Sabtu, 12 Januari 2013

Muslimeen United

Muslimeen United


Live #KL112: Video Penuh Ucapan Pemimpin Semasa Himpunan #KL112 Di Stadium Merdeka.

Posted: 12 Jan 2013 07:30 AM PST










Lagi Gambar & Video Menarik HKR 112

Posted: 12 Jan 2013 07:17 AM PST






Azan Asar, tuntutan 10 perkara tutup HKR112

Posted: 12 Jan 2013 07:14 AM PST

(Stadium Merdeka penuh sesak begitu juga di luar stadium)

KUALA LUMPUR: Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR112  melabuhkan tirainya dengan lagu Negaraku dan laungan azan Asar yang berkumandang.

Sebelum itu, doa dibacakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menutup ucapannya dengan mengajak ratusan ribu yang hadir dengan berteriak MERDEKA  sebanyak tujuh kali dengan disambut sekelian yang hadir dengan 'RAKYAT'.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail pula memimpin bacaan ikrar atau Deklarasi HKR #KL112.

Deklarasi yang mengandungi lapan perkara itu dibacakan Saifudin dan diulangi oleh sekalian yang hadir termasuk kesemua pemimpin Pakatan yang berada di atas pentas.

Deklarasi itu adalah:

1) Menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

2) Menuntut reputasi dan wibawa Felda di selamatkan.

3) Menuntut supaya Sabah dan Sarawak diberikan layanan adil dan setara dengan Semenanjung.

4) Menuntut 20 peratus royalti minyak dikembalikan kepada negeri pengeluar petroleum.

5) Mengiktiraf dan meningkat profesionalisme kakitangan awam.

6) Menuntut alam sekitar yang bersih dan sihat.

7) Menuntut agar Bahasa Kebangsaan dimartabatkan dan Bahasa Inggeris dipertingkatkan.

8) Menuntut pembebasan tahanan politik.
9) Menuntut agar kampung2 tradisi dan tempat-tempat warisan dipelihara, dilindungi dan dipertahankan.

10) Menuntut kehidupan yang lebih baik untuk wanita sebagaimana termaktub di dalam Agenda Wanita Malaysia. -Hrkh
Lagi gambar di FB























[VIDEO & GAMBAR] Sekitar Countdown HKR112 Di Kampung Baru -updated

Posted: 11 Jan 2013 04:45 PM PST



Berikut ialah rakaman gambar-gambar sempena Countdown HKR112 yang berlansung di padang kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru malam tadi.




















Sumber gambar dari Telok Bakong Online & FB
 
 

HKR: Solat Subuh macam Jumaat di Masjid Negara

Posted: 11 Jan 2013 04:39 PM PST


KUALA LUMPUR: Sekalipun Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka bermula jam 2.00 petang ini, namun para peserta dari segenap pelosok negara sudah mula tiba di ibu negara.

Sejak malam tadi, mereka mula berpusu-pusu memasuki kota raya untuk menyertai himpunan aman yang dibenarkan oleh Perlembagaan negara.

Pagi ini, suasana solat Subuh di Masjid Negara bagaikan solat fardu Jumaat apabila ribuan peserta memenuhi ruang solat.

Beberapa gambar yang dipetik daripada laman sosial Facebook dan penulis blog menceritakan suasana tersebut.




Pas Menang Isu Fitnah

Posted: 11 Jan 2013 02:59 PM PST


Ipoh - Mahkamah Sesyen di sini, semalam mengarahkan bekas Ketua Penerangan PKR Perak, Fauzi Muda membayar ganti rugi sebanyak RM100,000 kepada Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Nor Azli Musa kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 7 Jun 2011.

Hakim Roslan Abu Bakar turut mengarahkan Fauzi membayar kos tetap sebanyak RM10,000 kepada Nor Azli Musa yang diwakili peguam Aminuddin Zulkifli dan Amirul Fairuzin.

Dalam penghakimannya, Roslan berkata, artikel yang disiarkan di Utusan Malaysia pada 7 Jun 2011 bertajuk 'Nor Azli Perlu Cermin Diri - Fauzi Muda' adalah dengan jelas memfitnah terhadap plaintif.

Artikel tersebut, Fauzi mendakwa bekas Ketua Pemuda Pas Perak itu ialah antara lapan pemimpin pembangkang yang menjadi jutawan segera semasa tempoh 11 bulan pembangkang berkuasa di Perak dan perkara itu sudah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 11 Februari 2011.

Selain itu, Fauzi diarahkan supaya membuat permohonan maaf secara bertulis selama tiga hari berturut-turut melalui akhbar yang sama tujuh hari bermula semalam.

Nor Azli ketika ditemui di pekarangan mahkamah bersyukur kerana keputusan kes menyebelahi pihaknya.

"Selepas kemenangan kes ini saya berasa lebih bersemangat untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan datang," katanya.

Tambahnya, setakat ini beliau masih belum membuat sebarang perancangan ke atas wang ganti rugi yang bakal diterima.

"Bagaimanapun, saya pasti akan menggunakan sebahagian wang tersebut untuk membantu jentera parti bagi menghadapi PRU13 ini," ujarnya.

Sementara itu, Fauzi ketika ditemui berkata beliau akur dengan keputusan yang dibuat mahkamah berhubung kes berkenaan.

Bagaimanapun, beliau akan mengemukakan rayuan melalui Norali & Co dalam tempoh terdekat.

"Saya akan serahkan segala-galanya kepada peguam untuk tindakan selanjutnya," katanya yang hadir ke mahkamah bersama ahli keluarganya.

74 penceramah di pentas ‘Countdown’ HKR

Posted: 11 Jan 2013 02:44 PM PST





KUALA LUMPUR: Sejarah tercatat pada malam tadi apabila 74 penceramah daripada pelbagai latar belakang berucap di Countdown Himpunan Kebangkitan Rakyat di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi.

Sama ada dari kalangan pemimpin politik mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mereka senada menyeru rakyat membuat perubahan untuk menukar tampuk pemerintah negara pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Pada jam 2.00 petang nanti, para peserta himpunan akan berkumpul di Stadium Merdeka. -Hrkh

248611_10200161751028550_1669419453_n.jpg (403×403) 
602822_10200161628585489_590097457_n.jpg (403×403)

https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/603033_457739210955947_1313549319_n.jpg

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/72837_457739254289276_1673624239_n.jpg

Tiada ulasan: