. |
Iktibar Lawatan Najib Ke Gaza, Palestin Posted: 27 Jan 2013 10:59 PM PST RENUNGAN Dalam minggu ini ada dua lawatan dilakukan oleh tokoh besar politik negara ini. Satu lawatan ke luar negara melibatkan Perdana Menteri Mohd Najib Razak, melawat ke Gaza, Palestin, kedua lawatan Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Penang, Malaysia. Kedua lawatan itu membawa signifiken tersendiri dan ia bersifat politik namun tetap ada cebisan-cebisan kebaikannya.
Najib menghabiskan masa enam jam untuk melihat dengan mata kepala sendiri kesangsaraan dan kekejaman Israel terhadap Gaza dan penghuninya. Najib melahirkan rasa 'kemanusiaannya' dan menggali erti humaniti terhadap apa yang dilihat itu. Dalamn kunjungan itu beliau berjumpa dengan Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh sempat bergambar dengan kanak-kanak menjadi yatim piatu akibat keganasan Israel laknatullah. Nampak juga dia berdoa di hadapan sebuah bangunan atau jentera rosak akibat keganasan Israel. Lokasi itu bagi menunjukkan betapa kejam dan ganasnya Israel. Lawatan Najib tentunya menggembirakan penduduk Palestin. Bagi rakyat Paletin lawatan Najib itu sebagai kesenimbungan kepada lawatan dan kunjungan ribuan rakyat Malaysia ke Gaza sebelum ini. Lawatan yang didambakan akan membawa sinar perdamaian dan keharmonian di bumi Palesatin? Sebenarnya sebelum Najib memberanikan diri ke Gaza sudah berbagai puak dan NGO serta individu yang berulang alik ke Gaza untuk memberi bantuan kepada umat Islam di sana. Jadi sebenarnya pemergian Najib ke Gaza bukan sejarah dan pertama kali rakyat negara ini, tetapi sudah yang entah ke berapa kali. Cuma sebagai perdana menteri, iya yang pertama. Kejayaan Najib menjejak kaki ke Palestin (mungkin tidak ditimbus debu) bukan sesuatu yang perlu diangkat sangat. Tidak kisah apakah sejarah atau tidak, tetapi apa yang hendak ditafsirkan dan diambil apakah hikmah di sebalik kunjungan Najib itu bagi rakyat Palestin khasnya. Apakah ia akan membuka ruang damai baru di sana. Apakah tindakan selanjut Malaysia dalam membawa damai di Palestin. Kalau pemergian itu hanya untuk merakam gambar di bumi Palestin untuk dijadikan poster pilihan raya ia tidak akan direkodkan sebagai jihad oleh Allah. Umum tahu pemergian Najib dikecam oleh presiden Palestin, Mahmood Abbas kerana Najib tidak sampai ke Tebing Barat, bandar atau pejabat parti Mahmood, Fatah. Mahmood lantas menyifatkan tanpa Najib sampai ke Tebing Barat sebagai datang untuk memecahkan rakyat Palestin. Pertikaian itu menyebabkan orang juga akan bertanya untuk apa sebenarnya Najib ke Gaza. Bagaimana pun tuduhan Mahmood itu dinafikan oleh Najib. Ketidaksampaiannya ke Tebing Barat kerana beliau tidak ada jaminan untuk terbang ke sana. Ruang udara di Tebing Barat tidak seaman ruang udara di Gaza. Ada munasabah dan logik juga alasan Najib itu. Najib tidak mahu memikul risiko yang belum tentu kesannya menguntungkan dirinya. Soal itu ia adalah persepsi dan pendapat Mahmood. Bagi rakyat Malaysia pula apa yang boleh dipelajari dengan kunjungan PM itu. Ini penting agar wang negara yang dibelanjakan untuk kunjuungan Najib bersama Rosmah Mansor itu tidak berlapuk begitu saja. Apakah harapan Najib berdoa untuk perdamaian di antara dua pihak yang memperjuangkan pembebasan Palestin, Fatah dan Hammas dapat diterjemahkan sebagai harapan Najib untuk Malaysia juga? Najib mungkin faham sewaktu dia melontarkan harapan dan bermunajat demikian di Gaza negara juga didalam keadaan tidak damai. Bahawa dua puak di buminya juga sedang bertelagah dan bergomol di antara satu sama lain. Bahawa keadaanya sendiri juga dalam terumbang ambing kerana di sini juga ada manusia berwatakan Israel. Umno parti Melayu yang diketuai oleh Najib sedang berbalah dengan PAS dan PKR parti Islam dan multi racial. Mereka saling berbalah untuk merampas kuasa dari Umno. Najib tidak terlupa itu dan akan terlupa walaupun ke mana beliau pergi. Apa lagi pemergiannya ke Gaza itu dalam mencari kekuatan untuk diri dan partinya juga. Beliau pasti ingat kerana dari satu sisi kunjungan beliau ke Gaza itu juga untuk memberi gambaran beliau seorang concern kepada soal perpaduan dan keselamatan. Justeru kalau benar begitu sekembalinya Najib dari melawat muzium penderitaan manusia itu, beliau harus melalukan sesuatu ke atas negaranya sendiri. Najib harus merawat keadaan kaum dan negaranya kini yang makin tenat. Kalau Najib menyeru dan berdoa agar Fatah dan Hamas bersatu demi Palestin maka beliau juga harus berdoa dan berusaha untuk keselamatan bangsa dan negaranya. Keinsafan Najib mengenai apa yang dilihat itu akan mempengaruhi dirinya. Sepatut begitu. Dalam konteks ini saya sebagai salah seorang warga negara ini amat berharap kunjungan dan kesedaran Najib atas apa yang terjadi di Palestin itu akan membawa beliau dan insafi juga terhadap apa yang sedang berlaku dalam negara ini. Pergaduhan di antara Umno degan PAS dan PKR adalah satu bentuk peperangan dan bakal mezahirkan kesengsaraan di negara ini. Tidak mustahil nasib umat Melayu di negara ini juga akan jadi seperti rakyat Palestin akibat peperangan pilihan raya. Maka Najib harus sedar dan damaikan perbalahan ini. Najib harus mengajak semua orang melupai akan perebutan kuasa secara rakus dan kejam yang berlaku hari ini sambil memandang jauh ke depan meramal apa yang akan berlaku selepas peperangan kelak. Najib harus melihat di sana ada bunga-bunga api. Pilihan raya adalah bentuk peperangan di zaman moden ini. Ia tetap juga akan memberi kesan kepada rakyat negara ini. Bahkan peperangan menerusi pilihan raya lagi menyakitkian daripada peperangan secara fizikal. Hari ini Umno menjaja ke seluruh penjuru tanah air kalau Pakatan Rakyat memerintah negara ini akan dikuasai oleh orang Cina (DAP). Agama Islam tidak lagi akan bebas kerana agama Kristian akan megambil tempat. Kedudukan bahasa Melayu juga akan terancam. Walaupun itu adalah propoganda tetapi itulah antara kesengsaraan-kesengsaraan yang dibayangi oleh Umno dengan tujuan menakut-nakutkan hati orang Melayu. Jadi kalau Umno sudah merasai akan kesengsaraan itu Umno dan Najib kena bertanggungjawab menyelamatkan keadaan. Najib dan Umno harus melakukan sesuatu untuk menghindarinya. Caranya ialah Umno bersatu dengan PAS dan PKR sekali. Apa dimaksudkan di sinilah ialah Umno yang pure Melayu bergabung dengan PAS yang pure Melayu dan PKR yang sebahagiannya pure Melayu. Kenapa tidak diusahakan ke arah itu? Apakah tidak ada formula ini dalam minda Najib kerana beliau dan Umno itu tamak haloba? Umno bukan lahir dari wahyu nabi. Justeru apabila Najib enggan dan angkuh menolak persatuan bersama Nik Aziz, Abdul Hadi Awang dan Anwar Ibrahim, menunjukkan apa dibayangkan Najib itu adalah propagnda saja. Bahawa petaka-petaka yang dibayangkan Najib itu yang kemudian dijaja oleh NGO 'penarik upah tarik kereta tidak jelas ansuran' itu hanya rekaan semata-mata. Ia hanya ilusi bukan satu realiti. Pernahkah kita mendengar Najib menyeru dan bersabda ke arah persatuan dan kerjasama? Pernah kita dengar Najib mengudang para pemimpin Melayu lain untuk berbincang mencari helah untuk bersama? Tidak dan tidak. Ini menunjukkan bayangan kesangsaraan yang dijaja itu tidak benar sama sekali. Dalam pada itu keenggan Umno mengambil inesiatif untuk memperkasakan Melayu itu juga menjelaskan kegoaan Umno dan Najib. Bertolak dari keadaan itu semua orang Melayu yang celit harus memahami kedudukan hari ini. Memahami bahawa laungan kesengsaraan yang bakal dialami Melayu sekiranya Umno tewas hanya ilusi dan kegerunan dari mereka yang berdosa sahaja. Janganlah mudah mempercayai kepada psywar yang ditaboo oleh Umno. Iya akan dapat diterima benar sekiranya Najib sedia melangkah ke mari dan menghulurkan salam perdamaian dengan Melayu sesama Melayu. Selagi Najib enggan psywar itu hanyalah umpan semata-mata. Mengenai lawatan Nik Aziz ke Pulai Pinang akan diulas selepas ini. [wm.kl.2:33 pm 28/01/13] | ||
Rafizi Tunggu Zahid Di Mahkamah Posted: 27 Jan 2013 04:38 AM PST KENYATAAN Pengarah Pusat Strategi PKR Rafizi Ramli menjelaskan beliau tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan mohon maaf kepada Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi. Dalam satu kenyataan yang dikirimkan sekejap tadi, Rafizi menjelaskan beliau tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini - saman oleh Zahid - diteruskan di mahkamah dan dia tidak akan berganjak. "Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah dan saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia," tegas Rafizi. Rafizi membuat kenyataan itu apabila beredar berita bohong di blog pro UBN kononnya beliau membuat kenyataan mohon maaf kepada Ahmad Zahid Hamidi ekoran ura-ura Zahid hendak menyamannya kerana mendedahkan penyalahgunaan wang kementerian pertahanan. Berikut adalah kenyataan penuh Rafizi: Saya dimaklumkan bahawa laman-laman Facebook yang berkaitan dengan saya ada menyiarkan satu kenyataan maaf terhadap Dato' Seri Zahid Hamidi sekitar jam 7 petang ini. Sejurus selepas itu juga, laman-laman blog pro-Umno menyiarkan berita melaporkan kononnya kenyataan maaf tersebut. Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan maaf. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah dan saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia. Kenyataan tersebut adalah palsu, berniat jahat dan direncanakan oleh laman-laman blog pro-Umno bertujuan memfitnah saya dan mengelirukan rakyat. Apabila mereka tidak dapat berdepan dengan pendedahan-pendedahan yang memalukan pimpinan mereka, laman-laman ini secara tidak beretika menggunakan muslihat untuk menggodam akaun dan laman-laman berkaitan Pakatan Rakyat, termasuklah laman-laman pimpinan Pakatan Rakyat dan laman Facebook. Laman Facebook saya adalah yang kedua dalam tempoh dua hari yang digodam, selepas laman Facebook YB Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN. Ini juga rentetan kepada siri godaman terhadap laman Malaysiakini setiap kali ada perkembangan politik penting negara yang merugikan Umno/Barisan Nasional. Saya mengutuk sekeras-kerasnya muslihat dan tipu helah yang digunakan oleh cybertrooper Umno ini kerana ia tidak beretika dan memfitnah. Sikap pimpinan Umno yang berdiam diri menunjukkan mereka juga sama-sama mendokong muslihat dan tipu helah kotor ini. Saya sekali lagi menegaskan bahawa saman Dato' Seri Zahid Hamidi akan saya jawab di mahkamah. Isu salahguna dan penyelewengan dana LTAT dan kebajikan anggota angkatan tentera yang diabaikan tidak boleh dipadamkan dengan muslihat jahat dan tipu helah cyber seperti ini. RAFIZI RAMLI Pengarah Strategi KEADILAN 27 Januari 2013 [wm.kl.8:34 pm 27/01/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan