Ahad, 6 Januari 2013

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


projek 2 M- peranan 2 ekor malaun dan mahafiraun jatuhkan najib haramjadah...!!!

Posted: 05 Jan 2013 06:51 PM PST

Logiknya jika Datuk Seri Anwar atau Pakatan Rakyat berada di belakang pendedahan eksklusif Deepak, maka tak sampai 48 jam selepas pendedahan maka Deepak akan diangkut oleh SB untuk disoalsiasat. Dia akan didera mental dan mungkin fizikal, atau mungkin ditawarkan habuan yang banyak untuk mengubah pengakuan.

Selepas itu akan muncul akuan bersumpah Deepak untuk menafikan segala 'kejahatan' Najib Rosmah atau mana-mana pihak dalam BN. Itu senario yang rakyat Malaysia sedia maklum berlaku dalam negara dalam beratus-ratus kes politik sepanjang 55 tahun merdeka. Betul tak?!

Anehnya dalam isu pendedahan Deepak, beliau masih bebas bercakap, membuat pendedahan satu demi satu sedangkan dia bukan aktivis politik pembangkang (yang biasanya tahan uji). Deepak tidak diganggu gugat, tidak diserang oleh media UMNO/BN bertalu-talu, jauh sekali untuk diletupkan macam Altantuya. Maka logiknya, ada tokoh penting di belakang Deepak sehingga beliau jadi begitu berani!

Orang yang berada di belakang Deepak  pastinya tak lain dan tak bukan  ialah Tun Dr Mahathir dan Mahyudin Yasin. Jika Tun ditanya tentu dia akan menafikan sekeras-kerasnya tetapi masihkah kita ingat apabila Khalid Jafri menulis buku '50 Dalil Mengapa Anwar Tak layak jadi PM' bukankah Tun M juga nafikan tetapi akhirnya tersengih-sengih macam kerang busuk apabila satu dunia tahu buku itu ditulis atas restu beliau.

Mahyudin Yasin juga mempunyai sejarah yang banyak menjatuhkan orang-orang di atasnya untuk cepat naik. Antara yang berusaha dijatuhkannya dahulu ialah Pak Lah selaku Perdana Menteri, sehingga terpancul ayat dari mulut PM, "Apakah Mahyudin tak sabar-sabar lagi nak jadi TPM?". Satu dunia dengar kenyataan Pak Lah yang menyelar Mahyudin sewaktu Pak Lah masih PM.

Apabila khabar angin   bertiup kencang menceritakan 2M (Mahathir-Mahyuddin) kini berusaha jatuhkan Najib sebelum PRU13 kononnya untuk selamatkan UMNO/BN dari kalah akibat imej buruk Najib-Rosmah maka berita tersebut ada asasnya.

Ingat tak, Mat Sabu mendedahkan di Parlimen 15 tahun lalu, bahawa berlaku pertembungan Mahathir dengan Anwar ramai yang menganggap Mat Sabu 'mulut jahat' pandai mereka-reka cerita? Hanya sejurus selepas itu 'cerita rekaan' menjadi kenyataan maka ramai yang melopong.

maka kita akan tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya...tunggulah episod yang mendebarkan ini seterusnya....siapa yang bakal terlingkup....

black rose buku berkenaan persengketaan najib jantan celaka ,rosmah betina puaka dan balaci deepak jaikishan...mari muat turun

Posted: 05 Jan 2013 06:41 PM PST

Buku setebal 26 halaman dengan pengarangnya dinama sebagai ‘Spirit of Altantuya’ tidak menyebut mana-mana personaliti individu sebaliknya menggunakan nama samaran tertentu.

Antaranya ialah Kapeed, Bijan, Black Rose, Popiah, Lala, Jim dan beberapa personaliti lain.
Buku itu dikatakan mengisahkan persengketaan Deepak-Najib-Rosmah berhubung beberapa kontroversi termasuk penukaran akuan bersumpah P Balasubramaniam, dalam bentuk satira.

Beberapa dokumen tertentu turut dilampir dalam buku berkenaan.
Sebelum ini, Deepak yang pernah menganggap Rosmah Mansor sebagai ‘kakak’ mahu menghasilkan buku yang mendedahkan penglibatan beliau, Najib Razak dan isteri dalam penukaran akuan bersumpah Bala.

Untuk memuat turun buku berkenaan, klik ini.

Tiada ulasan: