Sabtu, 26 Januari 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Cuba menakutkan Mahathir - Najib jangan cuba bergurau ...

Posted: 26 Jan 2013 09:52 PM PST


Cuba menakutkan Mahathir dengan SPRM? Najib, jangan cuba bergurau!
Menyampah, jengkel dan jelik. Inilah antara pendapat ramai tentang cadangan terbaru Najib Razak, presiden Umno yang juga pengerusi BN dalam percubaan meminta bantuan SPRM dalam memastikan calon-calon yang akan bertanding dalam PRU ke-13 bersih dari sebarang aktiviti rasuah.
Bekas bosnya yang juga mantan PM Malaysia, Mahathir Mohamad juga tidak memberi apa-apa ulasan tentang cadangan Najib itu. Ini semestinya sesuatu yang tidak baik baginya kerana dia mempunyai agendanya tersendiri.
Anaknya, Mukhriz sebenarnya tidak mempunyai peluang yang begitu cerah walaupun ayahnya dikhabarkan memiliki aset yang bernilai AS $ 44 billion dan AS $ 200 billion dalam bentuk pengaliran keluar wang haram pada tahun yang lalu. Sebenarnya, tidak ramai juga dalam Umno yang memiliki peluang yang cerah untuk menang, lebih-lebih lagi apabila rakyat mula mencemuh cadangan Najib yang dikatakan hanya untuk mengaburi mata dan seperti menganggap mereka adalah anak-anak kecil sahaja.
Cuba menakutkan 'syaitan' atau cari cara baik untuk 'keluar'.
Apakah yang patut dilakukan oleh Najib? Bagi rakyat biasa, Najib dan Mahathirlah yang sepatutnya mengundur diri berikutan kes rasuah besar Scorpene dan skandal pembunuhan Altantuya Shariibu. Adakah Najib begitu naïf dengan memikirkan jika dia cuba melibatkan SPRM yang sendirinya mempunyai integriti yang dipersoalkan, akan menaikkan imejnya dimata rakyat?
Tidakkah dia tahu bahawa pengundi sudah serik dan letih dengan segala perbuatan rasuah dan rompakan yang tiada berpenghujung oleh Umno-BN? Jadi apakah tujuan Najib? Adakah dia cuba memberi amaran kepada Mahathir dan timbalannya sendiri yang juga terlibat dengan rasuah? Sumber dalam Umno sedang sibuk bercakap tentang Mahathir dan Muhyiddin yang sedang berpakat untuk menjatuhkan Najib sebelum PRU ke-13. Najib sedang member isyarat bahawa dia tidak akan menyerah kalah dengan begitu sahaja. Dia akan lawan sehingga habis-habisan.
Mereka yang sedang memerhatikan perkembangan dalam Umno akan tahu tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, jika dibandingkan sifat Mahathir yang jahat dan Najib yang kurang bijak, tidak ramai yang percaya Najib akan berjaya menakutkan Mahathir. Ia umpama anak kucing yang cuba menakutkan serigala yang jahat.
Paling tidak, ia akan memanjangkan tempoh PM dan isterinya untuk beberapa bulan lagi bagi membolehkan mereka mengundur diri dengan cara yang lebih terhormat. Daripada menamatkan pemerintahannya sebelum PRU ke-13 seperti yang dimahukan oleh Mahathir dan Muhyiddin, Najib mungkin akan memimpin UMNO-BN semasa PRU ke-13 nanti sebelum meletak jawatan sebagai Presiden UMNO semasa pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada 2013.
Mahathir menjalankan 'pembersihan' dalam Umno dan calon BN
Mahathir bukan seorang lelaki yang mudah untuk dicabar dan hanya beberapa orang sahaja telah terselamat dalam melakukan demikian. Musuhnya yang paling berjaya dan kekal sebagai 'masalah' baginya masih lagi Anwar Ibrahim, bukan Najib. Buat masa ini sehingga PRU ke-13, Mahathir masih baik pada Najib tetapi ini boleh berubah bila-bila masa sahaja. Ada sebabnya kenapa penulis Barry Wain memanggil Mahathir penyeleweng. Mahathir sememangnya berkuasa di dalam parti dan kini, semua sedang memerhatikan lelaki berusia 87 tahun ini yang sedang memutar-belitkan keadaan demi mengekalkan cengkamannya ke atas Umno dan melindungi kekayaan keluarganya yang begitu besar jumlahnya.
Setelah memegang tampuk pemerintahan pada tahun 1981, Mahathir memutuskan bahawa pentadbirannya yang 'bersih, cekap dan amanah' tidak akan dipenuhi oleh orang yang sedemikian. Mahathirlah yang memainkan peranan sebagai hakim, juri dan penghukum dalam setiap kes. Tiada SPRM mahupun Agensi Anti Rasuah baginya. Calon-calon tahun ini tidak perlu layak, ini sebenarnya caranya mengeluarkan calon-calon BN yang dilantik oleh mereka yang dilantik oleh bekas penjawatnya dengan orang-orangnya sendiri.
Kebanyakkan ahli Umno dan BN yang mengisi jawatan parti tidak terdiri dari mereka yang dicalonkan dalam pilihanraya. Ini kerana mereka tidak sekufu dengan Mahathir. Bagi menambahkan kemarahan mereka, mereka juga tidak diberikan jawatan dalam kerajaan supaya karier politik mereka terus terkubur. Sebaliknya, calon-calon yang kalah dalam pilihanraya mahupun pemilihan parti mendapat perlantikan dari Mahathir.
Kejam, jahat dan pendendam- inilah kata-kata yang digunakan untuk menggambarkan sikap Mahathir dan seorang lagi ahli politik yang berkuasa di Malaysia, Taib Mahmud, 'raja' Sarawak.
Najib pun apa kurangnya, dia dan Rosmah, tidak pernah sunyi dari kontroversi ditambah pula tidak popular. Tetapi, untuk menyelamatkan dirinya, Najib sepatutnya tahu pentingnya bagi Mahathir dan para sekutunya untuk tumbang sebelum PRU ke-13 nanti.
Rejim Mahathir sememangnya kotor, licik dan tidak amanah. Misalnya, dalam buku Barry Wain, The Malaysian Maverick- "Mahathir in Turbulent Times" kajiannya menunjukkan sejumlah AS $100 billion telah lenyap dari perbendaharaan negara Malaysia ketika pemerintahan Mahathir.
Mahathir tikam Hussien Onn dari belakang dan khianati pada Razak
Jika PM Malaysia ketiga, Hussien Onn yang juga merupakan bapa saudara Najib tidak memilih Mahathir sebagai timbalannya, sejarah Malaysia sudah tentu akan berbeza. Hussien telah tersilap pengkiraan hanya kerana memikirkan Mahathir keseorangan dan tidak mendapat sokongan akar umbi akan mampu menjadi pencabarnya. Mahathir, lelaki berketurunan Kerala yang licik, telah berjaya menjatuhkannya dengan merampas kuasa.
Beginilah caranya Mahathir membalas jasa Abdul Razak, ayah Najib yang juga merupakan ipar Hussien yang membawanya semula ke dalam Umno selepas dikeluarkan oleh Tuanku Abdul Rahman kerana menjadi salah seorang dari dalang di sebalik tragedi rusuhan kaum 13 Mei. Dua lagi yang lain merupakan Razak sendiri dan juga Menteri Besar Selangor, Harun Idris yang berjaya memujuk Razak untuk menerima Mahathir semula ke dalam Umno.
Isu yang digunakan oleh Mahathir terhadap Hussien adalah dakwaan isterinya sedang mengawal Petronas dari rumahnya sendiri. DAP telah menerima sebuah dokumen secara misteri yang dipercayai dari Mahathir dengan dakwaan itu serta maklumat bahawa Exxon yang dikatakan mencuri minyak dari perairan laut dalam Malaysia tanpa pengetahuan Petronas. Ketua Setiausaha DAP yang cuba mengenegahkan maklumat itu telah disaman oleh Exxon di mahkamah.
Selepas itu, Mahathir bertindak mengeluarkan segala barangan Hussein di pejabat sepenuhnya apabila Perdana Menteri itu berada di London untuk menerima rawatan perubatan.
Dia juga dilaporkan telah menyebarkan khabar angin tentang kes Petronas / Exxon, serta keadaan jantung Hussein yang sudah 'teruk' dan akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri sekembalinya beliau nanti 'atas sebab-sebab kesihatan'. Rejim Mahathir suka menyebarkan khabar angin yang kemudiannya menjadi kenyataan kerana ia berasal dari dirinya sendiri.
DAP sebenarnya telah membantu meletakkan Mahathir di kerusi Perdana Menteri, walaupun secara tidak sengaja.
Sekarang, Najib mempunyai peluang untuk membalas dendam bagi pihak Hussein, bapanya dan Tunku dengan memulakan pembersihan sebenar ahli-ahli Umno dan BN yang tidak sepatutnya tersenarai sebagai calon. Tetapi, adakah ini hanya rundingan keluar dengan cara yang lebih baik bagi dirinya dan Rosmah?
Jika Najib berani…
Tetapi jika Najib berani melancarkan serangan balas, maka tujuan utama dia membawa SPRM masuk adalah untuk menghapuskan orang-orang yang tidak berada di kemnya.
Ini termasuk Muhyiddin, yang bersekongkol dengan Mahathir untuk menjatuhkannya. Walau bagaimanapun, berserta SPRM atau tidak, ia akan menjadi sukar bagi Najib untuk menggugurkan Muhyiddin dengan begitu mudah. Dia akan perlu plot yang lebih kompleks tetapi tidak akan ada masa yang mencukupi untuk menjalankannya. Walau bagaimanapun, Najib boleh mendapatkan keadilan puitis dengan mengeluarkan Muhyiddin dan mereka yang bersekongkol dengan Mahathir.
Ia bukanlah idea yang baik bagi Najib untuk menyenaraikan calon-calon BN hanya dengan orang-orangnya. Dia harus memasukkan beberapa orang dari kem Tunku, Hussein, Abdullah Ahmad Badawi, Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah. Ini adalah masa bagi mereka untuk membuat kemunculan semula dan membantu meneutralkan Mahathir yang tidak pernah benar-benar mempunyai sokongan sebenar dari akar umbi dalam Umno.
Mahathir terselamat dengan melagakan Musa Hitam dengan Tengku Razaleigh bukan sekali tetapi dua. Dia sendiri telah menang tanpa bertanding. Ini adalah satu kemenangan yang dilakukannya tanpa bantuan sesiapa. Jika sama ada Musa atau Razaleigh telah mencabar Mahathir untuk jawatan Presiden Umno pada masa lalu, mereka mungkin boleh menewaskannya.
Mahathir mempergunakan semua dan mengkhianati mereka
Mahathir, setelah menggunakan Musa untuk meneutralkan Razaleigh - membayangkan bahawa Razaleigh tidak akan menjadi Timbalan Perdana Menteri jika dia memenangi kerusi - kemudiannya dia menyebarkan khabar angin bahawa Pentadbiran Mahathir-Musa 2M seterusnya akan menjadi Pentadbiran Mahathir Mohamad 2M. Musa akhirnya meletak jawatan kerana tewas di tangan Mahathir.
Mahathir kemudian membawa masuk veteran politik Ghaffar Baba, seorang lelaki dari akar umbi parti yang kuat dan mempunyai sokongan guru-guru Melayu yang pada masa itu membentuk sebahagian besar keahlian Umno, sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ghaffar membantu menarik undi bagi Mahathir sebagai Presiden Umno dalam menghadapi serangan gabungan Razaleigh dan Musa untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Walaupun begitu, Mahathir tidak akan menang jika tidak menerima sokongan undi daripada 30 cawangan haram yang diwujudkan olehnya sendiri.
Sejarah telah merekodkan, Mahathir menggunakan Anwar Ibrahim untuk 'membunuh' Ghaffar Baba. Selepas itu, Anwar pula dipenjarakan atas tuduhan meliwat yang direka-olehnya kerana dia menyedari bahawa Anwar merupakan bahaya besar kepada Umno, orang Melayu dan negara.
Perbuatan Mahathir akan menghantui masa depannya. Ia akan menjadi jelas apabila Najib mengumumkan senarai calon Umno dan BN untuk PRU ke-13 dan kem Mahathir-Muhyiddin mendapati mereka telah dipulaukan begitu sahaja.
Jika Najib bakal mengecewakan mereka, ataupun dia menjadi pengecut dan menyerah kepada kehendak lelaki tua itu dalam pertukaran untuk pemberian lebih masa, mereka tetap kesuntukan masa. Dan ia bukan hanya kerana Mahathir tetapi kerana nama yang sudah menjadi busuk akibat perbuatan pemimpin-pemimpin yang mementingkan diri sendiri setelah beberapa dekad meletakkan kepentingan mereka mendahului parti.
Tidak mungkin sesiapa yang digugurkan daripada kem Mahathir dan Muhyiddin akan diterima oleh Pakatan Rakyat, yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jika ada pun, Pakatan hanya akan mempertimbangkan calon-calon dari kem Tunku, Hussein, Badawi, Musa Hitam, Razaleigh dan Najib yang telah menjangka akan diketengahkan oleh BN tetapi tidak. Harapan bagi mereka ini juga tidak begitu cerah. PR penuh dengan bakat-bakat muda yang lebih menyerlah. Pakatan Rakyat tidak ada ruang untuk mereka!

Memuja 'Mona Fandey' untuk nombor ekor

Posted: 26 Jan 2013 09:33 PM PST


Oleh SHAMRAN SARAHAN, ANIZA ZAINUDIN dan SHAHRUL NIZAM MOHAMAD
Raub: Kes pembunuhan kejam itu berlaku 20 tahun lalu, tetapi keghairahan untuk cepat kaya menyebabkan segelintir individu sanggup 'berkampung' di rumah lama Mona Fandey di Kampung Peruas, Ulu Dong, di sini, semata-mata untuk mengamalkan amalan khurafat 'menurun' atau 'ngangkung' nombor ekor.
Mona atau nama sebenarnya, Maznah Ismail, 46, bersama suami, Mohd Affandi Abdul Rahman, 45, dan pembantu mereka, Juraimi Husin, 32, didakwa membunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris di rumah berkenaan pada 1993.
Perkara itu didedahkan seorang pemuda dikenali sebagai Azli, 38, dari kampung berhampiran yang mendakwa pernah menyaksikan sekumpulan pemuda pergi ke rumah berkenaan kononnya untuk mendapat 'petunjuk' nombor ekor, sekali gus berpeluang meraih hadiah utama mencecah puluhan ribu ringgit.

Azli berkata, dia pernah bertemu seorang kaki nombor ekor dan bertanya mengapa perlu melakukan upacara karut itu di situ, dan jawapan diterimanya ialah, 'memuja' Mona lebih membuahkan hasil bagi mendapatkan nombor dihajati.
Foto
KEDIAMAN Mona Fandey yang menjadi berita hangat kes pembunuhan Datuk Mazlan pada tahun 1993 yang sudah runtuh.

"Itu yang mereka percaya, jika menurun nombor ekor di situ, lebih mujarab. Mungkin disebabkan latar belakang Mona yang juga bomoh dan kes pembunuhannya tidak lama dulu. - Metro

Porsche Cayman tu anak saya punya - P/Jaya PAS Perlis Hashim Jasin

Posted: 26 Jan 2013 07:48 AM PST


NURUL FATIHAH SULAINI
26 Januari 2013
Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin
Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin
Kereta mewah yang dibangkitkan pihak tertentu milik wakil rakyat
Kereta mewah yang dibangkitkan pihak tertentu milik wakil rakyat
KANGAR - Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin menjelaskan sebuah kereta mewah Porsche Cayman yang didaftarkan atas namanya adalah milik anaknya yang memiliki perniagaan sendiri.

Hashim berkata, perkara itu diperkatakan selepas beberapa blog mendedahkan beliau memiliki kereta berkenaan.

"Ini adalah tindakan individu tertentu sengaja menimbulkan isu pembelian kereta mewah Porsche Cayman bagi memburukkan nama saya selaku pemimpin tertinggi Pas di Perlis," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Hashim, yang juga Adun Sanglang tidak gusar kerana isu berkenaan sama sekali tidak akan menggugat kepercayaan dan sokongan kuat ahli Pas terhadapnya kerana mereka lebih mengenali kehidupannya yang sebenar.
Beliau yakin isu itu timbul kerana pihak terbabit sudah tidak mempunyai modal politik lain untuk menyerangnya menjelang saat-saat akhir menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Saya sudah jelaskan kereta itu milik anak saya yang dibeli semasa di England tahun lalu, dengan harga kira-kira RM100,000.
"Dia menggunakan permit import (AP) kereta yang diperuntukkan kepada saya secara sah sebagai wakil rakyat," katanya.
Menurutnya, anaknya yang bergelar ahli perniagaan mengusahakan perniagaan air sarang burung walet sejak lima tahun lalu, menggunakan kereta itu.

"Saya sendiri tidak pernah memandu kereta berkenaan namun beberapa kali menaikinya ketika dipandu anak dari pejabat saya ke rumahnya di Kangar. Lagipun ramai wakil rakyat lain menggunakan AP diperuntukkan untuk tujuan membeli kereta.

"Tindakan orang yang cuba menyebarkan cerita tidak benar dan berbaur fitnah di laman blog membuatkan saya bertambah kuat serta semangat untuk berusaha lebih gigih meraih sokongan ahli," katanya.

Hashim berkata, sepanjang penglibatan kariernya dalam politik, satu penggal menjadi ahli parlimen serta tiga penggal sebagai adun, namun lebih selesa hidup secara sederhana.
"Kenderaan utama saya untuk bekerja serta menjalankan aktiviti harian ialah kereta Proton Saga dan Kia Optima. Saya tidak memilih menggunakan kereta mewah seperti dakwaan pihak terbabit," katanya.
Isu berkenaan mula tersebar di laman blog apabila ada pihak mengesahkan dua saman perangkap had laju menggunakan sistem penguatkuasaan automatik (AES) terhadap Porsche Cayman didakwa menggunakan kad pengenalan pemimpin Pas itu.
Susulan itu, banyak pihak mula membangkitkan isu berkenaan dengan mendakwa wakil rakyat Pas itu sudah mampu memiliki kereta mewah.

"Itu hak dia. Walaupun dia bekas perdana menteri,..... Dia bantu kempen, tak apa," kata DSAI

Posted: 26 Jan 2013 05:17 AM PST

Anwar tidak risau kempen aktif Dr Mahathir
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
26 Januari 2013
 Anwar tidak risau kempen aktif Dr Mahathir
Anwar... "itu hak Dr Mahathir untuk berkempen bantu BN". - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesejahteraan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dilihat kembali aktif di pentas politik dalam usahanya membantu Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa di Putrajaya.

"Itu hak dia. Walaupun dia bekas perdana menteri, doakan dia sihat. Dia bantu kempen, tak apa," katanya ketika ditanya sama ada faktor tersebut akan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Anwar telah dipecat oleh Dr Mahathir sebagai Timbalannya pada 1998 atas dua alasan iaitu tidak sesuai untuk meneruskan khidmat dan menggantikannya sebagai Perdana Menteri.


Anwar dijatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi kesalahan rasuah pada 1999 dan sembilan tahun bagi kes liwat pada 2000. Bagaimanapun beliau dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan daripada tuduhan liwat pada 2004.

Pada tahun lalu, Anwar sekali lagi dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Karier politik Anwar bersimpang-siur selepas beliau dipecat dari kerajaan. Beliau dikecam dengan pelbagai tuduhan dan gelaran termasuk agen Yahudi.

Anwar tampil sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia selepas PRU 2008 apabila berjaya menyatukan Pas, PKR dan DAP untuk menentang BN.

Ketika itulah BN berdepan sejarah pahitnya apabila kemenangan majoriti dua pertiga selama ini gagal dipertahankan.

Ekoran itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan digantikan oleh Datuk Seri Najib Razak.

Anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua itu dilihat memegang amanah berat bagi memastikan Umno-BN kembali berkuasa sebagai sebuah kerajaan yang mantap.

Usaha Najib itu didokong oleh Dr Mahathir yang saban hari turun ke lapangan menjelaskan perjuangan Umno-BN terutama kepada masyarakat Melayu di saat Pakatan Rakyat semakin melebarkan sayap.

Namun menurut Anwar, sejarah membuktikan sokongan Melayu di era Dr Mahathir merudum pada PRU 1999.

"Waktu itu Mahathir Perdana Menteri dan pimpin pilihan raya, dia tewas di kawasan-kawasan Melayu. Jangan lupa, dia menang dengan dokongan bukan Melayu. 2013 sokongan Melayunya tambah merosot, dokongan bukan Melayu, merempat ke bawah. Sudah tidak ada.

"Jadi tak perlu risaulah. Biarlah dia kerja. Tapi selalu saya sebut kepada dia, tak perlu dia kasar sangat sebab orang akan tanya, kamu ini hendak pertahankan apa? Kalau nak pertahankan Melayu-Islam, kamu ada 20 tahun untuk lakukan.

"Kedua kalau betul kamu hendak pertahankan soal pemerintahan yang wibawa, yang telus, yang baik, kenapa kontrak Petronas dimonopoli oleh syarikat anak kamu sementara kamu masih jadi penasihat Petronas?" bidas Anwar.

Dalam wawancara yang berlangsung selama satu jam bersama Sinar Harian Online dan Sinar Harian, Anwar turut ditanya berhubung kritikan yang dilemparkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada beliau baru-baru ini mengenai isu Felda dan harga pasaran komoditi.

"Tak apalah. Tan Sri Muhyiddin itu kawan lama saya. Jadi kalau dia berucap tu, dia tidak teliti," ujar beliau.

Menurut Anwar beliau lebih berminat untuk berhujah mengenai isu dasar apabila Muhyiddin mendakwa campur tangannya dalam saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) yang didakwa boleh menjejaskan pelabur.

"Apakah dia sudah baca kenyataan kita tentang kelapa sawit dan tentang Felda? Saya katakan, mengapa saham Felda untuk semua peneroka itu dengan had, tak boleh jual sehingga pasaran itu turun, mengapa diberikan lebih kepada yang bukan peneroka? Siapa yang khianat?

"Peneroka 30, 40 tahun dapat jumlah kecil dan yang bukan peneroka, ahli lembaga, ketua-ketua Umno, itu diagih sikit-sikit. Tak setuju? Dedahkan siapa yang dapat. Mustahil hendak didedahkan.

"Khianatlah, khianat Melayu, pembohong, apa yang saya bohong, patutnya Sinar tanya pada dia, apa saudara Anwar bohong? Apa kenyataan dia kata yang kata bohong. Kalau tak betul, kalau saya silap, saya boleh betulkan. Tak ada masalah," tegas Anwar yang masuk Umno ketika era Dr Mahathir dan dipecat pada September 1998.

EDISI HARAM JADAH UMNO/BN - 2 mamat dr India dpt IC siap tipu tarikh lahir dan tempat lahir ialah Tawau ... betul2 Haram jadah

Posted: 26 Jan 2013 01:56 AM PST

21 Januari 2012

BERSIHKAN DAFTAR PEMILIH SEBELUM PRU.

Dijumpai dalam You Tube satu rakaman yang merakamkan proses orang ramai beratur untuk mengundi ketika PRU 1995 di Sabah. Tahun 1995 inilah dikatakan begitu teruknya penyalahgunaan kuasa iaitu kegiatan memberikan status warganegara pada orang asing berluasa hanya untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional.

Rakaman ini cukup memperlihatkan bagaimana susuk , wajah - wajah bukan Sabah berpusu beratur sebagai pengundi. Ini berlaku di hampir semua tempat mengundi ketika itu. Keadaan ini muncul semula apabila dalam proses RCI mengenai warga asing yang diberi warganegara di Sabah menyatakan bahawa bahawa sememangnya wujud kemasukan dalam jumlah yang luar biasa warga asing yang didaftarkan sebagai warga negara ketika Pilihanraya hampir menjelang untuk didaftarkan sebagai pemilih. Di Sabah lebih setengah pengundi berdaftarnya kini merupakan warga asing yang dibawa masuk.


Dr. Mahathir yang dikaitkan dengan kegiatan penjualan kedaulatan negara ini dengan selamba membela diri tidak menafikan sebaliknya dengan mengaitkan Arwah Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah memberikan lebih banyak warga negara. Mahathir bertindak bacul dengan mengaitkan orang yang telah mati, Tunku memberikan warga negara semasa hendak membentuk negara, sebaliknya Mahathir memberikan warga negara hanya untuk nyawa politik semata. Jika ia proses betul kenapa dua orang warga India Aziz dan Hussien yang menjadi saksi dalam RCI menyatakan mereka dilahirkan di Tamil Nadhu tetapi untuk melicinkan proses mendapat kad pengenalan dan daftar pemilih tempat kelahiran mereka ditukar kepada Kunak dan Tawau.

Memetik semula kata - kata Bobby, Penyelaras SAMM Sabah ketika mempengerusikan sidang meja bulat anak muda Sabah di Kota Kinabalu dua bulan lepas, dia  menyatakan Sabah kini sudah tergadai, bukan sahaja masalah tetapi hasil pemberian keistimewaan warga negara kepada Pakistan dan India dalam projek Dr. Mahathir akhirnya politik Sabah juga dikawal kini oleh keturunan India Pakistan.Contohnya Musa nama sebenarnya ialah Musa Aman Khan bersama saudaranya Anifah Aman Khan. Bukan sahaja politik malah ekonomi juga dikawal oleh keturunan India Pakistan ini. 

Ini bukan isu perkauman tetapi isu kedaulatan. Bahana dari kemasukan pendatang ini juga kecelaruan sosial muncul seperti lambakan penganggur, jenayah tidak terkawal dan seumpamanya.

Kini strategi yang sama disalin pakai oleh Najib Razak, ratusan ribu sudah dibawa masuk diberi kad pengenalan dan didaftar sebagai pengundi. Kali ini bukan sahaja Sabah tetapi di semenanjung juga khususnya negeri dibawah PR seperti Selangor. Lihatlah kerana mendiamkan Sabah terjerumus selama ini tergadai kedaulatan kini Bn mula rakus demi kekal berkausa mula menjual kedaulatan seluruh negara. Jumlah pengundi asing yang diseludup masuk ini amat ramai, akhirnya mereka akan bersatu dan akan ada MP wakil Myanmar, Indonesia, Bangladesh dan jika cerdik sikit mereka akan mula desak kerusi menteri bagi kelompok mereka.

Bayangkan berapa banyak hasil negara tergadai, subsidi yang berbilion seharusnya dikongsi mewah bersama anak tanah air ini tetapi malangnya turut disedut oleh pendatang yang diberi laluan karpet kuing oleh regim untuk kekal kuasa.

Regim sering melaungkan politik ras dan perkauman. Orang Melayu disruh bangkit memusuhi cina dan india contohnya. Tetapi kita jangan lupa Wong atau Ravi itu neneknya mati dalm lahir di sini.Mereka lahir di sini maka sinilah tanah air mereka. Sebaliknya kini Umno dan regim Bnlah yang mengkianati negara dengan menjual warga negara pada orang asing yang belum tentu setia.

Kepada pendatang asing, kami ucap terima kasih kerana memilih untuk bekerja dalam negara ini, kami hargai anda mencari rezeki di tanah air ini tetapi ingat bila kamu mula campur urusan politik negara kami, anak muda Malaysia pasti akan bertindak balas.Gerakan gabungan ABU dan SAMM akan menccetak sebanyak 200,000 keping risalah peringatan kepada pendatang asing agar menjauhi politik negara khususnya menjelang PRU nanti. Cetakan ini dalam 7 bahasa antaranya ialah bahasa benggali, myanmar, inggeris, indonesia dan tagaloq sebagai peringatan dan usaha menggagalkan usaha regim menggunakan khidmat pendatang untuk terus berkuasa.

SAMM juga menyeru secara serius, dalam angin PRU makin kuat ini. Jika regim ini mahu terus dihormati maka sewajarnya tampil membersihkan senarai pemilih dari kekotoran penjualan kedaulatan negara dengan kemasukan pendatang sebagai warga dan pengundi sebelum PRU. Jika tidak kamu akan dikenang sebagai pengkhianat dalam kebangkitan rakyat yang sudah tidak boleh dielakkan lagi. Jangan berdolak dalih lagi. Bukti sudah terbentang didepan mata, negara ini sedang digadai.

Bangkit, Bangkit, Bangkit ! Selamatkan negara.


che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia.

Rafizi tetap akan lawan saman Zahid

Posted: 26 Jan 2013 01:25 AM PST



oleh Nomy Nozwir
January 26, 2013
KUALA LUMPUR, 26 Jan — Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar) tidak akan tarik balik kenyataannya berkenaan Kementerian Pertahanan menggunakan dana awam untuk membeli saham Astacanggih, milik peniaga permaidani Deepak Jaikishan berharga RM30 juta dan membeli tanah Raja Roopiah bernilai RM160 juta di Bukit Raja.
Beliau yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, rakyat Malaysia secara umumnya sudah mengetahui kes ini dan beliau sedia ke mahkamah menghadapi saman dari Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Ya, saya akan hadapi saman tersebut. Saya akan go through dengan lawyer saya mengenai isu ini," kata Rafizi.
Semalam, Ahmad Zahid berkata beliau akan menyaman Rafizi berkenaan tulisannya di dalam blognya, yang didakwa berunsur fitnah, palsu dan tidak benar.
Saman itu dikemukakan berhubung artikel yang mengaitkan beliau dengan seorang ahli perniagaan karpet, Deepak Jaikishan.
Ahmad Zahid selaku plaintif berkata, perkataan tersebut antaranya membawa maksud beliau tidak kompeten, salah guna kuasa sebagai Menteri Pertahanan dan tidak jujur.
Menteri Pertahanan itu antaranya menuntut ganti rugi am dan khas bagi fitnah bertulis, ganti rugi teladan dan melampau serta menarik balik sepenuhnya kata-kata fitnah itu.

Tiada ulasan: