Ahad, 20 Januari 2013

Muslimeen United

Muslimeen United


Inilah padahnya bila Rosmah berkata benar, kahkahkah...

Posted: 19 Jan 2013 11:53 PM PST

Bersumpah tanpa beri penjelasan perangai budak-budak – Chegubard

19 Jan: Perangai Datin Seri Rosmah Mansor yang bersumpah tetapi tidak memberi penjelasan mengenai pembelian cincin berlian RM24 juta, tak ubah macam budak-budak, kata Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

"Kena ingat, orang persoalkan sebab pembaziran dan salah guna kuasa. Rosmah kena tampil bagi penjelasan, bukan sumpah-sumpah macam budak-budak," katanya kepada Keadilan Daily.

Rosmah baru-baru ini dilapor bersumpah kononnya beliau tidak memiliki cincin RM24 juta tetapi mengakui ada melihat cincin itu apabila dibawa masuk ke Malaysia untuk dipamer 'kepada orang yang ada duit.'

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu berkata, perbuatan bersumpah itu hanya menambah kecurigaan rakyat berikutan pendedahan Deepak Jaikishan dibuat lengkap dengan dokumen tertentu.

Badrul Hisham berkata, sumpah yang dibuat Rosmah sama sekali tidak tidak menjawab persoalan berbangkit berhubung pembelian cincin yang tertera namanya sebagai pemilik berdasarkan dokumen kemasukannya ke negara ini.

"Saya dedahkan bagaimana nama Rosmah tertera sebagai penerima, itu persolannya. Kalau dia cakap tak beli, kenapa dokumen ada nama dia?" katanya.

Beliau juga menyifatkan bersumpah menjadi trend yang diguna pakai pemimpin Umno BN menjelang pilihan raya bagi memenangi hati pengundi tanpa perlu memberi penjelasan terhadap sesuatu isu.

"Politik sumpah berlaku apabila menjelang pilihan raya, tengok perkara sama dilakukan Datuk Seri Najib Razak masa dekat pilihan raya kecil Permatang Pauh.

"Jadi itu tandanya pilihan raya makin hampir. Kenapa Rosmah pula yang bersumpah? Kerana sekarang, beliau beban kepada Umno BN," katanya yang dikenali dengan nama Chegubard.

Billboard Listen! Listen! Listen! Mana Royalti Kami? menyambut Najib di Kota Bharu..

Posted: 19 Jan 2013 11:47 PM PST


Salah satu banner yang didirikan bagi menyambut kunjungan Najibdan Rosmah Mansor ke Kota Bharu, Kelantan hari ini demi mengemis simpati dan undi dari rakyat Kelantan agar beri beliau mandat untuk 5 tahun lagi memerintah negara.

Laporan berkaitan..

KOTA BARU, 20 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan tidak lama lagi.

Projek tersebut merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baru, pembinaan stadium baharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.

Projek lain adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baru, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air.

Najib berkata tujuh projek ini akan juga dimasukkan dalam manifesto BN nanti.

"Ambo (saya) sebut tujuh perkara ini dan hanya sebahagian sahaja dari manifesto. Tidak lengkap lagi.

"Ambo hendak simpan. Nanti ambo datang lagi, ambo umum yang lain. Ambo simpan modal," katanya ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung di sini hari ini. – Bernama

Apa kata rakyat Kelantan pula..


Selangor Urus Air Lebih Baik Dari Rozali Yang Gajinya RM 400,000 Sebulan

Posted: 19 Jan 2013 04:53 PM PST

Meskipun gaji beliau sekurang-kurangnya RM425,000 sebulan, Pengerusi Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail gagal menangani isu gangguan air baru-baru ini.

Ini berikutan kenyataan Syabas kepada media pada Jan 9 bahawa hangguan bekalan air di Ampang, Cheras dan Gombak hanya dapat dipulihkan pada perayaan Tahun Baru Cina pada 10 Febuari.

Bagaimanapun, apabila Kerajaan Negeri campur tangan dengan melakukan pemantauan terhadap kerja-kerja pembaikan, gangguan air dapat dipulihkan pada Jan 15 – empat minggu lebih awal daripada perangkaan Rozali.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ini membuktikan Rozali gagal menguruskan bekalan air di Selangor dengan baik. "Saya beritahu Datuk Seri Najib Razak supaya beri hak urus air Selangor kepada Kerajaan Negeri. "(Kerana) kita mampu urus air lebih baik dan mementingkan kepentingan pengguna berbanding Syabas," ujar Abdul Khalid di hadapan lebih seribu hadirin dalam Majlis Makan Malam Kutipan Dana Pilihan Raya di sebuah restoran di sini malam tadi.

Sebaliknya menurut Abdul Khalid, Najib enggan menyerahkan hak pengurusan air kepada Kerajaan Negeri kerana lebih mengutamakan kepentingan kroni mereka berbanding kepentingan rakyat Selangor.

Abdul Khalid turut menyelar tindakan Syabas yang sebelum ini bertindak menyaman Kerajaan Negeri yang tidak membenarkan mereka menaikkan tarif air di Selangor. Pada Dec 29, kira-kira 500,000 penduduk di sekitar Kuala Lumpur, Gombak dan Ampang mengalami gangguan bekalan air selama lebih dua minggu akibat kegagalan pam di rumah pam Wangsa Maju.

Syabas didakwa cuai kerana kesemua lima pam termasuk dua pam simpanan untuk gantian di masa kecemasan turut rosak. Pada Jan 8, dilaporkan bahawa Rozali berkata gangguan bekalan di ketiga-tiga tempat itu hanya akan selesai pada Tahun Baru Cina. Sehari selepas itu, Kerajaan Selangor berkata ia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah itu dalam seminggu. Pada Jan 15, hampir semua pengguna di kawasan yang terjejas mendapat bekalan air.-tvs

Gempar !!! Gambar Pasukan Tentera Johor [JMF] Di Stadium Kelantan

Posted: 19 Jan 2013 04:46 PM PST


Pasukan Tentera JMF maemasuki Stadium Kelantan

askar johor

Gambar-Askar-Timbalan-Setia-Negeri-Johor-300x300
tentera johor
Gambar-Johor-Military-Force-JMF

Gambar Askar JMF Johor Military Force dalam stadium kelantan. Timbul kontroversi pada perlawanan Johor menentang Kelantan baru-baru ini dimana Stadium Sultan Muhammad IV dihadiri askar bersenjata untuk mengawal keadaan stadium berkenaan.

Sejumlah 6 orang askar yang lengkap beruniform dengan senjata rifle M4 carbin untuk menjaga keselamatan pegawai dan pemain Johor. Ramai yang mempertikaikan keadaan stadium tersebut seolah-olah tempat berperang dan bukannya tempat perlawanan bola sepak.

KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA) DIBATALKAN KERANA SEMUA GURU DIARAH PERGI SAMBUT NAJIB DAN ROSMAH!!!!!!

Posted: 19 Jan 2013 04:43 PM PST


DEMI NAK BODEK NAJIB DAN ROSMAH...ANAK-ANAK YANG DAHAGAKAN PENGAJIAN AL-QURAN DAN FARDHU AIN MENJADI MANGSA!!!!

Kerana semua guru KAFA diarah sambut kedatangan Najib dan Rosmah keKota Bharu bagi tujuan meramaikan, kelas Al-Quran dan Fardhu Ain terpaksa dibatalkan.

 Sambut Najib dan Rosmah lebih penting dari mengajar Al-Quran dan Fardhu Ain kepada murid-murid.

Memberi gambaran keutamaan tugas guru-guru KAFA ialah menyambut pemimpin UMNO...Mengajar Al-quran dan Fardhu Ain tugas sampingan saja.
Posted by OMAK KAU!!!!

Tiada ulasan: