pemuda cheh |
Umno paling kuat Melayu adalah pailng miskin.. Posted: 15 Jan 2013 07:16 AM PST Walaupun negeri UMNO paling kuat dalam Dunia ini ditadbir oleh Kerajaan yang majoriti pemimpinnya dari UMNO iaitu parti yang memperjuangkan bangsa Melayu kononnya, Melayu disini adalah paling miskin di Malaysia. Selain dari miskin menurut Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas Melayu di Johor juga kian terpinggir. KUALA LUMPUR, 15 Jan — Orang Melayu di Johor adalah orang Melayu paling miskin di Malaysia, kerana kos hidup meningkat kerana orang asing yang semakin ramai datang ke Iskandar Malaysia, kata presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas. Ishhhh.. macam mana boleh jadi macam tu pulak?.. Pemimpin UMNO kata mereka memperjuangkan nasib bangsa Malayu tapi apahal pulak dinegeri UMNO paling kuat dalam dunia Melayu boleh jadi paling miskin dalam Malaysia. Kalau di Penang pencacai UMNO kata Melayu terpinggir angkara DAP, di Johor ni UMNO yang berkuasa.. apahal pulak Melayu di Johor boleh terpinggir? Kesimpulan dari laporan di atas adalah ianya perlu bagi UMNO untuk menjadikan Melayu-melayu yang tinggal di negeri UMNO paling kuat dalam dunia itu kekal miskin dan semakin miskin. Ini penting buat pemimpin UMNO untuk kekal berkuasa kerana kemiskinan akan menghalang Melayu-melayu yang miskin itu dari punya capaian terhadap internet bagi membolehkan mereka membaca berita selain dari yang disiarkan oleh TV3 dan Utusan.. Jadi.. urusan memperbodohkan Melayu di situ menjadi mudah bagi mereka.. Jadi tak salah jika dikatakan "Dimana UMNO kuat.. disitu Melayu merempat" |
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan