Selasa, 15 Januari 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


#Listen Sharifah Zohra Jabeen bukan lagi Ahli KIMMA?

Posted: 15 Jan 2013 07:40 AM PST


Seperti dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang menafikan suara Syarifah mewakili Umno BN begitu juga dengan Presiden KIMMA.

Awal hari ini ketika Sharifah Zohra Jabeen menjadi sasaran kritikan dari pelbagai pihak angkara kebiadapannya terhadap seorang Mahasiswa UUM, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam twitternya telah menafikan suara Syarifah mewakili UMNO/ BN.


Siapa agaknya yang Khairy cuba nak perbodohkan?.. sedangkan jawatan yang disandang oleh Syarifah sebagai Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) sendiri jelas membuktikan bahawa dia adalah sebahagian daripada jentera besar 1 Malaysia Najib.

Presiden KIMMA Senator Datuk Syed Ibrahim Kader pula mendakwa Sharifah Zohra Jabeen bukan lagi ahli Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) tetapi beliau tidak menyatakan samada Sharifah dibuang daripada parti atau sudah meletak jawatan.

Nampak macam nak menjauhkan Sharifah dari KIMMA saja tu....

Lebih malang lagi buat Sharifah kerana dalam masa yang sama dirinya diperburukkan oleh presiden KIMMA sendiri yang menyatakan tingkahlaku bekas timbalan Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan itu tersebut sukar dikawal… orang utara kata ketegarx..

KUALA LUMPUR, 15 Jan — Pembicara kontroversi Sharifah Zohra Jabeen yang menyerang seorang mahasiswi secara terbuka dalam satu forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) bukan lagi ahli Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) kata presidennya Senator Datuk Syed Ibrahim Kader dan mendakwa tingkahlaku bekas timbalan Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan tersebut sukar dikawal.

Pembicara tersebut adalah presiden sebuah pertubuhan tidak pernah didengari dikenali sebagai Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) yang dilihat rapat dengan BN, dilihat didalam video mencaci seorang mahasiswi yang bangkit menyatakan pendiriannya mengenai perhimpunan aman anjuran Bersih 2.0 dan pehimpunan menuntut pendidikan percuma - dengan mengeluarkan kenyataan "bila dalam program kami, kami benarkan anda bercakap" dan "apabila saya bercakap, anda dengar."

"Banyak panggilan telefon saya dapat yang bertanyakan perkara sama.

"Jadi, saya ingin tegaskan beliau sudah tidak bersama KIMMA lagi. Segala yang beliau lakukan dan katakan sekarang tidak lagi melibatkan kami dan bukan pendirian kami," tegas Syed Ibrahim yang tidak menyatakan secara terperinci sama ada Sharifah Zohra dibuang daripada parti atau sudah meletak jawatan.

Ekoran kontroversi video tersebut, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan rakannya Khairy Jamaluddin juga mempertahankan mangsa sikap biadap tersebut, Bawani dalam laman Twitter mereka.

Syed Ibrahim mengakui kelantangan dan sikap agresif Sharifah Zohra semasa berada dalam KIMMA dan telah menerima pelbagai laporan negatif mengenai individu tersebut.

"Ya, kami memang tahu tentang sikap liar dan agresif beliau (Sharifah Zohra) ini dan susah nak kawal beliau ini," tambah beliau lagi.

"Namun, beliau kini tidak berada dalam parti lagi."

Forum "Seiringkah mahasiswa dan politik?" diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah pada 8 Disember lepas, akan tetapi hanya heboh selepas video tersebut dimasukkan di Youtube minggu lalu.

Klip selama 24 minit itu memaparkan seorang ahli panelnya Sharifah Zohra Jabeen menegur Bawani, yang bangun bercakap di forum itu, membangkitkan kepada penganjur forum apa yang dia percaya pembentangan mereka yang tidak betul mengenai Bersih dan penerajunya, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.

Bawani juga menegaskan sejumlah negara mampu menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti dan bertanya mengapa Malaysia tidak boleh berbuat demikian, diikuti dengan tepukan penonton.

Ketika Bawani sedang bercakap, Sharifah turun dari pentas dan berdiri di depannya.

Bawani tidak mempedulikan tindakan Sharifah itu dan terus bercakap.

Sharifah kemudian berkata "dengar" kira-kira 11 kali sebelum bertindak mengambil mikrofon, sambil menghulurkan tangannya bersalam dengan Bawani dan mengucapkan terima kasih kepadanya.

"Nombor satu, ini adalah program kami dan kami dibenarkan untuk bercakap. Nombor dua, apabila saya bercakap, (anda) dengar," kata Sharifah kepada Bawani.

Tindakan Sharifah telah menerima banyak kritikan daripada rakyat Malaysia yang menonton klip video tersebut ~ The Malaysian Insider

Apakah nasib Sharifah Zohra ini akhirnya?.. Adakah Suara Wanita 1Malaysia juga akan mendakwa beliau bukan mewakili pertubuhan itu?

Sama-samalah kita nantikannya...

Video yang dimaksudkan dalam laporan di atas sila lihat di ( SINI )

Di negeri UMNO paling kuat dalam dunia.. Melayu adalah pailng miskin..

Posted: 15 Jan 2013 04:24 AM PST


Walaupun negeri UMNO paling kuat dalam Dunia ini ditadbir oleh Kerajaan yang majoriti pemimpinnya dari UMNO iaitu parti yang memperjuangkan bangsa Melayu kononnya, Melayu disini adalah paling miskin di Malaysia.

Selain dari miskin menurut Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas Melayu di Johor juga kian terpinggir.

KUALA LUMPUR, 15 Jan — Orang Melayu di Johor adalah orang Melayu paling miskin di Malaysia, kerana kos hidup meningkat kerana orang asing yang semakin ramai datang ke Iskandar Malaysia, kata presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas.

Menurut Syed Ali, 80 peratus dari tanah di Iskandar Malaysia dimiliki orang asing menyebabkan Melayu di Johor kian terpinggir.

"Pada tahun 1800, Melayu Johor adalah paling kaya di negara ini, tetapi kini yang paling miskin, kerana kedatangan orang asing yang membeli tanah di sini, kita tidak lagi mampu untuk menampung kos hidup, terutamanya di Johor Bahru.

"Pembangunan Iskandar ini memundurkan dan meminggirkan orang Melayu dari segi ekonomi, dalam kes tanah dipunyai oleh bukan Melayu, terutamanya bangsa asing," kata Syed Ali dalam sidang media di ibu pejabat DPMM hari ini.

DPMM juga menggesa kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula projek Iskandar Malaysia, dengan memperuntukkan 30 peratus projek di Nusajaya kepada orang Melayu.

"Dalam resolusi Kongres Ekonomi Melayu Zon Selatan yang berlangsung pada 6 Januari lalu, kedudukan orang Melayu di Johor jauh ketinggalan dari segi perbezaan ekonomi.

"Orang Melayu di Kelantan lebih kaya di Johor kerana setiap ringgitnya lebih bernilai, umpamanya mereka boleh beli rumah banglo RM200,000 sedangkan di Johor RM1.5 juta," katanya lagi.

Iskandar Malaysia, berkeluasan 221,634 hektar, meliputi keseluruhan daerah Johor Baharu, Mukim Jeram Batu, Mukim Sungai Karang, Mukim Serdat dan Pulau Kukup di dalam Mukim Ayer Masin, yang kesemuanya terletak dalam daerah Pontian.

Sejak pelancarannya pada November 2006, koridor ekonomi itu telah menerima banyak kepentingan asing, bukan sahaja dari Singapura yang berjiran, malah dari Timur Tengah dan United Kingdom.

Kerajaan telah menyenaraikan enam sektor yang disasarkan yang berasaskan perkhidmatan di dalam industri kreatif, pendidikan, khidmat nasihat kewangan dan perundingan, penjagaan kesihatan, logistik dan pelancongan bagi Iskandar Malaysia.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau gembira bahawa pelaburan di Iskandar Malaysia telah melepasi sasaran RM100 bilion dalam tempoh enam tahun dan sebahagian besar daripada jumlah itu diperolehi baru-baru ini ~ The Malaysian Insider

Ishhhh.. macam mana boleh jadi macam tu pulak?..

Pemimpin UMNO kata mereka memperjuangkan nasib bangsa Malayu tapi apahal pulak dinegeri UMNO paling kuat dalam dunia Melayu boleh jadi paling miskin dalam Malaysia.

Kalau di Penang pencacai UMNO kata Melayu terpinggir angkara DAP, di Johor ni UMNO yang berkuasa.. apahal pulak Melayu di Johor boleh terpinggir?

Kesimpulan dari laporan di atas adalah ianya perlu bagi UMNO untuk menjadikan Melayu-melayu yang tinggal di negeri UMNO paling kuat dalam dunia itu kekal miskin dan semakin miskin.

Ini penting buat pemimpin UMNO untuk kekal berkuasa kerana kemiskinan akan menghalang Melayu-melayu yang miskin itu dari punya capaian terhadap internet bagi membolehkan mereka membaca berita selain dari yang disiarkan oleh TV3 dan Utusan..

Jadi.. urusan memperbodohkan Melayu di situ menjadi mudah bagi mereka..

Jadi tak salah jika dikatakan "Dimana UMNO kuat.. disitu Melayu merempat"


Jangan lupa.. saksikan juga bagaimana seorang pemimpin NGO mesra UMNO memperbodohkan Mahasiswa di ( SINI )

#Listen ,Sharifah Zohra Jabeen kini trending di Twitter sebagai Tokoh Pembodohan Mahasiswa

Posted: 15 Jan 2013 12:12 AM PST


 Semuanya gara-gara tindakan biadapnya merampas microphone dari seorang Mahasiswa bagi menghentikannya dari terus membentangkan hujahnya tentang BERSIH dan Pendidikan Percuma.

Mungkin kerana merasakan dirinya lebih berhak daripada KS Bawani untuk tinggal di Malaysia kerana beliau adalah Presiden Suaran Wanita 1 Malaysia (SW1M) dan Timbalan Ketua Wanita KIMMA maka beliau mempersoalkan pelajar tersebut mengapa tinggal di Malaysia.

Syarifah telah menunjukkan satu sikap dan budaya angkuh, sombong dan tidak hormat kepada orang lain, apatah lagi dalam konteks ini dia adalah tetamu yang dijemput masuk ke UUM untuk bertemu dengan pelajar dan sepatutnya berperanan sebagai seorang panelis sahaja.

Isu itu turut mendapat perhatian Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah di dalam twitternya.Menurut beliau mahasiswa termasuk Bawani berhak menyuarakan pandangan tanpa ada sekatan.


Dalam pada itu juga, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam twitternya terpaksa menafikan suara Syarifah mewakili Umno BN.

Siapa agaknya Khairy nak perbodohkan?.. sedangkan jawatan yang disandang oleh Syarifah sebagai  Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) sendiri jelas membuktikan bahawa dia adalah sebahagian daripada jentera besar 1 Malaysia Najib.

Ekoran klip video itu juga, #Listen kini ibarat fenomena di laman sosial Facebook dan twitter.

Dan nama Sharifah Zohra Jabeen kini sudah trending di twitter sebagai tokoh pembodohan Mahasiswa menurut MiLo SuaM.

Sekaligus meletakkannya sebagai macai UMNO/BN paling popular di laman Twitter.

Dan berikut adalah sebuah video khusus untu Sharifah setelah video kusus untuknya oleh Namewee tersebar ( lihat di SINI ) sebelum ini..


Video Sharifah Zohra Jabeen memperbodohkan Mahasiswa tersebut sila lihat di ( SINI )

Sharifah Zohra Jabeen ini video khas buat anda dari Namewee..

Posted: 14 Jan 2013 07:59 PM PST


Berikut adalah video khas buat Presiden Suara Wanita 1Malaysia, Sharifah Zohra Jabeen yang tiba-tiba melonjak namanya dialam cyber ini kerana keangkuhannya dalam mempengerusikan satu majlis yang dihadiri Mahasiswa di UUM.

Sharifah Zohra Jabeen juga adalah Timbalan Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan, sebuah NGO pro UMNO/BN.

Dalam kejadian yang videonya telah dirakamkan dan dimuat naik ke laman YouTube beliau telah merampas microphone dari seorang Mahasiswa yang sedang berhujah mempertahankan himpunan BERSIH dan mempersoalkan kenapa Malaysia tidak boleh menyediakan pendidikan secara percuma berbanding beberapa negara luar.

Sebelum Mahasiswa tersebut menyelesaikan hujahnya muncul Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dihadapannya sambil berkata "Listen, listen, listen, listen..." dan merampas microphone yang berada di hadapan Mahasiswa itu ~ sila lihat video tersebut di ( SINI )

Dan video ini khas buat Sharifah Zohra Jabeen.. 


Kenyataan dari MPP PMUKM tentang keangkuhan Sharifah..


Video Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) menghina Mahasiswa tersebar..

Posted: 14 Jan 2013 04:35 PM PST


Forum yang bertajuk "Seiringkah mahasiswa dan politik?' telah diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah pada 8 disember 2012 yang lalu dianjurkan oleh Pertubuhan Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M).

Barisan ahli panel Puan Sharifah Zohra Jabeen, Encik Peter Yap,Encik Gulam Muszaffar Gulam Mustakim dan Encik Mazli Mutazam. Moderatornya Saudara Ku Amirul Aziz Ku Seman.

Jumlah peserta yang hadir mengikut apa yang telah didaftarkan mencecah angka 2300 Penyertaan.

Namun begitu meskipun forum tersebut bertajuk "Seiringkah mahasiswa dan politik?'.. apabila Mahasiswa yang hadir tidak sehaluan dengan penganjur inilah yang terjadi…

Video bermula dengan para Mahasiswa berikrar untuk menentang budaya songsang, 'Perosak Bangsa', 'Menentang demonstrasi jalanan', ,Penghancur keamanan','Menentang anasir luar yang menjadi barah perosak anak-anak bangsa'.

Mereka juga berikrar untuk menyokong 'Keamanan', 'Keharmonian' dan kesejahteraan bersama rakyat Malaysia berbilang bangsa tanpa campurtangan pihak ketiga.

Video kemudiannya menunjukkan seorang Mahasiwa Bawani KS, yang bangun untuk mempertahankan himpunan BERSIH dan mempersoalkan kenapa Malaysia tidak boleh menyediakan pendidikan secara percuma berbanding beberapa negara luar.

Sebelum Mahasiswa tersebut menyelesaikan hujahnya muncul Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dihadapannya sambil berkata "Listen, listen, listen, listen..." dan merampas microphone yang berada di hadapan Mahasiswa itu.

Lagi apa Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia itu kata lihatlah dalam video di bawah ini..


Tahukah anda siapa Sharifah Zohra Jabeen yang begitu angkuh dan sombong ini??.. lihat apa jawatannya..


Ini link FB beliau.. kalu nak berkenalanlah... Sharifah Zohra Jabeen

Saksikan Video Khas buat Sharifah oleh Namewee di ( SINI )

>


Tiada ulasan: