Isnin, 21 Januari 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Dato Husam Musa | Forum PRU13 Kuasa dan Penglibatan Rakyat

Posted: 21 Jan 2013 09:11 PM PST

Tan Sri Abd. Rashid Ab. Rahman | Forum PRU13 Kuasa dan Penglibatan Rakyat

Posted: 21 Jan 2013 08:46 PM PST

Skandal RM40 juta Musa Aman: ICAC dijangka panggil Lajim Februari

Posted: 21 Jan 2013 08:26 PM PST

KUALA LUMPUR 22 Jan: Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin yang akan dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) bakal membongkar skandal RM40 juta Umno Sabah.
Menurut Ahli Parlimen Selayang, William Leong, kes yang masih berjalan itu sedang diteliti secara terperinci berdasarkan dokumen yang diserahkan kepada badan tersebut semasa kunjungan delegasi KEADILAN pada November tahun lalu.
"Antara saksi yang akan dipanggil adalah Datuk Lajim (gambar). Cuma kini ICAC belum tetapkan tarikhnya lagi. Tapi ia tidak terlalu lama, mungkin Februari ini.
"Seorang lagi saksi turut akan dipanggil ICAC untuk beri keterangan berhubung skandal itu yang kami rahsiakan atas faktor keselamatan," katanya kepada Keadilan Daily.
William berkata, pihak ICAC juga menghubunginya baru-baru ini meminta dokumen siasatan tambahan.
"ICAC pernah hubungi saya untuk mendapatkan beberapa laporan dan dokumen baharu. Semua maklumat yang diminta sudah saya hantar," jelas beliau.
Bagaimanapun katanya, maklumat berkaitan dokumen tersebut tidak boleh didedah ekoran permintaan ICAC supaya ia dirahsiakan.
Sementara itu, Lajim ketika dihubungi mengesahkan ICAC telah memanggil beliau untuk memberi keterangan berhubung kes tersebut.
Katanya tarikh untuknya ke sana setakat ini belum diputuskan ICAC.
Read More / Baca Lagi >>

Masa Depan Melayu, Islam dan Raja Melayu.

Posted: 21 Jan 2013 08:25 PM PST

Masa depan kita, agama kita dan Raja kita dalam tangan kita. Bukan dalam tangan UMNO. Itu perkara pertama kita kena faham. Hentikan dari menjadi pengikut buta UMNO. Melayu menghamba abdikan diri untuk menbiayai kehidupan mewah para pemimpin UMNO. Padan muka kita kena tipu. 
Malam ini saya berceramah di Batu Kurau Perak. Kita bantu Dato Fauzi Shaari dan calun2 ADUN lain menang kawasan2 di Perak. Supaya hak dikembalikan kepada rakyat. Rakyat yang tuan sebenar benar nya. Bukan Mahathir. Bukan Reezal Merican. Bukan Azeez Raheem. Bukan mamak2 padukang ini.
Setiap rakyat yang diperkasakan dengan hak mereka, mengimbangi tamak haloba kerajaan yang korap. Apatah lagi jika semua bertekad, kita tumbangkan kerajaan UMNO ganti dengan kerajaan Melayu yang lain. Kita yang lebih Melayu dari nama2 yang saya sebut diatas.
Read More / Baca Lagi >>

A LEGACY OF CORRUPTION: Malaysia headed for bankruptcy in 2019

Posted: 21 Jan 2013 08:23 PM PST

Malaysia can be considered a success story in terms of economic development. It successfully transformed itself from being a backwater undeveloped economy to a middle income country. It managed to do that by transforming its resource based economy into a manufacturing economy and was also able to reposition itself by attracting much of the world's Foreign Direct Investments during the 1970s and 1980s.
A LEGACY OF CORRUPTION: Malaysia headed for bankruptcy in 2019Transfer of technology and also modern managerial skills that are brought about by the Multinational Corporations (MNC) also helped build up our pool of skilled labours which in needed in our economic transformation in the later years. Due to the transformation and repositioning of our economy it also altered the importance of certain sectors of the economy which is shown in both the composition of its exports and imports.
Our exports are now consists of electrical and electronics – 35%, palm oil – 15%, petroleum products – 9%, LNG – 7% and the rest are made up of timber, various manufactured goods and etc. Our imports are mainly made up of machinery and transport equipment – 60%, manufactured goods – 12%, fuel - 10% and chemical - 9 %.
The interesting thing to note about Malaysia's imports is that the bulk of it are made up of 'Capital Goods' and not consumer items such as food, beverages and etc. When a country imports more capital goods than anything else it shows that this country is on the right track to a 'sustainable developing' economy because these capital goods such as machineries and transport equipment will be used to furthered the production of manufactured goods and hence helped promote economic growth.
Government watering our wages?
Below we present to you several development and income metrics of the Malaysian Economy which we hope to help you understand where our money gone and also why our 'income distribution' is not catching up with the system. We hope you can bear with us as it is quite statistical and boring.
The macroeconomic metrics we used are the following:
  1. Wages in Manufacturing
  2. Malaysia GDP
  3. Wage/GDP index
  4. Malaysia Government Debt/GDP
  5. Malaysia Money Supply M3
  6. Malaysia GDP per capita
  7. Malaysia Government Spending
  8. Malaysia Consumer Spending
  9. Malaysia Consumer Price Index
  10. Malaysia Government Budget
Later we will also show the inability of income to catch up with general price level of goods and services or inflation which is measured by the CPI. Hopefully it will also help us to answer the following question on whether the authorities are watering our worker's wages?
Why our Income lagged GDP Growth?
Read More / Baca Lagi >>

PRU 13: Pemantau K’tan serah tuntutan pilihan raya bersih kepada PDRM

Posted: 21 Jan 2013 08:20 PM PST

MENERUSKAN langkahan pemantauan PRU13, pasukan Pemantau Kelantan telah mula melaksanakan tugas ke arah pilihan raya yang bebas dan adil. Sekitar jam 3:30 petang kelmarin 20 Januari 2013, Pemantau Kelantan telah mengunjungi Balai Polis Kota Bharu.
Tujuannya hanya satu iaitu menyerahkan resolusi Pemantau Kelantan yang telah dikeluarkan hasil dari seminar sehari pemantau PRU13 Kelantan 19 Januari lalu. Antara 7 resolusi tersebut termasuklah menuntut pihak polis mampu bersikap berkecuali setiap waktu tanpa memihak kepada mana-mana parti politik sekaligus meletakkan harapan ka arah penambahbaikan integriti pasukan PDRM dalam suasana PRU13.
Sikap profesional PDRM amat penting bagi menjamin kelangsungan suasana yang membolehkan rakyat menikmati hak-hak dalam sistem demokrasi termasuklah hak untuk bersuara, berhimpun dan menyatakan pandangan sebagaimana dijamin oleh perlembagaan Negara. Apatah lagi dalam suasana pilihan raya umum ini, rakyat amat perlu dibekalkan dengan maklumat-maklumat tepat dari parti-parti politik.
Bila suasana semasa begitu melihatkan parti-parti BN diberi liputan meluas dalam media-media elektronik, tiada pilihan lain kepada parti-parti PR selain turun padang dan mengadakan himpunan seberapa kerap bagi menerangkan pelbagai isu kepada rakyat. Dalam situasi sebeginilah peranan pihak PDRM amat siknifikan bagi memastikan keamanan dikekalkan bagi membolehkan rakyat mendapat cukup penerangan dari parti-parti politik Negara.
Read More / Baca Lagi >>

KS Bawani: 'Jangan panaskan lagi isu ini'

Posted: 21 Jan 2013 08:18 PM PST


KS Bawani
Bawani melakonkan semula perdebatan antaranya dengan Sharifah Zohra di UUM baru-baru ini, kelmarin.
 
KOTA BHARU – Perkara utama yang perlu diberi perhatian dalam kontroversi forum yang diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini ialah hak kebebasan bersuara mahasiswa negara ini.

Pelajar Jurusan Undang-Undang, UUM, KS Bawani berkata, perkara utama yang mahasiswa perlukan ialah suara untuk menyuarakan pendapat dan pandangan berbanding kontroversi yang sedang hangat diperkatakan.

"Perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah tiga perkara iaitu kebebasan bersuara mahasiswa, universiti yang bersih dari segala ancaman luar dan juga pendidikan percuma kepada rakyat, bukannya individu-individu yang terlibat dalam forum tersebut," katanya ketika
menghadiri Bicara Selebriti sempena Hari Hiburan Islam di Kota Bharu, kelmarin.

Bicara selebriti kali ini menampilkan pelakon Piere Andre, Ustaz Zamri mantop, pelakon Oki Setiana Dewi dan juga pelumba basikal negara, Azizul Hasni.

Menurutnya, apa yang sedang hangat diperkatakan sekarang bukanlah perkara pokok yang perlu diselesaikan.

Read More / Baca Lagi >>

Tuntutan ibu bekerja

Posted: 21 Jan 2013 08:15 PM PST

Oleh Norhayati Yusof

Saya ingin berkongsi pengalaman dan perasaan sebagai seorang ibu yang bekerja tentang isu kemudahan untuk wanita bekerja. Kita semua ada anak-anak, malah ada yang sudah besar dan kini berkeluarga dan bekerja. Saya juga pernah melalui peranan ibu bekerja.
Bantuan kewangan bulanan
Bagi ibu yang berpendapatan kurang dari RM2,000 sebulan, apakah kemudahan yang kerajaan  sediakan untuk menjaga anak-anak mereka?  Kalau seorang anak memerlukan penjagaan RM250 sebulan, bagaimana jika ada dua atau tiga anak? Ke mana hilangnya penat lelah bekerja bagi si ibu?
Di Britain, setiap anak akan diberi bantuan automatik RM200 setiap bulan. Kalau tiga anak, ibu mendapat RM600 sebulan bantuan dari kerajaan. Bukan itu sahaja, terdapat banyak pusat penjagaan anak-anak yang disediakan majikan atau kerajaan. Mengapa ia tidak dilaksanakan di Malaysia?
Takkanlah pemberian BR1M sebanyak RM500 setiap pilihanraya atau setiap lima tahun boleh membantu keluarga?
Cuti bersalin
Kita amat bersyukur kerajaan Malaysia telah memberikan cuti 3 bulan kepada wanita bersalin. Tetapi apa yang saya nak tegur adalah siapa yang nak menjaga kami selama satu bulan pertama selepas bersalin?
Suami hanya diberikan cuti seminggu bagi penjawat awam manakala pekerja swasta diberi cuti 3 hari sahaja. Sepatutnya, paling kurang suami patut diberi cuti 2 minggu untuk ibu bersalin biasa dan sebulan bagi ibu yang menjalani pembedahan cesaerian.
Apabila anak kami bersalin baru-baru ini, saya dan suami saya yang menjaganya selama sebulan lebih. Suaminya hanya diberi cuti 3 hari sahaja. Anak saya terpaksa menanggung jahitan yang banyak berikutan pembedahan dan dia juga sedang menyiapkan tesis ijazah sarjananya.
Saya ingin mencadangkan bahawa wanita diberi kebenaran mengambil cuti bersalin dua minggu sebelum tarikh kelahiran yang dihisabkan doktor. Saya amat kasihan melihat rakan-rakan guru yang naik turun tangga sekolah seperti saya dahulu apabila mengandungkan anak kelima.
Saya bernasib baik semasa mengandung anak pertama dan kedua kerana masa itu saya tidak bekerja sepenuh masa. Semasa mengandung anak ketiga dan keempat, saya mengikut suami belajar di Scotland.
Saya berpengalaman naik turun tangga sekolah bagi anak kelima sahaja. Selalunya dua minggu atau seminggu sebelum bersalin merupakan masa yang sangat kritikal bagi ibu-ibu yang mengandung.
Kalaulah diberi cuti pada  masa itu, alangkah bahagianya ibu-ibu ini. Tak kan kita nak biarkan wanita menanggung siksaan sebegitu rupa.
Syarat bersara pilihan
Read More / Baca Lagi >>

Projek IC khianati rakyat dan negara, UMNO-BN harus dihukum

Posted: 21 Jan 2013 08:14 PM PST

Tidak ada perkataan yang selayaknya diberi selain "pengkhianat negara" untuk mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad kerana memberi taraf kewarganegaraan kepada ratusan ribu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah semata-mata untuk mempertahankan survival Barisan Nasional (BN) di negeri itu.
Ia dibuktikan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap projek "IC Mahathir" yang didedahkan baru-baru ini.
Akibat tindakan itu, Sabah kini melalui beberapa fasa getir membabitkan pertembungan sosio ekonomi dan politik rakyat tempatan dan pendatang yang diberi kerakyatan secara mudah.
Sambil menyatakan rasa kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan UMNO-BN itu, Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong Sze Phin berkata, parti pemerintah itu harus bertanggungjawab terhadap 'dosa' silam mereka ke atas rakyat Sabah.
"Saya boleh katakan bahawa ini merupakan pengkhianatan tertinggi buat Malaysia khasnya rakyat Sabah.
"Bayangkan selama ini yang menentukan hala tuju, pentadbiran negeri Sabah ditentukan oleh 'pengundi hantu' yang dihalalkan. BN benar-benar kotor!" tegas beliau ketika ditemui semalam.
Tambahnya, akibat daripada "Projek IC Mahathir", rakyat Sabah terutamanya di kalangan Bumiputera negeri itu ketinggalan disebabkan saingan tidak sihat yang berlaku.
Read More / Baca Lagi >>

Unik dan hebatnya ‘Bangsa Johor’

Posted: 21 Jan 2013 08:13 PM PST

Oleh Izmil Amri

SAYA lahir dan membesar di Pulau Pinang. Nun di sebelah Utara sana. Apalah yang saya tahu mengenai Johor selain pertembungan sekali-sekala dengan pemandunya di jalan kota raya Kuala Lumpur; tempat kami bertemu dan mencari rezeki.
Namun disebabkan jarak dan masa yang memisahkan kami, saya dan beberapa orang dari Johor yang saya kenali, izinkan saya menggunakan istilah manja, 'Bangsa Johor', selalunya tidak pernah ngam. Itu dan hakikat bahawa Johor ini adalah kubu kuat UMNO menambahkan lagi jarak antara kami.
Maka alangkah bertuahnya saya apabila dapat menjejak kaki ke bumi Johor baru-baru ini, dalam rangka memahami mentaliti masyarakat negeri Selatan itu sambil menjamah makanannya yang lazat. Ya, memang sedap masakan orang Johor.
Pada masa yang sama harus saya perjelaskan bahawa saya bukanlah asing sangat dengan sikap, perangai dan cara hidup orang Johor yang saya kenali. Mungkin ini stereotaip, namun saya melihat ada banyak persamaan gaya.
Malah saya punya ahli keluarga yang menetap di Johor, jadi separuh daripada kerja memahami ini sudah selesai, walaupun mungkin pemahaman itu tidaklah sempurna. Mentaliti orang Johor, bagi saya masih lagi satu misteri yang tidak dapat dirungkai.
Soalannya mudah; apa sebenarnya yang wujud di dalam kepala orang Johor ini sehingga begitu payah sekali bagi kebanyakan mereka untuk meninggalkan ajaran United Malays National Organisation? Itu sahaja.
Dengan kedudukan Johor sebagai negeri 'barisan hadapan' dalam strategi pilihan raya DAP dan Pakatan Rakyat, saya rasa soalan ini wajar ditekuni.
Di Johor menonton TV Singapura
Read More / Baca Lagi >>

Tewas saman fitnah Anwar: Bukti Utusan Malaysia penipu, pembohong

Posted: 21 Jan 2013 08:11 PM PST

KUALA LUMPUR, 22 JAN: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memenangi saman fitnah ke atas Utusan Malaysia, yang sedang mencipta sejarah di Malaysia sebagai akhbar yang paling banyak tewas dalam saman fitnah oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR).
Katanya, ini membuktikan penipuan dan pembohongan terhadap pemimpin PR menjadi makanan harian Utusan Malaysia, sebagai lidah rasmi UMNO sehingga dilihat ke tahap lebih sebagai 'Surat Tipu" berbanding Surat Khabar".
Bagaimanapun, menurut Kit Siang, Utusan Malaysia bukan satu-satunya "Surat Tipu" di Malaysia walaupun ia adalah contoh terburuk daripada kalangan media perdana UMNO/Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata, semakin hampir dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), pemimpin UMNO/BN dan alat propaganda mereka, baik media perdana atau penyangak cybertroopers, akan bekerja lebih masa untuk mewujudkan pelbagai penipuan dan pembohongan.
"Seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, tempat, umur atau jantina hendaklah bersatu pada PRU-13 nanti untuk menolak politik penipuan, pembohongan dan penyalahgunaan kuasa oleh UMNO/BN.
"Amat menyedihkan apabila bukan saja yang hidup, malah yang sudah meninggal dunia juga turut menjadi mangsa politik penipuan dan pembohongan sedemikian," katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 80 hari ke PRU-13, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Panas : Bekas Exco Tidak Bayar Hutang Pilihan Raya RM140,000

Posted: 21 Jan 2013 08:06 PM PST

Masa minum di restoran Sudut Cahaya berhampiran bangunan PAS di Jalan Dato' Pati Kota Bharu tengah hari semalam saya berjumpa dengan kawan lama, bekas wakil rakyat PAS yang kini sudah jadi veteran namun masih aktif berkerja untuk kelangsungan PAS. Dia bolehlah saya anggap sebagai adviser parti secara tidak rasmi.

Bekas wakil rakyat ini pernah menjadi pegawai khas kepada Menteri Besar Kelantan. Pengambilan beliau itu untuk satu masa sudah pasti sebagai penasihat politik kepada Nik Aziz dan juga menyeliakan pegawai-pegawai muda lantikan politik kepada MB.

Dalam kesempatan itu banyaklah yang sempat kami bicarakan. Beberapa sejarah PAS yang sebelum ini tidak pernah didengari oleh generasi hari ini juga terungkit sama. Ralik juga mengenang nostalgia. Paling emosi di dalam perbualan semalam ialah bagaimana kekaguman beliau kepada Tokguruku Nik Abdul Aziz.

Baginya Tokguru tidak ada satu dan dua di dunia ini. Justeru dia mahu Tokguru menjadi spiritual leader sampai ke akhir hayatnya. "Ana mahu tengok apa yang berlaku kepada Khomeini di Iran dulu, di mana seluruh lapisan rakyat menghormati dan menyanjungi diri Imam Khomeini sampai ke saat akhir. Begitulah juga cita-ciata ana terhadap Tokguru Nik Aziz," tuturnya sambil tidak dapat menyembunyikan perasaan sebaknya.
Read More / Baca Lagi >>

Student told to ‘listen’ zips lips on Sharifah Zohra’s latest forum snub

Posted: 21 Jan 2013 07:59 PM PST

GEORGE TOWN, Jan 22 – Bawani K.S. has declined comment on the woman who told her to "listen" who has snubbed a second chance to speak at a student forum tonight, saying she will leave it to the organisers to interpret Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin's rejection of their invitation.
Sharifah Zohra, dubbed the "Listen" woman after her outburst, was also alleged to have been invited to share the same stage by the organiser, student group Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), but her organisation, Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M), yesterday confirmed Sharifah Zohra will not be attending the "Academic Freedom and Fundamental Rights" forum.
"I have no comment on this," the Universiti Utara Malaysia (UUM) law student told The Malaysian Insider when asked to respond to Sharifah Zohra's skipping out on the chance for a second face-off.
The 27-year-old at the centre of a storm over the viral "Listen" video confirmed that she will be speaking at a forum in Kuala Lumpur to push for free tertiary education and freedom of speech. The "Academic Freedom and Fundamental Rights" will kick off at 8pm tonight at the Kuala Lumpur-Selangor Chinese Assembly Hall.
Ema Lee Abu Samah, a member of SW1M's supreme council, told The Malaysian Insider yesterday that Sharifah Zohra will not turn up at the forum.
She added that her organisation had also lodged a police report accusing SAMM members of breaking into SW1M's office.
A letter that purportedly bore Sharifah Zohra's signature and SW1M's stamp of acknowledgement, dated January 18 had been posted on news portal Harakah Daily as proof of her acceptance of SAMM's invitation.
Read More / Baca Lagi >>

Tujuh dulang hantaran untuk Kelantan

Posted: 21 Jan 2013 07:57 PM PST

Negeri Kelantan ibarat anak dara sunti yang cantik menawan, jelingan matanya  tajam bab pisau, lenggang lenggoknya bab bidadari istana,  sesiapa memandang pasti tergila-gila lebih-lebih lagi lelaki hidung belang.

Kerana kecantikannya yang luar biasa  maka ramai lelaki mahu masuk meminang, antaranya  dari Putrajaya. Tanggal 19 Januari  datang satu rombongan, ketua rombongan, masih ganteng orangnya meskipun usia  50an, mulutnya  merah bab delima merkah, rambutnya  putih bagaikan kapas  dijemur,  berkata kepada  si gadis ayu: jika menerima pinanganku akan ku berikan padamu tujuh dulang hantaran yang mahal-mahal, ada lagi pemberian istimewa lain yang tak disebutkan sekarang.
Antara  tujuh jenis hantaran itu,   sebuah masjid berkubah emas, jalan raya dengan aspal daripada emas hitam import dari luar negara,  stadium bolasepak berbumbungkan perak dan lain-lain. Stadium bolasepak diulangsebut beberapa kali kerana lelaki itu tahu si gadis ayu merupakan peminat tegar bolasepak.

Bunyinya seperti hantaran yang akan dibawa Sultan Melaka ketika mahu meminang Tuan Puteri Gunung Ledang sepertimana  diriwayatkan  dalam hikayat Melayu klasik. Hanya sedikit berbeza  ialah  hantaran  yang akan dipersembahkan  Sultan Mahmud Shah  adalah atas kemahuan Puteri Gunung Ledang, sementara hantaran lelaki dari Putrajaya, Najib Shah  itu atas kehendaknya sendiri, belum tahu sang gadis menerima atau tidak.
Read More / Baca Lagi >>

Forum tetap berlangsung walau tanpa Sharifah Zohra "Listen"

Posted: 21 Jan 2013 07:54 PM PST

KUALA LUMPUR: Forum 'Kebebasan Akademik dan Hak Asasi' yang akan berlangsung jam 8 malam ini di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur diteruskan sekalipun tanpa kehadiran Sharifah Zohra Jabeen.

Sehubungan itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan mengucapkan tahniah buat anak muda dari Segmentasi Mahasiswa SAMM, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) dan INSTEF di atas kerjasama utuh untuk menjayakan forum malam ini.

Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata, dengan hasrat mempertemukan semula dua ikon yang bertembung idealisma dalam satu forum di UUM bulan lalu sehingga menerbitkan sebuah fenomena, forum malam ini merupakan medan terbaik untuk Sharifah Zohra Jabeen dan KS Bawani berhujah dengan tatacara yang sebenar.

Maka atas sebab itu, ujarnya SAMM melalui Segmentasi Mahasiswa menyediakan lapangan yang terbaik cukup luas untuk Syarifah Zohra menyatakan segala pandangan dan meluahkan kecelaruan yang bermain di minda masyarakat umum.

Tambahnya, adil untuk semua pihak, KS Bawani juga berpeluang menjawab telahan sehala dari Sharifah Zohra menjadikan pertemuan ini cukup menarik dan saling melengkapi.

"Forum malam ini juga menjadi medan sesuai untuk semua pihak juga di atas keperluan dan permintaan rakyat seluruh negara, demi mendengar sendiri lontaran idea yang terhasil dari persediaan yang cukup, bukan secara spontan sepertimana fenomena 'listen' terhasil," katanya dalam satu kenyataan.
Read More / Baca Lagi >>

FGVH catat nilai terendah RM4.36, peneroka rugi besar

Posted: 21 Jan 2013 07:51 PM PST


KUALA LUMPUR: Saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) menjunam mengikut Indeks Komposit Kuala Lumpur semalam dan akhirnya tutup di bawah harga IPO pada RM4.42 semalam.

Ini adalah julung kalinya FGV ditutup di bawah harga IPO walaupun sebelum ini pernah mencecah ke paras RM4.52 dalam dagangan harian.

Semalam, FGV juga merekodkan harga terendah RM4.36 sebelum ditutup pada RM4.42. Kejatuhan ini menyebabkan para peneroka dan lain-lain pelabur rugi besar.
Selain itu, jika ini berterusan, peneroka juga bakal dibebani hutang dengan bank apabila pelaburan mereka rugi, hutang terpaksa dibayar bersama bunga bank.

Sementara itu, indeks KLCI merosot untuk hari keempat berturut sebanyak 40.81 points or 2.43 peratus pada hari Isnin.

Ini adalah penurunan paling besar sejak 26 September 2011.

Penganalisa berkata ketidak-tentuan politik dan tarikh pilihanraya antara faktor menyumbang kepada kejatuhan indeks KLCI.
Read More / Baca Lagi >>

MAMAT INI ADALAH PEMILIH BERDAFTAR DENGAN SPR!!!!!!!

Posted: 21 Jan 2013 05:29 PM PST


Butiran peribadi... NAMA:  IMPIAS BIN SIPULLAH
                               NO K/P: H0488914/621010126275
                               TARIKH LAHIR: 10HB OKTOBER 1962
1)  Betulkah mamat ini warganegara Malaysia sejati dan tulin?  
2)  Mengapa di Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sabah ada satu unit dinamakan Unit Khas Sabah?  
3)  Menjadi pemilih berdaftar dengan SPR yang disahkan di DUN LIAWAN dan PARLIMEN KENINGAU... Macamana SPR boleh luluskan?

Memang wajar sekali apa yang diperjuangkan oleh NGO Bersih dan parti-parti politik dalam gabungan Pakatan Rakyat agar SPR mesti ada keberanian dan maruah harga diri untuk membersihkan senarai pengundi seblum rakyat keluar mengundi.

DR M IBARAT SYAITAN: Bagaimana kita boleh MENGHUKUMNYA?

Posted: 21 Jan 2013 05:27 PM PST

DR M IBARAT SYAITAN: Bagaimana kita boleh MENGHUKUMNYA?Pemecatan timbalan perdana menteri yang juga menteri kewangan, Anwar Ibrahim pada tahun 1998 merupakan permulaan kepada masalah sebenar di Malaysia kerana Mahathir yang keras kepala mengambil keputusan untuk kekal dalam kuasa walaupun sebenarnya dia adalah antara penyebab krisi kewangan yang berlaku di Asia pada ketika itu.
Apa yang telah berlaku adalah Mahathir, dengan wang yang didapatinya dari Bank Negara Malaysia (BNM), atas sikap tamaknya mahu mendapatkan keuntungan yang lumayan dengan menspekulasi mata wang walaupun tidak disukai dan dipersetujui oleh Anwar.

Anwar menjadi begitu takut akan ketamakan Mahathir namun kuasa boleh memupuk korupsi dan kuasa yang mutlak akan menjadikan seseorang menjadi sangat korup. Mahathir, sebagai diktator di Malaysia tidak mempedulikan rayuan Anwar dan meneruskan dengan perjudiannya.

Tanpa diketahui oleh Mahathir, diseberang Atlantik, seorang pelabur mata wang terkemuka sedang memerhatikan wang yang bakal diperolehinya. Spekulasi yang dibuat oleh Mahathir terbukti mengalami kerugian dalam jumlah yang besar telah diraih pula oleh Soros dan Yahudi licik dari Hungary ini pula sanggup mendermakan sejumlah USD 500 juta kepada Russia yang sedang berada dalam masalah dari wang perolehannya.

Mahathir yang kebingungan dengan beraninya menyalahkan timbalannya untuk menyembunyikan kesalahannya sendiri sekaligus menjadikan Anwar sebegai kambing hitam dalam keseronokan perjudiannya. Tetapi pemecatan Anwar bukan sesuatu yang tidak dijangka. Timbalan-timbalannya terdahulu seperti Musa Hitam, Ghaffar Baba juga telah menerima nasib yang sama akibat tindakan diktator ini.
Read More / Baca Lagi >>

Citizenship-for-votes: Just the tip of the Umno iceberg?

Posted: 21 Jan 2013 05:24 PM PST

Referring to the recent revelations of how Barisan Nasional had cheated to win Sabah, PAS's Kuala Selangor member of parliament Dzulkefly Ahmad said if such was the tactics used by UMNO when the party was strong, it would do even worse at present in its desperate attempt to win back lost states.
"More important is whether all these episodes of treason and evil will be repeated at the 13th general election," said Dzulkefly.
"When they were strong, they still did all the evil, so what is stopping them from repeating such despicable acts in the 13th general election, which is the closest contest for UMNO-BN facing the possibility of being ousted from the Federal government?" he asked.
Dzulkefly said the revelations at the Royal Commission of Inquiry into Sabah's immigration problem, coupled with the allegations by businessman Deepak Jaikaishin against prime minister Najib Razak and wife Rosmah Mansor, could spell the end of UMNO's reign.
According to him, Najib's bid to win will be made more difficult by former prime minister Dr Mahathir Mohamad's constant justification of his past misdeeds.
PAS information chief Tuan Ibrahim Tuan Man meanwhile said Mahathir's admission that he had given Malaysian identity cards to foreigners in Sabah two weeks before the state election had confirmed the suspicions.
He said the acts had jeopardised national security from all angles, adding that it was still being continued in West Malaysia where some states have seen unusually big number of new voters.

Surat mesej politik Najib : Guna duit kerajaan atau parti..??

Posted: 21 Jan 2013 05:18 PM PST


Surat Najib
Hian Wah menunjukkan sepucuk surat mempunyai mesej berbaur kempen politik ditandatangani Najib yang diterimanya dua minggu lalu.
 
SERI KEMBANGAN – Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan mengenai kos penghantaran surat dengan mesej politik diterima pengundi negeri ini menggunakan wang kerajaan atau Barisan Nasional (BN).

Hian Wah berkata, beliau dan isteri terkejut menerima gambar Perdana Menteri dan surat menggesa rakyat membuat perubahan pada pilihan raya nanti dengan memberi mandat kepada BN.

Menurutnya, dalam sampul surat yang turut dimuatkan kalendar itu, Najib menyatakan negeri ini dalam keadaan kecelaruan selama empat tahun di bawah pimpinan kerajaan DAP, PKR dan Pas.

"Sekiranya kos penghantaran surat kepada kira-kira dua juta penduduk di negeri ini dibiayai kerajaan, ia jelas menunjukkan ada salah guna kuasa.

"Saya terima maklumat pengundi di Kajang, Pandan, Puchong dan Ampang juga ada terima surat ini," katanya.

Beliau berkata, Selangor ada dua juta pengundi dan berkemungkinan berjuta ringgit diperlukan untuk tujuan itu.
Read More / Baca Lagi >>

JMR SHAH ALAM : CERAMAH RAFIZI DAN DS ANWAR IBRAHIM

Posted: 21 Jan 2013 04:56 PM PST

Negara Zina : Gadis 24 tahun bungkus dan campak bayi luar nikah dalam tong sampah

Posted: 21 Jan 2013 04:42 PM PST

KUANTAN, 21 Jan — Seorang gadis bertindak kejam apabila nekad membungkus dan mencampakkan bayi luar nikah yang dilahirkannya ke tong sampah, di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH), kira-kira jam 12.30 tengah malam, Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Aziz Salleh berkata gadis berusia 24 tahun itu berasal dari Pasir Puteh, Kelantan dan dipercayai bekerja di sebuah pasar raya di Temerloh.
"Dia dibawa ke HOSHAS oleh rakannya selepas mengadu sakit perut.
"Ketika sedang mendapatkan rawatan gadis itu bergegas ke tandas berhampiran dan terkejut ketika sedang membuang air besar melihat bayi perempuan yang dikatakan cukup sifat terjatuh dalam mangkuk tandas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Aziz berkata, dipercayai selepas melihat keadaan bayi perempuan itu sudah tidak bernyawa, gadis terbabit mengambil plastik dalam tong sampah sebelum membungkus mayat bayinya dan membuang dalam tong sampah.
Katanya, gadis terbabit kemudian berlagak selamba ketika berjalan keluar dari tandas berkenaan sebelum dipanggil oleh doktor yang bertugas untuk menjalani pemeriksaan.
Read More / Baca Lagi >>

Facing the truth on illegal immigrants

Posted: 21 Jan 2013 04:29 PM PST

Whatever the findings of the RCI, we must realize that all these migrant streams – past and recent – have contributed to our country and deserve their place in the sun.

The main line of defence used by former prime minister Dr Mahathir Mohamad in justifying the distribution of identity cards to foreigners and their registration as voters in Sabah has now emerged.
According to Mahathir, "One should also look back and remember that Tunku Abdul Rahman was worse than me, he gave one million citizenships to people who are not qualified and not even tested."
"Why is it when he does it, it is not wrong, and when I do it, it's wrong?" he asked.
He has since asked for a Royal Commission of Inquiry to look into the granting of citizenship during the pre-Merdeka period.
This suggestion appears to be borrowed from the pro-Umno author and blogger Syed Akbar Ali, who in a post critiquing the Royal Commission of Inquiry on illegal immigrants in Sabah, had argued that it would not be out of place to have a Royal Commission of Inquiry to investigate why one million immigrants who were mostly Chinese and Indians were given citizenship in Malaya in the 1950s.
According to him, "Let's not argue about the fairness. Let's have a RCI first on the issue – how and why one million Chinese and Indians [including my mamak gang of course] were given citizenship."
Mahathir's response has drawn widespread derision since his remarks have appeared in the Internet media.
His was not only a shallow attempt to divert attention away from his role in this unconstitutional operation by playing up to the chauvinistic feelings of the Malay audience. He also chose to malign a deceased prime minister in his attempt to get off the hook for masterminding the massive influx of illegal immigrants into Sabah.
Read More / Baca Lagi >>

DIGGING UMNO'S GRAVE: Mahathir - the most poisonous man in Malaysia

Posted: 21 Jan 2013 04:25 PM PST

DIGGING UMNO'S GRAVE: Mahathir - the most poisonous man in Malaysia:
THIS week saw a slew of stories exposing former premier Mahathir Mohamad's dirty political hands – using government institutions to cheat to remain in political power.
It shows his shady past abuses of power is fast catching up with him and the rakyat are no more his obeying robot, like when he ruled for 22 years in the past.
What is disgusting is that this 87-year-old stubborn mule does not know when to stop his evil agenda to divide Malaysians with the use of racial and religious issues.
Malaysia is perhaps the only country in the world where racist politicians can divide the people with just one word – Allah (God). It's a word used by the world long before the founding of Islam.
So, how can certain pea brain Muslims claim the word is exclusive to them and thus cannot be used by non-Muslims.
The same pea brain Muslims in Malaysia propagate that if the world is used by non-Muslims, the Muslims will be confused. Are they saying the Malays are so stupid and weak in their faith?
This Allah issue has been raised once too often by politicians that the rakyat has become so sick and tired of it.
Whether the issue was raised by the Opposition DAP or PAS or by Barisan Nasional (BN)'s Umno, MCA or MIC, it was all started by the racist BN government when it banned the use of the word. So, the blame must go to the racist BN.

Dangerous politician
Why then is Mahathir now being targeted by the rakyat and critics?
Mahathir is now seen as the most dangerous politician in Malaysia, following the expose that he has an estimated accumulated wealth of US$44 billion (more than RM132 billion).
This makes him more powerful than Prime Minister Najib Abdul Razak.
Yes. Mahathir is no more the prime minister of Malaysia and thus does not have the institutions of government at his disposal.
Read More / Baca Lagi >>

Harmony under siege

Posted: 21 Jan 2013 04:24 PM PST

Why would the race issue crop up time and again? How dare the politicians humiliate the non-Malays whenever they feel like it?

Not a single day goes by without the country's mainstream politicians demonising their opposition counterparts and claiming glory for having done wonders for the rakyat.
However, it is also these very politicians who become tongue-tied when issues of national interests crop up, as happened recently when a politician-aspirant Sharifah Zohra Jabeen, who heads Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), turned aggressive towards Universiti Utara Malaysia student, KS Bawani.
For a long time to come, Malaysians, especially the non-Malays, will not forget the mistreatment they continue to face at the hands of the dominant race.
The aftermath of the Sharifah Zohra versus Bawani episode has also opened the Pandora's Box, revealing the dreaded and ugly truth that racism is no stranger to this country which brags about its unity in diversity.
Looks like the assurances given by the leaders of the ruling party Barisan Nasional that all is well when it comes to harmony between Malaysians of different ethnic background are false.
From ministers to self-serving politicians, they have all been down-right racist towards the non-Malays.
If former prime minister Dr Mahathir Mohamad had the audacity to insult the non-Malays by asking them to be thankful to the Malays for being allowed to call Malaysia their home, what does one do when smaller fry like Wanita Umno chief, Shahrizat Abdul Jalil and Sharifah Zohra, take it upon themselves to condemn the non-Malays?
Shahrizat had raised the May 13 ghost during the opening of the Wanita Umno general assembly last November.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: