Oh! Artis: Penghinaan Uji Rashid, Zed Zaidi tuntut TV3 mohon maaf Posted: 16 Jan 2013 03:05 AM PST WARTAWAN SINAR HARIAN Zed Zaidi Laman mikro, Twitter Zed ZaidiKata orang, rumah sudah siap, tapi pahat masih berbunyi. Begitulah yang berlaku kepada penganjuran Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27), yang berlangsung pada 6 Januari lagu.Pertukaran penyanyi Terukir Di Bintang di saat akhir melibatkan penyanyi veteran, Uji Rashid dan Aizat menimbulkan kontroversi.Apatah lagi, Uji dikatakan sudah membuat banyak persiapan dan masih menjalani latihan, biarpun ketika itu, Aizat sudah mendapat mandat untuk membawakan lagu berkenaan.Kontroversi yang masih belum senyap biarpun sudah hampir dua minggu malam kemuncak berlalu, menarik perhatian Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang menuntut pihak TV3 memohon maaf kepada Uji."Saya membuat kenyataan setelah melihat kronologi dan kenyataan-kenyataan daripada mereka yang terlibat dengan isu ini. Mula-mula, Aizat mengakui tidak tahu menahu dengan sebab pertukaran dan hanya menjalankan tugas apabila diminta oleh Yuna."Kemudian pihak TV3 sebaik majlis berakhir memaklumkan tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, manakala Datuk Ramli M.S juga mengakui tidak ada kuasa untuk menyingkirkan mana-mana penyanyi."Pada pendapat saya pula, Aizat hanyalah mangsa keadaan dan yang perlu bertanggungjawab di sini adalah pihak penganjur. Mereka sepatutnya mengeluarkan surat rasmi atau memaklumkan lebih awal kepada kak Uji mengenai pertukaran ini dan tidak menganiayai dia kerana apabila pertukaran sudah di buat, dia masih tidak dimaklumkan mengenai perkara itu," katanya kepada Zass.Menurut Zed, dia bukan sengaja untuk masuk campur dengan kontroversi ini, namun hanya memperjuangkan hak artis termasuk artis veteran apabila diperlakukan sedemikian."Bagi saya, ini adalah penganiayaan stesen televisyen kepada artis veteran kita, apatah lagi, seperti yang kita ketahui, kak Uji sudah membuat baju dan membuat persediaan yang lainnya. Ke semua itu melibatkan kos dan bukannya dilakukan secara percuma."Saya bersuara kerana tidak mahu perkara ini terus berulang kerana ia secara tidak langsung membunuh artis veteran," katanya.Bawa kepada SuhakamZed berkata, dia juga merasakan tidak mustahil kemenangan Terukir Di Bintang pada AJL27 yang lalu, hanyalah untuk menutup aib.Katanya, dia berharap TV3 bertanggungjawab dan memohon maaf secara terbuka kepada Uji dalam masa terdekat. Jika tiada perkembangan, dia akan menasihati Uji untuk membawa perkara ini kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)."Saya harap TV3 bersikap profesional dan ini juga melibatkan hak seorang artis. Jika masih tiada perkembangan, kita akan bawa perkara ini kepada Suhakam. |
HOT! 4 Peluru Ditemuidi Kerusi Penumpang Pesawat China Airlines Posted: 15 Jan 2013 07:44 PM PST Novi Christiastuti Adiputri - detikNewsReutersTaipei - Entah bagaimana boleh, 4 butir peluru ditemukan di dalam pesawat milik kapal terbang China Airlines (CAL). Peluru-peluru berukuran kecil tersebut ditemukan usai pesawat tersebut mendarat di Taiwan setelah terbang dari Amerika Syarikat .Kantor polis Airport setempat menuturkan, 4 peluru tersebut ditemukan di dalam pesawat dengan nombor penerbangan CI-005 pada Isnin (14/1). Saat itu, pesawat ini baru mendarat di Lapangan Terbang Internasional Taoyuan, Taiwan. Pendaratan dilakukan dengan baik tanpa insiden apapun.Pesawat ini lepas landas dari Bandara Los Angeles pada Minggu (13/1) sekitar pukul 21.54 waktu setempat. Demikian seperti dilansir Asia One, Selasa (15/1/2013).Menurut polisi setempat, peluru tersebut pertama kali ditemukan oleh petugas kebersihan pesawat. Peluru tersebut ditemukan di kantong tempat duduk penumpang pada kabin kelas ekonomi, Senin pagi waktu setempat.Segera setelah mendapat temuan tak biasa tersebut, petugas melapor ke kepolisian bandara dan juga pihak maskapai CAL.Saat dikonfirmasi, CAL membenarkan bahwa pihaknya menerima laporan dari petugas bersih-bersih soal temuan 4 butir peluru tersebut. Pihak CAL mengaku heran dan tak tahu-menahu mengapa bisa ada peluru di dalam pesawat. Tidak diketahui pasti apakah peluru tersebut sudah digunakan atau masih utuh. CAL menyatakan, pihaknya hanya diberitahu soal lokasi temuan tersebut.Kasus ini tengah diselidiki lebih lanjut oleh kepolisian Taiwan. Demi membantu penyelidikan, pihak CAL pun telah menyerahkan daftar penumpang saat penerbangan tersebut. CAL juga berjanji akan bekerja sama dengan polisi dalam penyelidikan ini. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan