MIMPI SENJA |
- PAS - PKR bergaduh?
- Kelantan fail injunksi terhadap Petronas untuk hentikan pembayaran royalty
- Ayah Mahathir adalah pendatang dari Kerala
- Skandal RM40juta Musa Aman ICAC Hong Kong dijangka panggil Lajim
- [Video] Ceramah JMR DSAI di Damansara Damai 20/1/13
- Michelle Yeoh bakal berkahwin dengan Presiden FIA - bekas bos Ferrari, Jean Todt ... Tahniah
- Mai tengok inilah 10 orang-orang kaya di Malaysia
- Listen Listen Listen Sharifah Zohra jangan lari - Presiden KIMMA
- UMNO/BN Sabah semakin goyang ... 205 penyokong tegar UMNO/BN sertai Keadilan di Tenom
- Kerana mahu hidup mewah, wanita bekerjaya rela jual tubuh
- Sekitar Majlis Resepsi Zakiah Anas - Raja Shahrul Azmi Raja Sahar
Posted: 21 Jan 2013 10:45 PM PST Mohamad Sabu: Tiada pergeseran antara PAS dan PKRMenurut Timbalan Presiden PAS itu dakwaan PAS enggan menerima Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika Pakatan menang pada pilihan raya umum ke- 13 sengaja ditimbulkan. PETALING JAYA: PAS menafikan dakwaan kononnya wujud pergeseran antara PAS dan PKR ekoran tindakan ramai ahlinya keluar daripada 'Himpunan Kebangkitan Rakyat' di Stadium Merdeka pada 12 Januari lalu ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan ucapan. Menurut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dakwaan bahawa PAS enggan menerima Ketua Pembangkang itu sebagai Perdana Menteri jika Pakatan menang pada pilihan raya umum ke- 13 sengaja ditimbulkan. Tegas beliau orang ramai khususnya ahli PAS setia menunggu sehingga himpunan tersebut selesai. "Dakwaan bahawa (ahli PAS) keluar adalah tidak benar.Lebih-lebih lagi ketika beliau (Anwar) memberikan ucapan. Saya tidak pasti bagaimana mereka mendakwa seperti itu. "Saya lihat sendiri mereka tunggu sehingga habis ucapan semua pemimpin di dalam stadium tempoh hari. Malah jika alasannya kerana Anwar jadi PM sehingga timbulkan implikasi ahli-ahli sehingga mereka keluar ketika ucapannya itu tidak benar. PAS terima Anwar sebagai PM," tegas beliau. Beliau yang juga Pengerusi #HKR112 berkata, PAS kekal dengan persetujuan yang dibuat dalam Pakatan Rakyat, bahawa Anwar akan menjadi Perdana Menteri jika gabungan itu menang dalam pilihan raya umum nanti. Dilaporkan hari ini Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi mahu PAS mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tindakan ramai ahlinya keluar daripada himpunan tersebut ketika Anwar memulakan ucapan. Timbalan Menteri Pelajaran mendakwa berlaku pergeseran antara PAS-PKR selepas enggan menerima Ketua Pembangkang sebagai bakal Perdana Menteri sekiranya Pakatan menang pilihan raya umum kelak. Sambil merujuk kepada siaran akhbar The Straits Times Singapura sebelum ini, didapati gambar berkenaan diambil dari sudut belakang yang memaparkan stadium berkenaan kosong ditinggalkan peserta. Ketika Muktamar PAS tahun lalu pimpinan PAS di beberapa negeri memilih Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon paling layak menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan bukannya Anwar. Isu tersebut menjadi buah mulut antara parti gabungan dalam Pakatan walaupun DAP sebelum ini turut memilih Anwar sebagai Perdana Menteri.- FMT |
Kelantan fail injunksi terhadap Petronas untuk hentikan pembayaran royalty Posted: 21 Jan 2013 10:34 PM PST Oleh Zurairi AR January 22, 2013 Injunksi difailkan dua bulan selepas Presiden Petronas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Shamsul Azahar membuat kenyataan mengatakan Petronas tidak berhutang dengan negeri tersebut sebarang royalti kerana kerajaan persekutuan yang menguruskannya. "Saya nampak kes injunction ini perlu diselesaikan oleh mahkamah dalam tempoh yang singkat," Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) Datuk Husam Musa memberitahu pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur disini. Injunksi difailkan ditengah-tengah pertarungan undang-undang diantara kerajaan negeri dan Petronas, selepas saman difailkan pada April 2010 sebagai percubaan untuk mendapatkan pembayaran royalti diatas semua petroleum yang ditemui di pantai Kelantan. Husam mendakwa rakyat Kelantan akan lebih berterima kasih jika pembayaran royalti RM12 bilion dilakukan daripada tujuh janji diberikan oleh perdana menteri. Dalam lawatan ke Kelantan Ahad lepas, Datuk Seri Najib Razak menjanjikan tujuh projek besar jika Barisan Nasional (BN) mengambil alih Kelantan pada Pilihan Raya 2013. Tujuh projek tersebut termasuk lebuhraya menghubungkan Kuala Krai ke Kota Bharu, masjid bernilai RM50 juta dan stadium baru. Husam mendakwa hampir kesemua projek diumum Najib sudah berada dalam perancangan dan sudah diumumkan kerajaan negeri, dan dengan mudah dilaksanakan jika pembayaran royalti RM12 bilion dibuat. "Saya rasa hairan bagaimana penasihat-penasihat kepada PM tak boleh berikan satu tawaran yang lebih menyentuh hati rakyat," kata Husam. "Dia ingat rakyat Kelantan tak berapa cerdik, tapi rakyat Kelantan antara rakyat yang sedar politik." Husam menekankan keperluan untuk menambak empangan di Sungai Golok, untuk melindungi kawasan-kawasan seperti Pasir Mas, Tumpat dan Rantau Panjang daripada banjir. Beliau juga mencadangkan sebuah lapangan terbang antarabangsa baru untuk Kota Bharu bagi menggantikan lapangan terbang domestik semasa yang mengendalikan sehingga 40 penerbangan sehari. Perlawanan undang-undang Kelantan dan Petronas berterusan dengan negeri memfailkan petisyen penggulungan terhadap Petronas. Petisyen itu boleh menyebabkan Seksyen 218 (1) (e) Akta Syarikat 1965 digunakan, di mana syarikat yang tidak dapat membayar hutangnya diambil tindakan oleh mahkamah.- TMI |
Ayah Mahathir adalah pendatang dari Kerala Posted: 21 Jan 2013 07:38 PM PST Mahathir Sepatutnya Ucap Terima Kasih Kepada Tunku. Kalau kewarganegaraan itu tidak diberi kepada bapanya, mungkin hari ini Mahathir berada di tanah air bapanya iaitu di Kerala. mamak juga Mahathir patutlah mengenang budi kepada Tunku, tanpa Tunku mustahilnya Mahathir dapat menjadi pemimpim Melayu. Tanpa Tunku, Mahathir tiada lagi berperluang memperlaungkan `Hidup Melayu, Berjuang untuk Agama, Bangsa dan Negara'. |
Skandal RM40juta Musa Aman ICAC Hong Kong dijangka panggil Lajim Posted: 21 Jan 2013 07:08 PM PST (Oleh Norutul Ilham) KUALA LUMPUR 22 Jan: Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin yang akan dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) bakal membongkar skandal RM40 juta Umno Sabah. Menurut Ahli Parlimen Selayang, William Leong, kes yang masih berjalan itu sedang diteliti secara terperinci berdasarkan dokumen yang diserahkan kepada badan tersebut semasa kunjungan delegasi KEADILAN pada November tahun lalu. "Antara saksi yang akan dipanggil adalah Datuk Lajim (gambar). Cuma kini ICAC belum tetapkan tarikhnya lagi. Tapi ia tidak terlalu lama, mungkin Februari ini. "Seorang lagi saksi turut akan dipanggil ICAC untuk beri keterangan berhubung skandal itu yang kami rahsiakan atas faktor keselamatan," katanya kepada Keadilan Daily. William berkata, pihak ICAC juga menghubunginya baru-baru ini meminta dokumen siasatan tambahan. "ICAC pernah hubungi saya untuk mendapatkan beberapa laporan dan dokumen baharu. Semua maklumat yang diminta sudah saya hantar," jelas beliau. Bagaimanapun katanya, maklumat berkaitan dokumen tersebut tidak boleh didedah ekoran permintaan ICAC supaya ia dirahsiakan. Sementara itu, Lajim ketika dihubungi mengesahkan ICAC telah memanggil beliau untuk memberi keterangan berhubung kes tersebut. Katanya tarikh untuknya ke sana setakat ini belum diputuskan ICAC. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sebelum ini membongkar skandal RM40 juta Umno Sabah melibatkan Ketua Menterinya, Datuk Seri Musa Aman dan taikun balak, Michael Chia. Chia ditahan di Lapangan Terbang Hong Kong pada 2008 kerana menyeludup wang tersebut. Pada November tahun lepas, Rafizi bersama delegasi KEADILAN termasuk William dua kali ke Hong Kong untuk bertemu ICAC. Mereka menyerahkan bukti transaksi berhubung kes itu termasuk keseluruhan penyata bank dan urusniaga keluar masuk wang ke dalam akaun bank dua buah syarikat yang dikaitkan dengan Chia (iaitu Zenique Investments Ltd dan Blisstop Corporation Ltd). Turut diserahkan, akuan bersumpah oleh Lajim yang menafikan bahawa wang RM40 juta adalah derma politik kepada Umno kerana ia tidak pernah diumum kepada pengurusan Umno Pusat atau Umno Sabah, yang dipandang serius oleh ICAC. "Kita tahu ICAC Hong Kong sedang siasat. Kes ini masih berjalan walaupun ada laporan kata sudah tutup. Mereka (ICAC) tidak beritahu media arus perdana bahawa kes ini dalam siasatan bertujuan melindungi kerahsiaan siasatan. "Rahsia ini akan terjawab bila sampai masanya. Siapa yang bersalah akan dipertanggungjawab. Kita tunggu hasil siasatan itu," ujar William yang juga Bendahari Agung KEADILAN. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43617 |
[Video] Ceramah JMR DSAI di Damansara Damai 20/1/13 Posted: 21 Jan 2013 09:01 AM PST |
Michelle Yeoh bakal berkahwin dengan Presiden FIA - bekas bos Ferrari, Jean Todt ... Tahniah Posted: 21 Jan 2013 08:09 AM PST Tidak terkejut kerana dalam dunia apa sahaja boleh berlaku. Hari ini, 21 Januari, kalau anda belek-belek dalam laporan The Star Online menyebut, pelakon filem James Bond, Datuk Seri Michelle Yeoh kini sedang sibuk merancang mahu melangsungkan majlis perkahwinan di kampung halaman beliau, di Ipoh Perak. Setelah sekian lama mengikat tali pertunangan dengan bekas Presiden Ferrari, Jean Todt, akhirnya bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Datuk Michelle Yeoh kini sudah bersedia untuk mengakhiri ikatan percintaan mereka dengan perkahwinan.
Michelle berhasrat untuk melangsungkan di kampungnya kerana bapa beliau yang mengalami kesukaran untuk bergerak jauh di usia 87 tahun kini. Datin Janet Yeoh, ibu Michelle Yeoh bagaimana pun berkata yang beliau tidak tahu menahu akan sebarang perancangan perkahwinan kerana anaknya itu ketika ini tidak berada di Malaysia. Dah lama sebenarnya mereka bertunang. Yeoh telah bertunang dengan lelaki warganegara Perancis itu sejak 2005 lagi. Sebelum ini Todt merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari dari tahun 2004 hingga 2008. Kini lelaki berusia 67 tahun itu merupakan Presiden Perseketuan Auto-mobil Antarabangsa (FIA). Wow, mantap, kaya raya, jutawan!
|
Mai tengok inilah 10 orang-orang kaya di Malaysia Posted: 21 Jan 2013 07:06 AM PST |
Listen Listen Listen Sharifah Zohra jangan lari - Presiden KIMMA Posted: 21 Jan 2013 03:51 AM PST January 21, 2013 Dalam laporan hari ini, Sharifah Zohra mengesahkan tidak akan menghadiri forum "Kebebasan Akademik dan Hak Asasi" yang akan diadakan esok di Dewan Perhimpunan Cina. "Beliau (Sharifah Zohra) perlu berdepan dengan masalah yang diwujudkannya. "Jangan larikan diri dan perlu tampil untuk nyatakan pendiriannya," kata Syed Ibrahim. Syed Ibrahim turut menggesa untuk bertanggungjawab keatas perkara yang dicetuskannya memandangkan ia sudah tersebar luas dan orang ramai memperkatakannya di dalam laman maya dan juga secara terbuka kerana sikapnya tersebut. "Sharifah Zohra kena bertanggungjawab dan hadapinya," kata Syed Ibrahim. Dalam pada itu, Syed Ibrahim berkata Sharifah Zohra perlu perlu lakukan sesuatu untuk membersihkan namanya dan menerima pelawaan daripada Bawani KS adalah platform terbaik untuk dirinya. "Menerima pelawaan adalah langkah yang sewajarnya yang perlu diambil oleh Sharifah Zohra untuk membersihkan namanya. "Ia adalah lebih baik daripada berlarutan," tambah beliau lagi. Syed Ibrahim sebelum ini menegaskan Sharifah Zohra sudah tidak bersama lagi KIMMA dan sebarang kenyataan daripada bekas ahli persatuan tersebut tidak mewakili KIMMA. Forum "Seiringkah mahasiswa dan politik?" diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah pada 8 Disember lepas, akan tetapi hanya heboh selepas video tersebut dimasukkan di Youtube minggu lalu. Klip video "listen,listen,listen" selama 24 minit itu memaparkan Sharifah Zohra menegur Bawani, yang membangkitkan kepada penganjur forum beberapa persoalan berikutan maklumat yang dikatakan Bawani tidak betul mengenai Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk Ambiga Sreenevasan dan Datuk A Samad Said. Bawani juga menegaskan negara mampu untuk menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti dan bertanya mengapa Malaysia tidak boleh berbuat demikian, diikuti dengan tepukan penonton. Ketika Bawani sedang bercakap, Sharifah Zohra turun dari pentas dan berdiri di depannya namun Bawani tidak mempedulikan tindakan Sharifah Zohra itu dan terus bercakap. Sharifah Zohra kemudian berkata "listen" kira-kira 11 kali sebelum bertindak mengambil mikrofon, sambil menghulurkan tangannya bersalam dengan Bawani dan mengucapkan terima kasih kepadanya. "Nombor satu, ini adalah program kami dan kami dibenarkan untuk bercakap. Nombor dua, apabila saya bercakap, (anda) dengar," kata Sharifah Zohra kepada Bawani. Tindakan Sharifah Zohra telah menerima banyak kritikan daripada rakyat Malaysia yang menonton klip video tersebut sehingga menyebabkan berlaku apa yang digelar fenomena "listen, listen, listen". Hari ini, ahli majlis tertinggi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Ema Lee Abu Samah mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa Sharifah Zohra tidak akan hadir ke forum tersebut dan menegaskan sebabnya sudah dijelaskan dalam klip video yang dimuatnaik di laman Facebook SW1M. - TMI |
UMNO/BN Sabah semakin goyang ... 205 penyokong tegar UMNO/BN sertai Keadilan di Tenom Posted: 21 Jan 2013 03:46 AM PST Berikutan kecewa dengan pentadbiran Umno BN yang tidak mampu membawa perubahan kepada pembangunan ekonomi dan taraf sosial rakyat Sabah, 205 penyokong tegar regim itu akhirnya memilih untuk menyertai KEADILAN. Menurut Ketua Cabang Tenom, Datuk Halik Zaman, mencatatkan paling tinggi penyertaan itu adalah di Kampung Entabuan Lama, Tenom seramai 160. Ekoran itu Ranting baru diwujudkan di kampung tersebut dengan melantik Jonny Lamanggit selaku Ketua Ranting. Manakala seramai 25 ahli Umno Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap dilaporkan turut menyertai KEADILAN. Ketua Ranting kampung itu dalam ucapan ringkasnya semasa bersama ahli baru itu menyuarakan ketidakpuasan dengan Umno BN yang mengabaikan kebajikan rakyat . Sementara itu, kata Halik, 20 ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) dari Kampung Pengalat dalam DUN Melalap juga turut menyertai KEADILAN kerana merasakan mereka sudah tiada masa depan bersama Umno BN yang dipimpin Ketua Menterinya, Datuk Seri Musa Aman yang dianggap mereka sebagai diktator. Menurut Ketua Rantingnya, Patrick Samuel, penduduk kampung Pengalat Melalap pada mulanya agak keberatan untuk menyertai KEADILAN kerana mereka telah di war-warkan kononnya mana-mana penduduk kampung yang menyertai pembangkang, anak-anak mereka akan digugurkan dari sekolah, bantuan persekolahan akan disekat dan sebagainya. Namun setelah hari demi hari katanya, mereka lihat begitu ramai penduduk kampung di sekitar mereka berani menyertai KEADILAN dan akhirnya tampil memberanikan diri untuk menyertai parti itu demi masa hadapan anak cucu mereka daripada tenggelam sekiranya masih lagi di jajah oleh regim BN. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43591 |
Kerana mahu hidup mewah, wanita bekerjaya rela jual tubuh Posted: 21 Jan 2013 01:51 AM PST KUALA LUMPUR: Memiliki kerjaya dan mampu menyara hidup dengan pendapatan bulanan ternyata tidak memadai bagi sesetengah wanita tempatan yang sanggup menjadi pelacur kelas atasan demi kemewahan. Mengetepikan aspek moral dan agama, mereka ini bekerja secara sambilan dan hanya melayan pelanggan apabila ada masa terluang, namun apabila diberkas, ada yang mendakwa terperangkap dengan jerat sindiket. Hakikatnya, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan, sindiket itu tidak memaksa wanita terbabit memperdagangkan diri tetapi hanya mempelawa dengan jaminan upah lumayan. "Mereka bergerak menerusi orang tengah atau 'ibu ayam' atau 'mami' yang akan mencari pelanggan untuk wanita terbabit. Ada mami ini sebenarnya rakan kepada wanita berkenaan," katanya kepada BERNAMA, di sini. "Ada wanita yang sudah biasa dengan aktivitinya ini selalunya akan memaklumkan sendiri kepada mami sekiranya mereka mempunyai waktu terluang," katanya. Berdasarkan serbuan sebelum ini, Abdul Jalil berkata, terdapat mami yang sebenarnya adalah pengusaha salun kecantikan dan menjalankan kegiatan tidak bermoral itu secara sambilan. "Lazimnya kalau seorang pelacur memperoleh RM450, mami akan dapat komisen RM200," katanya menambah berdasarkan siasatan, seorang pelacur mengenakan caj antara RM450 dan RM800 untuk menjadi teman berhibur selama empat jam, serta minimum RM1,500 untuk hubungan seks. Kegiatan itu yang membabitkan wanita berusia dalam lingkungan 18 tahun dan 20-an dikesan di sekitar Lembah Klang, Johor Bahru serta Pulau Pinang dan bergerak secara eksklusif, membabitkan pelanggan elit dan profesional. "Apa pun kegiatan ini masih boleh dikira dan ia masih terkawal. Kita sentiasa jalankan risikan, pemantauan termasuk operasi dan bekerjasama rapat dengan badan-badan bukan kerajaan bagi membantu wanita yang tersasar atau mempunyai masalah latar belakang seperti ini," katanya. Mereka yang ditahan, sama ada terbabit atau menjadi ejen bagi kegiatan itu boleh disiasat mengikut Seksyen 372 (B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan dan Seksyen 373 Kanun Keseksaan. Statistik terkini D7 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan 2,772 wanita tempatan ditangkap terbabit pelacuran tahun lalu, berbanding 1,801 pada 2011, iaitu peningkatan 54 peratus. Sebanyak 42,788 serbuan dijalankan tahun lepas dengan serbuan tertinggi di Johor Bahru iaitu 8,749 serbuan berbanding 7,288 serbuan pada 2011. Ini diikuti Kuala Lumpur (8,620); Selangor (6,663) dan Perak (5,426). Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial, Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah Kuala Lumpur (PENCEGAH), Jeevan S Ramamurthy berkata, kos sara hidup yang tinggi bukan lagi faktor utama kegiatan pelacuran dalam kalangan wanita terbabit kerana sebahagian mereka mempunyai kerjaya. Bagaimanapun, katanya, ada sesetengah terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu kerana terpengaruh dengan ajakan kawan yang mempunyai kenalan lelaki kaya. "Sekali mereka terjebak, timbul rasa suka dan faktor itu jugalah yang membuatkan mereka dengan rela hati untuk melayan termasuk melayan nafsu sendiri dan pelanggannya," katanya. - BERNAMA |
Sekitar Majlis Resepsi Zakiah Anas - Raja Shahrul Azmi Raja Sahar Posted: 21 Jan 2013 12:42 AM PST |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan