Kelab Greenboc |
- Isu Kalimah ALLAH: Apa Pendirian Sebenar UMNO BN?
- Selangor Urus Air Lebih Baik Dari Rozali Yang Gajinya RM 400,000 Sebulan
- Azrul Pertahan Analisisnya, Para Akademis Mahu Bank Islam Tarik Balik Penggantungan
- [VIDEO -CCTV] Menyamar Perempuan Untuk Curi Tabung Surau
- MCA Dan UMNO Bertelagah Nak Sampaikan Bantuan Sekolah RM100
- [BUDAYA LUCAH] Kejayaan UMNO Mentarbiyah Presiden Nambikkai
Isu Kalimah ALLAH: Apa Pendirian Sebenar UMNO BN? Posted: 19 Jan 2013 11:50 PM PST Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan mengapa kerajaan Barisan Nasional sendiri tidak menyatakan pendirian berhubung isu kalimah Allah. "Amat pelik apabila kerajaan, BN dan parti-parti komponennya terutama Umno hanya pandai mendesak pihak lain sahaja menyatakan sebarang pendirian rasmi berhubung isu kalimah Allah. "Sekarang, rakyat hendak tahu apa pendirian kerajaan, BN dan setiap satu komponennya mengenai isu itu," kata beliau. Mahfuz berkata, sudah sampai masanya kerajaan, BN dan setiap satu komponennya menyatakan pendirian berhubung isu kalimah Allah. "Rakyat ternanti-nanti apakah pendirian kerajaan, BN, Umno, MCA, MIC, Gerakan, PBS dan setiap satu parti komponen BN berhubung isu itu. "Jangan hanya pandai desak orang lain sahaja menyatakan pendirian," katanya. Ahli Parlimen Pokok Sena itu menekankan, kerajaanlah pihak yang sepatutnya menyatakan pendiriannya mengenai isu itu kerana permintaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ditujukan kepada kerajaan. Isu kalimah Allah itu dibangkitkan Guan Eng dalam perutusan sempena sambutan Hari Krismas hujung bulan lalu apabila beliau menggesa kerajaan Persekutuan membenarkan pengunaan kalimah berkenaan di dalam kitab Bible versi bahasa Melayu. Majlis Syura Ulamak PAS baru-baru ini memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah namun kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar maksud kalimah ini. |
Selangor Urus Air Lebih Baik Dari Rozali Yang Gajinya RM 400,000 Sebulan Posted: 19 Jan 2013 10:30 PM PST Meskipun gaji beliau sekurang-kurangnya RM425,000 sebulan, Pengerusi Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail gagal menangani isu gangguan air baru-baru ini. Ini berikutan kenyataan Syabas kepada media pada Jan 9 bahawa hangguan bekalan air di Ampang, Cheras dan Gombak hanya dapat dipulihkan pada perayaan Tahun Baru Cina pada 10 Febuari. Bagaimanapun, apabila Kerajaan Negeri campur tangan dengan melakukan pemantauan terhadap kerja-kerja pembaikan, gangguan air dapat dipulihkan pada Jan 15 – empat minggu lebih awal daripada perangkaan Rozali. Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ini membuktikan Rozali gagal menguruskan bekalan air di Selangor dengan baik. "Saya beritahu Datuk Seri Najib Razak supaya beri hak urus air Selangor kepada Kerajaan Negeri. "(Kerana) kita mampu urus air lebih baik dan mementingkan kepentingan pengguna berbanding Syabas," ujar Abdul Khalid di hadapan lebih seribu hadirin dalam Majlis Makan Malam Kutipan Dana Pilihan Raya di sebuah restoran di sini malam tadi. Sebaliknya menurut Abdul Khalid, Najib enggan menyerahkan hak pengurusan air kepada Kerajaan Negeri kerana lebih mengutamakan kepentingan kroni mereka berbanding kepentingan rakyat Selangor. Abdul Khalid turut menyelar tindakan Syabas yang sebelum ini bertindak menyaman Kerajaan Negeri yang tidak membenarkan mereka menaikkan tarif air di Selangor. Pada Dec 29, kira-kira 500,000 penduduk di sekitar Kuala Lumpur, Gombak dan Ampang mengalami gangguan bekalan air selama lebih dua minggu akibat kegagalan pam di rumah pam Wangsa Maju. Syabas didakwa cuai kerana kesemua lima pam termasuk dua pam simpanan untuk gantian di masa kecemasan turut rosak. Pada Jan 8, dilaporkan bahawa Rozali berkata gangguan bekalan di ketiga-tiga tempat itu hanya akan selesai pada Tahun Baru Cina. Sehari selepas itu, Kerajaan Selangor berkata ia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah itu dalam seminggu. Pada Jan 15, hampir semua pengguna di kawasan yang terjejas mendapat bekalan air.-selangorku
|
Azrul Pertahan Analisisnya, Para Akademis Mahu Bank Islam Tarik Balik Penggantungan Posted: 19 Jan 2013 06:33 PM PST Ketua Ekonomis Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin yang digantung jawatan, mempertahan analisis melibatkan tiga senario keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 termasuk prospek kemenangan Pakatan Rakyat. Pada kenyataan media lewat petang ini, beliau berkata analisis yang dibentang dalam satu forum di Singapura pada 10 Januari lalu, dibuat secara profesional, jujur dan adil . Azrul menolak keras andaian kononnya analisis yang meletakkan kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU 13, bersifat bias dan tidak profesional semata-mata kerana beliau seorang ahli KEADILAN. "Keputusan analisis itu dibuat selepas mempertimbang pelbagai faktor relevan yang memperngaruhi situasi ekonomi pada 2013. Mustahil untuk menafikan keputusan PRU 13 tidak akan memberi kesan kritikal terhadap ekonomi negara. "Tiada sebab saya perlu dikenakan tindakan disiplin kerana analisis itu dibuat secara jujur dan profesional," katanya. Azrul pada pembentangan bertajuk "Malaysia: Economic and Political Outlook 2013″ pada 10 Januari lalu menyatakan tiga kemungkinan senario yang berlaku pada PRU 13 berdasarkan analisis faktor terpilih. Senario terbaik BN ialah mempertahan 112 hingga 122 kerusi Parlimen berbanding Pakatan Rakyat yang memperoleh 100 hingga 110 kerusi manakala senario kedua yang 'besar kemungkinan' ialah BN kalah dengan mendapat 97 hingga 107 kerusi Parlimen berbanding Pakatan yang menguasai 115 hingga 125 kerusi. Senario ketiga yang 'kurang kemungkinan' ialah BN gagal dan hanya mendapat 82 hingga 92 kerusi berbanding kejayaan besar Pakatan dengan mendapat 130 hingga 140 kerusi Parlimen. Beliau kemudian dikenakan penggantungan untuk tempoh yang tidak dinyatakan atas alasan 'melanggar polisi bank.' Pada kenyataan itu, Azrul juga memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger, ahli politik atau mana-mana pihak yang merosakkan reputasi, integriti dan kewibawaan atau memfitnahnya. "Ia menjadi tragedi kepada sistem demokrasi di Malaysia apabila pendapat yang tidak menyebelahi sesebuah parti menjadi alasan kepada sesetengah pihak untuk mengambil tindakan displin sekali gus memberi lesen untuk pemusnahan karektor. "Bagaimanapun, saya yakin, kebenaran dan keadilan akan terserlah jua akhirnya," katanya. -KD
|
[VIDEO -CCTV] Menyamar Perempuan Untuk Curi Tabung Surau Posted: 19 Jan 2013 03:54 PM PST WWalaupun rumah itu dinamakan rumah Allah, dan kita yakin Allah akan menjaga rumahnya,tetapi sebarang kejadian didalam rumah itu tetap menjadi perhatian AJK masjid dan surau. Walaupun kita disuruh bertawakkal dalam semua perkara,usaha dan ikhtiar adalah sendi dalam bertawakkal. Berbekalkan sepasang baju kurung, seorang hamba Allah yang tidak dikenali telah menceroboh kesebuah surau di bandar pinggiran subang shah alam selangor. Surau yang bernama surau Arrazi ini,tempat dimana para jemaah disekeliling menunaikan solat jumaat mereka disini. Kejadian yang cukup menggemparkan ini betul-betul membuka mata AJK surau disitu… Video ini berjaya dirakamkan melalui CCTV yang baru dipasang di surau tersebut.Tarikh itu pun masih belum diubah lagi akan tetapi pencuri jelmaan wanita ni begitu bersungguh-sungguh untuk mengambil duit sedekah orang ramai disitu... Mari kita lihat apa sebenarnya berlaku disitu. Semoga menjadi pengajaran kpd semua AJK masjid dan surau diseluruh malaysia agar sentiasa mengawasi harta berda yang didermakan oleh orang ramai. Itu adalah amanah orang ramai kepada kita sebagai AJK masjid dan surau... Jangan dipersiakan amanah mereka. Kuncilah tabung-tabung itu seelok-eloknya. -md daud yusri alhutan melintangi. |
MCA Dan UMNO Bertelagah Nak Sampaikan Bantuan Sekolah RM100 Posted: 19 Jan 2013 06:42 AM PST MCA dakwa Umno dominasi pemberian bantuan MCA Wilayah Persekutuan membidas ketua bahagian Umno Wangsa Maju, Shafie Abdullah kerana didakwanya memonopoli peluang yang disediakan oleh pejabat pendidikan daerah untuk menyampaikan bantuan persekolahan RM100 kepada ibu bapa di semua sekolah di daerah Keramat. Ketua Biro Pendidikan MCA Wilayah Persekutuan, Eddie Heng mendakwa tindakan Shafie itu sebagai tidak menghormati semangat BN, dan mewujudkan perpecahan dalam BN Wangsa Maju, serta menjejaskan peluang untuk merampas semula kerusi Parlimen Wangsa Maju dalam pilihan raya umum akan datang. Sebaliknya, kata Heng, dalam satu kenyataan hari ini, pengagihan bantuan tersebut di Parlimen Batu telah dilakukan dengan betul. Menurutnya, di Parlimen Batu, bantuan kewangan kepada ibu bapa di sekolah kebangsaan disampaikan oleh wakil Umno, manakala wakil Gerakan, Dominic Lau menyampaikan bantuan kepada ibu bapa di sekolah Cina dan Tamil. Heng berkata, bulan lepas Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur memutuskan untuk menjemput Shafie dan Ketua MCA Bahagian Wangsa Maju, Yew Teong Lock sebagai wakil BN untuk menyampaikan sumbangan persekolahan RM100 kepada ibu bapa di daerah Keramat. Bagaimanapun, Heng mendakwa bahawa pegawai pelajaran daerah Keramat, Tajudin Mohamad Mor, di bawah pengaruh Umno Wangsa Maju, awal tahun ini mengarahkan semua guru besar sekolah rendah dan menengah hanya menjemput Shafie untuk menyampaikan bantuan tersebut. Heng menegaskan bahawa Yew, yang merupakan calon BN bagi kerusi Wangsa Maju dalam pilihan raya umum lepas, telah berkhidmat kepada rakyat Wangsa Maju. Yew menjadi ahli Parlimen Wangsa Maju dari 2004 hingga 2008. "Beliau harus mewakili BN untuk bertanding kerusi Parlimen Wangsa Maju. Terdapat lima sekolah rendah Cina di Wangsa Maju, di mana wakil Cina dari BN sepatutnya dibenarkan untuk menyampaikan bantuan RM100 kepada ibu bapa. Bagaimanapun, katanya, ini telah dimonopoli oleh Umno. -mk |
[BUDAYA LUCAH] Kejayaan UMNO Mentarbiyah Presiden Nambikkai Posted: 19 Jan 2013 03:31 AM PST Kepada warga India, tolong la jangan percaya mamat Kalai lidah bercabang nie!! PRESIDEN Barisan Bersatu Nambikkai, B Kalai Vanar nampaknya sudah berjaya ditarbiyah oleh United Malays No Otak, Umno untuk mengikut budaya lucah yang dibawa oleh parti itu selama ini. Hari ini gua terkejut bila Presiden Barisan Bersatu Nambikkai yang menggelarkan diri mereka sebagai wakil masyarakat India yang menyokong Barisan Nasional tiba-tiba mengamuk dan melucah melalui akaun twitter miliknya. Gua tak tahu apa masaalah dia ni sebenarnya? Tiba-tiba mengamuk dan melucah tak berhenti-henti. Adakah masyarakat India menyokong pemimpin seperti ini untuk membela nasib mereka bersama Barisan Bersatu Nambikkai? INFO - Mamat nie telah menjadi calon PKR di DUN Gurun sewaktu PRU12 tempohari.. nasib baik beliau KALAH kerana apabila sudah kalah baru pecah. -fb |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan