PENYAPU SIAL |
- sapu 1 malaysia.....betina puaka arah Pengawal Peribadi halang wartawan tanya tentang tuduhan Deepak..
- BR1M naik RM1,000....janji palsu BN .....hutang negara dah menimbun tapi masih seronok sungguh menipu rakyat
- mambang tanah ustazah pundek al mashitah yang patut bertaubat......pandai pandai ajer dia suruh orang lain bertaubat........!!!!
- Main Facebook ketika waktu pejabat adalah pecah amanah, kata SPRM....kah kah kah....ini macam sama taraf dengan kes lembu NFC RM 250 juta ke.???...kah kah kah....dunia oh dunia ...untung jadi lembu dari manusia...lembu berjuta juta boleh duduk di kondo tak kena apa apa....malangnya manusia...pasti jatuh dari kondo.... SPRM....!!!.
- skandal wanita lembu lembu UMNO menjejaskan peluang UMNO di PRU 13 nanti...!!!
- rasuah rm 30 k di sibukkan yang beratus juta di depan mata koneknya di mana....UMNO oh UMNO...selagi hidup melata di mukabumi ini selama itulah putar alam semata mata....!!!
Posted: 07 Jan 2013 08:46 AM PST Pengawal peribadi Rosmah Mansor dilaporkan telah menghalang para wartawan dari terus mengasak Rosmah dengan soalan mengenai pendedahan yang melibatkan dirinya oleh Usahawan Kontroversi Deepak Jaikishan, menimbulkan persoalan kenapa beliau takut untuk menjawab? Pengawal Peribadi itu pasti tidak akan bertindak sedemikian jika tiada arahan yang dikeluarkan oleh Rosmah Mansor sendiri.. Kejadian dilaporkan telah berlaku ketika majlis pelancaran Roti 1Malaysia oleh Rosmah. Pepatah Melayu ada mengatakan "Berani kerana benar, takut kerana salah" boleh dikaitkan dengan tindakan Rosmah Mansor ini. Jadi fikir-fikirkan.... |
Posted: 07 Jan 2013 08:28 AM PST Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang naik daripada RM500 kepada RM1,000 tidak relevan dengan keadaan ekonomi negara dan hanya janji palsu BN menjelang pilihan raya.. Mengulas kenaikan dan pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan, penambahan jumlah itu akan menjadi dasar kekal jika BN menang pada pilihan raya umum nanti. Ini cara untuk ‘pancing’ undi rakyat. Hanya sekadar janji palsu kerajaan kerana ia tidak relevan dan seimbang dengan keadaan ekonomi negara yang semakin dibebani hutang.. Rakyat memerlukan bantuan berterusan dan berharap keadaan ekonomi bertambah baik untuk mengimbangi taraf hidup seharian. Maruah rakyat bukan terletak kepada sekeping vaucer wang tunai. Mereka mahu kerajaan Umno kembalikan keadaan ekonomi yang seimbang supaya tidak perlu lagi menanggung hutang seterusnya meningkatkan kos sara hidup. Jika benar kerajaan telus menyalurkan bantuan kepada rakyat, ia sepatutnya tanpa bersyarat.Tidak perlu letakkan syarat sebelum atau selepas pilihan raya, umpama ugutan. Kalau mahu wang (rakyat) mesti undi (BN). Jika tidak, tiada bantuan.. Tanggungjawab utama Muhyiddin dan kerajaan sekarang adalah untuk menjelaskan ke mana hilangnya wang yang diseleweng pemimpin Umno, seperti yang didedah Pakatan Rakyat.. Rakyat makin bijak. Apa yang mereka mahu ialah penjelasan dan bukan ‘umpan murahan’ yang sedikitpun tidak akan mengembalikan kepercayaan terhadap pemerintah sekarang,.. |
Posted: 07 Jan 2013 08:15 AM PST Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-79 yang bersidang pada 6 - 8 September 2007 telah membincangkan Hukum Berjabat Tangan Dengan Wanita Ajnabi (wanita bukan mahram). laki ko ke mashitah...boleh pulak sesuka hati cium tangan....dasar pelacur agama tak tau malu....!!!! Muzakarah telah memutuskan bahawa pada prinsipnya hukum berjabat tangan dengan wanita ajnabi adalah haram. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu yang sukar dielakkan, ianya dibolehkan tetapi dalam keadaan terkawal supaya tidak dijadikan budaya dalam masyarakat Islam ~ e-Fatwa Apakah yang terlalu memaksa betina Mashitah ini sampaikan beliau terpaksa mencium tangan Tun Abdullah Badawi? Adakah kepalanya akan dipancung sekiranya tidak mencium tangan Pak Lah? Kalau pun terpaksa salam, kenapa mesti sampai cium? |
Posted: 07 Jan 2013 12:32 AM PST
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengkategorikan pekerja dalam sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menggunakan media sosial bagi tujuan peribadi sebagai pecah amanah. Menurut timbalan ketua pesuruhjaya SPRM, Datuk Sutinah Sutan, jika seseorang menggunakan tiga jam di pejabat untuk kegunaan peribadi, ia dilihat sebagai satu bentuk pecah amanah kerana kerajaan mempercayai dan membayar mereka untuk menyiapkan tugas yang diberi. "Mereka yang melayari Facebook atau apa juga media sosial, boleh dianggap sebagai mengelakkan diri dari kerja yang dispefikasikan kepadanya," kata beliau yang dipetik dari portal berita The Star Online. Sutinah berkata, sikap suka menggunakan waktu bekerja untuk kegiatan peribadi boleh dilihat sebagai melanggar kontrak kerja, dan patut dikenakan tindakan disiplin oleh pihak majikan. Beliau berkata, walaupun kesalahan tersebut tidak diletakkan di bawah Akta SPRM, tetapi suruhanjaya tersebut akan menasihati apa tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak jabatan kerajaan dan GLC dalam menangani pekerja yang ingkar. Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman menyeru agar pekerja kerajaan untuk memberi tumpuan kepada kerja ketika waktu pejabat. "Sementara penggunaan sosial media adalah baik untuk menggalakkan orang ramai untuk lebih arif dalam teknologi dalam mendapatkan maklumat, tetapi pekerja juga harus berdedikasi terhadap kementerian, jabatan dan agensi mereka," kata Omar yang dipetik portal berita berbahasa Inggeris itu. Beliau mencadangkan mekanisme untuk menentukan laman web mana yang boleh dilayari oleh pekerja kerajaan bagi menepati skop pekerjaan. "Sepatutnya kita perlu ada panduan yang jelas, bukan hanya untuk pekerja faham perlakuan mereka boleh diambil tindakan, kita juga perlu untuk menubuhkan jawatankuasa disiplin dalam menentukan yang mana (laman web) di dalam skop pekerjaan dan yang mana bukan," kata Omar yang dipetik dari laporan portal berita The Star Online
penyapu sial
ini macem meniaga lembu lebih untung dari main facebookk.....kah kah kah....kesalahanya sama tapi hukuman nya berbeza....untung jadi lembu...malang jadi manusia kerna lembu bisa duduk di kondo tapi manusia bisa jatuh dari kondo SPRM....kah kah kah |
skandal wanita lembu lembu UMNO menjejaskan peluang UMNO di PRU 13 nanti...!!! Posted: 07 Jan 2013 12:16 AM PST shahjilat punya hal....!!! raja pundek sekapal dengan raja lembu shahjilat ....!!! Skandal-skandal menyelubungi pemimpin tertinggi Wanita Lembu Umno melemahkan tulang belakang parti pemerintah kaki rasuah dan akan menjejaskan peluang Barisan Nasional / Barisan najis (BN) pada pilihan raya 2013 Skandal terbaru kini adalah perjanjian tanah yang lumayan untuk kemudahan kajian pertahanan yang masih belum dibina oleh firma Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah, hampir satu tahun selepas skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) bosnya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyebabkan kehilangan jawatan senator dan Kabinet. Isu-isu yang dibangkitkan tidak boleh dinafikan dapat menjejaskan imej Wanita Lembu Umno sendiri, dan kita tahu sokongan kuat Umno datangnya dari kalangan sayap wanita Terpulang kepada Lembu lembu Umno untuk berubah untuk menangkis tohmahan ini,..Ramai di luar parti sedang memerhatikan Wanita Lembu Umno, dan kerana itu mereka perlu lakukan perubahan untuk memastikan mereka dilihat bersih dari skandal-skandal yang boleh menjejaskan peluang BN dalam pilihan raya akan datang. Raja Ropiaah (gambar) hanya mendiamkan diri tentang syarikatnya Awan Megah Sdn Bhd yang gagal untuk membina Pusat Pendidikan Pertahanan Negara (Puspahanas) di Putrajaya berharga RM100 juta walaupun dia telah menjual tanah kerajaan yang ditukar untuk kos pembinaan. Pada akhir tahun 2011, firma keluarga Ketua Wanita Umno Shahrizat dituduh menyalahgunakan pinjaman mudah persekutuan RM250 juta bagi projek penternakan lembu NFC. Jawatan senator beliau tidak diperbaharui, membawa kepada penggugurkan beliau daripada Kabinet. Wanita Umno sentiasa dipandu kontroversi pada masa lalu tidak seperti Umno dan Pemuda Umno di mana beberapa pemimpin telah diheret untuk rasuah dan malah membunuh. Sebelum Shahrizat, Tan Sri Rafidah Aziz sentiasa dengan dakwaan beliau memberi permit diluluskan (AP) kepada kroninya semasa bertugas sebagai menteri perdagangan antarabangsa yang paling berjaya.
|
Posted: 06 Jan 2013 11:59 PM PST Rasuah RM30,000 bagi menyembunyikan aduan gangguan seksual di Pulau Pinang mendapat perhatian cukup tinggi daripada rakyat di negara ini, menunjukkan bahawa tiada sesiapa pun di Malaysia harus menerima atau bertolak ansur dengan kegiatan korupsi ataupun salah guna wang di negara ini. Dengan berita yang yang masih segar dan media arus perdana ghairah memainkan berita kes penjawat awam dan pembantunya di Pulau Pinang itu, persoalannya sekarang, kenapa semua pihak berdiam diri terhadap projek Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) yang bernilai RM100 juta. Mengapa mereka perlu berhabis dakwat untuk RM30,000 dan tidak mengendahkan projek yang menyaksikan tanah kerajaan ditukar dan dijual, namun tiada kelibat bangunan Puspahanas didirikan di Putrajaya. Adakah RM100 juta hanya tukaran dengan projek berbilion ringgit kerajaan Persekutuan? Namun RM30,000 jumlah terlalu besar untuk berita kerana ia melibatkan pembantu pemimpin pembangkang? Antara kedua-dua kes itu, yang mana satu adalah jenayah terbesar? Syarikat yang tidak mempunyai rekod mendapat projek pada 2005 dan dibayar dengan tiga lot tanah kerajaan bernilai RM72.5 juta dan RM27 juta tunai. Syarikat ini, Awan Megah (M) Sdn Bhd dimiliki Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah, gagal membangunkan Puspahanas pada 2011 namun berjaya menjual tanah itu bulan lalu kepada Boustead Holdings Bhd, yang majoriti sahamnya dimiliki oleh dana pencen kakitangan tentera, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Namun tiada pihak yang membangkitkan perkara itu, termasuk daripada kerajaan mahupun media arus perdana berkenaan projek tersebut yang belum disiapkan? Atau persoalan bagaimana Boustead boleh membeli tanah itu yang mana telah dikunci firma Raja Ropiaah melalui perjanjian yang sangat rumit untuk membiayai projeknya. Ini bermakna, pendedahan korupsi adalah tersangat kecil sekecil nilai nyawa Teoh Beng Hock pada 2009. Dan yang terbaru di Pulau Pinang. Turut dilihat berdasarkan laporan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) juga mengandungi elemen siapa yang korup dan tidak terlepas daripada gejala kotor. Namun, “jerung” juga perlu ditangkap. Bagaimana kita boleh menutup mata dengan rompakan di siang hari, syarikat yang memperolehi wang yang banyak melebihi kos bangunan yang tidak pernah langsung dibina. Bagaimana Menteri Pertahanan membisu mengenai perkara ini? Mana suara Kementerian Kewangan? Tanah ditukar untuk projek yang berprestij namun tiada yang lengkap dan semua pihak membisu, mulut terkunci seperti mana lokasi projek Puspahanas. Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menetapkan membanteras rasuah adalah keutamaan mereka melalui pembentukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan membentuk lebih banyak mahkamah anti rasuah. Namun, tiada satu pun yang menyiasat skandal Puspahanas, tidak seperti siasatan teoh Beng Hock pada 2009, dan pembantu politik PKR tahun ini. Harus ada kebenaran seperti mana pepatah Melayu, “kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak kelihatan”. Rakyat Malaysia tidak seharusnya menerima dengan apa sahaja gejala rasuah, pembaziran kewangan, mahu pun kebocoran dana. Siasat dan hebahkan kes di Pulau Pinang kerana ia salah untuk merasuah pengadu supaya menggugurkan aduannya. Namun satu soalan ini harus dijawab, di mana projek Puspahanas bernilai RM100 juta, dan mengapa semua pihak membisu? |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan