PERAKITE |
ngomel calon PAS boleh belako asal pandai b..... Posted: 16 Jan 2013 06:11 AM PST NGEMEL sikit. La orang sibuk nak jadi calon. jadi satu dua hari lagi saya nak tulis mengenai bakal2 calon PAS di Pulau Pinang termasuk yang tak munasabah menjadi calon.. dan ada juga yang kan dicalonkan di tempat yang juga tidak munasabah dicalonkan. Macam payung terjun itulah kelebihan orang yang pandai, Ada juga pada 2008 dulu,, tolak bila ditawarkan jadi calon tapi kali ini tanpa segan dan silu menawar diri untuk menjadi calon malah siap pilihan sendiri tempat yang minat dia nak bertanding walaupun diberkan kawasan lain. Bukan hanya di Pulau Pinang... di Perak pun sama..dulu pada 2008 takda sapa mahu jadi calon...maka di pilihlah mereka yang dah pencen guru, askar atau ustaz yang dok meniaga. tup tup menang... tapi kali ni depa yang dok kat atas tu kata.. yb-yb buatan 2008 ni tak bagus..tak perform... Maka macam2 onar lah dibuat.. agar Yb-YB berkenaan tidak dicalonkan lagi. Pikir2 lah..depa ni habis duit ringgit ...pencen dan segala mempertahankan maruah PAS. Esok lusa kita tulis bakal2 calon PAS di Penang dan sikit2 di Perak. Jangan marah wehhh... benda sungguh.. pilihanrayapun dah dekat. |
Posted: 16 Jan 2013 05:55 AM PST PAS Pulau Pinang nampaknya masih bermain catur dalam menentukan calon-calonnya untuk bertanding pada pilihanraya umum ke-13 yang sudah terhidu baunya, Konsep tangkap muat dan rakan kongsi nampaknya menjadi ukuran utama calon-calon yang terpilih. Hairan melihat pendirian Pas negeri yang tidak tegas dalam menentukan bakal calon yang bertanding. Sesungguhnya tidak semestinya seseorang itu berwatak atau bekelulusan sebagai seorang ustaz maka itu melayakkannya menjadi calon. Juga tidak semestinya seseorang itu menjadi Ketua Pemuda Negeri maupun Ketua Dewan Ulama Negeri ataupun Pengarah Pilihanraya Negeri, maka secara automatisnya layak menjadi calon. Wal hal jika menjadi pengarah pilihanraya negeri sepatutnya yang berkenaan itu mengasingkan dirinya daripada menjadi calon. Itu secara logikalnya. Pengarah pilihanraya tentunya perlu menumpukan pada satu negeri, jadi jika yang berkenaan bertanding bagaimanapun dia hendak menumpukan pada kawasan2 lain.. Syabaslah yang beoleh melaksanakan tugasan dengan bijaksana sebagai Pengarah Pilihanraya Negeri. PAS diberi kerusi khususnya Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di Permatang Berangan, Sungai Dua dalam parlimen Tasek Gelugor yang juga ditandingi PAS. Parlimen Kepala Batas juga diberi pada PAS, manakala kerusi negeri hanya di Penaga. Satu lagi kerusi negeri ialah di Permatang Pasir yang ditandingi dan dimenangi oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Dato Salleh Man. Semasa PRU 2008, masih saya ingat betapa susahnya hendaklah mencari calon untuk bertanding di Permatang Berangan dan Sungai Dua. Takda siapa yang mahu..semasa itu ada beberapa nama disebut dan ditawarkan untuk bertanding di Sungai Dua tetapi dia menolak dan kini nama berkenaan menjadi salah seorang calon yang disebut2 tetapi akan bertanding di kerusi lain. Sungai Dua dilihat sebagai salah satu kerusi yang mampu dimenangi PAS pada PRU13 ini memandangkan perubahan sikap pengundi Cina yang ramai di kawasan tu. Gerak kerja yang dilakukan oleh Allahyarham Cikgu Fahmi Abdul Wahab selama tiga tahun sebagai Pegawai Penyelaras KAdun kawasna itu banyak membawa perubahan pemikiran dan penerimaan rakyat setempat. Lantaran itu, kini ramai yang berminat untuk bertanding di kawasan itu. Namun pilihlah yang berkualiti dan tahap perhubungan kerakyatan yang tinggi.. janganlah dibawa calon luar yang baru setahun jagung memegang jawatan. Masih ramai yang berkelayakkan untuk dicalonkan. Khabarnya Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Mohd Nor Harun akan dicalonkan di kawasan itu. Saper yang kenal dia... bukan Mohd Nor ini menetap di Butterworth. Begitu juga di Permatang Berangan, khabaranya nama Ketua Pemuda Pas negeri Yusni Mat Piah yang seketika kecoh dikatakan bersekongkol dengan Hafiz Nordin, yang seringkali menghentam PAS tetapi tidak dipecat2 oleh PAS. Yusri menafikan bahawa dia, bersama-sama Mohd. Noor Harun, Afnan Hamimi Taib Azamudden (Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang) dan beberapa pemimpin utama negeri didedah mengadakan pertemuan sulit serta usrah dengan Mohd Hafiz. Hafiz Nordin sepentas dengan Hasan Ali JATI Pada 2008, Arshad Salleh telah diangkat menjadi calon di Permatang Berangan. Sungguh beliau tidak mempunyai jawatan dalam Pas negeri tetapi selama lebih 4 tahun beliau diangkat menjadi Pegawai Penyelaras KAdun Permatang Berangan, melaksanakan segala kesungguh kerajaan negeri. Secara peribadi Rashad atau Pak Chad lebih mengenali pelusok Permatang Berangan berbanding Yusni Mat Piah. Pak Chad telah melaksanakan pelbagai program di kawasan Permatang Berangan. Umno pasti bertepuk tangan jika calon lain diletakkan di sini. Tasik Gelugor Kepala Batas Penanti |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan