandasan yang tepat. "Walaupun Malaysia bertukar perdana menteri, hala tuju negara masih lagi sama. "Malahan kita berjaya mengecapi kejayaan dan menjadi sebuah negara yang membangun," tambah mantan perdana menteri itu lagi. Read More / Baca Lagi >> |
Khalid mahu PM segera bubar Parlimen, Selangor siap PRU 13 Posted: 31 Jan 2013 04:32 AM PST SHAH ALAM 31 Jan: Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, hasratnya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sebagai inisiatif supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan segera tarikh Pilihan Raya Umum ke-13. "Inisiatif saya ini akan mengerakkan Perdana Menteri untuk tarikh pilihan raya. Penekanan saya (untuk mengadakan) pilihan raya secepatnya sebab kita hampir melengkapkan penggal. "Saya tak nak rakyat terunggu-tunggu bila pilihan raya diadakan. Ia isu strategik. Ini (kelewatan pilihan raya menyebabkan) pembaziran masa, sumber manusia dan memperbanyak spekulasi," katanya pada sidang media di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini hari ini. Khalid berkata, setiap negeri mempunyai hak untuk membubarkan DUN masing-masing, manakala Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya bertugas menjalankan pilihan raya. "Menteri Besar dan Exco mempunyai keupayaan untuk membubarkan Dewan Negeri, tapi tarikh penentuan pilihan raya ditentukan oleh SPR. Dalam waktu 60 hari pembubaran, mesti diadakan pilihan raya," jelasnya. "Pada saya, kalau tahun lepas atau sebelum ini munasabah (untuk menunggu). Tapi kita patut adakan pilihan raya sekarang. "Kalau kita dah bersetuju untuk wakili rakyat selama lima tahun, apabila sampai masanya untuk teruskan kerja, kita mesti minta mandat (semula) daripada rakyat," kata Khalid. Read More / Baca Lagi >> |
Himpunan Kebangkitan Wanita. Jumaat 1-2-2013. Posted: 31 Jan 2013 04:29 AM PST |
Pertemuan PAS, gereja tolak prejudis - Mujahid Posted: 31 Jan 2013 04:28 AM PST Mujahid menyampaikan cenderahati kepada wakil paderi. IPOH: Pertemuan PAS dengan Ketua-Ketua Paderi seluruh Perak hari ini berlangsung dengan penuh mesra dan harmoni. Perjumpaan selama dua jam yang diketuai oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa itu diadakan di Gereja St Michael, Ipoh. Dr Mujahid berkata, perjumpaan tersebut bertujuan untuk menyatakan keterbukaan PAS untuk bertemu dengan pihak gereja bagi membincangkan isu-isu sensitif yang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan antara agama di negara ini. "PAS sangat terbuka kepada semua pihak termasuk pihak gereja untuk bertemu bagi membincangkan segala permasalahan dan isu ini dengan penuh harmoni. "Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati dengan pertemuan ini kerana ianya melahirkan perkara positif di antara kedua-dua belah pihak," katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas pertemuan tersebut. Read More / Baca Lagi >> |
MB: 2 syarikat konsesi respon S’ngor mahu ambil alih pengurusan air Posted: 31 Jan 2013 04:27 AM PST SHAH ALAM 31 Jan: Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, dua syarikat konsesi sudah respon mengenai pengambilalihan perkhidmatan air oleh kerajaan Selangor sepertimana diberitahu Menteri Besar mengenai perkara itu semalam. "Kerajaan negeri mendapat maklumbalas dari dua syarikat yang terlibat perkhidmatan air negeri. "Tapi kita tak boleh namakan (syarikat tersebut) sekarang. Dua dari syarikat ini ada syarikat induk yang berada dalam penyenaraian awam. Ada bahagian-bahagian maklumat yang sensitif," kata Khalid pada sidang media di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini. Perkembangan ini susulan pemberitahuan beliau tentang tempoh dua minggu ditetapkan Selangor untuk pengambilalihan itu. Menurut Khalid, kerajaan negeri akan memperinci pengambilalihan perkhidmatan air negeri itu kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Kettha). Beliau merujuk kenyataan Chin Fah Kui pagi tadi mengatakan tidak menerima surat pemakluman berkenaan perkara tersebut. "Dia membalas secara umum. Dia setuju merujuk kepada Akta Suruhanjaya Air. Dalam akta itu ada prosedur bagaimana pengambilalihan dibuat. Kita tulis selanjutnya supaya dia terima," jelas Khalid. Tambahnya, dokumen tawaran pengambilalihan akan turut diserah kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (Splash), Puncak Niaga dan Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas). Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 31 Jan 2013 04:24 AM PST Sung with a Liberace Piano? Dato Najib must have a death wish. Or something like that. Or he has political mental retards as his advisors. No one has raised the issue of Permata for some time. Suddenly he has taken the pre-emptive strike. He accuses the opposition for future attacks on Permata. It's similar to handing your opponent in a badminton game, a bola tanggung or a return that will allow your opponent to smash. Of course, we will respond since it is he who has suddenly gotten itchy in raising the issue.Or maybe he has a personal airborne warning and control system( AWACS). How much does it cost Mr PM? Why has he made pre-emptive strike? Could it be that Permata has gotten allocations and is asking for more? To do what? It has opened up 56 centres for incubating 4 year olds to become some sort of gifted children. Since 2009, Permata has received on average RM 130 million a year. It has received probably more than RM350 million. Where does the money come from? It comes from parliament which makes it the responsibility of MPs to ask how was the money applied. What has Permata achieved thus far? What happened to the children who have graduated in 2012? Where have they gone to? Read More / Baca Lagi >> |
PRU13 : Lawak 10 sen Rosmah......cerita dalam kelambu takyahlah citer kat orang Posted: 31 Jan 2013 04:11 AM PST Gambar hanya sebagai hiasan Secara berseloroh, Rosmah berkata: "Masa tidur pun (Perdana Menteri) tak cakap tarikh pilihan raya, saya pun tak tahu bila pilihan raya, saya ingatkan PM akan cakap-cakap masa tidur, tapi tak juga," katanya.[sumber .] Tak payah nak buat lawak 10 senlah......cerita-cerita 'dalam kelambu' tak perlu ceritakan kat orang ramai.......ini bukan budaya orang Melayu apatah lagi Islam pun larang umatnya buat cerita-cerita camtu.....banyak lagi 'cerita-cerita' lain Cik Kak. Lagi pun kalau semua masalah Negara nak diceritakan 'dalam kelambu' apa pulak peranan Parlimen dan Rakyat jelata yang berhak mendengar penjelasan/malumat yang sahih tanpa sebarang prejudis atau tempias kotoran atau hasutan serta pujukan (kalau pun tak arahan) dari 'pihak' lain. Seorang pemimpin tulin akan kurang tidur dek memikirkan masalah negara...... al-brangionline: Ku campak jauh-jauh 'masalah negara' sebaik melangkah masuk kamar tidur......ceh wah. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan