RAKYAT MARHAEN |
- PRU13 : Ciri-ciri sebagai pembangkang sudah terbentuk dalam UMNO
- PRU13 : 200,000 mahasiswa layak mengundi..14,000 ahli Umno...!!!
- Masyarakat perlu berjaga-jaga dan lindungi kanak-kanak, kata presiden PKR
- We miss you William. We will remember you : MALAYSIA, NO LONGER SAFE
- Anwar Ibrahim: Najib Berani Hari-Hari Marah Kita, Debat Tak Berani
- Politik Tapis calon: SPRM tidak wajar terlibat, patut buat kerja tangkap orang yang rasuah..!!!
- ‘They keep insulting Indians’
- Crime & corruption will win Najib, BN two-thirds majority? HELLO, AHMAD MASLAN - WAKE UP!
- PRU13 : 'Saya jumpa senyap-senyap' - Khaled....dah tak larat puak UMNO nie..!!!
- Tarik Balik Pengharaman Hindraf, Tidak Bijak..!!!
- TOLONG percaya, INI semua inisiatif Rosmah...
- Nasharuddin Mat Isa Digugurkan Dari Ahli Majlis Syura
- Saifudin Nasution - BN Gabra Dah..!!
- Forum 'Kebebasan Akademik dan Hak' - Part 6
- Forum 'Kebebasan Akademik dan Hak' - Part 5
- Ust Idris Ahmad - Pendedahan 3 Isu Utama UMNO Yang Sedang Di Jaja Seluruh Negara
- Ulamak Turki dan Mesir Turut Keluarkan Amanat Sama Seperti Amanat Haji Hadi
- Bawani: Increase corporate tax to fund free education
- EU FTA: M'sia far behind S'pore due to Umno-BN's inability to abide by int'l standards
- Angin perubahan di Singapura selepas WP menang Punggol Timur
- Tunku Aziz dakwa DAP cuba pancing anakanda Tuanku Muhriz wakili DAP dalam pilihan raya
- Tempoh mengundi dua minggu meragukan, kata NGO
- 'Saya akan lawan saman Zahid seperti kes lain'
- Putrajaya tarik balik pengharaman HINDRAF menjelang PRU 13
- Mengapa RCI Untuk Satu Malaysia Tidak Boleh?
PRU13 : Ciri-ciri sebagai pembangkang sudah terbentuk dalam UMNO Posted: 26 Jan 2013 07:47 PM PST Strategi terakhir UMNO dan BN untuk memenangi pilihanraya kali ini ialah dengan memisahkan PAS dengan DAP dan telah saya sebut dalam posting saya yang lepas. BN menggunakan isu agama, siapa yang mengudakan dan dikudakan di antara PAS dengan DAP dan juga isu kononnya kaum Cina akan menguasai kerajaan jika PAS dan DAP mendapat mandat bersama Parti Keadilan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang. Tetapi cara ini tidak berkesan lagi kerana kali ini. Buat pertama kalinya hampir keseluruhan rakyat bercakap dan mentelaah tentang politik. Rakyat tahu yang tuduhan orang Cina dan DAP akan menguasai politik dan kerajaan itu ialah untuk menakutkan orang Melayu untuk bersama DAP dalam memperjuangkan kerajaan yang bersih dan matlamat PAS yang mahukan sebuah kerajaan yang mampu untuk mengaddinkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Matlamat BN untuk memecahkan DAP dangan PAS itu adalah satu tektik yang berkesan dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu tetapi isu itu tidak lagi diterima oleh rakyat sekarang kini. PAS pula telah membuktikan bahawa parti itu mampu untuk menjadi pilihan yang menggantikan UMNO sebagai parti Islam yang dikuasai oleh orang Melayu. DAP pula merupakan parti yang diminati oleh orang Cina dan kaum-kaum lain kerana sifatnya sebagai parti berbilang kaum dan bangsa. Lagi pun jika DAP memenangi semua kerusi pun ia tidak akan mampu untuk membentuk kerajaan sendirian seperti yang dimomokkan oleh BN dalam siri kempennya keseluruh negara. DAP tetap mengakui bahawa orang Melayu merupakan kaum yang terbesar dan perlu mendapatkan sokongan kaum Melayu untuk menjadi parti yang berkesan di dalam kerajaan setelah Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya nanti. | ||
PRU13 : 200,000 mahasiswa layak mengundi..14,000 ahli Umno...!!! Posted: 26 Jan 2013 07:42 PM PST Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi Umno, Datuk Razali Ibrahim berkata, daripada jumlah itu, 14,000 daripadanya adalah ahli Umno yang boleh terbabit secara langsung dalam politik selain pelbagai lagi terlibat dengan kerja kesukarelaan yang disertai parti-parti politik. Menurutnya, jika dulu mahasiswa tidak boleh terbabit secara langsung dalam politik, namun kini sudah dibenarkan yang memberi peluang kepada golongan berkenaan menyertainya secara lebih serius. "Dulu nak masuk politik tidak boleh kerana mengikut peraturan hanya pemimpin selain mahasiswa dibenarkan, akhirnya yang boleh masuk kepimpinan ialah rakyat, tetapi bukan mahasiswa. "Bukan kita nak mahasiswa masuk politik, tetapi apabila Auku tarik balik sekatan terhadap politik, kita rugi jika tidak melakukannya kerana ia sudah dipinda. Sekarang mahasiswa sudah ada pilihan, kecemerlangan akademik adalah paling utama, tetapi adalah lebih baik jika mereka boleh kendalikan dua-duanya," katanya ketika sidang media selepas menyertai Majlis Ramah Mesra Pusat Daerah Mengundi (PDM) Muar, dekat Parit Keroma, semalam. | ||
Masyarakat perlu berjaga-jaga dan lindungi kanak-kanak, kata presiden PKR Posted: 26 Jan 2013 07:39 PM PST KUALA LUMPUR, 27 Jan — Masyarakat perlu sentiasa berjaga-jaga bagi memastikan kanak-kanak sentiasa dilindungi dari penjenayah, kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Dr Wan Azizah (gambar) bersimpati dengan keluarga William Yau Zhen Zhong, kanak-kanak yang ditemui mati di jeti Sungai Sireh pada Jumaat lalu, dan berkata kematian kanak-kanak tersebut adalah satu tragedi, sama seperti kehilangan Nurin Jazlin Jazminin, Sharlinie Mohd Nashar dan Tin Song Shen yang menyayat hati. "Kita tidak seharusnya hanya bertanggungjawab kepada keluarga kita semata-mata, tetapi membiarkan yang lain begitu sahaja. Terdapat banyak bahaya di luar sana, bagi memastikan anak-anak selamat, kita hendaklah saling bantu membantu antara satu sama lain. "Ini adalah cara tradisi yang diamalkan di kampung, kita mesti cari jalan supaya ia boleh dilakukan dalam kawasan bandar juga," kata Dr Wan Azizah dalam satu kenyataan hari ini. | ||
We miss you William. We will remember you : MALAYSIA, NO LONGER SAFE Posted: 26 Jan 2013 07:38 PM PST Our children are the most precious things in our lives. I am deeply upset learning about the death of William Yau Zhen Zhong. My heart goes out to his parents, I pray they find the strength to carry on in this difficult time. Things are not fine when a six-year-old dies tragically like this, more so when it is far from being the first case of its kind. Who cannot remember the heartrending saga of 5-year-old Nurin Jazlin, who went missing in 2008, and whose body was found in a sports bag a month later, emaciated, battered and showing the marks of sexual assault with a foreign object -- so violent that it had seriously damaged her inner organs. There have been other cases where young children survived rape, and have to live the rest of their lives scarred by the trauma. Those who disappeared without a trace Hardly less haunting for the affected parents are the cases where young children have disappeared from their schools or neighbourhoods, and have never been traced; among them, Tin Song Shen, who disappeared in Klang 17 long years ago, and Sharlinie Mohamad Nashar, who disappeared not long after the body of Nurin was discovered. One can only imagine the agonising thoughts endlessly playing on the hearts and minds of their parents. I am among the Malaysians who are upset that we, as fellow citizens, allowed something like this to happen in our midst. We must take collective responsibility whenever any child is in harm's way. It is encouraging that so many, irrespective of political leanings, age and ethnicity, lent a hand via social media and also in the physical search for William, but the work is not complete. Citizens, neighbours must play a more active role | ||
Anwar Ibrahim: Najib Berani Hari-Hari Marah Kita, Debat Tak Berani Posted: 26 Jan 2013 07:33 PM PST | ||
Politik Tapis calon: SPRM tidak wajar terlibat, patut buat kerja tangkap orang yang rasuah..!!! Posted: 26 Jan 2013 06:00 PM PST Naib Presidennya, Tian Chua berkata, SPRM seharusnya bebas daripada politik sekali gus tidak terlibat dalam pemilihan calon. "Kita tidak setuju dan tidak akan buat sebab SPRM kerja mereka tangkap orang melakukan rasuah. "SPRM diwujud bukan untuk bantu parti politik pilih calon, tetapi mereka bertanggungjawab tangkap orang terlibat rasuah. Oleh itu, parti politik tidak sepatutnya hantar nama kepada SPRM malah tidak diwajibkan," katanya. Kata beliau, SPRM diminta mengambil tindakan tegas terhadap beberapa pemimpin yang didakwa gagal dalam ujian tapisan kerana mempunyai masalah dengan undang-undang. "Kenapa hanya gugur nama sahaja? SPRM perlu bertegas dan siasat serta tangkap jika terbukti pemimpin digugurkan ini bersalah," katanya. | ||
Posted: 26 Jan 2013 05:55 PM PST Ponggal rice is 'bountiful" and different from raw rice. PM Najib gave away handouts of raw rice as if "we are beggars" and Indian political parties to blame. G Kathirvelu, an Indian I encountered in the Jalan Mohet, in the vicinity of where Najib was attending a Ponggal event on Jan 12 said: "This is an insult to the Indian community, he (Najib) came to give us a handout of rice, that is what we in the community do to beggars. "And if this was paid for by the shopkeepers and the MIC (then) there is a lot to answer for, we are no beggars. "Ponggal rice and raw rice are two different things, the Indians gave him Ponggal rice not raw rice." Kathirvelu, who is from Sungei Pelek, told me this was the common way Barisan treated Indians. Kathirvelu's father, who used to work in Tumbok estate, was a member of the MIC and during those days they used to promise to pay the Indian estate workers RM5 each if the Alliance won. And the poor workers, Kathirvelu said, would oblige. A few elections later he said, "the voters were split on this amount and as a result Cikgu Jaabar the independent won the seat. "Later to unseat Cikgu Jaabar in Sungei Pelek they paid the Indians RM10 each on the insistence of the MIC. Umno won on Indian votes then. "Even now they do the same and our people (the Indians) continue behaving like beggars, a culture brought about by the MIC. "It is a shame how they treat us and we allow ourselves to be treated too," said Kathirvelu. Blame the Indian NGOs Read More / Baca Lagi >> | ||
Crime & corruption will win Najib, BN two-thirds majority? HELLO, AHMAD MASLAN - WAKE UP! Posted: 26 Jan 2013 05:54 PM PST "BN parties say will regain two-thirds majority in Election 2013" is the lead story of The Malaysian Insider yesterday, reporting that BN leaders are confident BN will win with a two-thirds parliamentary majority in 13GE. However, only one UMNO leader, its propaganda chief, Datuk Ahmad Maslan, has gone on public record to declare that "BN will win two-thirds majority, better than 2008". No other UMNO/BN leader is quoted as having such confidence, including MCA vice-president Datuk Seri Chor Chee Heung, the MCA leader cited in the report. Reason for Ahmad's confidence? Strangely enough, it is Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak's record to battle corruption and reduce crime, among other things. Rising crime & corruption but Ahmad oblivious! It is no surprise that as the UMNO propaganda chief, Ahmad tried to decry the latest opinion poll survey by the University of Malaya Centre of Democracy and Election (Umcedel) which showed that 78 per cent of those polled said that integrity and abuse of power by BN leaders would affect voters' support in the 13GE. But what beggars imagination is that the UMNO/BN leadership could feel proud and cocky about the Najib administration's four-year record on combating corruption and reducing crime, when these two agendas are among the biggest failures of Najib's Government Transformation Programme (GTP) and the National Key Result Areas (NKRA) in the past four years, raising the question whether the Najib administration is rooted in reality or living in a make-believe world of its own. We just need to refer to one indicator on the anti-corruption front - the annual Transparency International (TI) Corruption Perception Index from 1995-2012 which showed that the four-year Najib premiership has the dubious record of being the most corrupt when compared to previous Prime Ministers in Malaysia. Malaysia was ranked 23rd out of 41 countries by TI CPI in 1995, plunging to No. 37th placing in 2003 when Dr. Mahahatir Mohamad stepped down as Prime Minister, and which plunged further to 47th ranking when Abdullah Badawi resigned as Prime Minister in 2008. In the four years of Najib's premiership, Malaysia's TI CPI plunged to even lower depths - No. 56 in 2009 and 2010, No. 60 in 2011 and No. 54 in 2012. Two-thirds majority | ||
PRU13 : 'Saya jumpa senyap-senyap' - Khaled....dah tak larat puak UMNO nie..!!! Posted: 26 Jan 2013 05:40 PM PST KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Norden memberitahu pihaknya akan mengadakan pertemuan bersama penduduk secara senyap dan cuba menyelesaikan isu pemberian hak milik tanah kepada penduduk setinggan di beberapa kawasan sekitar parlimennya. Beliau berkata, pihaknya merasai kekecewaan penduduk dan beliau akan sedaya upaya cuba menangani masalah itu. "Mereka kecewa kerana masih belum dapat hasil daripada permintaan mereka itu. Saya akan turun berjumpa dengan mereka," katanya kepada media selepas merasmikan Karnival Pengajian Tinggi Negara 2013 di Universiti Malaya. Ketika ditanya apakah tindakan yang akan dilakukan bagi menangani masalah itu, Menteri Pengajian Tinggi itu berkata, beliau akan memujuk penduduk di kawasannya itu. "Saya akan cuba pujuk mereka. Hampir setiap minggu saya turun ke kawasan saya dan berjumpa penduduk. Saya akan berjumpa secara senyap-senyap, saya selalu jumpa mereka tidak perlu beritahu pada media," katanya. | ||
Tarik Balik Pengharaman Hindraf, Tidak Bijak..!!! Posted: 26 Jan 2013 05:38 PM PST Semalam Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menarik balik pengharaman pertubuhan Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebuah pertubuhan ekstrem kaum India bawahan. Pertubuhan ini diharamkan pada 15 Oktober 2008 sewaktu pentadbiran Abdulah Ahmad Badawi.
Penarikan balik pengharaman ini dilihat satu lagi tindakan terdesak dan rasa gerun UBN untuk menghadapi pilihan raya kerana bimbang dengan sokongan masyarakat India. Kononnya disebabkan tindak tanduk pertubuhan ini pilihan raya 2008 Umno tidak mendapat majoriti 2/3 di parlimen. Hindarf diharam setelah pertubuhan itu berjaya mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran dari kalangan kaum India. Pertubuhan ini membuat 18 tuntutan kepada kerajaan. Ekoran tunjuk perasaan itu yang bersikap ganas beberapa orang pemimpin kanan pertubuhan berkenaan telah ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Setengah yang lain melarikan diri ke luar negara. Apakah tindakan kerajaan membenarkan semula Hindaf bergerak secara halal ini satu keputusan baik? Jangan hendaknya tindakan membenarkan Hindraf ini dibuat kerana melihat kepentingan UBN, takut kalah dalam pilihan raya, tetapi mengabaikan hal-hal lain. Read More / Baca Lagi >> | ||
TOLONG percaya, INI semua inisiatif Rosmah... Posted: 26 Jan 2013 05:37 PM PST Pada semua rakyat jelata... Tolonglah percaya kata kita... Penangguhan ni hanya sementara... Be End naik rakyat jugak yang kena... | ||
Nasharuddin Mat Isa Digugurkan Dari Ahli Majlis Syura Posted: 26 Jan 2013 05:36 PM PST Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya. Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya. Setiausaha Majlis Syura, Dato' Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti. Menurut beliau, selain itu, gelagat bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti. Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti, tegasnya kepada Harakah 25 Januari lalu. Bagaimanapun, tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja. Read More / Baca Lagi >> | ||
Saifudin Nasution - BN Gabra Dah..!! Posted: 26 Jan 2013 05:27 PM PST | ||
Forum 'Kebebasan Akademik dan Hak' - Part 6 Posted: 26 Jan 2013 05:27 PM PST | ||
Forum 'Kebebasan Akademik dan Hak' - Part 5 Posted: 26 Jan 2013 05:26 PM PST | ||
Ust Idris Ahmad - Pendedahan 3 Isu Utama UMNO Yang Sedang Di Jaja Seluruh Negara Posted: 26 Jan 2013 05:26 PM PST | ||
Ulamak Turki dan Mesir Turut Keluarkan Amanat Sama Seperti Amanat Haji Hadi Posted: 26 Jan 2013 03:27 PM PST Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr. Azhar Yaakob berkata, Mufti terakhir kerajaan Turki Uthmaniyyah Sheikh Mustafa Sobri dan Ulamak terkenal Sheikh Abdul Kadir Audah dari Mesir turut berkata, umat Islam akan menjadi 'sesat' sekiranya menganut fahaman 'politik suku dan agama suku'. "Mufti terakhir kerajaan Turki Uthmaniyyah Sheikh Mustafa Sobri berkata mana-mana dikalangan umat Islam yang menganut faham sekularisma, faham agama suku dan poltik suku, yang redha dengan faham penjajah sekularisma menjadi sistem hidup mereka, ia adalah jalan pintas kepada seseorang untuk 'murtad' dari agama Islam, Read More / Baca Lagi >> | ||
Bawani: Increase corporate tax to fund free education Posted: 26 Jan 2013 03:26 PM PST The law student also said the government should channel petroleum revenue for the same purpose. She said the government should raise corporate tax and channel petroleum revenue to fund free education for all. "The corporate world that makes profits can help to finance the free education policy," said Bawani, the coordinator of Movement to Demand Free Education (GMPP), a student coalition group. She unveiled the group's blueprint for free education at a press conference after holding a one-day workshop on the subject at the Chinese Assembly Hall here. The GMPP wants the government to adopt free education for all citizens from primary to tertiary level as it was a fundamental right. The coalition comprises Solidariti Mahasiswa Malaysia, Malaysia Student and Youth Democratic Movement (Dema), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (Kami), Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) and Kumpulan Pro-Mahasiswa. Read More / Baca Lagi >> | ||
EU FTA: M'sia far behind S'pore due to Umno-BN's inability to abide by int'l standards Posted: 26 Jan 2013 03:25 PM PST I welcome the assurance given by European Union ambassador Luc Vandebon to Dato Seri Anwar Ibrahim and me at yesterday's briefing that the EU is ready to work with any democratically elected government and that it plans to resume the negotiation process immediately after the general election. Having obtained the mandate to negotiate with the EU on the Free Trade Agreement since October 2010, the Malaysian government has been dragging its feet in the negotiation process because of the lack of direction and commitment on the part of the leadership. Consequently despite the best efforts by our very capable officials in particular the senior officers in the Ministry of International Trade and Industry and Bank Negara, little progress has been made because of the reluctance by the political masters to comply with international standards of transparency, accountability and governance. Umno-BN's failure to abide by stringent international standards Indeed, Singapore has already successfully concluded negotiations while Vietnam and Thailand are at the final stages. The failure on our part to move forward reflects negatively on our state of preparedness under the UMNO-BN led government to abide by the stringent international standards set. We recognize that the negotiations are complex and cannot be rushed but a Pakatan Rakyat led government will be better placed to move progressively towards conclusive negotiations with the EU because our policy on procurement, transparent tender process, the abolition of rent-seeking and discriminatory practices as well as other issues of governance, is in line with the EU requirements. While we will also ensure that the interests of our fledgling industries and our SMEs will not be compromised, we are confident that the dismantling of crony-centric practices, murky procedures in retail licensing as well as bureaucratic control will help to unlock our further potential for greater competiveness. Mohamed Azmin bin Ali is the Deputy President of Parti Keadilan Rakyat MP for Gombak & Assemblyman for Bukit Antarabangsa | ||
Angin perubahan di Singapura selepas WP menang Punggol Timur Posted: 26 Jan 2013 03:24 PM PST SINGAPURA, 27 Jan — Angin perubahan terus bertiup di Singapura selepas parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP) dikalahkan dalam pilihan raya kecil Punggol Timur semalam, dengan Parti Pekerja (WP) memenangi lebih 10 peratus undi, dalam petempuran empat penjuru bagi merebut kerusi parlimen itu. Lee Li Lian (gambar) dari WP mendapat 54.2 peratus undi, mengalahkan Koh Poh Koon dari PAP yang mendapat 43.7 peratus daripada 29,415 undi sah. Sumber memberitahu The Straits Times bahawa WP mendahului dengan 1,500 undi dimana melebihi dua mata peratusan diperlukan untuk kiraan semula. Terdapat enam pusat mengundi dengan 31,469 pengundi berdaftar. Calon Pakatan Demokratik Singapura dan Parti Pembaharuan, Desmond Lim dan K Jeyaretnam, kedua-duanya hilang deposit kerana gagal mendapatkan sekurang-kurangnya 1,492 undi yang diperlukan. | ||
Tunku Aziz dakwa DAP cuba pancing anakanda Tuanku Muhriz wakili DAP dalam pilihan raya Posted: 26 Jan 2013 03:23 PM PST SEREMBAN, 27 Jan — Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendakwa Pengerusi DAP negeri Loke Siew Fook pernah meminta beliau memujuk anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir untuk menjadi calon parti itu dan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum. Tunku Abdul Aziz (gambar) berkata Loke meminta beliau mengadakan satu majlis dan menjemput Tunku Zain Al-'Abidin ke majlis itu untuk menyatakan hasrat tersebut kepada baginda. "Kerana DAP telah melihat Tunku ini seorang yang amat pintar, petah bercakap, jadi dia nak sasarlah Tunku dan suruh saya sebagai 'Tunku yang tua' barangkali boleh saya pujuk 'Tunku yang muda' ini. "Kononnya untuk bagi Tunku jadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Tidakkah ini satu benda yang bodoh, tak masuk akal. Anak jadi Menteri Besar, ayah jadi Yang Dipertuan Besar," katanya dalam satu ceramah di sini malam tadi. Tunku Abdul Aziz berkata beliau bagaimanapun telah menyampaikan hasrat DAP itu kepada Tunku Zain Al-'Abidin namun ditolak baginda. | ||
Tempoh mengundi dua minggu meragukan, kata NGO Posted: 26 Jan 2013 03:21 PM PST KUALA LUMPUR, 27 Jan — Sekurang-kurangnya 24 hari diperlukan untuk pengundian di luar negara berbanding dua minggu yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata badan bukan kerajaan (NGO) Tindak Malaysia semalam. Timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar) memberitahu Radio ABC Australia Rabu lalu terdapat dua minggu antara pengundian pada penamaan calon dan pengundian untuk kertas undi dihantar ke luar negara, pembuangan undi, dan pengiraan undi mengikut kawasan masing-masing pada hari pengundian. "Dua minggu sememangnya tidak cukup," kata PY Wong, wakil Tindak Malaysia kepada The Malaysian Insider semalam. "Kita perlu cabar SPR. Kita beri tempoh masa setiap operasi, ini penting untuk memastikan pengundi luar negara mendapat peluang untuk mengundi, bukan ada sandiwara bila diberikan undi pos dan tidak sampai tepat pada masanya," katanya lagi. Wan Ahmad memberitahu Radio ABC Australia masa mencukupi untuk kertas undi tiba di Kuala Lumpur seminggu selepas dihantar dari Australia, sebagai contoh. "Kerana dalam masa seminggu, minggu terakhir, kita mempunyai masa untuk menghantar kertas undi itu ke kawasan-kawasan parlimen, dan pegawai akan mengira undi selepas pusat mengundi ditutup, itu cara biasa mengundi di Malaysia," katanya lagi. Tetapi Wong berkata lapan hari, bermula dari hari penamaan calon, memerlukan kertas undi itu dicetak, dihantar ke ibu pejabat SPR di Putrajaya, kemudian kepada pegawai di setiap kawasan, dan kembali ke SPR Putrajaya. Sekurang-kurangnya 14 hari tambahan diperlukan oleh SPR Putrajaya untuk menghantar kertas mengundi di beberapa kedutaan dan memulangkan kembali ke SPR Putrajaya, sebelum menghantar ke pegawai di kawasan tersebut yang mengambil masa lagi dua hari. Dibawah Wong memecahkan proses dalam hari-hari pengundian luar negara: | ||
'Saya akan lawan saman Zahid seperti kes lain' Posted: 26 Jan 2013 03:19 PM PST SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sudah bersedia untuk menghadapi saman fitnah terbaru - kali ini difailkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, seperti dua kes sebelum ini. "Saya telah minta peguam saya... saya akan hadapi kes terbaru ini seperti kes-kes yang lain, yang dibawa ke atas saya," kata beliau ketika dihubungi. "Saya hormati hak Datuk Zahid untuk menyaman saya. Dan tanggungjawab saya untuk mempertahankan diri saya di mahkamah dan saya juga tidak akan mengabaikan kepentingan awam," kata beliau lagi. Laporan media semalam menyebut Zahid yang juga Naib Presiden Umno memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi berhubung satu artikel disiarkan dalam laman blog. Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam. | ||
Putrajaya tarik balik pengharaman HINDRAF menjelang PRU 13 Posted: 26 Jan 2013 03:17 PM PST "Dimaklumkan bahawa YB Menteri Dalam Negeri setelah menimbangkan semula rayuan tuan untuk membatalkan Perintah Seksyen 5 bertarikh 14 Oktober 2008 yang mengatakan HINDRAF sebagai kumpulan yang berbahaya," menurut sepucuk surat yang ditandatangani pegawai RoS yang bernama Rasmond Das Michael Das. Waythamoorthy menghantar surat tersebut melalui email kepada media petang tadi. Penarikan larangan tersebut dilihat sebagai langkah Putrajaya memenangi hati pengundi India, di mana larangan ini ditarik sebelum sambutan Thaipusam dan beberapa bulan sebelum pilihan raya yang akan berlangsung selewat-lewatnya April ini. Lima tahun lalu, 30,000 masyarakat India berdemonstrasi menuntut kerajaan Barisan Nasional (BN) bersikap lebih adil kepada masyarakat India. Tetapi ramai pemerhati politik melihat dasar pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang lebih mesra untuk menawan semula hati golongan minoriti tersebut, menyebabkan BN memperoleh peningkatan undi dari kaum India dalam 13 pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya 2008. | ||
Mengapa RCI Untuk Satu Malaysia Tidak Boleh? Posted: 26 Jan 2013 02:47 PM PST A Kadir Jasin WAKTU saya membesar di kampung pada tahun 1950-an dan 60-an, ramai orang Melayu pelihara anjing. Lagi-lagilah kalau rumah mereka di pinggir hutan atau terpencil. Tidak ingat pula orang kata yang orang Islam tidak boleh pelihara anjing atau diperbesar-besarkan soal najis dan samak. Kita diajar dan disuruh amalkan samak. Jadi, sedikit sebanyak saya tahulah tabiat dan sifat anjing. Salah satunya, jangan ganggu anjing yang sedang tidur. Silap-silap kena terkam dan kena gigit. Kalau anjing itu dijangkiti kuman penyakit anjing gila (rabies), kita pun kena juga. Dulu tidak ada ubat. Jawapannya maut. Peribahasa Inggeris ada mengatakan "let the sleeping dogs lie" yang maksudnya janganlah dibangkitkan sesuatu yang akan membawa bencana dan keburukan. Tetapi nampaknya bukan sahaja ada orang kita yang mengganggu anjing sedang tidur malah mengacah dan mengusiknya pula. Itulah analogi yang terlintas dalam fikiran saya apabila membaca berita mengenai reaksi banyak pihak terhadap hari-hari awal sidang Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bersabit pendatang asing di Sabah. Jadi Apa Salah RCI Untuk Satu Malaysia? Kalau begitu banyak pihak, khasnya parti-parti pembangkang, mahu RCI Sabah itu ditubuhkan dan kerajaan Barisan Nasional Mohd Najib Abdul Razak akur, apalah salahnya bagi (Tun) Dr Mahathir "the Wizard" Mohamad, mencadangkan supaya suruhanjaya yang serupa ditubuhkan bagi menyiasat pemberian kewarganegaraan kepada sejuta orang keturunan Cina dan India menjelang kemerdekaan 1957? Apa salahnya kita siasat sama ada mereka diberikan kerakyatan dengan cara yang betul dan mereka memenuhi syarat yang ditetapkan? Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan