MiLo SuaM |
Dedah pemilik pisau.net RM1000 ganjaran ditawar untuk anda Posted: 08 Jan 2013 11:17 PM PST KEPADA anda sahabat pembaca yang mengenali atau mengetahui siapa pengendali laman blog pro Umno, Pisau.net yang heboh kononnya mendedahkan kisah tanah kebelakangan ini tawaran RM1000 menanti anda jika anda sudi memberikan maklumat tentang pemilik blog itu. Tawaran ini juga terbuka kepada penyokong dan pendukung Umno, tentu ramai di kalangan penyokong Umno yang tahu siapa pemilik blog tersebut. DAP mencari pemilik blog ini kerana ingin menyerahkan surat saman fitnah. Jika semua dakwaan tentang kisah tanah di dalam blog tersebut adalah benar, kenapa nak takut untuk tampilkan diri? Kata orang berani kerana benar, takut kerana salah. Tampil sajalah di mahkamah buktikan kebenaran. Kepimpinan DAP menawarkan RM1,000 kepada mana-mana individu yang dapat memberi maklumat untuk mengesan pengendali laman blog pisau.net. Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming berkata, pihaknya kini sedang menjejaki pengendali blog berkenaan bagi menyerahkan writ saman berhubung artikel yang dikeluarkan laman blog berkenaan. "Orang yang fitnah berdosa besar. Perbuatan baling batu sembunyi tangan merupakan perbuatan yang keji dan bersifat pengecut. "Saya di sini memberi masa 24 jam kepada pisau.net untuk tampil. Jangan berselindung di belakang nama samaran yang palsu," katanya melalui satu kenyataan kepada Sinar Harian, hari ini. Kor Ming berkata, tindakan menyembunyikan diri itu hanya membuktikan semua tuduhan terhadap Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan beliau adalah bohong. Menurutnya, tindakan saman itu dibuat terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab memfitnah mereka berdua kononnya mendapat tanah di Kelantan sebagai habuan politik ~ Sinar |
Mulut Najib berbuih bukan kerana serangan Angin Akhmar Posted: 08 Jan 2013 08:08 PM PST LAMAN sesawang sarawakreport.org kelmarin mendakwa Najib Razak diserang "mild stroke" (angin akhmar ringan). Berikutan khabar angin tersebut pelbagai spekulasi timbul. Ada pihak yang mendakwa keadaan mulut Najib Razak yang berbuih ketika berucap dalam satu siaran di Buletin Utama TV3 baru-baru ini ada kaitan dengan "mild stroke" yang dihidapinya. Lihat video di bawah, dipetik dari Buletin Utama TV3 5 Januari 2013. Bagaimanapun, Najib Razak cepat-cepat menafikan dakwaan blog tersebut yang mengatakan beliau tidak sihat. Di bawah ini penafian Najib yang disiarkan oleh Utusan Malaysia. Gua pun ada menghubungi Dr Afifbahardin, Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang, bertanyakan tentang perkara ini semalam. Menurut beliau "mulut berbuih" bukan symptom "mild stroke". Mulut berbuih ketika berucap lebih kepada sifat atau karekter seseorang itu sendiri. Kesimpulannya, mulut Najib berbuih itu sifat semulajadi beliau dan tiada kena mengena dengan khabar angin beliau menghidap "mild stroke" fullstop! Apapun, kalau kita lihat Najib begitu cepat menjawab khabar angin yang disiarkan oleh blog tentang kesihatannya. Ini tandanya Najib Razak ambil tahu tentang berita dan khabar angin di dunia maya (internet). Apa yang menghairankan, kenapa sampai ke hari ini selepas bertubi-tubi pendedahan demi pendedahan Deepak Jaikishan Tekwani terhadap beliau dan Rosmah tiada sebarang jawapan ataupun respon? Bukan itu sahaja, malah tiada seorang pun pemimpin Umno yang berani mempertahankan Najib Razak dan Rosmah Mansor berhubung pendedahan Deepak. ReJaM© "Orang tua kata, diam tandanya setuju.... " Peringatan Penting! Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 Tarikh: 12 Januari 2013 Tempat: Kuala Lumpur (Stadium Merdeka) Sejuta rakyat bangkit membantah secara aman! Bapak segala perhimpunan, Bapak segala bantahan! |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan