Blog-list Malaysia |
- Kalimah Allah : NGO Selar Sikap Bacul Nik Abduh.
- Kaku Dan Terkedu Umno..
- Fitnah Paling Bodoh Dari Ali Rustam
- PANAS - Empat Buah Pusat Judi Depan Rumah Exco Agama
- MB Selangor 'Luku Kepala' Muhyiddin..
- VIDEO PANAS - Penyokong Kelantan Dihalau Dari Stadium Larkin
- Kepulangan 'Wira Negara Gaza' Disambut Meriah
- Rafizi kata akaun Facebook digodam, nafi mohon maaf
Kalimah Allah : NGO Selar Sikap Bacul Nik Abduh. Posted: 28 Jan 2013 12:24 AM PST KUALA LUMPUR 28 Jan - Kenyataan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP), Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang masih mempertahankan keputusan rakan di dalam pakatan disifatkan sebagai 'bacul' dalam memperjuangkan Islam. Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Mohamad Abduh jelas memperlihatkan parti ini takut untuk memperjuangkan Islam dan sanggup menggadaikannya. "Kenyataan ini juga menggambarkan bahawa DPP sanggup menggadaikan apa sahaja yang selama ini diperjuangkan oleh oleh mereka semata-mata untuk menjaga hati rakan dalam pakatan terutama dalam isu yang seharusnya dipertahankan oleh mereka. "Selain itu, kenyataan itu juga boleh menimbulkan kekeliruan terhadap umat Islam. Terutama apabila Majlis Syura Pas membuat keputusan bahawa kalimah Allah hanya boleh untuk umat Islam," katanya dalam satu kenyataan kepada KLPos di sini hari ini. Sebelum ini, Nik Mohamad Abduh membuat pengakuan bahawa parti itu tidak boleh memaksa DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menerima keputusan Majlis Syura Ulama berhubung isu kalimah Allah membuktikan Pas bukan parti dominan dalam pakatan pembangkang. Menurut Wan Khairul, kenyataan tersebut menunjukkan sayap parti itu 'baculdan dayus' dan langsung tidak memikirkan kesan serta impak kepada masyarakat. "Sepatutnya kita mengharapkan pendirian tegas dari DPP berhubung isu ini agar rakan-rakan dalan pakatan tidak lagi mempermainkan isu sensitif dan banyak menimbulkan kekeliruan," katanya. http://www.klpos.com/politik/38722-kalimah-allah--ngo-selar-sikap-bacul-nik-abduh |
Posted: 27 Jan 2013 10:37 PM PST (PENUH KECERIAAN ... Tg Nik Aziz memotong kek harijadinya ke 82 di rumah Karpal Singh dengan diperhatikan keluarganya) KUALA LUMPUR: Sikap positif yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengunjungi Pengerusi DAP Karpal Singh disambut air mata gembira oleh para penyokong Pakatan Rakyat. Ini kerana, bagi mereka hubungan erat antara pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat akan menambahkan keyakinan rakyat untuk mentadbir negara dengan baik apabila Pakatan berjaya ke Putrajaya nanti. Petang semalam, Tuan Guru Nik Aziz mengunjungi Karpal Singh di Gelugor Pulau Pinang dalam suasana perayaan Thaipusan sedang meriah di kawasan kediaman Karpal itu. Tuan Guru Nik Aziz dengan ditemani Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man, disambut gembira oleh Karpal dan keluarganya. Tuan Guru Aziz berkunjung ke rumah Karpal dalam rangka lawatan beliau ke Pulau Pinang semalam dan malam tadi. Tuan Guru Nik Aziz kemudiannya memotong kek hari jadinya yang ke 82 di rumah anggota Parlimen Bukit Gelugor di Jalan Scotland itu. Setiausaha Dewan Ulamak, Ustaz Khairudin Aman Razali ketika menyambut baik berita ini berkata, beliau pernah membuat kenyataan sebelum ini, ahli PAS wajib mengundi calon DAP di kawasan mereka. "Ia perlu sekiranya ia membantu untuk menjatuhkan kezaliman dan menegakkan kebajikan," katanya. Ia juga dipersetujui oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ustaz Riduan Mohd Nor. Karpal ketika mengulas kunjungan ini berkata, "Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku. "Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," kata Karpal kepada media selepas kunjungan itu. Kegembiraan ini tidak dikalangan penyokong PAS dan orang Islam sahaja bahkan di kongsi bersama oleh orang bukan Islam yang ingin melihat Malaysia yang lebih baik. Vivek Vairakkannu dalam komennya di Facebok TG Nik Aziz menulis: "Semoga Tok menyambut hari jadi selama-lamanya. Saya anggap Tok adalah tunggak utama untuk menyatukan rakyat Malaysia dengan aman dan makmur. Harap saya jabat tangan Tok satu hari dimana saya anggap Tok bersamaan dengan Mahtma Gandhi." |
Fitnah Paling Bodoh Dari Ali Rustam Posted: 27 Jan 2013 07:58 PM PST PAS Melaka melahirkan rasa kesalnya apabila seorang yang bertaraf Ketua Menteri boleh lagi membuat fitnah. Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dalam kenyataannya berkata, kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam bahawa Pakatan Rakyat akan membuang separuh kakitangan awam sekiranya berkuasa adalah fitnah Ali menyatakan demikian semasa menyampaikan ucapan di hadapan guru-guru yang dikerah menyambut kedatangan Tan Sri Muhyiddin Yasin ke Melaka pada 22 Januari lalu. "Sebelum dia buang kita, kita akan buang dia," antara ayat yang digunakan oleh Ali Rustam untuk menimbulkan kebencian kakitangan awam kepada Pakatan Rakyat. "PAS Melaka merasakan adalah tidak wajar seorang Ketua Menteri sanggup mengeluarkan fitnah sedemikian dihadapan kakitangan awam," kata Adly. Kenyataan Ali itu diselangi dengan beberapa rasa tidak puas hati kakitangan awan dengan berkata "apa yang dia merepek tu", kata Adly. http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/16352-ali-rustam-fitnah-pakatan |
PANAS - Empat Buah Pusat Judi Depan Rumah Exco Agama Posted: 27 Jan 2013 07:04 PM PST ROMPIN: Kecewa dan marah dengan aktiviti judi yang berleluasa di kawasan mereka, seramai 200 penduduk sekitar gugusan Keratong berhimpun membantah selepas Solat Jumaat di masjid Felda Keratong 2 di sini kelmarin. Mereka kesal dan merasa tercabar, kerana empat pusat judi itu terus dibiarkan beroperasi sejak lebih setahun lalu walaupun laporan polis telah dibuat, memorandum kepada Jabatan Agama Islam Daerah telah dihantar serta pendedahan media telah tersiar. Lebih mengecewakan, salah satu pusat judi berkenaan hanya terletak sekitar satu kilometer dari rumah keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Ibam Datuk Mohamad Sahfri Ab. Aziz yang juga merupakan Exco Agama kerajaan negeri. Perhimpunan aman sekitar setengah jam itu diisi dengan pidato penduduk, bacaan doa oleh imam masjid dan pelbagai sepanduk ditunjukkan oleh penduduk.Seorang penduduk Keratong 2, Muhamad Mohd Yasin, 66,ketika ditemui berkata, letih mereka mendidik anak-anak menjadi baik tetapi musnah apabila wujudnya pusat judi. "Kami dengar dulu pusat judi hanya ada di bandar, tapi sekarang dah ada kat kampung kami, bukan satu malah ada empat. Pelanggannya 100 peratus Melayu, Islam termasuk anak-anak kami dan peneroka sendiri."Sudahlah judi itu haram, perniagaan itu juga haram kerana premis tak berlesen pula. Anak-anak muda ramai dah rosak akhlak sekali gus mengancam keselamatan penduduk akibat meningkatnya gejala sosial seperti kecurian," katanya. Beliau turut kesal kerana pihak pentadbiran Felda seolah-olah buat-buat tidak nampak sedangkan ada yang terletak di dalam kewasan rizab Felda.Anak peneroka Felda Keratong 2, Mohd Nordin Saad, 32, terkilan kerana kedai judi aktif dalam kawasan Melayu itu sudah buat laporan polis, hantar memorandum ke pejabat agama dan sudah didedahkan akhbar, tetapi bukannya ditutup malah ditambah dua lagi. "Kedai dimiliki orang tempatan, disewa kepada bukan Melayu untuk menjalankan kerja terkutuk itu dengan berselindung di sebalik cafe siber untuk mengaburi pihak berkuasa. Beroperasi dari pukul 10 malam hingga lima pagi."Memang tak hormati kesucian Islam langsung, malam maulid rasul baru inipun mereka beroperasi seperti biasa," ujarnya. Tambahnya, seolah-olah ada 'kuasa yang kuat' mempertahankan mereka sehingga tidak berani diusik. Justeru Mohd Nordin, sebagai generasi kedua Felda berharap semua pihak tidak 'bermain wayang' dan berharap diambil tindakan segera.Din Abu Bakar Muhammad, 50, dari Keratong 5, pula bimbang jika isu judi yang makin membiak ini tidak diambil serius, akan mendapat kutukan dan bala Allah."Apa lagi ramai yang bercerita pusat-pusat judi itu mendapat perlindungan pihak tertentu supaya tidak diganggu. "Saya seru semua pihak seperti polis, Felda, JKKR dan Exco perlu tegas tangani pusat judi ini. Ini perhimpunan kali pertama, kalau lepas ini tak tutup juga kami penduduk berhasrat untuk berhimpun di hadapan pejabat wakil rakyat. "Adun kami Exco agama, anak peneroka sini. Salah satu pusat judi itu hanya satu kilometer saja dari rumah keluarganya. Jadi wakil rakyat tidak boleh memekakkan telinga apa lagi beliau merupakan Exco agama," tegasnya. Sementara itu Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin, Shukri Ahmad, yang turut berucap dalam perhimpunan berkenaan, berkata bahana judi menjadi ancaman besar kepada penduduk Keratong dan sekitarnya dan wajar dinyahkan dari kawasan itu dengan apa cara sekalipun. "Atas desakan penduduk PAS sudah beberapa kali membuat laporan di Balai Polis Bandar Tun Razak kerana wujud kebimbangan di kalangan penduduk di mana sejak judi beroperasi telah meningkat gejala sosial curi motosikal, lembu, buah sawit dan juga pecah rumah."Gejala sosial ini tidak boleh dipandang sebelah mata kerana menjadi barah memusnahkan masyarakat Islam dan memecahkan istitusi keluarga. Orang main judi tak pernah kaya, yang kaya taukenya yang bukan Islam itu," ujarnya.Justeru beliau menyeru semua pihak tanpa mengira fahaman politik, bersatu membanteras larangan Allah itu. ~harakahdaily |
MB Selangor 'Luku Kepala' Muhyiddin.. Posted: 27 Jan 2013 05:13 PM PST Kenyataan Muhyiddin Berkenaan Langat 2 Kelirukan Rakyat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diingatkan supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat terutama berhubung pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2). Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan Muhyiddin yang membelakangkan kuasa Kerajaan Negeri Selangor berhubung kelulusan projek Langat 2 jelas menyalahi undang-undang. Menurutnya, ia sekaligus memberi gambaran bahawa Kerajaan Pusat yang ditadbir oleh Umno-BN bebas melakukan apa sahaja yang bertentangan dengan Perlembagaan Negara. "Muhyiddin ialah seorang Menteri yang dilantik di bawah Perlembagaan Negara, dia tidak boleh melanggar Perlembagaan. Beliau tidak boleh membuli rakyat Selangor, kena ikut undang-undang. Kalau dia tidak ikut undang-undang, macam mana rakyat mahu ikut? "Beliau kena berhati-hati dalam membuat kenyataan ini terutama jika kita menjawat jawatan tinggi. Malah, dia akan diketawakan oleh pemerhati antarabangsa kerana Malaysia merupakan satu-satunya negara yang tidak mahu mematuhi undang-undang dan bebas melakukan apa sahaja," katanya ketika mengadakan lawatan kerja di Parlimen Bandar Tun Razak. Sebelum ini, Muhyiddin dalam satu kenyataan menegaskan bahawa Kerajaan Pusat akan tetap meneruskan projek pembinaan Langat 2 dalam masa terdekat walaupun tanpa persetujuan Kerajaan Negeri Selangor. Beliau berkata buat masa sekarang bagi menampung permintaan air yang semakin meningkat di kalangan rakyat, beberapa buah loji rawatan air di negeri itu terpaksa meningkatkan tahap pengeluaran sehingga 100 peratus. Dakwanya, Projek Langat 2 dan sistem agihannya mengalami kelewatan sebanyak 40.55 peratus iaitu kira-kira 29 bulan disebabkan keengganan Kerajaan Negeri memberikan kelulusan yang diperlukan. Sebelum ini, Abdul Khalid memaklumkan Syabas gagal dalam pengurusan bekalan air Selangor sudah dijangka Kerajaan Negeri sejak dua tahun lalu. Berikutan itu, beliau berkata, rancangan penstrukturan semula operasi air dikemukakan kepada Kerajaan Pusat bagi menyelesaikan masalah itu, namun skim berkenaan ditolak. -selangorku |
VIDEO PANAS - Penyokong Kelantan Dihalau Dari Stadium Larkin Posted: 27 Jan 2013 09:05 AM PST DIHALAU Hanya Gara-Gara Memakai JERSEY KELANTAN (Jersey Red Warriors) Di Stadium | Beliau ni DIHALAU keluar dari STADIUM hanya kerana memakai Jersey KELANTAN (Jersey Red Warriors). Menurut maklumat, kejadian ni berlaku di STADIUM LARKIN, JOHOR. Betul ke berita yang Abe dapat ni? Macam ni pun ada ke? Macam xley terima dek akal la rasanya... Grrrrrrr... Kalau kena HALAU sebab takda tiket ke, bolehlah jugak AKAL ni terima... Kalau mcam ni, lepas ni baik takyah adakan acara sukan kalau semuanya nak TIMBULKAN PERBALAHAN. Huhuhhuhu... Insiden memalukan di Malaysia apabila penyokong Johor mengherdik, menghina & mencaci seorang rakyat Kelantan yang juga membayar tiket untuk menyaksikan perlawanan bolasepak. Beliau diherdik hanya kerana memakai jersi keramat , The Red Warrior. Tiada tatasusila warga Johor yang sebelum ini taksub menghentam rakyat Kelantan ketika bertandang ke Kota Bharu. Namun kali ini , sudah boleh beza siapa yang lebih zalim dalam menghormati tetapi. Beliau bukan setakat dimaki, tetapi di halau keluar dari Stadium Larkin. Jika inilah anda melayan tetamu bolasepak, insyallah bolasepak jugalah yang akan menghancurkan apa saja yang kamu banggakan. queachmad |
Kepulangan 'Wira Negara Gaza' Disambut Meriah Posted: 27 Jan 2013 06:19 AM PST |
Rafizi kata akaun Facebook digodam, nafi mohon maaf Posted: 27 Jan 2013 04:23 AM PST Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli menafikan bahawa beliau membuat permohonan maaf kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Facebook hari ini. Dalam satu kenyataan lewat petang ini, Rafizi berkata kenyataan palsu tersebut dimuatkan di laman Facebook beliau yang didakwa digodam. "Saya dimaklumkan bahawa laman-laman Facebook yang berkaitan dengan saya ada menyiarkan satu kenyataan maaf terhadap Dato' Seri Zahid Hamidi sekitar jam 7 petang ini. "Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan maaf. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah dan saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia. "Kenyataan tersebut adalah palsu, berniat jahat dan direncanakan oleh laman-laman blog pro-Umno bertujuan memfitnah saya dan mengelirukan rakyat," kata Rafizi. Kenyataan yang dimuatkan di Facebook tersebut, antara lainnya menyebut bahawa beliau berasa sangat bersalah atas tulisan bertarikh 29 Disember 2012 di blognya, bertajuk 'Dakwaan Deepak Ada Asas, Wang rakyat Disalahguna Untuk Menutup Mulut Deepak'. Rafizi berkata kenyataan berkenaan dimuatkan di Facebook kerana pihak berkenaan berbuat demikian kerana tidak dapat lagi berdepan dengan pendedahan yang memalukan pemimpin BN. Rafizi juga mendakwa, laman Facebook timbalan presiden parti Azmin Ali turut menjadi sasaran. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan