Muslimeen United |
- Poll Terbaru BN Selangor: UMNO Terkejut Beruk Rakyat Terus Pilih Pakatan
- Panas!!! (Video) Zizan Raja Lawak Tiru Gaya Ustaz Azhar Idrus Dalam Maharaja Lawak Mega... Inilah Respon Segera UAI, Jom Terjah!!
- Tuan Ibrahim Tuan Man - Sejarah penubuhan PAS dan sejarah Amanat TG Haji...
- Gambar: Tok Guru Nik Aziz di majlis perkahwinan Khairul Fahmi (Apek)
- Ustaz Hadi cabar Majlis Fatwa hantar surat rasmi
- RM12.3 Juta Wang Ehsan Kelantan Lesap, Siapa Kebas?
- Nak tawan Kelantan macam mana ni Najib?.. belum apa-apa UMNO dah lawan UMNO..
- Banner Umno BN Paling Bangang.. Saksikanlah!!
Poll Terbaru BN Selangor: UMNO Terkejut Beruk Rakyat Terus Pilih Pakatan Posted: 06 Jan 2013 06:44 AM PST Selepas penganjuran Karnival Sayangi Selangor oleh UMNO/BN Selangor yang dikepalai oleh Zin Badak, maka satu survey diadakan untuk mendapat maklum balas dan reaksi dari rakyat siapa yang mereka akan memberikan sokongan pada PRU 13 nanti, dengan mengajukan soalan berbunyi:...' DIANTARA PR DAN BN, YANG MANA SATU ANDA YAKIN BANYAK MEMBANTU RAKYAT' Punyalah terkejut beruk UMNO Selangor bila dapati jauh berganda lebih ramai rakyat memberikan sokongan padu kepada Pakatan rakyat untuk menerajui negara ini. Akibat dari respon yang tidak mereka duga ini maka terus posting tersebut yang dipaparkan di muka Facebooknya SAYANGI SELANGOR dipadamkan. Tetapi ada pihak yang sempat buat print screen kerana telah menduga insiden memadamkan terus kaji selidik itu akan pasti berlaku apabila keputusan tidak memihak kepada UMNO. PRU 13 adalah PRU anak-anak muda....Anak-anak muda yang bakal menentukan siapa yang harus diberi mandat dan amanah untuk mentadbir urus negara. Kelompok ini hanya percaya kepada media ketiga.. INTERNET, bukannya media arus perdana sama ada cetak maupun elektronik milik dan kawalam UMNO. Sudah pasti hasil kaji selidik ini akan menambah pening kepala UMNO dalam menghadapi PRU 13. INI KALILAH TUKAR... JOM UBAH... SELAMATKAN MALAYSIA. -omakkau |
Posted: 05 Jan 2013 09:25 PM PST |
Tuan Ibrahim Tuan Man - Sejarah penubuhan PAS dan sejarah Amanat TG Haji... Posted: 05 Jan 2013 09:18 PM PST |
Gambar: Tok Guru Nik Aziz di majlis perkahwinan Khairul Fahmi (Apek) Posted: 05 Jan 2013 09:17 PM PST Tok Guru Nik Aziz menghadiri majlis kenduri kesyukuran perkahwinan Khairul Fahmi Che Mat(Apek) dan Leuniey Natasha di kediaman beliau Kg. Cherang, Kota Bharu pada tengahari semalam 5hb. Jan 2013. Sumber FB |
Ustaz Hadi cabar Majlis Fatwa hantar surat rasmi Posted: 05 Jan 2013 09:11 PM PST KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan surat rasmi berkenaan keputusan mengenai 'Amanat Haji Hadi'. Mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan turut memutuskan amanat itu bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan agama serta prinsip dakwah Islamiah, beliau menafikan menerima sebarang surat daripada mufti tersebut. "Saya tidak menerima surat dari Majlis Fatwa Kebangsaan. Saya cabar Majlis Fatwa hantar surat kepada saya. Dia (Majlis Fatwa) tak panggil saya. "Surat rasmi pun tidak ada…atas angin sahaja. Bukan boleh atas angin begitu…bukan 'meniaga' ni dan kalau berniaga pun tidak boleh atas angin. Ini soal agama," tegasnya. Beliau berkata 'amanat' itu merupakan satu petikan daripada ucapan beliau yang dibuat di Banggol Peradong 31 tahun yang lalu. Ustaz Abdul Hadi menjelaskan beliau tidak pernah menamakan ucapan tersebut sebagai amanat tetapi dibuat oleh pihak lain. "Amanat itu satu petikan, saya tidak menamakan 'amanat' tetapi orang lain yang menamakan 'amanat' dan yang beri nama 'amanat' itu termasuk Umnolah. "Bukan saya menamakan 'amanat', ia petikan ucapan saya selepas itu dibentang di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu. Ketua Biro Agama Umno bentang dan saya bangun (jawab)…betul, itu ucapan saya. Masa itu kenapa tidak hujah, selepas 30 tahun baru hendak hujah," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat jenazah allahyarham Tengku Zaliha binti Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Maqam Diraja Masjid Abidin, di sini petang tadi. Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan isu penjelasan amanat tersebut bukan sekadar pilihan raya tetapi kerana hari akhirat. Menurutnya, jika Perdana Menteri atau mufti enggan bersemuka di atas dunia, maka tunggulah pada hari akhirat ketika mengadap Allah SWT. "Saya akan mati, mufti-mufti juga akan mati, Perdana Menteri mati, saya mati…kita mengadap Tuhan. Tuhan yang akan menentukan betul atau pun salah. Jika tidak atas dunia ini..akhiratlah. Kita bertemu dengan Tuhan jika atas dunia tak mahu bertemu," tegasnya. Justeru, Ustaz Abdul Hadi tetap bertegas mahukan ruang penjelasan selama satu jam bersiaran di RTM milik kerajaan kerana PAS tidak memiliki media yang menyeluruh. "Saya tetap mahukan (siaran langsung) supaya masyarakat berlaku adil. Adil ini kena dengar semua pihak dan dengan cara itulah, sebab kita tiada media. "Biar rakyat tahu…dia (rakyat) dengar semua barulah (faham). Ini dengar sebelah pihak, macam mana. " Kena dengar dulu apa yang saya hendak kata, supaya masyarakat dengar betul atau tidak apa yang saya hendak kata," ujarnya. -Hrkh |
RM12.3 Juta Wang Ehsan Kelantan Lesap, Siapa Kebas? Posted: 05 Jan 2013 09:09 PM PST Siasat kehilangan Wang Ehsan KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan didesak agar menuntut pihak Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), menyiasat dan membentangkan Laporan Kewangan Jawatankuasa Wang Ehsan Kelantan, kepada rakyat negeri ini. Ini berikutan adanya laporan, sejumlah RM12.3 juta telah lesap dari akaunnya. Justeru itu, satu memorandum telah dihantar oleh Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti), kepada pihak JPP, tengah hari tadi, di bangunan JPP Kota Bharu. "Ini memorandum kali ke dua dari pihak kami kepada JPP bagi membentangkan laporan kewangan wang ehsan yang lesap sebanyak RM12.3 juta," kata Presiden Royalti, Nazri Deraman dalam sidang medianya, selepas menyampaikan memerandum kepada wakil JPP, di sini. "Pihak kami juga dapat tahu, sebanyak RM2 juta dari wang royalti minyak yang dijadikan sebagai wang ehsan di negeri ini telah disalurkan kepada Umno bahagian negeri Kelantan. "Walaupun menurut maklumat dari Kerajaan Persekutuan bahawa wang ehsan ini digunakan sebagai peruntukan membina kemudahan infra, namum begitu ianya digunakan oleh pihak JPP dan Umno bahagian sesuka hati mereka bagi kepentingan mereka," ujarnya. Bermula tahun 2010, jumlah sebenar wang ehsan yang disalurkan kepada JPP sentiasa berubah-rubah. Perbezaan ini dapat dilihat melalui kenyataan dari Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husin, iaitu peruntukan sebanyak RM49.1 juta. Manakala menurut kenyatan yang dibuat Datuk Mustapha Mohamed dan juga Perdana Menteri peruntukannya sebanyak RM61.4 juta. "Telah terbukti jumlah sebenar wang ehsan berubah dan terdapat penyelewengan yang ketara yang berlaku kerana perbezaaan yang ketara iaitu sebanyak RM12.3 juta," tegasnya. Katanya lagi, pihak Royalti akan mengambil tindakan ke peringkat yang lebih tinggi sekiranya JPP mengambil sikap mendiamkan diri sehingga ke peringkat antarbangsa. Sementara itu, pihak Royalti juga meminta agar JPP ditutup kerana kerajaan negeri yang ada sekarang ini ialah kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui demokrasi sejak tahun 1990. Adalah satu percabulan kepada semangat persekutuan iaitu menghormati kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan apabila JPP ditubuhkan. Dalam himpunan bagi menyampaikan memorandum berkenaan, beberapa pihak yang mewakili kumpulan masing-masing telah menyampaikan ucapan, antaranya wakil mahasiswa, wakil kaum wanita Kelantan dan wakil anak muda Kelantan. Memorandum berkenaan telah disampaikan oleh Nazri Deraman sebagai Presiden Royalti kepada Penolong Pengarah (Khas) JPP, Mohd Hanif Aiman Mohd Anuar Musardar. |
Nak tawan Kelantan macam mana ni Najib?.. belum apa-apa UMNO dah lawan UMNO.. Posted: 05 Jan 2013 09:06 PM PST Perhimpunan itu untuk menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mustapha Mohamed. Bagaimanapun, memorandum itu hanya diserahkan kepada setiausaha politik Mustapha berikutan beliau dikatakan telah pulang ke Kelantan semalam. Penyerahan itu dibuat di bilik vip, dalam keadaan setiausaha politik Datuk Mustapha yang baru dilantik itu enggan keluar. Bantahan itu kata mereka dibuat bukan hanya tindakan Dali yang tidak menjaga kebajikan penyokong dan pimpinan semua peringkat cawangan, sebaliknya tidak amanah. Mengikut memorandum yang dikenali sebagai Memorandum Rakyat, Dali mengamalkan pemerintahan kroni, pengalaman yang lemah, rasuah dan lain-lain lagi. Bekas Setiausaha Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Zulkifli Mat Hassan, ketika memberitahu media berkata bantahan itu dibuat berikutan tiada kepercayaan dikalangan ahli lagi terhadap Dali. "Dalam Umno masih segar demokrasi, tetapi jika tidak amalkan demokrasi ianya tiada guna. "Surat telah dihantar kepada presiden dan timbalan presiden parti, tetapi tiada sebarang tindakan,"ujarnya yang juga Ketua Umno Cawangan Lapang Terbang. Selepas berdemo di lapangan terbang, pemimpin-pemimpin cawangan ini berarak dalam Parlimen Pengkalan Chepa termasuk di hadapan rumah Dali untuk menyatakan bantahan pada pemimpin Umno bahagian itu. Sepanduk seperti Kami Ketua-Ketua Umno Cawangan, mendesak Dali meletakkan jawatan', SPRM tolong siasat, 'Rakyat Dihimpit' dan lain-lain lagi seperti Asal Bukan Dali turut diarak. -Hrkh |
Banner Umno BN Paling Bangang.. Saksikanlah!! Posted: 05 Jan 2013 09:04 PM PST |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan