Pahang Daily Online |
Posted: 28 Jan 2013 05:37 AM PST Sesuatu yang amat menghairankan rakyat Pahang sekarang ialah isu berkenaan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Triang yang diwakili oleh YB Leong Ngah Ngah dari parti DAP kini jauh lebih maju dari DUN Pelangai yang merupakan kawasan yang diwakili oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) sendiri. Ramai yang tertanya-tanya kenapa DUN yang diwakili MB begitu mundur dari DUN yang diwakili oleh pembangkang sejak lima penggal yang lalu. Tempoh yang sama diambil untuk menjadi Wakil Rakyat, malahan Adnan dipercayai lebih lama lagi tapi kawasan beliau begitu mundur hingga ke hari ini. Bahkan dipercayai kini institusi kewangan hatta Bank Simpanan Nasional (BSN) sekali pun gagal disediakan oleh Adnan untuk rakyat di DUN Pelangai. Itu belum termasuk lain-lain kemudahan yang sepatutnya ada. Kesukaran berurusan dengan bank menyebabkan penduduk Pelangai terpaksa ke pekan Karak yang terletak hampir 40 kilometer dari kawasan terbabit. Ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku sebenarnya. Kemajuan DUN Triang di bawah DAP lebih jauh dari apa yang disangka. Dalam sibuk-sibuk pembangkang diserang bertalu-talu, rupa-rupanya hakikat yang berlaku adalah sebaliknya. Bukankah ini tidak masuk dek akal kita. Fikirkan, dan buatlah tindakan untuk mengubah nasib dan masa depan anda sekarang. Ikuti video eksklusif produksi orangkacamata studio "Pelangai Mundur Triang Maju" ini. |
Isu Air "Aduan Rakyat TV3" Malukan Najib Di Pahang, Terbukti Kerajaan UMNO BN Cakap Tak Serupa Bikin Posted: 27 Jan 2013 10:12 AM PST Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) sekali lagu dimalukan apabila video panas isu air di negeri Pahang kini tersebar meluas di laman sembang sosial Facebook. Video yang turut menyiarkan laporan isu air Pahang terbitan eksklusif TV3 itu sungguh mengejutkan ramai pihak terutamanya rakyat Kelantan dan Selangor yang sering dikatakan menjadi mangsa isu air. Walhal apa yang berlaku di Pahang lebih teruk lagi daripada apa yang disangka. Video berdurasi 4.08 minit itu memaparkan ucapan Najib ketika program "Majlis Pemimpin Bersama Rakyat" di Pasir Mas berkenaan janji-janjinya untuk memulihkan isu air di Kelantan jika rakyat memberi mandat kepada BN untuk memerintah negeri itu selepas PRU-13 ini nanti. Paparan ucapan Najib itu diikuti dengan pendedahan isu air yang melibatkan para peneroka Felda di Gugusan Bera di negeri Pahang sendiri. Masalah yang menimpa seluruh kawasan Felda Kumai, Mayam, Purun dan Bukit Mendi itu sudah berlarutan sejak 34 tahun lalu sebenarnya. Namun hingga kini ia masih belum diselesaikan oleh kerajaan UMNO BN biarpun selepas lebih 50 tahun memerintah negara ini. TV3 dipercayai menerbitkan segmen tersebut untuk program "Aduan Rakyat" kira-kira tiga tahun yang lalu (selepas PRU-12). Namun, dipercayai hingga kini masalah ini masih gagal diselesaikan oleh kerajaan. Bahkan lebih mengecewakan penduduk ialah Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang sudah setahun dikorporatkan menjadi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), namun masalah yang dihadapi penduduk masih tidak berkesudahan. Isu ini sebenarnya bukan sahaja melibatkan para peneroka di Gugusan Bera (Wilayah Mempaga), malah ia turut melibatkan ribuan penduduk di kawasan Felda yang lain seperti di Gugusan Jengka, Keratong dan lain-lain lagi. Pendek kata isu air di Pahang ini sebenarnya lebih teruk daripada apa yang digambarkan, cuma media arus perdana cuba menyembunyikannya dari pengetahuan rakyat. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan