Pahang Daily Online |
- Panas: "HKR112", Kejayaan Polis Mengawal Program Membuktikan Himpunan Aman Jika Tiada Provokasi !
- Panas: "Lagi Isu Air Di Pahang", Ahli Parlimen Rompin Selesa Di Luar Negara Tapi Rakyat Tanggung Derita !!
- Panas: Penyokong Kecewa, Di Saman Ketika Saksikan Bola Sepak Pahang VS Negeri Sembilan Malam Tadi !!
Panas: "HKR112", Kejayaan Polis Mengawal Program Membuktikan Himpunan Aman Jika Tiada Provokasi ! Posted: 15 Jan 2013 05:10 PM PST Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Jauari lalu menjadi satu detik bersejarah buat rakyat Malaysia dalam meluahkan hasrat mereka untuk melakukan perubahan pada Pilihanraya Umum ke-13 ini. Ratusan ribu rakyat hadir berbondong-bondong dari seluruh negara untuk bersama-sama berhimpun secara aman bagi menunjukkan kepada kerajaan bahawa mereka mahukan perubahan dan tidak mahu negara ini terus dibelenggu dengan undang-undang penjajah yang telah banyak menyusahkan rakyat selama ini. Paling menarik untuk diperkatakan ialah tiada provokasi oleh pihak polis seperti sebelum ini. Kerajaan dengan bangganya memuji tindakan polis yang dikatakan bertindak profesional dalam menjaga ketenteraman awam sepanjang program itu berlangsung. Menurut mereka jika polis tidak bertindak cemerlang, maka sudah pasti himpunan terbabit akan huru-hara dan kacau-bilau seperti sebelumnya. Soalnya sekarang, apakah wajar kerajaan mengeluarkan kenyataan sedemikian?. Huru-hara dan provokasi yang berlaku dalam himpunan rakyat sebelum ini apakah ia dimulakan oleh peserta itu sendiri?. Denga apa yang ditunjukkan oleh pihak polis pada Himpunan Kebangkitan Rakyat baru-baru ini, ia jelas membuktikan bahawa merekalah yang selama ini mencetuskan provokasi hingga menyebabkan huru-hara berlaku. Jika tiada tindakan provokasi polis menggempur peserta himpunan nescaya adengan-adengan panas tidak akan disaksikan. Inilah hakikat yang sebenarnya. Jika tiada tindakan polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menyemburkan gas pemedih mata dan water canon kepada peserta himpunan sudah pasti himpunan akan berjalan secara aman. Namun, sedarkan kerajaan bahawa tindakan polis itulah yang menyebabkan kekecohan. Itu belum termasuk polis Cawangan Khas (SB) yang diarahkan menyamar menjadi peserta dan kemudiannya membuat provokasi terhadap polis sendiri, kononnya ia dilakukan oleh peserta himpunan berkenaan. Bukankah semua ini adalah berdasarkan arahan daripada pihak kerajaan terutamanya Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein sendiri. Makanya, usahlah kerajaan terlalu berbangga dan mendabik dada kononnya pihak polis melaksanakan tugas cemerlang pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka baru-baru ini. Semua itu berlaku atas satu arahan daripada menteri yang berkenaan supaya polis tidak menggempur peserta tetapi hanya memantau. [Apa yang jelas dapat dilihat ialah ketiadaan trak-trak FRU berkeliaran seperti sebelumnya malah anggota polis boleh berbual-bual sambil tersenyum kepada peserta himpunan. Senario ini tidak pernah berlaku dalam himpunan terdahulu. Namun, harus diingat semua yang dilakukan itu adalah usaha kerajaan untuk mengatakan mereka menhormati akta perhimpunan aman yang baru digubal di parlimen sebelum ini. Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mengucapkan terima kasih kepada Pakatan Rakyat kerana berhimpunan secara aman dalam program itu. Apapun, simbolik atas tindakan polis ini ialah kerajaan mahu menjaga imej mereka menjelang pilihanraya umum yang dijangka tiba sebelum bulan April ini. Jika tercalar imej sudah pasti rakyat akan tolak BN. Maka, jalan terbaik ialah mengarahkan polis hanya memantau dan berjaga-jaga. Oleh itu, usahlah kerajaan terlalu mendabik dada, kerana Himpunan Kebangkitan Rakyat juga membuktikan perhimpunan yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat adalah aman sebenarnya jika tiada tindakan provokasi melampau oleh pihak polis. Maknanya, kecememerlangan polis mengawal peserta sepanjang perhimpunan baru-baru ini jelas membuktikan kepada rakyat ia akan aman jika tiada provokasi]. |
Posted: 15 Jan 2013 04:04 PM PST Dikala media arus perdana meneruskan propaganda mereka memainkan isu air di negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang (Pakatan Rakyat), bagai ditakdir dalam masa yang sama berbagai masalah air pula dilihat melanda negeri Perdana Menteri iaitu Pahang Darul Makmur. Jika di Selangor, rakyat yang mendapat air percuma dikatakan tersalah memilih kerajaan hingga menyebabkan masalah air berlaku. Malah, di Kelantan pun sama. Rakyat dikatakan tersalah piliha kerajaan yang senantiasa membekalkan air kotor kepada penduduk di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Kini, jika ia sering berlaku di bumi Pahang apakah boleh dikatakan rakyat tersalah memilih kerajaan lantaran membiarkan masalah air terus berlarutan sejak sekian lama. Jika di negeri pembangkang, isu air melanda mungkin kerana masalah kekurangan sumber kewangan negeri untuk mengatasi isu itu. Namun, jika ia beraku di negeri yang ditadbir oleh UMNO BN, apakah masalah ekonomi juga jadi faktornya?. Kenapa di negeri yang ditadbir oleh BN senarionya tetap sama?. Sepatutnya isu air ini tidak timbul di negeri-negeri BN termasuk Pahang sendiri. Namun, hakikatnya inilah yang berlaku. Cuma, bezanya isu itu disembunyikan daripada pengetahuan rakyat marhaen. Apa yang lebih difokuskan oleh media arus perdana ialah masalah air di negeri pembangkang. Seolah-olah negeri BN tidak terpalit dengan isu seperti itu. Walhal di Pahang, isu air semakin kronik sebenarnya, terutama yang melibatkan kawasan Felda, kampung-kampung termasuk juga penempatan orang asli. Bila orang asli atau orang asal bangkit memberontak, dikatakan mereka tidak sedar diri dan kerajaan sudah banyak membantu. Namun, realitinya orang asli di Pahang terus terpinggir dari arus kemajuan sejak sekian lama. Pendedaha panas oleh media arus perdana yang lebih adil dan telus iaitu Sinar Harian edisi Pahang semalam sungguh mengejutkan. Mujurlah ada akhbar yang bersuara rakyat masih bersikap terbuka dalam membongkarkan isu-isu sebegini. Jika tidak, pasti rakyat tidak tahu masalah yang berlaku di negeri dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri UMNO BN sebenarnya. Sebab itu kita tidak hairan, Sinar Harian itu sendiri sering diserang oleh pemimpin UMNO BN kononnya berat sebelah. Walhal, apa yang diaporkan oleh akhbar itu jelas sekali menggambarkan kebebasan media yang sepatutnya diamalkan oleh media arus perdana yang lain. Laporan eksklusif "Terpaksa Kongsi Air Perigi: Ketiadaan Bekalan Air Beban Penduduk Kampung Denai" di Rompin sungguh menyedihkan kita. Sudahlah mereka tiada bekalan air bersih, terpaksa pula berkongsi bekalan air perigi yang kotor dan berkarat. Apa yang dibuat oleh kerajaan? Tidak lebih dari berjanji dan terus berjanji, tetapi ia tetap gagal ditepati sejak 50 tahun yang lalu. Sudahlah tanah adat orang asli ini dicerobohi secara haram sesuka hati oleh mereka yang ada kaitan dengan pemimpin politik negeri, kini kebajikan orang asli juga terus menjadi tanda tanya. Parlimen Rompin diwakili oleh Datuk Jamaluddin Jarjis (foto), yang telah diangkat oleh PM Najib Razak menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat selepas Pilihanraya Umum ke-12 lalu. Kini beliau selesa berada di luar negara, sedangkan rakyat di kawasannya menanggung derita. Apakah kesengsaraan ini disedari olehnya, yang dikhabarkan bakal diangkat sebagai Menteri Besar Pahang jika Najib terus berkuasa di Putrajaya dan UMNO BN masih mendiami Wisma Sri Pahang selepas pilihanraya umum akan datang. Jika ini keadaannya, sudah pasti rakyat Pahang akan terus hidup sengsara dan merana buat selamanya. Dalam laporan Sinar Harian itu mendakwa ketika penduduk lain berpeluang menikmati pelbagai kemudahan asas dengan selesa, penduduk Orang Asli di sini pula terpaksa menggunakan air perigi dalam menjalankan urusan harian sejak kira-kira 50 tahun lalu. Malah ketika orang lain hanya perlu membuka paip di dalam rumah masing-masing, mereka pula terpaksa bersusah-payah mengangkut air perigi yang kotor serta berbau di rumah jiran mempunyai telaga. Bagaimanapun masalah bekalan air paip di Kampung Denai bukanlah perkara baru, malah sering dibangkitkan penduduk kepada pemimpin setempat termasuk pihak berwajib. Malangnya sehingga kini, aduan dan permasalahan itu seolah-olah dipandang sepi hingga menyebabkan penduduk kecewa. Penduduk, Sakila Muharam, 19, berkata, masalah itu bukan baru, malah penduduk berdepan ketiadaan bekalan air sejak mula-mula kampung terbabit dibuka pada 1960-an. Menurutnya, dia yang baru berkahwin terpaksa mengangkut air dari perigi rumah bapanya sejauh kira-kira 500 meter untuk memasak dan mencuci pinggan mangkuk, malah mereka sekeluarga menumpang mandi dan membasuh pakaian di situ setiap hari. "Keadaan ini sungguh membebankan kerana saya terpaksa mengangkat bebanan air dalam jarak jauh, apatah lagi mempunyai seorang anak masih kecil. "Sampai bila kami perlu hidup melarat kerana tidak memperoleh kemudahan asas sempurna? Oleh itu, kami rayu kerajaan mempercepatkan projek bekalan air bersih ke kampung ini. Cukuplah nenek moyang kami menderita, berilah kami peluang untuk menikmati kemudahan sempurna seperti masyarakat lain," katanya. Baca info seterusnya di SINI [Sesungguhnya rakyat Pahang sendiri sahaja yang tahu betapa tersiksanya mereka menghadapi isu air yang tidak berkesudahan sejak sekian lama ini. Malah, di kawasan Felda terutamanya isu air sudah menjadi terlalu kritikal dan menghantui warga peneroka terutamanya pada musim perayaan atau kenduri kendara. Kerajaan hanya berjanji dan terus berjanji setiap kali musim pilihanraya. Namun sehingga kini ia masih tidak ditepati, sedangkan rakyat terus menderita dan sengsara. Malah, jika dikatakan air paip kotor seperti di Kelantan misalnya, kotor lagi air paip yang dibekalkan kepada beberapa buah tanah rancangan Felda di sekitar wilayah Jengka. Namun, kenapa perkara ini tidak didedahkans ecara eksklusif oleh media arus perdana?. Ini kerana mereka tidak berani berkata benar dan berpijak dibumi yang nyata. Mereka diarahkan hanya highlightkan isu-isu air yang membabitkan negeri-negeri pembangkang terutamanya Kelantan dan Selangor. Apakah cara ini yang dituntut oleh agama?. Menipu rakyat, sebaliknya pada masa yang sama menyerang negeri lain kononnya tidak pandai mentadbir. Justeru, rakyat digesa bijak berfikir sebelum isu air ini bertambah serius lagi. Lakukan perubahan pada pilihanraya umum ini, jika mahu kehidupan lebih selesa]. |
Panas: Penyokong Kecewa, Di Saman Ketika Saksikan Bola Sepak Pahang VS Negeri Sembilan Malam Tadi !! Posted: 15 Jan 2013 08:26 AM PST KUANTAN, 16 Jan - Para penyokong pasukan bola sepak Tok Gajah yang menyaksikan perlawanan Liga Super antara Pahang menentang Negeri Sembilan di Stadium Darul Makmur kecewa dengan tindakan polis trafik menyaman sebahagian besar kenderaan mereka yang diletakkan di sepanjang jalan berhampiran dengan Malay Town dan East Cost Mall dekat sini malam tadi. Mereka kecewa kerana polis sepatutnya memberi kelonggaran kepada penyokong bolasepak untuk memberi sokongan padu kepada pasukan Pahang, namun akhirnya dihadiahkan surat saman. Menurut seorang mangsa, dia hairan kenapa polis bertindak demikian sedangkan mereka tahu Pahang kini berada di ranking teratas Liga Super yang sudah pasti mengundang ribuan penyokong dari seluruh negeri untuk menyaksikan permainan pasukan negeri ini. "Kenapa perlu saman? Apakah polis sudah tiada duit?... Bukankah semua tempat letak kereta di sekeliling stadium sudah penuh.. maka pastilah kami letakkan disepanjang jalan termasuk di kawasan East Cost Mall ini... Kami tidak halang pun lalu lintas.. selama ini sudah beberapa kali saya sendiri letak di situ dan tiada sebarang saman yang diterima.. Tapi malam nii.... polis jadikan kami sebagai mangsa..kami disaman.. bukan satu dua kenderaan.. malah berpuluh-puluh yang alami nasib yang sama", kata penyokong Pahang yang datang dari Temerloh itu. "Jika tidak mahu kami letak kereta di merata tempat.. suruh stadium buat parkir bertingkat... agar senang kami letak kenderaan.. Tiket berharga RM12 tapi kami disaman RM300... sungguh tidak berbaloi dan amat merugikan.. dahlah kami datang dari jauh dengan kos minyak dan tol.. kenapa polis trafik tak terfikir semua ini.. Kenapa masa Jom Heboh mereka tak saman.. masa bola pulak mereka nak cari untung... memang saya tak puas hati dengan semua nii", tambah beliau lagi. Dalam perlawanan malam tadi, Pahang berjaya mendapat tiga mata untuk terus ungguli takhta Liga Super bila berjaya tewaskan Negeri Sembilan 2-1. [Apa yang berlaku ini sungguh memalukan sebenarnya. Pihak polis memang ada kuasa untuk menyaman mana-mana kenderaan yang diletakkan diluar petak parkir yang telah ditetapkan. Namun, pada masa yang sama mereka juga harus berbudi bicara dan bertimbang rasa. Tambahn pula ketika semua parkir penuh dengan kenderaan semasa hari peristiwa seperti perlawanan bolasepak ini. Kasihan benar kepada mangsa yang datang dari jauh untuk memberikan sokongan kepada pasuka Pahang tiba-tiba mereka pula disaman. Bukankah ini satu penganiayaan. Jika itu keadaannya, maka pihak stadium boleh dipersalahkan kerana tidak menyediakan petak parkir yang mencukupi kepada orang ramai yang ingin menyaksikan sesuatu acara besar di situ. Apapun, pihak polis perlulah memberi kelonggaran kepada orang ramai yang ingin menyaksiakn mana-mana acara sukan di Stadium Darul Makmur. Usahlah gunakan kuasa sewenangnya tanpa mengambilkira acara yang sedang berlangsung. Mereka boleh saman jika ada kenderaaan yang diletakkan sewenang-wenangnya yang bioleh menganggu lalu lintas. Jika tidak, berilah kelonggaran kerana mereka yang hadir untuk menyokong bolasepak Pahang sendiri, bukannya untuk bersuka ria semata-mata]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan