MIMPI SENJA |
- Kuala Pilah - Kubu UMNO paling gagah - Kini dah rabah
- “Saya anggap Tok (TGNA) adalah tunggak utama untuk menyatukan rakyat Malaysia " -
- KOMENTAR : Cap 'mohor' lelaki pada wanita digauli
- Rafizi minta maaf : PEMBOHONG - Ini semua kerja macai-macai Haramjadah UMNO ....
- [Video] JMR- DSAI di Johor Bahru 25/1/13
Kuala Pilah - Kubu UMNO paling gagah - Kini dah rabah Posted: 27 Jan 2013 10:57 PM PST KUALA PILAH, KUBU UMNO PALING GAGAH DINEGERI SEMBILAN REBAH DENGAN CERAMAH JELAJAH MERDEKA RAKYAT BERSAMA DSAI!!!!!BIARKAN SAJA GAMBAR SEBAGAI SAKSI BERBICARA....KUBU UMNO PALING KUAT DI NEGERI SEMBILAN, KUALA PILAH...SUDAH REBAH!!!! Dulu kalau parti pembangkang mau mengadakan siri ceramah di Kuala Pilah, pasti tiada sambutan diberikan..pernah penganalisis politik mengatakan jika pembangkang mengadakan ceramah di Kuala Pilah lebih ramai penceramah dari pendengar yang hadir. Itu dulu.. kini ianya sudah menjadi sejarah.. Terbukti dengan siri Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat bersama DSAI yang diadakan di Kuala Pilah semalam, 27hb Januari 2013. Bermula siang hari di Kg Melang, Kuala Pilah bersebelahan Pasaraya Econsave dan malam harinya di Kg Temeris di kawasan rumah Tok Ketua Omar. Sambutan yang diberikan cukup memberangsangkan.. Orang luar bandar dan kampung tradisional sudah mula beralih arah dari UMNO ke Pakatan rakyat pimpinan DSAI. Isu putar belit Kalimah Allah langsung tidak menjejaskan sokongan rakyat kepada PR yang bertekad maukan perubahan drastik demi kelangsungan hidup yang lebih realistik. Hayat UMNO sudah hampir sampai kepenghujungnya sebaik saja pembubaran parlimen diistiharkan. Pihak PDRM dan Majlis Daerah Kuala Pilah telah memberikan kerjasama yang cukup baik sekali. - omak kau | ||
“Saya anggap Tok (TGNA) adalah tunggak utama untuk menyatukan rakyat Malaysia " - Posted: 27 Jan 2013 07:23 PM PST Kunjungan TG Nik Aziz ke rumah Karpal disambut air mata gembiraJANUARY 28, 2013
(PENUH KECERIAAN … Tg Nik Aziz memotong kek harijadinya ke 82 di rumah Karpal Singh dengan diperhatikan keluarganya) KUALA LUMPUR: Sikap positif yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengunjungi Pengerusi DAP Karpal Singh disambut air mata gembira oleh para penyokong Pakatan Rakyat. Ini kerana, bagi mereka hubungan erat antara pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat akan menambahkan keyakinan rakyat untuk mentadbir negara dengan baik apabila Pakatan berjaya ke Putrajaya nanti. Petang semalam, Tuan Guru Nik Aziz mengunjungi Karpal Singh di Gelugor Pulau Pinang dalam suasana perayaan Thaipusan sedang meriah di kawasan kediaman Karpal itu. Tuan Guru Nik Aziz dengan ditemani Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man, disambut gembira oleh Karpal dan keluarganya. Tuan Guru Aziz berkunjung ke rumah Karpal dalam rangka lawatan beliau ke Pulau Pinang semalam dan malam tadi. Tuan Guru Nik Aziz kemudiannya memotong kek hari jadinya yang ke 82 di rumah anggota Parlimen Bukit Gelugor di Jalan Scotland itu. Setiausaha Dewan Ulamak, Ustaz Khairudin Aman Razali ketika menyambut baik berita ini berkata, beliau pernah membuat kenyataan sebelum ini, ahli PAS wajib mengundi calon DAP di kawasan mereka. "Ia perlu sekiranya ia membantu untuk menjatuhkan kezaliman dan menegakkan kebajikan," katanya. Ia juga dipersetujui oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ustaz Riduan Mohd Nor. Karpal ketika mengulas kunjungan ini berkata, "Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku. "Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," kata Karpal kepada media selepas kunjungan itu. Kegembiraan ini tidak dikalangan penyokong PAS dan orang Islam sahaja bahkan di kongsi bersama oleh orang bukan Islam yang ingin melihat Malaysia yang lebih baik. Vivek Vairakkannu dalam komennya di Facebok TG Nik Aziz menulis: "Semoga Tok menyambut hari jadi selama-lamanya. Saya anggap Tok adalah tunggak utama untuk menyatukan rakyat Malaysia dengan aman dan makmur. Harap saya jabat tangan Tok satu hari dimana saya anggap Tok bersamaan dengan Mahtma Gandhi." | ||
KOMENTAR : Cap 'mohor' lelaki pada wanita digauli Posted: 27 Jan 2013 07:40 AM PST 25 Januari 2013 Saya percaya ramai yang akan menganggap saya mengarut jika mengatakan bahawa seseorang lelaki yang melakukan hubungan intim dengan wanita - sama ada isterinya ataupun bukan - akan meninggalkan capnya yang tersendiri pada wanita itu. Dalam istilah orang kita, tanda itu mungkin mudah disebut sebagai 'cap mohor'. Dan jika seseorang wanita itu pula terlibat dalam hubungan dengan lelaki yang berbilang-bilang - lebih daripada seorang ataupun curang - dia akan mempunyai banyak cap yang mewakili ramai lelaki pada tubuhnya. Sila fahami bahawa hubungan yang saya maksudkan bukan sekadar hubungan mesra, pergi tonton wayang bersama-sama, bersiar-siar di Taman Tasik Titiwangsa atau Tasik Perdana ataupun menari dan menyanyi sambil berguling-guling seperti dalam filem Hindustan. Ia sebaliknya melibatkan hubungan intim yang sampai ke tahap sesi bertukar-tukar 'cenderamata' di dalam bilik dan di atas katil! Rupa-rupanya hubungan yang seperti itu meninggalkan kesan atau tanda khusus - yang dalam tulisan ini saya sebut sebagai 'cap' - oleh seseorang lelaki terhadap pasangannya. Ya, saya percaya pada peringkat ini, anda masih menganggap saya mengarut malah mungkin lebih mengarut saya dalam tanggapan anda daripada saat anda membaca intro tadi. Tetapi bagaimana jika saya katakan bahawa cap atau tanda itu boleh dikesan melalui kaedah saintifik? Ceritanya begini. Robert Guilhem adalah seorang pakar genetik dan tokoh Yahudi di Albert Einstein College of Medicine, New York, Amerika Syarikat. Sebagai seorang ahli akademik dalam bidang perubatan, Guilhem tertanya-tanya mengapa Islam mensyariat bahawa setiap wanita yang diceraikan perlu menunggu sehingga habis iddah atau tiga kali suci daripada haid atau selama tiga bulan untuk membolehkan dia berkahwin semula. Hal ini ada disebut dalam kitab suci al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 228. Berbanding dengan kepercayaannya dan juga gaya hidup masyarakat moden yang memperlihatkan agak ramai wanita kini tidak setia kepada hanya seorang lelaki, dia semakin berminat untuk mengkaji hukum yang masih diamalkan secara patuh oleh umat Islam di seluruh dunia. Daripada kajiannya yang diterbitkan dalam societyberty.com, Guilhem mendapati, dalam setiap hubungan seks, lelaki akan meninggalkan tanda khusus pada pasangan wanitanya. Jika pasangan itu tidak bersetubuh dalam tempoh beberapa lama, tanda itu akan hilang secara perlahan-lahan antara 25 hingga 30 peratus. Sebelum melanjutkan cerita yang saya petik daripada www.republika.co.id ini, saya mohon maaf kerana tidak menjelaskan bagaimana rupa tanda itu dan di mana kedudukannya kerana hal yang berkenaan tidak dinyatakan dalam artikel yang saya petik. Kemudian kata Guilhem lagi, tanda itu akan hilang secara keseluruhan setelah tiga bulan pasangan itu tidak melakukan hubungan kelamin. Selepas tempoh itu dan tanda atau sisik khusus suaminya hilang, perempuan yang diceraikan itu berada dalam keadaan sedia untuk menerima tanda daripada lelaki lain pula. Itulah yang berlaku. Guilhem kemudian melakukan dengan mencari pembuktian lain di sebuah penempatan Muslim Afrika di Amerika Syarikat. Dalam kajiannya, dia mendapati setiap wanita di perkampungan itu hanya mempunyai tanda daripada satu-satunya pasangan mereka sahaja. Dia kemudian menjalankan kajian yang serupa di kawasan penempatan bukan Islam. Ternyata hasil yang didapati sangat berbeza. Wanita di kawasan penempatan bukan Islam itu didapati mempunyai tanda daripada dua hingga tiga lelaki. Ertinya, mereka menjalin hubungan dengan lelaki selain suami mereka sendiri. Tidak cukup dengan itu, pakar berkenaan turut menjalankan kajian yang sama di rumahnya sendiri - ke atas isterinya. Malang si Guilhem. Penemuan kajian itu walaupun berjaya, amat mengecewakannya. Ini kerana dia mendapati isterinya mempunyai tanda daripada tiga lelaki. Dan daripada tiga anaknya, hanya seorang daripada benihnya sendiri. Usai kajian yang luar biasa itu, Guilhem akhirnya meyakini hanya Islam bukan hanya semata-mata kepercayaan tetapi adalah satu sistem kehidupan yang mampu menjamin martabat manusia, termasuk wanita untuk sentiasa menjaga maruah mereka dalam kehidupan sosial. Dia akhirnya melafazkan syahadah dengan sepenuh-penuh keyakinan. | ||
Rafizi minta maaf : PEMBOHONG - Ini semua kerja macai-macai Haramjadah UMNO .... Posted: 27 Jan 2013 06:18 AM PST Rafizi Ramli mengaku fitnah Zahid Hamidi, Mohon maaf di Facebook?..[HAMPA JANGAN PERCAYA ... NI SEMUA PEMBOHONG] Antara blogger Pro UMNO yang mula-mula menyiarkan kononnya Rafizi membuat permohonan maaf kepada Dato' Seri Zahid Hamidi ialah blog di atas.. Pantas sekali tindakannya hanya setelah 2 minit kenyataan tersebut disiarkan dilaman Facebook Rafizi Ramli II, kenyataan tersebut telah di 'Print screen' dan di muatnaik kelaman blog pula.. Hingga menimbulkan persoalan adakah blogger Pro UMNO tersebut kerjanya memantau setiap aktiviti dilaman Facebook Rafizi hingga membolehkan beliau memperolehi maklumat sebegitu cepat?.. atau... jeng.. jeng... Dua minit tu cukuplah untuk.. paste apa yang dah ditulis kedalam laman Facebook tu kemudian publish dan signout, kemudian printscreen dan lepastu sign in blogger.com dan upload kelaman Blog pula... Berikut adalah kenyataan media oleh Rafizi.. Saya dimaklumkan bahawa laman-laman Facebook yang berkaitan dengan saya ada menyiarkan satu kenyataan maaf terhadap Dato' Seri Zahid Hamidi sekitar jam 7 petang ini. Sejurus selepas itu juga, laman-laman blog pro-Umno menyiarkan berita melaporkan kononnya kenyataan maaf tersebut. sumber | ||
[Video] JMR- DSAI di Johor Bahru 25/1/13 Posted: 27 Jan 2013 03:09 AM PST |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan