MIMPI SENJA |
- Deepak Yang Mahu Tangguh Soal Siasat, Kata SPRM
- 5000 hadir di JMR bersama DSAI di Shah Alam malam tadi
- EDISI GILA : Suami terpaksa merelakan isteri 'ditiduri' adik-beradik
- REKOD DUNIA : [Gila] Kamera AES kesan Toyota Hilux dipandu pada kelajuan 879kmj di Bt 21 Jln Setiawan - Tlk Intan ...hahahahaha AES PENIPU
- Zain Saidin - Rozita Che Wan akan berkahwin
Deepak Yang Mahu Tangguh Soal Siasat, Kata SPRM Posted: 19 Jan 2013 10:28 PM PST
| |||
5000 hadir di JMR bersama DSAI di Shah Alam malam tadi Posted: 19 Jan 2013 08:40 PM PST (Sidiqin Omar) SHAH ALAM 20 JANUARI: Lebih 5,000 rakyat hadir ke program Jelajah Merdeka Rakyat di tapak pasar malam Seksyen 17 Shah Alam malam tadi, sekaligus membuktikan Selangor kekal kubu kuat Pakatan Rakyat. Meskipun program bertembung dengan perlawanan bola sepak Liga Super antara Selangor dengan Pahang, namun, kehadiran ramai itu menunjukkan rakyat dahagakan maklumat sebenar dari pemimpin Pakatan. Meskipun hanya duduk di tepi jalan, tanpa khemah berbumbung yang selesa, kehadiran rakyat berbilang kaum, pelbagai lapisan usia dan latar belakang melambangkan semangat untuk melakukan perubahan politik yang tinggi. Puluhan warung niaga 'pasang siap' juga didirikan manakala meja makan di Medan Selera Seksyen Seksyen 17 penuh 'ditempah' hadirin, yang 'sambil-sambil' makan, turut mendengar ceramah. Antara pimpinan Pakatan yang berucap ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim, Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail dan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. Pegawai Pusat Khidmat Rakyat DUN Batu Tiga Shah Alam dilihat sibuk mengedar kalendar, risalah, pemegang kunci dan Selangor Kini. Suasana menjadi gamat sebaik ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun Ketua Umum KEADILAN itu tidak terus ke pentas ceramah sebaliknya meluangkan masa 'mengeteh' bersama petugas dan aktivis KEADILAN serta penduduk setempat di warung berdekatan. Kehadirannya menjadi tumpuan, malah orang ramai mengambil peluang bersalaman dan merakam gambar sekali gus membuktikan pimpinan Pakatan, mudah didekati. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43529 | |||
EDISI GILA : Suami terpaksa merelakan isteri 'ditiduri' adik-beradik Posted: 19 Jan 2013 08:33 AM PST Hal ini terjadi terutamanya di wilayah utara India, di daerah Baghpat, hanya sekitar dua jam dari kota metropolitan New Delhi. Munni, wanita pertengahan 40-an yang mengisahkan penderitaannya menjadi seorang isteri kepada seorang suami sekaligus pemuas nafsu adik-adik suaminya. "Suami saya dan orang tuanya memberitahu, saya harus membahagikan diri saya (melayan) dengan adik-adiknya," kata Munni. Dua adik suaminya adalah bujang terlajak yang tidak memiliki isteri. Antara lain disebabkan jumlah wanita yang kurang di perkampungan tersebut. Munni ketika ini mepunyai tiga orang anak, hasil hubungannya dengan suami, dan dua adiknya. "Kedua-duanya (adik suaminya) menyetubuhi saya bila mana mereka mahu, tidak kira siang atau malam. Jika saya menolak, mereka akan memukul saya dengan apa saja. Kadang-kala mereka mengusir saya untuk tidur di luar, saya juga pernah disiram minyak tanah dan dibakar," tutur Munni. Setelah tiga bulan menderita, Munni berjaya melarikan diri, setelah berpura-pura hendak pergi ke hospital. Tetapi, wanita yang telah memiliki tiga anak lelaki itu tidak membuat sebarang laporan polis. Munni hanyalah satu dari puluhan wanita di Baghpat yang mengalami nasib yang sama. Kes-kes penyiksaan dan penyimpangan ini kebanyakan tidak dilaporkan kepada polis. Wanita-wanita ini jarang dapat keluar rumah bersendirian, mereka dilarang keluar rumah tanpa ditemani kaum lelaki sehingga sukar untuk berhubung dengan dunia luar. Berbeza dengan wanita moden dan berdikari yang bekerja di kota besar seperti New Delhi, di desa tempat Munni tinggal, kaum wanita dikurung di dalam rumah. Mereka hanya berfungsi untuk melahirkan anak dan bertugas membuat kerja-kerja rumah. Sementara kaum lelaki pula bekerja sebagai petani atau hanya menganggur dan duduk-duduk seharian di rumah dan di bawah pokok. Minum teh dan merokok, serta saling membandingkan isteri yang jumlahnya terhad. Penduduk kampung mengatakan tradisi berkongsi isteri ini memiliki banyak kelebihan. Salah satunya adalah menghindari perpecahan akibat perebutan pusaka dan aset di antara para pewaris keluarga. Selain itu, ia juga membebaskan wanita miskin dengan mengawininya, mendapatkan nafkah dari banyak lelaki. Menurut Bhagyashri Dengle, pengarah eksekutif Children"s Charity Plan India, mengatakan budaya ini terjadi akibat menurunnya jumlah wanita dibandingkan lelaki. Kebanyakan warga di India menggugurkan bayi perempuan kerana dianggap tidak berguna pada masa depan. Menurut kajian populasi di India pada tahun 2011, hanya terdapat 858 wanita untuk 1000 lelaki di Baghpat. Dan jumlah ini terus menurun. Hal ini juga terjadi di daerah Haryana, Punjab, Rajashtan dan Gujarat. "Di setiap kampung, terdapat lima atau enam lelaki bujang yang tidak dapat menemui isteri. Dalam satu keluarga, terdapat tiga atau empat lelaki yang belum berkahwin," lanjut Dengle. Salah satu cara untuk mengatasinya adalah membeli pengantin dari daerah lain dengan harga 15000 rupee. Tetapi, ianya juga hanya membawa penderitaan kepada kaum wanita, kerana kebanyakan mereka harus berkahwin dengan lelaki yang berusia jauh lebih tua. P/s : Mmg gila...teraniya si suami merelakan isterinya ditibai oleh adik beradiknya... | |||
Posted: 19 Jan 2013 05:02 AM PST Nota : AES tangkap pada kelajuan 879 km/j di kawasan 90km/j. Jadi lebihannya 789km/j (dibulatkan merah) Gila lah laju giler Hilux nie bawak kalah Ferrari..Nie dah kira pecah rekod dunia nie Apapun AES nie memang aku x setujulah meyusahkan rakyat dan menguntungkan kroni, cukuplah dengan cukai-cukai yang membebankan jangan lah menyusahkan plak dengan saman AES nie..Bukan setakat pembangkang saja yang tidak setuju malahan Pro Kerajaan pun bantah. Jom Baca KUALA LUMPUR: Majoriti Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat menolak pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dianggap sebagai menyusahkan pengguna lebuh raya. Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013, Ahli Parlimen DAP-Kota Melaka Sim Tong Him berkata beliau meragui sama ada pelaksanaan AES itu hanya untuk mendapat keuntungan semata-mata "Kita tahu AES adalah untuk mengurangkan kemalangan tetapi adalah wajar juga untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak mengenainya. "Kita tidak mahu ia menjadi satu perangkap untuk mengaut keuntungan," katanya dalam Dewan Rakyat di sini hari ini. Beliau berkata, adalah suatu yang sia-sia jika punca utama kemalangan, iaitu sikap pemandu masih tidak berubah malah merisikokan pengguna lain apabila wujud papan tanda amaran yang mengelirukan. Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) pula berkata, beliau juga berharap kerajaan dapat mengkaji semula AES supaya ia tidak memberi tekanan kepada pemandu. Gesaan itu turut disokong Ahli Parlimen BN-Sri Gading Datuk Mohamed Aziz yang mahu pelaksanaannya ditangguhkan sementara satu kajian menyeluruh dibuat supaya tidak membebankan rakyat. "Kita berharap perkara ini ditangguhkan…jangan menganiaya rakyat. "Kalau boleh kita harap kerajaan juga dapat mansuhkan saman lebih 60,000 pesalah trafik yang dikenal pasti menerusi AES ini," katanya. Papan tanda amaran Sementara itu Ahli Parlimen BN-Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad pula mencadangkan agar lebih banyak papan tanda amaran diletakkan supaya pengguna jalan raya akan lebih berhati-hati. AES adalah sistem kamera penguatkuasaan automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan. Sebelum ini Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kerajaan berpuas hati dengan penggunaan kamera AES yang dipasang di beberapa lokasi tertentu. Kong berkata, rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga membuktikan berlaku pengurangan dalam kesalahan lalu lintas di beberapa kawasan di mana 14 kamera AES ditempatkan. Fasa pertama pelaksanaan AES berjaya mengenal pasti 63,558 pesalah trafik setakat ini, sama ada memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah. ~fmt MS - Jelas terbukti Kamera AES ni penipu, jangan percaya. Jadi harap pihak yang bertanggung jawab [JPJ} WAJIB memeriksa kembali/berbuat sesuatu agar semua kamera yang dah dipasang TIDAK MENIPU. | |||
Zain Saidin - Rozita Che Wan akan berkahwin Posted: 19 Jan 2013 02:09 AM PST |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan