Ahad, 6 Januari 2013

PERAKITE

PERAKITE


kes ganguan seksual di Penang lak dah. ..dulu di Perak pun bermula kes seksual gak...

Posted: 06 Jan 2013 05:43 AM PST

Kes ini rasanya nampak sama je dengan apa yang berlaku di Perak semasa Umno nak merampas kuasa dari Pakatan Rakyat. Apatah lagi ia hampir dengan PRU13. .

Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Kerajaan Negeri Kelantan di bawah Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menjadi sasaran utama. Saban hari hanya isu menghentam PAS dan DAP. TV3 dan segala media perdana serata alam sedaya upaya spin isu-isu membangkit kebencian rakyat sedang Pakatan Rakyat tidak berkesempatan menjawabnya.

Yang peliknya dah beberapa bulan berlaku kes ini (bacalah laporan itu). Jadi rakyat bacalah dengan teliti dan fahami  in between the line..

Dilaporkan hari ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan seorang pembantu kepada timbalan ketua menteri Pulau Pinang berhubung satu dakwaan rasuah.

Laporan  oleh Mingguan Meloya itu menyebut pembantu itu menyaksikan cubaan untuk menyerahkan rasuah RM30,000 kepada seorang individu untuk diserahkan kepada seorang wanita.

Pengarah SPRM Datuk Mustafar Ali mengesahkan kepada akhbar berkenaan bahawa pembantu berkenaan bekerja kepada salah seorang daripada dua timbalan ketua menteri di Pulau Pinang.

Laporan The Star pula menyebut, jumlah sogokan itu adalah untuk mendorong wanita berkenaan agar menggugurkan satu aduan gangguan seksual ke atas seorang penjawat awam kanan.

Laporan itu menyebut Penjawat awam tersebut didakwa di mahkamah beberapa bulan lalu.

Susulan itu, penjawat awam berkenaan meminta bantuan daripada pembantu berkenaan yan
g seterusnnya menghubungi wanita tersebut, menurut laporan itu yang memetik satu sumber.

Sementara itu,  Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri bertindak untuk menggantikan seorang pegawai daerah di negeri itu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan rasuah.

"Seorang daripada pegawai daerah baru adalah seorang wanita. Beliau akan menjadi pegawai daerah wanita kedua di negara ini," kata Lim seperti dilaporkan Malaysiakini.

Lim berkata kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan tindakan curang penjawat awam dan akan mengambil langkah tegas ke atas individu yang bersalah atas dakwaan rasuah.

Beliau mengulas laporan media hari ini bahawa seorang pegawai kanan kerajaan yang merupakan pembantu kepada salah seorang timbalan ketua menterinya serta seorang lagi individu ditahan pada 3 Januari berhubung dakwaan rasuah.

Kedua-duanya dijangka akan dituduh di mahkamah dalam masa beberapa hari dan identiti kedua-duanya juga bakal diketahui pada tarikh tersebut.

Hebat Ali Rustam buat Pesta Pakaian Kondom

Posted: 06 Jan 2013 05:28 AM PST



Ali Rustam, Ketua Menteri Umno di Melaka kena jawab kes ini..kes pesta Kondom sptmana terbukti melalui gambar2 ini. TS Harusaani, Fathul Bari sila
komen pasal pertunjukan ni di adakan di Melaka.

Tapi konpem, Ali Rustam buat tak nampak je.. tok peti dan alamak muda Umno juga kunci mulut...
depa buat kat Dataran Pahlawan  , bukti tengok lah poster tu..

Tiada ulasan: